- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Hutan Kabut

Facebook HK

Saturday, May 23, 2015

penggemar buku yang palsu

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, May 23, 2015 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sudah masuk hari Sabtu, jam sudah pukul 3/02 am. di luar sedang hujan lebat. beberapa hari ini asyik panas. eloklah. semalam aku hampir mati direbus dalam bilik sauna. terlalu hiperbola.

teringat aku memori masa pesta buku antarabangsa hari tu. makin ramai orang muda membaca tapi makin ramai orang muda kehilangan akhlak dengan bacaan. mereka tidak lagi hormat pada penulis lama. yang veteran. bagi mereka, itu lame. tak cool. dh oldschool.

hmmmmmmm.....

penggemar buku kah itu?
keliru.


Wednesday, May 13, 2015

Percutian ke Pulau Pangkor

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, May 13, 2015 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
wah tajuk..macam nak bolot keyword. okey lupakan niat aku yang nak membolot keyword dari Googler2 semua ;apakah googler itu...
nah map pulau pangkor untuk korang.. jangan sesat (memang takkan sesat nyaa)..hahahaha

cuti yang lepas iaitu dari 1 may 2015 - 3 may 2015, aku dan famili pergi ke Pangkor Island ewah speaking lak pulau pangkoq laa.so, pada asalnya ia adalah percutian bajet bagi keluarga aku tapi dah pergi masa peak season nak percutian bajet apanya.

sila tanya bendahari & perancang program ini.
anyahh rodo
yaa...itu dia kakak aku. dia ada kisah pahit dalam percutian kali ini. hehe (gelak tamjhat; tampan dan jahat)

Jumaat
Kami bertolak dari Gopeng, Perak lebih kurang pukul 11 pagi macam tu la. tu pun sempat la beli jajan2 kat petronas Gopeng (tak payah jauh pun duit dah habis dulu). pastu krup krap krup krap makan. ada la dua kereta yang pergi.. abah & abg ipar aku tak pergi (abang ejai) sebab kerja.

sampai di jeti lumut around 12.30 camtu la.lepas makan2 dan tunggu abang2 ipar aku pegi solat Jumaat. kami pi beli tiket. ada laa tanya2 tiket pukul berapa semua. tak ingat feri start pukul berapa tapi last feri dari lumut ke pangkor pukul 830 malam.
still at jeti lumut




TUDM 

ica sedang cuba cari DP FB baru.hahahaha

dah sampai jeti pangkor

kami pun konfemkan aa nak naik kul 230pm. bila dah duduk2 tu baru menggelabah atas tiket tak ada tulis jam 230pm.

maafkan aku. rupa2nya tiket tu boleh dipakai sepanjang hari. kau beli tiket tu hari tu, sukati kau la nak naik kul berapa pun selagi tak penuh asalkan hari yang sama. dia sampai time dia jalan. instead of macam tiket bas,konsepnya mcm tiket LRT.

oh dan yang mengejutkan, kau beli kaunter mana2 pun kau naik je mana2 feri yang tiba. contoh kau beli dari kaunter pan silver, tapi kau naik kat duta feri. boleh. tak tau la sebab peak season ke ramai orang sampai dia kena buat macam ni atau memang sistem sini macam ni.

so...bergerak lah kami ke pulau pangkor pada pkul 230 pm. ramai budak2 muda lelaki berkumpulan bawak pancing. kaki pancing laa kot. tak dapat dipastikan sama ada nak pancing ikan atau calon isteri (bagi yang tak ada laaa). anak2 buah aku punya la excited sampai nak berlari2 dalam ferry. aku pulak nyembang ngan mak aku pasal kolagen. tanya kot2 mak aku nak makan kolagen. sebab semua orang busy benor makan kolagen dan kebetulan aku pun jual kolagen. hehehehe

sampai sana, kami tak ada sewa kereta pun. bahkan kat sana memang tak digalakkan sewa kereta sebab jalan nya sempit dan berliku2. kalau yg masih P dan bawak kereta macam geng MYVI bajet toretto tu tak payah aaa susah2 nak sewa.buat tambah kadar kemalangan je.

so, option yg korang ada adalah naik motor (kalau jumlah korang sikit), atau naik je teksi van pink ni. awww sweet gila kaler pink.
van teksi pink pulau pangkor. banyak macam ni sorang pun tak mauuu amik kami.... errr

sampai2 je situ, berebut2 driver teksi pink tanya kami nak pegi mana. bila kami cakap nak pi 'homestay kg teluk gedong' semua macam 'errr.....okay tunggu dulu'. dan mereka menghilang dan ambil customer lain. aku tak pahamm weii aku tak pahamm sungguh2 tak paham.

akhirnya baru ada satu driver sudi nak ambil kami. lahhh.. ade aa dalam 10 min je perjalanan dari jeti ke kg teluk gedong tu. bayaran nya rm10 je. patut aaa driver taknak amik, sebab tempat lain boleh caj sampai rm20. grrr....ehh bersangka baik.

sampai je...wahh..ini homestay ke tadika. tapi akak jaga homestay tu balik je, berlari2 kami dalam rumah (walaupun badan besar guni beras) eksaited punya pasal.wahahahaha...


walaupun aku datang dari kampung tapi aku tak pernah ada kampung macam ni. tiap masa kau dengar bunyi ombak. rumah kau tepi laut. rumah kampung! gila tak seronok?

yang paling happy mestilah anak2 buah aku yang masih di bawah sekolah rendah. menggila.hari2 mandi laut.
jepah asek main tangga

bilik 1

ruang tamu

bilik 2

bilik 3

depan beranda...

sampai2 terus main air

kat luar pun ada shower. pas mandi laut terus bersihkan badan kat sini!

dah nak magrib

dorang semua kena banned dari turun.aku je boleh.hihihi






so aktiviti malam tu kami hanya melepak. dan sebab kami menyewa 1 motor yang 'rebeh', mampu la aku nak bawak pergi beli barang2 dapur. masak la kami lauk sesimple mungkin. percutian bajet kataaa...hahahaha..

chef nyaaa tak lain chef noribahh la a.k.a mak aku.hahaha. kerja aku? kerja aku bercuti.

so homestay kami tak jauh pun dari Kota Belanda & batu bersurat. adalah aku pergi jenguk2 kejap tempat tu. jaraknya ada dalam antara rumah2 jiran aku.hehehe.

sabtu.
hari ni merupakan hari yang sepatutnya kami beraktiviti utama - sukan air. eceh gaya macam nak gi watersurfing. boleh kering air laut tu kalau aku yang watersurfing.hahahah

so pagi2 kami dah contact dengan abang sabri (husband tuan homestay) yang super peramah dan berpengalaman dalam mengendalikan pelancong2. memang banyak cerita dia. dia bawak teksi pink jugak.memang pro laa dia bawak..

so untuk jalan2 sehari dengan teksi pink, korang bayar rm80.so dia akan bawak korang jalan2 ke mana2 yang korang nak. atau korang tak tau tempat apa2, dia yg bawakkan mana yang dia rasa best ikut description korang. hehe.

macam hari ni, kami nak pi mandi laut (tak cukup laut depan rumah apaa wei)..so abg sabri bawak kami ke pantai teluk nipah. dah tau kata kami nak naik bot laju & banana bot, so dia panggil la member2 dia jugak utk bawak kami naik benda2 tu semua.

so bro yang jaga tu kata untuk bot laju kena bayar rm 100 dan banana boat utk 8 orang tu dalam rm70 tak silap aku. so first2 sekali dia bagi life jacket dan tiba2 kakak aku terlompat2 sebab ada lipas keluar dari life jacket.ahahahah..menjerit2 sampai bro yang jaga pun terkejut. ingat ada apaa padahal lipas pijak sekali pekk mati.

bila bot laju kami sampai, kami pun naik la reramai. abang bot ni pulak bagitau la tentang area2 pantai teluk nipah ni semua dan bawak kami jalan2. kakak aku sibuk nak snorkelling tapi abg bot kata tak payah la time2 macam ni buat rugi.jangan kata ikan, dasar pun tak nampak.hahahaha. selamat duit kami.

so aktiviti kami adalah meng'tanned kan kulit, mandi laut n main banana boat. bagi aku pulak, aku cuma main banana boat dan acah2 mandi laut sebab bulan depan aku ada pertandingan ratu cantik. kulit takleh tanned sangat. kau tau la rakyat malaysia, itam itu berkarat. ciss.
bananaaaa boatt!!


excited!!

me with nana

anyah



saat sebelum tia tergolek.hahaha




sisters

lepas ditinggalkan dalam 20 min di coral island untuk menghitamkan kulit, kami balik ke sebelah pantai teluk nipah semula. sini lagi best. redup. ombak pun best nak layan. dan tibalahhh masa untuk naik banana boat.wee hee hee.

actually satu famili belum pernah naik banana boat.so mmg batak jugak laa nak naik kan. tengok kawan2 ramai yang pergi aku duk tunggu2 orang tak ajak pun.so instead of menunggu jemputan yg tak kunjung tiba, kita pergi sendiri. hehehe.

masa kami masa mula nak naik banana boat, air baru nak naik. so yang naik abang bo, anyah, wafiq (5 tahun), ena (9 tahun), ica (11 tahun), kakyong, pa'in (8 tahun) dan aku (17 tahun). ok..17 sangat. hahahaha.tambah la 6.5 tahun.

korang mesti wondering boleh ke budak 5 tahun naik?

dah orang jaga tu kata boleh, kami pun bolehkan aje lahh.hahah.

so anyah aku duk ngan wafiq yg 5 tahun tu. tolong jaga dia la.

kat tengah2 laut(jauh sket dari pantai), yang bawak banana boat tu berhenti jap buat briefing. sebab aku pakai lens, dia kata nanti nak jatuh suruh pejam mata. well i know that ehh tersombong plak.hahaha. *takkan aku nak pakai spek, lagi naya. dah la spek aku frameless*

semuanya baik2 aja...sehinggalah..

ombak kian mengganas.bila atas banana boat,kalau rasa nak jatuh, kena lawan arah supaya tak jatuh. fuhh..kau rasa2 wafiq faham ke? awal2 lagi aku tengok dia angkat2 tangan ke atas. aku dah risau..
abang banana boat kata angkat tangan bila dia bagi signal tangan angkat ke atas (dah last2). dan actually dia ada tanya jugak, nty nak jatuh atau tak (maksudnye dah last2 kau nak turun dengan hormat atau dicampak seperti lempeng dengan tarikan inertia?)

kakak aku yang bernama anyah berkata dengan kuat "JATUH JE!!!JATUH!!!JATUH!!!".
bukan main excited dia. aku pulak yang keras rasa. padahal awal2 aku pun excited nak jatuh.tapi bila dah gelong2 rasa ombak ni aku pk dua kali jugak.

okay...bermula lahh.. banana boat kian laju. beberapa kali jugak kami melawan arah supaya tak jatuh dan dimakan piranha ehh takde piranha.ada dua kali ombak paling kuat dan aku dengar  suara ica n ena menjerit. dan lupa jugak pa'in yang kuat memeluk kakyong di depan aku (aku tak tau macam mana kakyong boleh survive dalam game ni sebab dia kena selamatkan diri dia & pa'in hahahaha). kali ketiga ombak paling kuat, jari aku tinggal 3 je berpaut pd palang. ingatkann dah nak arwah tadi, sekali aku nampak ada dua entiti yang terbang ke udara serentak dengan pukulan ombak paling kuat..

iyaa...dua orang tertewas... orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah wafiq dan ANYAH.yang paling nak sangat main banana boat dan jatuh.

bila aku toleh ke belakang, aku hanya nampak gigi kakak aku yang ternganga2 dalam air dan dahi nya.hahaha..kesian tapi kelakar.

abang boat patah balik kutip mereka dan mereka duduk dalam boat sahaja dan kami teruskan game.

dan tibalah masa nak dicampak, pa'in pulak taknak lepaskan palang. padahal orang tu dah bagi signal suh lepas palang, aku plak busy menggoncang2 kepala pa'in supaya lepaskan palang.hahahaha...

bila dah terjun..tiba2 ada 3 parasit melekat kat aku iaitu ica,ena n pain. aku siap tercekik dan lemas sebab dorang taknak berenang sendiri ke pantai. hahahahah...tapi berjaya jugak... pergh tak rasa dasar...takut jugakk. tapi berenang2 ke tepian jugak akhirnya kami.kih3.

satu perkara susah sket tentang pantai teluk nipah ni, tempat mandi (toilet) campur lelaki dan perempuan. so slumber badak je la aku usha laki sado badan ketak2 mandi kat paip air luar tandas. rasa macam tak proper tapi aku tengok semua orang ternganga tengok aku pun tengok la sekali. aku tau aku teruk tak payah cakap..

sebabkan ni peak season, kedai makan sederet tu semua penuh orang. makanan pun sampai tak berapa ada rasa.. tapi sebab dah lapar, makan je lahh semua nya. kita bayar jugak kan? hihihi.

lepas dari pantai teluk nipah, kami bergerak pulak ke tempat lain dengan van pink abang sabri. pergi ke kilang sate ikan. kilang ni macam2 ada, bak kata abang sabri, 'tempat perabih duit'. padahal semalam masa naik motor aku dah lalu kat tempat ni.hahahaha.

next destination kitorang, adalah kat tokong pulau pangkor.tokong apa nama aku tak tau. tapi boleh la nak melawat2 nak bergambar. ada ikan arowana besar cama anaconda *hiperbola". aku sempat nampak sikit je ikannya sebab air hijau sangat. pastu ada banyak gila kura-kura dengan kobis bertaburan sekeliling dia. tapi dia tak nak makan pun. dah kenyang kot.










depan tokong ada jual banyak souvenir2 yang boleh dibawak balik bagi kat orang yang tak pergi. kejadahnya kau nak bagi kat orang yang pergi sekali dengan kau. hahaha.

lepas tu kami naik la van pink balik ke homestay kami. aku pulak sambung jalan kaki dengan kakyong & ena ke kota belanda. tapi hari dah nak hujan so tak sempat nak spend lama-lama kat situ. sempat beli air laici 3 cawan dengan tangkap gambar dua ketul. tau2 dah berlari balik sebab nak hujan.

tapi sampai rumah pun bukan terus mandi dan rehat. aku tukar baju balik mandi kat pantai depan rumah. (actually belakang rumah wei). ohhh begitu aku rindukan suasana rumah tu. damai, tenang dan rasa kampung sangat (lain dari kampung aku laa..tapi kampung aku pun best, jemput datang reramai).


cube tekaaaaa...
blogger pemessss!!!!!ahahahah

pada malam itu yg dijadualkan bersama kakyong utk pergi lepak2 kedai makan depan kota belanda tu, aku dah tido seawal pukul 9 malam. aku bangun dah pukul 12.30am. kakyong pun terjaga sempat cakap 'ek eleh baru kul 1230, rasa macam dah lama tido nyaa'. aku pejamkan balik mata lepas balas whatsapp wan yang penuh gambar ikan. (dia bangga gi mancing dapat banyak ikan yang besar).

dan.

ahad

tibalah hari balik. kami dah siap kemas semua barang2. rasa macam tak nak balik. tapi walaupun rumah ni tepi laut tapi panas. (tetiba)...naik balik van pink abang sabri ke jeti pangkor. pergh orang macam ikan bilis boleh tangguk wei. kena beratur panjang nak naik ke feri balik lumut. siap ada orang kata macam ni "kenangan manis 2 hari kat sini boleh terhapus sebab benda macam ni je",
hahaha..bagi aku, standard ahh ni peak season. kalau ko pergi haji lagi ramai orang. ehh bajet penah pergi haji (aku tengok kat tv laaa).
contact no Syazana Guest House (Homestay) Kg Teluk Gedung



tmpat bbq pun adeee




oh...ni kota belanda

lepas sampai jeti lumut,kami sempat la beli belah lagi (tak cukup2 lagi tuu).

kami sampai kat Gopeng balik dalam pukul 7.30 pm macam tu la..tiba2 rasa 'sejuknyaaa rumah akuuu....'. sebab kat pangkor panas.

sekian percutian kali ini. sorry aku taip banyak. harap bermanfaat.