- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Suka VS Tak Suka | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Sunday, March 28, 2010

Suka VS Tak Suka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, March 28, 2010
ya ini entri otak bercelaru yg dipungut dari beberapa kepala yang berfikir. aku mahu mengarut tapi ini je yang boleh ditaip, entahlah, intersection kepala sudah konfius. weNk.sila bace kalau mahu, sila beredar ke entri lain jika panjang sangat, sila klik pangkah di atas belah kanan jika menyampah dengan aku. (hahha!!)

Bila suka seseorang, semuanya tentang orang tu akan jadi sesuatu yang menarik.  Nama dia akan jadi nama yang paling seronok untuk digunakan. Sebagai contoh, buat karangan@ assignment, seboleh-bolehnya nak gunakan nama orang tu dalam nya. Nama yang ada dekat-dekat ngan bunyi nama orang tu pun kita da cukup teruja mendengarnya.susah sangat kita nak cari keburukan dia.Kita berusaha untuk suka apa yang dia suka walau sebelum ni benda tu mungkin tak menarik langsung bagi kita.  Kita jadi lebih memahami, lebih berperasaan, lebih beremosi dan paling penting, lebih menghargai.  Dunia penuh warna bila memikirkan dia.  Saat paling sedih pun akan menjadi baik jika dia ada bersama.  Bila bersama, waktu yang berputar tak terasa, kalau tersangkut dalam lif rosak selama 10 jam pun tak apa rasanya (lama sangat kot.) Seronok bila dapat mendengar suara dia walaupun dia cuma mengucapkan ‘selamat pagi’ ataupun 1 mesej hanya bertaip ‘hai’. Itu dah cukup untuk membuat satu hari dipenuhi senyuman. Semua lagu yang berkaitan kalau boleh kita nak dia dengar sama. Kita nak tau mana dia pergi kalau boleh, nak tahu apa dia buat, apa yang dia makan. Kalau boleh kita nak makan sama macam dia, lalu di tempat yang dia lalu, pakai baju warna sama, gunakan pen, pensel atau pun apa-apa yang boleh dipinjam daripada dia.tengok dia dari jauh pun cukup gembira.kita nak ada di waktu yang dia perlukan seseorang. Bila tiba waktu dia perlu berseorang, kita jauhkan diri, tapi masih memerhati takut kalau dia rasa sunyi. Kita nak jaga perasaan dia sangat-sangat sampai kita tak rasa perasaan kita penting untuk dijaga sama. Kita takut kehilangan dia sebab rasa kehilangan mampu menghilangkan lebih separuh kebahagiaan hidup kita. Kita sayang sangat dengan dia sampai kita tak sedar diri sendiri juga patut disayangi. Kalau kena berkorban, mungkin kita yg lebih sanggup, supaya dia tak rasa sakit dalam hati ataupun dari segi emosi. Kadang-kadang kita perlu pengorbanan. Kita nak dia tahu kita suka dia, tapi tak semua mampu terluah. Tak semua orang yang kita suka akan sukakan kita balik. Kita hanya boleh suka, ingat, hanya suka. Dan selebihnya, pada dia.


Berbeza dengan orang yang kita tak suka.dengar nama pun dah cukup meluat. Kalau ada orang nama dekat-dekat sama ngan dia pun kita jadi menyampah. Kadang-kadang tak faham apa alasan yang munasabah untuk kita tak menyukai dia.Tak nak tahu langsung pasal dia, tak kisah kalau dia nak kata apa. Dengar dia cakap ataupun dapat 1 mesej dari dia, ataupun cukup sekadar dengar nama dia disebut, da cukup untuk memusnahkan 1 hari kita.kita rasa apa yang dia minat, kita tak boleh minat. Contohnya dia suka 1 lagu ataupun lagu tu ada kaitan ngan dia, kita akan tak suka lagu tu. Walaupun lagu tu lagu feveret kita sebelum tu. Kita tak nak join benda yang dia join, tak nak guna apa yang dia guna dan yang paling penting, baju n warnanya tak boleh sama. Kita tak suka orang bandingkan dia dengan kita. Kita akan jadi emosional bila dia menyibuk dalam hidup kita. Kita, terutama aku, lagi tak suka kalau tiba-tiba teringat pasal dia di kala aku tengah seronok-seronok. Kita memang tak sempurna untuk membenci orang lain tapi kadang-kadang orang lain yang memaksa kita begitu. Contohnya aku sampai sekarang tak suka ngan seseorang, aku tak faham perkara ni memang dah lama tapi aku still sakit hati. Aku tak suka nak meletakkan entri caci-maki yang penuh emosi, cuma aku nak mengatakan bahawa tertambah satu bilangan orang yang aku tak nak dengar nama dia. Di kala aku menulis entri ini, kepala aku dipenuhi bayangan dia atau masa sekarang, mereka, yang sangat aku tak suka. Aku tak faham kenapa. Korang faham tak agak-agaknya?

camana? celaru tak?.....

oleh aku yang kurang kenormalan pada waktu menulis atau menaip.

6 C.O.M.M.E.N.T.S:

fadzlina said... [Reply]

aku rase aku paham..
tang x suke tu..mmg smakin lme smakin btmbah org yg aku x suke.
tapi aku dlm usaha utk mndelete grup aku x suke ni supaya aku kurg sakit hati..


dan..
org yang kite suke tu..yg kite sentiasa nk jage hati dan perasaan dye tu..
dye tu la yg selalu melukakan hati kite
mungkin bg sesetgh org rskan prkara itu hanyalah perkara kecil.
tapi 1 ketidakjujuran..walopun kecil sgt..mampu memberi bekas luka kt dlm hati kita

be strong watever it is!

idAti mALek said... [Reply]

YE FAZZ , time kasey atas opinion yg bernas...~

huk2...

ak pika klasmet OT ko~ said... [Reply]

tbe2 ak nk komen kn..slame nih mmg ak nk komen tp xtaw ktne..hr nih bejaye gak jpe kotak 'leave ur comment' nih
haha~
ak rse org yg kte ske tuh ley bt kte ANGAU smpai pitam..
mnekale org yg kte bnci tuh bole bt kte GILE smpai nk mmpos..haha

tp btol gk ape yg fadz ckp..mmg slalu pon org yg kte syg tu laa org yg skitkn hti kte..mmg sakit tol laa~huu

idAti mALek said... [Reply]

alalala.....siannye...knp plak org yg ko syg tu wat ko cmtu???

datin le~ said... [Reply]

mmg laa cm2 kn..huu~..oh org yg kita ske,,
tp lg saket hati lg klo time kita mula2 knal..dia buat kita bbunga2..smpai rse nk pkai bj bunga2..mndi bunga n swaktu dgnnya..
tym 2 kita egt kita dh gler..coz dia x declare pape pon ngn kita..tp lyn kita nih cm awek dia~
miskol2 laa..bjet rndu laa kot..msg2 pon byk plak yg best2 dia nk 4wd..bgayut pon lyn jgk..yg pling xley tima..siap dgn bg voice msg dia maen gitar~..hati gul mne kah x cair..huu..=.="..
ble pkir blik sday je~..skunk nih..dia bley lupa stiap pkara yg tjdi..ak sorg je gler dok egt lg hal2 crap tu..huu~..snang je dia ptuskn hbgn 2..yelaa..ak ni kwn je kn..huu~..

idAti mALek said... [Reply]

hoho,,,,jgn laa sedey datin oyt.....bnyk lagi org lain...move on!!