Do you like my blog?

Friday, April 2, 2010

Cara2 Mengenakan Rumet Korang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 02, 2010
Hari ini aku nak menaip cara-cara untuk mengenakan atau menakutkan roommate atau pun housemate korang. bagi students yang duk hostel, boleh mempraktikkan jika mahu. bagi yang dah berumahtangga tu, dinasihatkan tidak mengikuti, kerana konflik rumahtangga mungkin timbul jika diteruskan juga seperti masalah mental yang tidak boleh dimaafkan. mari baca cara-cara nya. (ada yang aku penah baca kat mana tah)

1. Hantar mesej kat rumet(roommate) korang walaupun dia ada kat sebelah korang je. bila dia tanya kenapa korang anta mesej,korang buat tak tau je. korang send lagi mesej "Kenapa lambat reply?"
 
2. Beli sepasu kaktus. selama seminggu apa saja yg korang buat, kaktus tu mesti ada sesama. mandi, makan, nak tido pun sesama. pendek kata pagi petang siang malam la ngan kaktus tu ibarat nyawa korang.lepas seminggu halau kaktus tu keluar dari dari pintu bilik(pastikan rumet korang nampak) sambil jerit2 "sampai hati kau buat aku mcm ni". tapi setiap malam korang buat2 nangis merindui kaktus tu.
 
3. Tutup semua tingkap bilik/rumah dengan surat khabar. pastikan bubuh cellophane tape skali. bila rumet korang tanye kenapa, korang kena jawab "aku risau" dgn nada resah. korang cuma perlu jawab tu je setiap kali dia tanya walaupun dia tanya soalan lain termasuklah soalan "sekarang pukul berapa?".

4. Korang pasang cadar, langsir, skin laptop dan apa2 saja yang bermotifkan ayam. lepas tu setiap kali rumet korang makan ayam ataupun telur ayam, korang jerit "kau pembunuh!!kau pembunuh!!" kat dia. lakukan 3 kali sehari.

5. Beli buku How to Dance. pastu korang menari-nari lah dalam 2,3 hari. pastu korang beli plak buku How To Speak in Chinese. korang cakap2 la bahasa cina dalam 2,3 hari dengan dia..pastu korang amik mane2 buku, balut dan labelkan "How To Kill Your Roommate". Baca buku tu depan dia sambil tersengih-sengih memandang dia dgn pandangan menakutkan.

6. Letakkan gambar rumet korang tu dengan dikalungi bunga2an di satu tempat.sambil tu korang buat2 la nangis bila dia datang.bila dia cakap ngan korang, korang buat tak tau je seolah2 tak dengar dan tak nampak dia. teruskan lakonan sehingga rumet korang plak yang menangis.

7. Tonton program TV tentang kucing. pastu korang bawak la 2,3 ekor kucing balik bilik dengan alasan korang mudah terpengaruh dan suka ngan citer kat TV. pastu tonton plak program tentang buaya. then korang cepat2 keluar rumah bawak pancing. kalau boleh buat muka excited sangat-sangat.

8. setiap malam(daripada tidur) korang menjerit secara tiba-tiba dan berlari2 dalam bilik dan mengejutkan rumet korang yang tengah tidur tu macam ada gempa bumi, lepas tu tiba2 sambung tidur balik macam tak ada apa-apa berlaku.

9. pada tengah malam(malam lagi...), korang menari-nari dalam bilik dan menyanyi lagu opera cina. siap ngan mekap2 lagi. pada waktu siangnya, kalau dia bertanya balik apa yang korang buat, jawab "eh, bila pulak aku menyanyi opera. ni mesti sebab ko tido smalam pakai bedak sejuk sampai mengigau kan," pastikan pertanyaan berlaku depan kawan2 lain.

10. bila rumet korang balik (sekiranya korang cuma duduk berdua), korang praktikkan seolah2 bercakap dengan seorang rakan yang xde pun kat rumah tu. gelak la sorang2, sembang ke, sampai la rumet korang rasa korang ni bermasalah.

aku rasa cara-cara ni cam pelik je. haha.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

datin le~ said... [Reply]

hahaha~..ak ske!!
ptt nye ak try kt hg bnda nih sume ek..hehe..msi hg ngeri kn..ahah..
3:}

idAti mALek said... [Reply]

hahaha.....ang x smpat nak try kat aku.....ang pi try kat rumet ang skrg~~