Do you like my blog?

Sunday, May 9, 2010

Impian Aku Yang Terkubur

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 09, 2010

Kakak aku ada sebuah gitar hadiah masa hari jadi dia yang ke 21. Hadiah daripada kekasih gelapnya(gurau ja..) hadiah daripada boyfriend dia dulu merangkap suami dia sekarang. Sekarang kakak aku dah 28.
Gitar kapok warna biru, aku cukup kagum. Pelik tak lelaki bagi hadiah gitar pada perempuan? Ya, aku tahu pelik. Kakak sulung aku tu memang garang gila, aku nak masuk bilik dia pun takut dan meremang bulu roma. Bukan sebab kakak aku cat bilik warna hitam ataupun gunakan perhiasan tengkorak,tapi kakak aku tu garang gila tahap dewa. Pergi belajar Taekwondo kat sekolah, balik rumah aku jugak yang kena hentam.(ok kita sudah masuk kawasan mengumpat).
Kakak aku sampai ke sudah tak tahu main gitar tu. Buat rugi ja beli. Bukan boleh buat apa, petik-petik macam tu ja. Kadang-kadang aku dengar sumbang gila. Aku dari dulu bercita-cita nak pandai main gitar. Saja seronok. Tapi jangan kata petik, tenung gitar tu lama-lama pun kakak aku tak bagi.aku pasang angan-angan yang satu hari nanti aku mesti pandai main gitar tu, dan ambil gitar kakak aku. Haha(gelak setan..).aku cemburu sangat dengan kawan-kawan kelas aku yang pandai main gitar, senang nak join orchestra, band ke.aku habuk pun tak ada. Sebenarnya aku ada masuk orchestra main violin, tapi aku keluar balik sebab mak aku kata tak cukup duit nak beli violin. Kalau tak sekarang aku dah boleh mohon kerja sambilan kat istana budaya kan?(wah perasan!!)
Sampai la hari kakak aku kahwin, dan pindah rumah. Dia bawa gitar tu sekali. Membawa impian aku juga pergi bersama. Aku tak jumpa gitar tu lagi untuk beberapa tahun.dari aku tingkatan dua sampai aku habis matrikulasi, gitar tu tak muncul lagi depan mata aku. Masa aku kat matrikulasi, aku ada berfikir cuti tiga bulan sebelum pergi university aku nak belajar main gitar. Aku berazam nak main sampai pandai.
Masa cuti, aku cakap kat kakak aku yang aku nak gitar dia. Aku tak sangka dia bagi, mungkin dia fikir gitar tu dah tak berguna lagi untuk dia. Akhirnya gitar kapok warna biru tu jadi milik aku dan aku iaitu Nurul Idati!! Aku dah bayangkan yang aku boleh dedikasikan lagu untuk orang yang istimewa untuk aku.aku dah cari dalam laman sesawang macam mana nak main gitar daripada asas. Dah cukup tinggal nak belajar ja, nak pergi kelas tak cukup duit pulak.
Sampai lah suatu hari, aku bersembang dengan insan teristimewa dalam hidup aku. Aku buka topic pasal gitar, aku cakap aku ada gitar tapi tak tahu main lagi. Dan dia kata dia tak akan belajar main gitar. Aku pelik. Dia cakap yang dia tak terfikir untuk main sekalipun .aku sangat ingat dia cakap macam tu, dan sebabnya sangat kukuh. Sebagaimana orang Islam yang mendengar seruan Azan, itulah panggilan untuk kita. Dan syaitan, alat-alat muzik bertali dan bertiup adalah seruan untuk mereka. Gitar ada tali, harap maklum.
Dan selamat tinggal gitar kapok biru ku. Aku dah kuburkan impian aku selama tujuh tahun.
Dan aku tak menyesal.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: