Do you like my blog?

Sunday, May 9, 2010

Polong yang tersangkut di atas pokok.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 09, 2010
Tempoh hari aku cakap pasal pocong. Mari, mari. Aku mahu cerita pasal polong.
Korang tahu tak apa itu polong?
Okay, polong bukanlah sejenis buah-buahan atau gula-gula manis atau masam sekalipun.
Ia adalah hantu berkepala yang mempunyai organ-organ digestive yang terburai keluar tanpa sebarang kerangka yang melindungi. Polong tidak ada tulang rusuk, kaki pun tak ada. Tangan pun.pinggang dan apa-apa selain yang aku kata tadi, semuanya tak ada. Aku harap korang faham sebab aku tak redha nak letak gambar polong kat blog aku.(aku risau dia keluar dari gambar tu..) hehe.
Jadi peristiwa yang aku alami masa aku umur 12 tahun. Waktu persekolahan di waktu pagi, aku sampai macam biasa, kurang sedikit dari lewat. Kalau aku lewat, aku tak dapat makanan percuma dari murid-murid yang dapat Rancangan Makanan Tambahan(RMT) tapi tak reti bersyukur. Setiap kali cikgu datang kelas nak tanya “siapa nak makanan RMT?”, aku akan dapat. Sebab sistemnya siapa angkat tangan paling cepat, dia dapat. Jadi kalau aku datang lewat, tak bolehlah nak angkat tangan. Kalau angkat pun cikgu tak nampak.

Mengarut.

Ketika aku mengarah-arahkan murid-murid tahap 1 mengutip sampah sarap di luar kelas, aku dengar ada kecoh-kecoh di depan pintu pagar.

Aku yang sememangnya penyibuk, berlari-lari melihat apa yang dikecohkan.
Seorang pakcik dari kaum orang asli, dan dua cikgu. Aku tak ingat cikgu apa. Sedang merenung sesuatu sayup-sayup jauh di atas pokok. Merah.

Polong !

Pakcik orang asli berkata.

Aku pernah dengar opah aku cakap polong berwarna terang dan macam berapi di waktu malam.
Tapi itu waktu pagi, jadi polong berwarna merah.
Aku takut. Aku tahu aku akan lalu di tempat berdekatan polong itu bila balik sekolah nanti.
Benda itu merah, macam menyala. Semua yang ada merenung ke arah itu, tergamam lama.
Masuk ke kelas pun semua orang asyik bercakap pasal polong, termasuk cikgu. Mahupun guru besar.
Mungkin patut ada satu subjek bernama Polong untuk UPSR.

Masa rehat pun aku memerhatikan polong itu masih di pokok yang sama.
Pak cik Orang Asli itu kata polong itu tersangkut di atas pokok.
Mak aku pun pernah jumpa polong tersangkut dekat-dekat dengan rumah aku.
Tersangkut kat pokok betik. Bodoh betul.

Tiba masa balik, aku rasa, takut. Aku ambil basikal. Kayuh perlahan, menuju ke kawasan polong tersangkut tadi. Bila aku sampai di situ, aku pandang atas.
Tiba-tiba aku rasa sia-sia aku takut.
Sia-sia aku percaya pada pakcik orang asli itu. Cikgu yang belajar tinggi pun percaya jugak.
Apatah aku yang belum ambil UPSR.


Apa yang aku takutkan, kami kecohkan, yang merah dan bercahaya.


Hanya belon yang berwarna merah.
Milik cucu pakcik yang rumah dia kat tepi pokok tu.
Belon tu terbang petang semalam.

Jadi, cikgu pun takut belon rupanya.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

bH said... [Reply]

kalau jumpa betul2 mesti kaku kejap..hehe

saya_arief said... [Reply]

adess..
tipah t'tipu.

Anonymous said... [Reply]

Meyesal aku baca..lahabau la lu