Do you like my blog?

Sunday, June 27, 2010

Nota Cinta Di Pagi Ahad

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, June 27, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Cinta tak perlu diungkap.

Kadang-kadang kamu boleh jadi bulan,

kadang-kadang kamu boleh jadi matahari.

Dan kadang-kadang juga,

kamu boleh jadi sesuatu yang tak pernah wujud.



Sebagai contoh, kawan aku nak jadi Tarzan dan Jane.

iklan tak perlu klik.
(ini juga bukan Tarzan & Jane..)

Thursday, June 24, 2010

Contest Gambar Best!! By Asada

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, June 24, 2010 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
 Blogwalking memang hebat. Aku suka blogwalking. Ya, ya, ya!
Antara manfaat aku dapat adalah terjumpa contest yang menarik jiwa aku. Jadi pertama kalinya aku nak masuk contest iaitu CONTEST GAMBAR BEST!! BY ASADA.

 


Gambar best?Wah, wah, wah. Gambar apakah itu.
Jadi setelah menyelongkar sepenuh perasaan gambar-gambar yang tertangkap itu, aku telah menemui ini.
Aku harap Asada suka. (WooOhoOo)

 kawan-kawan sekolah yang mencipta kenangan manis dalam hidup aku.ini hari terakhir cuti di Bainun sebelum esoknya berperang dengan paper Bio yang membiolkan.

percubaan mengintai pelangi sambil memegang payung.

kali pertama buat demo silat gayong dengan Gayongers UKM KKL. semua nak tunjuk gaya pendekar tapi rasa nya macam tak jadi....yang buat muka mengantuk pun ada. Hari ini juga merupakan kepala aku terhantuk kat lantai...haha~ pastu aku sewel....

tangan-tangan bakal Occupational Therapist anda.


kemungkinan besar orang tak dapat membezakan aku dengan pokok...

Sunday, June 20, 2010

Aku Kecewa Dengan Gambar Kahwin Mereka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, June 20, 2010 13 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Aku tatap gambar-gambar itu, penuh kegembiraan.  Pasangan mempelai tersenyum menyambut hari bahagia mereka.  Hadiah perkahwinan sangat banyak.
Aku tatap lagi semua gambar itu satu persatu.  Mata aku berkaca-kaca, hati aku pilu.  Kenapa aku dilupakan?
Kehadiran aku mungkin tidak dialu-alukan disitu.   Aku kecewa.
Aku nampak orang-orang yang aku kenal dalam gambar-gambar tersebut.  Tapi aku tidak ada.
Selalunya bila ada kenduri perkahwinan, mak dan abah mesti bawa aku bersama.  Aku keliru, kecil hati.
Sedih.  Aku tanya pada mak aku “Mak, kenapa Dati tak ada dalam gambar?”
Mak aku jawab “Dati pergi merayau rumah kawan sebab tu tak ada dalam gambar” kata mak aku sambil tersenyum-senyum.  Aku menyesal kerana aku memang suka merayau.
Aku tanya lagi “Kenapa mak dengan abah tak tunggu Dati nak bukak hadiah tu semua?
Mak aku jawab lagi “Sebab Dati balik lambat sangat”.  Mak aku senyum-senyum lagi.
Macam mana aku tak marah dan kecewa.  Selalunya kalau mak aku pergi kenduri mesti bawa aku.  Tapi masa mak dan abah aku kahwin, tak bawa aku pula kali ini. Buktinya aku tak ada dalam gambar. Lepas tu nak bukak hadiah tu pun tak tunggu aku balik.  Dah la banyak, bagi lah aku bukak satu.
Kebenarannya hanya aku ketahui bertahun-tahun selepas itu.  Masa itu aku 7 tahun.
Mak aku pun satu, tak nak bagi tahu kebenarannya.
ni la gambar kontroversi tu. hahahahahah
gambar mak dan abah aku di hari perkahwinan mereka di mana aku tidak ada


Wednesday, June 16, 2010

Porno Merupakan Makanan?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 16, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Aku nak berlari pergi KLCC masa ini dan lepak dekat Lakegarden dia sambil tengok orang busking(ada kah?), dan juga makan biskut bunga yang aku gemari bersama neslo panas. Boleh tak kalau aku nak pencawang maxis dan celcom tu betul-betul sebelah rumah aku. Aku mahu kampung aku dapat 3G supaya berukband aku boleh dapat liputan di sini. Aku mahu tiba-tiba kurus, itu memang sentiasa aku mahu, tapi gemuk lah pula. Haha. Aku mahu sebuah speaker yang kecil tapi bunyi power. Boleh tak Malaysia bagi wifi free satu Malaysia, baru 1 malaysia. Tapi disekat bagi pencarian maklumat-maklumat porno.

Cakap pasal porno aku ada satu cerita.jeng jeng.

Ejaan porno dalam bahasa inggeris kan Porns. Dulu aku ingatkan porns sejenis makanan pasal eja dekat-dekat sama dengan Corns. Mungkin aku ingat ia adalah popcorns.

Jadi bila aku form 1, aku tengok kat internet ada tulis porns, aku terus klik. Sebab aku mahu tahu apakah makanan tersebut. Aku cari gambar makanan tapi tak ada, yang ada tulisan bahasa inggeris yang membebel berjela-jela dan gambar ahli neraka.

Beberapa tahun selepas itu baru aku tahu apa itu porns. Itu pun selepas aku merujuk kamus. Kenapalah bukan dari awal aku tengok kamus?

Jawapan : aku selalu tak ada kamus. Sebab bila aku beli kamus je, mesti kakak aku rembat.

itu dye kebangangan yang jelas nyata.derr.

Ada Apa Dengan Ubat Gigi?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 16, 2010 11 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Gigi korang kuning? Ada karies gigi? Gigi sensitive?
Aku syorkan korang berjumpa dengan doktor gigi yang berdekatan, tak perlu pergi jauh-jauh.  Nanti merugikan duit, melainkan doktor gigi yang berhampiran korang memang tak berguna.
 pastikan doktor gigi terpilih, ya?
Korang yang mempunyai gigi sama ada gigi susu, milo, kekal,palsu, emas mahupun timah pasti mengetahui apakah itu ubat gigi? Seperti juga pensel tekan yang mempunyai ubat, gigi juga begitu.  Apa yang membuatkan ianya istimewa adalah, gigi itu semua terlekat pada gusi di dalam mulut korang semua.  Pernah bayangkan kalau gigi tumbuh di luar pipi, telinga, atau kaki?(ew.)pasti tidak menarik bukan?
 makhluk yang dikecohkan itu.
Berbalik kepada topic asal, iaitu ubat gigi.  Selain digunakan untuk memberus  gigi, anda juga mempunyai pelbagai kelebihan yang lain dengan memilikinya. Percayalah mari aku terangkan.
Yang paling utama, pasti dan pasti dan pasti, untuk memberus gigi. Paling kurang dua kali sehari. Kalau klinik kesihatan datang semasa di sekolah rendah, dan mempromosikan cara memberus gigi yang betul di samping memberikan sampel ubat gigi dan berusnya,  aku pasti pemberusan gigi akan dilakukan paling kurang enam kali sehari.  Itulah yang dinamakan teruja. Peristiwa akan berlarutan selama seminggu maksimum dan selepas itu amalan memberus gigi akan dibuat-buat lupa.
Jauh menyimpang bukan. Baiklah.
Yang aku percaya adalah ubat gigi boleh dijadikan ubat jerawat menggantikan T3 mahupun Oxy. Amaran : Dilarang pakai jika hendak berjalan di kawasan awam.  Jika korang ada jerawat secara tiba-tiba, sapulah sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Pakailah waktu malam sebelum tidur, pagi waktu subuh tu basuhlah, jangan bawak pergi kelas pula.  Aku syorkan guna ubat gigi Colgate.  Kesan : Kulit kering sedikit, bubuh pelembap, minyak masak dilarang.
Ubat gigi boleh memerahkan bibir yang gelap seperti aku yang suka main gincu mak aku masa kecil dulu. Kalau selalu pakai gincu, bibir akan gelap. Jadi aku sedang berusaha.  Pakai waktu tidur. Sapukan ubat gigi itu di bibir anda, tapi ingat, jangan pakai masa keluar. Sebab ini bukan fesyen gincu putih ya.
Seterusnya, ubat gigi boleh mengilatkan kuku. Sapu masa nak tidur juga. Aku tak pernah cuba pun, tapi aku dengar. Korang cuba lah, mana tahu berjaya, boleh bukak pusat manicure and pedicure sendiri yang bermodalkan ubat gigi.
Satu lagi ia berguna semasa hari jadi kawan anda. Semasa birthday girl/boy itu tidur, korang bubuh la ubat gigi atas rambut mereka. Gerenti bangun esok, mereka akan ada fesyen rambut baru yang keras. Agak-agak kena rendam kot baru tanggal. Haha.
Selamat mencuba.

Sunday, June 6, 2010

Segar Dari Ladang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, June 06, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Ini entri luahan perasaan hati yang masih segar.

Aku pening gila nak muntah ni banyak sangat makan kacang gajus yang aku beli kat Petronas tadi.  Nampak motor McDelivery tadi aku rasa nak makan McD pula. (tak sedar-sedar.)

Geram betul tadi aku nak beli kasut kat The Store ipoh tapi tak ada saiz tinggal yang paling besar dan paling kecil. kalaulah aku ada Doraemon, kan senang. apa kata aku convert Encik Ridwan kepada Ridwanmon. hehe.

The Berukband masih dalam keadaan baby baru belajar menyelam. tercungap-cungap, kadang terus termampus(ini bukan kes buang bayi). tapi Celcom tu minta juga duit aku dihantar kepada mereka. aku tak tangguung nafkah mereka, kenapa aku kena hantar? (bayar sebenarnya.)

Thursday, June 3, 2010

Kurang Alphabet Banyak Gambar.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, June 03, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kerana semua orang sudah upload gambar di FaceboOk, jadi aku tak berpeluang lagi untuk upload (menyemak sahaja banyak2..)mari aku tunjuk gambar(tak nak lihat pun mesti lihat!!)

Situasi : Kecoh Kepoh Kalut Kontrol Cun Tak Jadi
Kejadian : Hang Out, Orkestra Muda Bainun, dan Panic!At The Picnic.

ikin . syah . aku = tangkap gambar penjahat

adik Farah sedang menyanyi (aku membawa dua maksud ni iaitu adik Farah Wahibah dan adik kepada Farah Wahida! haha!)

Silau Cahaya Lampu.

aku watak terasing yang kasihan.

saja aku upload kecik. (haha!)

dan akhir sekali hasil karya aku. lihat, lihat.

suka hati nak cakap apa.

Twice - akulobak (Single 2)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, June 03, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Setelah single pertama aku yang bertajuk "Mencari Jamban" dikeluarkan, kini aku muncul dengan single baru. harap semua boleh sing along with... yeeha!

Terimalah lagu aku Twice-akuLobak (Once-Dealova) yang dinyanyikan oleh Hutan Kabut. (jeng2!!)

aku ingin menjadi mimpi ngeri dalam hidupmu
aku ingin menjadi sesuatu yang kau tak akan rindu
kerana langkah gembira tanpa dirimu
oh kerana hati bertenaga

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu tak bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu mengatamu
tanpamu hepi nya waktu merantai hati
oh bayangmu menyibuk saja

kau seperti petir dalam hatiku
yang memanggil benciku padamu
seperti udara tercemar yang kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatkan ku kacau bilau
tanpa dirimu aku merasa gembira
dan seronok
dan seronok

TQ !