Do you like my blog?

Wednesday, June 16, 2010

Ada Apa Dengan Ubat Gigi?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 16, 2010

Gigi korang kuning? Ada karies gigi? Gigi sensitive?
Aku syorkan korang berjumpa dengan doktor gigi yang berdekatan, tak perlu pergi jauh-jauh.  Nanti merugikan duit, melainkan doktor gigi yang berhampiran korang memang tak berguna.
 pastikan doktor gigi terpilih, ya?
Korang yang mempunyai gigi sama ada gigi susu, milo, kekal,palsu, emas mahupun timah pasti mengetahui apakah itu ubat gigi? Seperti juga pensel tekan yang mempunyai ubat, gigi juga begitu.  Apa yang membuatkan ianya istimewa adalah, gigi itu semua terlekat pada gusi di dalam mulut korang semua.  Pernah bayangkan kalau gigi tumbuh di luar pipi, telinga, atau kaki?(ew.)pasti tidak menarik bukan?
 makhluk yang dikecohkan itu.
Berbalik kepada topic asal, iaitu ubat gigi.  Selain digunakan untuk memberus  gigi, anda juga mempunyai pelbagai kelebihan yang lain dengan memilikinya. Percayalah mari aku terangkan.
Yang paling utama, pasti dan pasti dan pasti, untuk memberus gigi. Paling kurang dua kali sehari. Kalau klinik kesihatan datang semasa di sekolah rendah, dan mempromosikan cara memberus gigi yang betul di samping memberikan sampel ubat gigi dan berusnya,  aku pasti pemberusan gigi akan dilakukan paling kurang enam kali sehari.  Itulah yang dinamakan teruja. Peristiwa akan berlarutan selama seminggu maksimum dan selepas itu amalan memberus gigi akan dibuat-buat lupa.
Jauh menyimpang bukan. Baiklah.
Yang aku percaya adalah ubat gigi boleh dijadikan ubat jerawat menggantikan T3 mahupun Oxy. Amaran : Dilarang pakai jika hendak berjalan di kawasan awam.  Jika korang ada jerawat secara tiba-tiba, sapulah sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Pakailah waktu malam sebelum tidur, pagi waktu subuh tu basuhlah, jangan bawak pergi kelas pula.  Aku syorkan guna ubat gigi Colgate.  Kesan : Kulit kering sedikit, bubuh pelembap, minyak masak dilarang.
Ubat gigi boleh memerahkan bibir yang gelap seperti aku yang suka main gincu mak aku masa kecil dulu. Kalau selalu pakai gincu, bibir akan gelap. Jadi aku sedang berusaha.  Pakai waktu tidur. Sapukan ubat gigi itu di bibir anda, tapi ingat, jangan pakai masa keluar. Sebab ini bukan fesyen gincu putih ya.
Seterusnya, ubat gigi boleh mengilatkan kuku. Sapu masa nak tidur juga. Aku tak pernah cuba pun, tapi aku dengar. Korang cuba lah, mana tahu berjaya, boleh bukak pusat manicure and pedicure sendiri yang bermodalkan ubat gigi.
Satu lagi ia berguna semasa hari jadi kawan anda. Semasa birthday girl/boy itu tidur, korang bubuh la ubat gigi atas rambut mereka. Gerenti bangun esok, mereka akan ada fesyen rambut baru yang keras. Agak-agak kena rendam kot baru tanggal. Haha.
Selamat mencuba.

11 C.O.M.M.E.N.T.S:

cik panadol said... [Reply]

patot la dalam lif td ade makcik sorang tu bertempek ubat gigi kt muke die...selumber je die g kedai bawah tu nn muke camtu...nk hilangkan jerawat rupe2nye....

:: g3n :: said... [Reply]

haha..banyak gak kegunaan ubat gigi ek..

awat colgate tak gtaw ja kat pengguna dia..

mesti lg laris... =]

idAti mALek said... [Reply]

cik panadol :
tu ah,....mujarab kot.....ade kerawat try ar tempek, bisul xleyh...tao??

g3n :
oho....bnyk2...rhsia ni...hoho~

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said... [Reply]

to cik panadol..tu okeh lagi..lau pergi kat salah satu negeri kat malaysia ni..ade satu kawasan dimana kebanyakkan wanita keluar rumah samada nak p paso atau kedai..dorang pakai bedak sejuk..so..kuar rumah ngan bedak memutih kat muka...hoho..

to tuan punye blog.. kan ke nnt rase berangin je bibirnye? macam xselesa la plak.. kalau nak cantikkan warna bibir..gune lah halia.. tumbuk halia sampai air die kuar pastu..amek airnya n then..sapukan kat bibir.. biarkan selama setengah jam..kemudian bilas pakai air..amalkan tiap2 malam,..insyaallah bibir akan merah semula jadi..

idAti mALek said... [Reply]

cik aida:
time kasih atas petua..
tp ubat gigi akan memberikan sensasi ubat gigi yg hebat hingga anda tak perlu memberus gigi...yeah!!

atiqah said... [Reply]

ouch~..x sgka kak dati kita dh mula bjinak2 dgn xtiviti mnjaga kcntikan ni..bgos2~

izomaki said... [Reply]

tak berenti faiz gelak...

idAti mALek said... [Reply]

datin :
mnjaga kecantikan la sangt.....

abg faiz :
relax...tarik nafas

izomaki said... [Reply]

ehhhhhHHHHuuuuu!!!Kehik!!!

idAti mALek said... [Reply]

tarik je, jgn lepas....wahaha

izomaki said... [Reply]

fuuulamak...