Do you like my blog?

Sunday, June 20, 2010

Aku Kecewa Dengan Gambar Kahwin Mereka

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, June 20, 2010

Aku tatap gambar-gambar itu, penuh kegembiraan.  Pasangan mempelai tersenyum menyambut hari bahagia mereka.  Hadiah perkahwinan sangat banyak.
Aku tatap lagi semua gambar itu satu persatu.  Mata aku berkaca-kaca, hati aku pilu.  Kenapa aku dilupakan?
Kehadiran aku mungkin tidak dialu-alukan disitu.   Aku kecewa.
Aku nampak orang-orang yang aku kenal dalam gambar-gambar tersebut.  Tapi aku tidak ada.
Selalunya bila ada kenduri perkahwinan, mak dan abah mesti bawa aku bersama.  Aku keliru, kecil hati.
Sedih.  Aku tanya pada mak aku “Mak, kenapa Dati tak ada dalam gambar?”
Mak aku jawab “Dati pergi merayau rumah kawan sebab tu tak ada dalam gambar” kata mak aku sambil tersenyum-senyum.  Aku menyesal kerana aku memang suka merayau.
Aku tanya lagi “Kenapa mak dengan abah tak tunggu Dati nak bukak hadiah tu semua?
Mak aku jawab lagi “Sebab Dati balik lambat sangat”.  Mak aku senyum-senyum lagi.
Macam mana aku tak marah dan kecewa.  Selalunya kalau mak aku pergi kenduri mesti bawa aku.  Tapi masa mak dan abah aku kahwin, tak bawa aku pula kali ini. Buktinya aku tak ada dalam gambar. Lepas tu nak bukak hadiah tu pun tak tunggu aku balik.  Dah la banyak, bagi lah aku bukak satu.
Kebenarannya hanya aku ketahui bertahun-tahun selepas itu.  Masa itu aku 7 tahun.
Mak aku pun satu, tak nak bagi tahu kebenarannya.
ni la gambar kontroversi tu. hahahahahah
gambar mak dan abah aku di hari perkahwinan mereka di mana aku tidak ada


13 C.O.M.M.E.N.T.S:

lakov said... [Reply]

kebenaran?
aku tak depat tangkap lol....

idAti mALek said... [Reply]

kebenaran nye sume tu salah laa...
mane plak dtg aku kalo mak ng abah aku baru nak kawin tyme tu....adoiyai

lakov said... [Reply]

hahaha ye tak yaa jugak...
hg pon tak wujud lagi time tu hahahaha

lakov said... [Reply]

hahaha ye tak yaa jugak...
hg pon tak wujud lagi time tu hahahaha

liyana aziz said... [Reply]

yana dapat tangkap.. hehehehh *sila tepuk tangan*

Cik Norfa said... [Reply]

time kecik2 kan..mana kita tahu..hehe..mesti mak ko gelak ngn ayah kau time tu..

ingt2 balik mmg lawak la..

impian cinta said... [Reply]

yeah! saya pun penah tanya soklan cmnie kat mama masak kecik2. =) bila dah besar kelakar plak rasa.

idAti mALek said... [Reply]

hah....memang pun klaka..|akov ape tah x dpt tgkap

Fadil said... [Reply]

ceh...beriya-iya aku baca dari mula...ni rasa nak pergi makan kfc nih

izomaki said... [Reply]

hah100x... boleh juga mcm tu...

idAti mALek said... [Reply]

fadil :
mkn la....x larang...heheh

abg faiz :
boleh~

izomaki said... [Reply]

hoh2x... terer2x

izomaki said... [Reply]

cikgu memang terer