Do you like my blog?

Wednesday, June 16, 2010

Porno Merupakan Makanan?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, June 16, 2010
Aku nak berlari pergi KLCC masa ini dan lepak dekat Lakegarden dia sambil tengok orang busking(ada kah?), dan juga makan biskut bunga yang aku gemari bersama neslo panas. Boleh tak kalau aku nak pencawang maxis dan celcom tu betul-betul sebelah rumah aku. Aku mahu kampung aku dapat 3G supaya berukband aku boleh dapat liputan di sini. Aku mahu tiba-tiba kurus, itu memang sentiasa aku mahu, tapi gemuk lah pula. Haha. Aku mahu sebuah speaker yang kecil tapi bunyi power. Boleh tak Malaysia bagi wifi free satu Malaysia, baru 1 malaysia. Tapi disekat bagi pencarian maklumat-maklumat porno.

Cakap pasal porno aku ada satu cerita.jeng jeng.

Ejaan porno dalam bahasa inggeris kan Porns. Dulu aku ingatkan porns sejenis makanan pasal eja dekat-dekat sama dengan Corns. Mungkin aku ingat ia adalah popcorns.

Jadi bila aku form 1, aku tengok kat internet ada tulis porns, aku terus klik. Sebab aku mahu tahu apakah makanan tersebut. Aku cari gambar makanan tapi tak ada, yang ada tulisan bahasa inggeris yang membebel berjela-jela dan gambar ahli neraka.

Beberapa tahun selepas itu baru aku tahu apa itu porns. Itu pun selepas aku merujuk kamus. Kenapalah bukan dari awal aku tengok kamus?

Jawapan : aku selalu tak ada kamus. Sebab bila aku beli kamus je, mesti kakak aku rembat.

itu dye kebangangan yang jelas nyata.derr.

6 C.O.M.M.E.N.T.S:

Kazaztan Team said... [Reply]

ehehhehe..pengajaran...kena tg kamus dulu

AISHA SAAD said... [Reply]

hahhaha.
seb bek kau tau gak end up.
kalau tak tau, bang nak order porn satu!! auummm.

idAti mALek said... [Reply]

Kazaztan :
yer....pengajaran dari cerita dongeng...eahahaha

aisha:
woohh~
ade ke?
cmna tau> ko order eyp? warf.(sewel)

izomaki said... [Reply]

hah2x popcorns...

idAti mALek said... [Reply]

porncorns sebenanye....opps.

izomaki said... [Reply]

tak salah porncorns... sebab corns klu dah porn boleh masak buat pengat jagung... blh rebus & mkn bgtu shj (mcm roti gardernia)...blh sapu mentega & bakar (jgn sampai jd jagung masak Arentung... yg belum rebus @ bkr blh tanam...Yg paling penting blh buat perjanjian dgn hantu raya dgn rebus jagung tu... tanam kat tempat terasing & buat perjanjian tunggu jagung tu sampai tumbuh baru pulang (kira kes buang sakalani... tp harap2x takder hantu raya yang baca blog ni... sebab klu tak lepas ni takder hantu raya blh kena tipu dgn jagung lg dah)Heh3x