Do you like my blog?

Saturday, July 31, 2010

Cabaran 1 : Nasi Goreng Pattaya + Teh Ais

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 31, 2010
gadis ini hensem, jadi?
hensem macam ni la lebih kurang
tapi dia penakut. kesian dia kan? tapi dia hebat jugak, sebab tak takut semut.ulat gonggok merah pun tak takut, cuma geli. dia tak akan jerit "aaaaaaaaaaaa..." dengan suara yang nyaring macam gadis-gadis cantik lemah lembut lembik apabila nampak lipas terbang-terbang depan muka, tapi dia akan jerit "tak gunaaaa...lipas..!!sh*t you" dengan suara paling tak feminin korang pernah expect dari gadis hensem macam dia.

jadi hari ini si gadis telah melakukan satu perkara yang agak mencabar. iaitu keluar ke kedai makan seorang diri berbekalkan duit 10 ringgit malaysia beserta kunci bilik 207. tett..hei jangan cuba-cuba cari bilik ini semata-mata nak pinjam toilet okay.

langkah demi langkah diatur ke kedai makan.kedai makan sepi. tak ada orang. mungkin rakyat KL belum lapar lagi.

"kak, nasi goreng pattaya dengan teh ais ada? bungkus ya?". ketar-ketar kebuluran jelas terdengar pada suara si gadis hensem.

menunggu. gadis termenung, tekan-tekan keypad handphone yang bateri nya hidup segan mati tak mau, tapi tekan-tekan jugak sambil paling kiri kanan konon-konon ada kawan datang nak join sama, sebab nak elak orang fikir dia lonely dan psiko sebab makan sorang-sorang. lalat tak ada seekor pun terbang-terbang, kalau tak boleh juga si gadis main pukul-pukul sambil tunggu makanan siap.

"dik, dah siap".
mak cik yang masak tu panggil si gadis. kenapa mak cik tak panggil "nak, dah siap" sedangkan dia adalah mak cik, si gadis sendiri tidak tahu. ambil nasik dan bayar pada abang yang cakap bahasa thailand.si gadis tidak peduli.

si gadis berjalan keluar dari kedai makan dan balik ke bilik. sampai ke dalam bilik, di dalam hati si gadis terus menyanyi weeee  are the chammpiiooonnn my frennnnnnnnnnnnnn!!!woohooo......padahal kedai makan tu ada kat sebelah blok si gadis menginap. tak jauh pun, 2 minit dah sampai.

tu lah, nama je hensem, tapi nak beli makanan pun penakut.

gadis hensem tersebut. korang kenal? aku tak.

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

tiha said... [Reply]

haha..aku pun x suka gak beli mknn sorg2..

idAti mALek said... [Reply]

ouh...ade geng rupa nye

atiqah shaharin said... [Reply]

aku pegi bli mknn snsorg..smpai tmmpi org yamen kejar aku..huhu..ngeri2~

idAti mALek said... [Reply]

alalala ciannye

izomaki said... [Reply]

faiz takder siapa nak kejar & teman beli makanan... dah biasa hidupp sorg kot... heh2x