Do you like my blog?

Thursday, July 1, 2010

Lari Dari Mimpi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 01, 2010

Selalu mimpi lebih indah dari realiti
Terkadang juga realiti lebih indah dari mimpi
Bergelut dalam rantai gari mimpi spastik yang membawa igauan ngeri
Si pemimpi
Siapa pemimpi?
Aku. Kau. Dia. Mereka. Kita.
Kadang-kadang kita mahu lari dari mimpi.
Sebab kita tak boleh memilih.
Sepertimana kita memilih untuk makan,
Memilih untuk berkahwin,
Memilih untuk berkawan,
Atau memilih untuk mati.
Tak boleh pilih, pasti.

Ada orang memuja mimpi,
Bertemu sang idaman di sana,
Tidur tak mahu jaga lagi.
Sesuatu yang membuatkan si pemuja bangun
Adalah cinta dalam realiti.
Kerana pada masa itu,
Realiti kan menjadi indah dari mimpi..



2 C.O.M.M.E.N.T.S:

nuraimyasmin said... [Reply]

nuraimyasmin like this :)

idAti mALek said... [Reply]

ko ni mmg suke puisi kan?????


hehehe