Do you like my blog?

Thursday, July 15, 2010

Maaf Saya Excited Sangat Cikgu.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 15, 2010

masa darjah 3 ada cikgu praktikal lelaki datang sekolah aku.  Nama cikgu tu Cikgu Hanafi. Semua budak-budak teruja dengan cikgu tu, termasuk lah aku.  Disebabkan masa tu nak dekat raya, ramailah yang bagi kad raya pada Cikgu Hanafi.  Aku pun tak ketinggalan.
Aku tulis cantik-cantik kad tu dan nak cepat, takut lagi ramai yang dah hantar tapi aku punya tak siap-siap. Lepas siap, aku terus hantar. cikgu senyum dapat kad tu. Lama cikgu senyum-senyum. Aku seronok, cikgu suka kad aku. Hati aku berbunga-bunga macam dalam hati ada ballet.
Lama lepas tu baru aku faham maksud senyuman tu. Disebabkan aku terlalu berkobar-kobar nak tulis kad raya, aku terlupa ejaan sebenar.
Di hadapan kad tertulis “Kepada Cikgu Hafina”
Tu la, nak menggatal tapi tak reti, nama cikgu pun salah. Dalam hati ada ballet aku dah bertukar dalam hati ada sarang kerengga.
 yang bertanggungjawab menulis "kepada cikgu hafina"

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

saya_arief said... [Reply]

huhu..
macam mane leh salah eja tuu

idAti mALek said... [Reply]

biasa lah zaman kanak2 yang terlebih teruja...haha

princeduyong said... [Reply]

hehe...skarang dah pandai eja lom..?

SKETSA JAM EMPAT

idAti mALek said... [Reply]

hahah...msti la hebat dah....