- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Aku tak cukup hebat ke? | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, August 16, 2010

Aku tak cukup hebat ke?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 16, 2010

Masa zaman kanak-kanak dulu aku bolehlah dikatakan agak bagus untuk akademik dan juga sukan.  Tapi masa sekolah menengah aku cuma bagus untuk bercakap  macam bagus.  Contohnya, “kakak aku belajar Taekwondo, dia selalu ajar aku.  Sebab tu aku pilih nak masuk Taekwondo sekarang. Lagipun aku memang dah tau..”.
Walaupun hakikatnya kakak aku bukan ajar, tapi ‘ajar’ aku. Cukup-cukup. Sebab dia nak test apa yang dia belajar masa Taekwondo.  Bagus betul application aku kat rumah ni. 
Sebenarnya aku agak menyimpan dendam dan bercita-cita nak balas.  Itulah tujuan utama aku masuk Taekwondo walaupun aku agak ‘lembik’ untuk menahan sakit pada masa itu. Jadi apabila aku berjaya grading satu belt, aku dah rasa cukup poyo.
Jadi apabila aku pulang ke rumah pada hujung minggu(aku sekolah berasrama), aku mencabar kakak aku untuk berlawan dengan aku.
hei orang tua, aku dah grading dah. Jom lawan!” aku mencabar dengan berkobar-kobar.
Dalam beberapa minit...ddishh!
Aku dah terduduk kerana kakak aku tumbuk muka aku.
Dia memang hebat.
Status badan : sakit
Status hati     : menangis
Status muka  : control (mata berair)
Status spastik : memalukan..

silat gayong. i'm in..

0 C.O.M.M.E.N.T.S: