Do you like my blog?

Thursday, August 12, 2010

daun bawang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 12, 2010
selepas demam yang panjang dan selesai makan ubat yang rasa agak-agak jahanam, aku dah bertambah baik.
syukur.  aku rasa aku demam dalam seminggu, mungkin. aku dapat bercuti dan meninggalkan kuliah dengan rasa bercampur baur bagai ikan keli dalam air asam jawa.

aku kena sore throat yang ternyata sangat menyeksa jiwa raga, sampai nak telan air liur pun susah. kalau nak telan air ribena pun susah, milo pun susah. semua susah la senang cerita.

jadi pada satu malam yang disaster dari malam-malam demam tersebut,(selepas menangis di telefon kepada encik ridwan kerana sakit tak tertahan), aku call puan noribah, madam besar rumah aku. madam besar suruh aku berehat-rehat di rumah pak cik, tapi sebelum itu kena pergi hospital. ah tidak..tapi tak jadi pergi pun. hospital yang dipenuhi bau ubat-ubat yang rasa bagai apa, orang-orang yang menakutkan dan juga, 1 environment masa depan yang aku bakal berada di situ.

aku dibawa pergi ke klinik 24 jam di Bangsar(sebelum itu tersesat di klinik bersalin, sambil nurse yang bertugas tengok perut aku kot-kot betul aku nak bersalin padahal dah kurang buncit sikit sebab tak lalu makan masa demam). hasilnya, aku dapat satu suntikan cinta yang ternyata,,...betul-betul cinta. indah pemikiran aku lepas itu, belayar di alam mimpi.
malam tu aku makan sikit je bubur nasik yang pak cik aku belikan.

pagi esoknya, pak cik aku beli bubur nasik lagi. agaknya sebab aku makan kurang pak cik aku ingatkan kedai tu masak tak sedap. jadi dia berusaha cari kedai lain. balik rumah dia terus kejutkan aku dan cakap
"ha idati..pak andak dah belikan bubur nasik. ini bukan yang macam semalam tu, yang ini punya sedap..tengok ni, ada nasik, ada daun bawang.."sambil menunjuk-nunjuk plastik makanan itu dan berlalu pergi?

apa yang seronoknya dengan daun bawang?....

mungkin daun bawang tu daun bawang ajaib, jadi aku sudah sihat sekarang. oleh itu makan lah bubur nasik dan daun bawang untuk sembuh dari demam dengan cepat dan bertukar menjadi bawang macam kakak aku yang memakai syampu Ba Wang.

daun bawang, daun bawang, sembuhkan demamku, kataku dengan ged*k.

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

nabil_potter said... [Reply]

heheh..daun pon boleh demam :)

idAti mALek said... [Reply]

daun demam???

yke????

atiqah shaharin said... [Reply]

haha..daun bwg mmg bley sembuhkn demam laa..x tgk cite fruit basket ke..ahhaa

idAti mALek said... [Reply]

oh yeke...alamak aih aku tak ingat la