Do you like my blog?

Monday, August 16, 2010

Dropping Tears

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 16, 2010
andai aku tahu itu kali terakhir aku salam dan kucup jari jemarinya,
pasti aku genggam lebih lama dan mengucupnya lebih kasih.

andai aku tahu itu kali terakhir aku menciumnya,
pasti aku cium dengan penuh makna.

andai aku tahu itu kali terakhir aku mendakapnya,
pasti aku dakap dirinya erat-erat.

andai aku tahu itu perbualan terakhir kami,
pasti aku akhiri dengan aku sayangkannya.

andai aku tahu itu kali terakhir aku lihat kecelikan pada matanya,
pasti aku tatap matanya dalam-dalam dan lebih lama.

andai aku tahu itu kali terakhir aku melihat nya,
pasti aku berada dekat dengannya untuk tempoh yang lama.

andai aku tahu ramadhan lepas adalah yang terakhir aku bersamanya,
pasti setiap sahur dan berbuka aku ingin bersama.

andai aku tahu semuanya sudah sampai akhir.
tapi aku tak tahu.
kali terakhir aku bersalaman mu aku tidak ingat.
kali terakhir aku menciummu, air mata bergenang.
kali terakhir aku mendakap mu, sebelum muka mu ditutup kafan.
kali terakhir aku mendakap mu, adalah kali terakhir aku mengucupmu penuh syahdu.
kali terakhir kita berbual, kau minta aku jadi doktor yang baik.
kali terakhir aku lihat kecelikan matamu, kau di hospital. di katil ccu.
dan ramadhan lepas, cuma sekali kita berbuka bersama.

drop of tears, idati.

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

nuraimyasmin said... [Reply]

yg pergi tetap pergi. doakan dia ditempatkan dlm kalangan org2 beriman..

AiZ said... [Reply]

aiz boleh bayangkan bagaimana perasaan ida... sekali sekala rindu yang telah pergi memang rasa indah walaupun sedih

idAti mALek said... [Reply]

aimy:
amin...

aiz :
sedih je...indah ade tapi rasa sakit nak diingat

AISHA SAAD said... [Reply]

dati make a move please..
sedih aku tengok ko latelyy.
allah dah amek balikk ape yg dipinjamkann, mmg sedihh, but at least appriciate allah bg pinjam lama la jugakk, PLUS lot of things ko dpt blaja.

don't sad-sad dahh tau.
life must go on!
aja2 fightingg!

idAti mALek said... [Reply]

thx aisha..~

sdg move on laaa jugak....

cume lately nih terasa sket kehilangan tu...

..i'm moving on....