Do you like my blog?

Monday, August 16, 2010

Fokus yang hilang di tasik titiwangsa.tasik chini pun boleh.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 16, 2010

At the first of the semester, aku ‘kacau’ dengan pak cik guard yang bergaduh dengan aku tetapi bertukar menjadi angel with the ring apabila bercakap dengan abah.  Mungkin dia tak tahu yang aku lebih bahaya daripada abah aku. He should does the angel face in front of me kerana aku mungkin TER cabut nyawa dia. Bukan, maksud aku, aku menjadi punca nyawa dia hilang. Semua sebab pendaftaran kolej.
Yeah aku mungkin sedikit mengaku salah aku sebab tak tahu pasal notis kat depan ofis K5..tapi aku dekat Gopeng, Perak bukannya dekat Chow Kitt KL yang membolehkan aku pergi k5 pada waktu pagi untuk menganga-nganga membaca notis itu selama 10 minit lalu beredar menaiki skuter. Oh waktu itu belum wujud lagi skuter aku, jadi kita gunakan jalan kaki. If and only if rumah aku dekat Chow Kitt, boleh lah aku pergi menganga di depan notis barang sejam dua. Erk? Born with brain tapi tak pasti tumbuh di mana. Lalala.
Dan selepas itu aku mengharapkan pertemuan dengan kekasih hati saya(!!!!) bakal mengubah persepsi untuk semester ini.(I really hope that!!) semuanya baik dari pagi aku jumpa dia dan the end of the day sangat sedih. Kerana si Iguana call aku untuk beritahu opah aku masuk hospital. 50-50. It is acute myocardial infarct. CCU = critical care unit. Bukan ICU=intensive care unit.
Aku tidak pergi kelas selama beberapa hari.means no book at all. aku dapat jumpa opah sebelum dia dikomakan. Aku sangat sedih tahu tak. Aku dah celaru masa tu. Pada hari ahad selepas beberapa hari di gopeng, aku balik ke KL ku indah ini.(erhh….)
Lusa nya aku dapat berita Opah telah pergi dari dunia buat selamanya. 1 fasa baru bagi aku untuk menempuhi hidup selepas 20 tahun yang sentiasa ada Opah. Opah yang menyambut kelahiran aku. Yang selalu bercerita tentang pengalaman hidup, suruh aku jadi doktor supaya aku boleh rawat dia dan juga, kisah aku masa kecil-kecil yang agak banyak songel.  Bila aku sakit yang ada kaitan dengan perubatan tradisional, Opah lah orang yang aku cari. Masa aku demam sebab 2 ekor polong menyakat aku waktu solo drop camping belia, Opah jugak yang tolong aku. Boleh imaginasikan aku tak akan ada semua itu lagi untuk selama-lamanya. Aku dah hilang 1 perkara yang aku biasa ada. Yang sentiasa membuatkan aku rasa dimanjakan.
Aku hilang fokus.
Bila aku balik ke KL lagi, setelah seminggu dari tarikh kehilangan, aku demam. Teruk. Aku ingat aku akan mati sebab aku tak boleh telan air liur pun. Nak batuk pun rasa nak tercabut nyawa. Rupa-rupanya aku masih ada umur panjang, aku sembuh. Itupun selepas seminggu.  Aku pulang ke KL, bersama skuter yang mak baru belikan untuk aku supaya aku boleh pergi latihan silat yang boleh membuatkan aku lupa seketika pada masalah. Aku patut cakap silat adalah ectassy bagi aku, kerana habis sahaja silat badan aku akan sakit-sakit.  Untuk hilangkan sakit, pergilah silat selalu.
Aku sangat sedih kerana tercampak ke K5. Bukannya aku tak aktif tapi mungkin kerana salah key in. aku cakap baik-baik dengan ofis guys di ofis K1 tapi 3 daripadanya rasa nak buat aku mengamuk dengan parang.  Mempermain-mainkan aku. Dia tak tahu hati aku dah cukup terluka dengan semua yang aku lalui. Kalau anak diorang macam aku, diorang tak kisah kot. Sampai anak diorang bunuh diri lepas tu baru diorang tahu langit ni tinggi ke rendah, tak payahlah susah-susah nak ukur guna pembaris. Demm apa aku mengarut.
Sekarang option yang aku ada, pindah ke k1 dan tinggal bersama Chinese dan Indian di blok 6 atau 7. Atau aku patut terperuk di k5 yang boleh sebabkan aku sakit jiwa kerana tak boleh bukak tingkap, tak boleh jalan bilik kawan, tak boleh menyanyi macam dekat k1 dulu, tak boleh naik bus dan lalu dekat taman tasik titiwangsa pada waktu pagi dan jauh sangat-sangat dari kawan. Aku ada roommate tapi dia jarang di bilik. Tears, always with me. Aku sunyi. Aku disaster. Status aku sekarang : sakit jiwa. Aku tak boleh study, aku tak ada study group. Aku susah nak pinjam notes. Broadband aku pun memang cukup beruk.
Minggu ini penentuan. aku akan pindah k1 atau tak.wish me luck and healthy. Dan wealthy kalau boleh
.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

r-mean said... [Reply]

sabar..

idAti mALek said... [Reply]

sedang~

AISHA SAAD said... [Reply]

wehhh kesian ko!
takpe la kdg2 liku2 hidop nih mngjara kita.

newayy, yeah rumet yg tak best seryesly efek life kite tiap2 hr kann??

think wisely yeahh, wih u all the best!