- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Kad Raya Dari Kenangan Silam | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, August 27, 2010

Kad Raya Dari Kenangan Silam

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, August 27, 2010
kad raya, satu material memori yang paling banyak aku dapat masa zaman kanak-kanak berbanding hadiah hari jadi, yang aku pasti tak ramai yang ingat bila.

 

kad raya ada yang besar, ada jugak yang kecik sama saiz dengan kertas A4 dilipat 8(aku dapat dari seseorang yang aku pasti raya pada tahun itu dia menjadi kedekut secara tiba-tiba. dan tahun seterusnya dia terus tak bagi kad raya).

masa aku darjah 3, di Gopeng, Perak. dua kawan aku yang dalam mood 'berbaik-baik kerana aku ada coklat sedap' telah menghantar kad raya kepada aku. aku namakan mereka sebagai Jae dan Toya.

Toya seorang yang agak 'kurang pandai' di dalam kelas. jadi aku tak pasti dia tulis apa. yang aku pastinya, sebenarnya dia tidak suka aku. tapi kenapa dia bagi aku kad raya, mungkin kerana coklat sedap tadi.

Jae pula memang biasa dengan aku. di dalam kad raya Jae, dia tulis :

"Ke hadapan Idati. Jae nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada Idati. Hari raya ini jemputlah ke rumah Jae. Jangan lupa ajak kak dila sekali tau!..Idati,sebenarnya Jae tak pandai tulis kad raya. Jae minta maaf sebab kad raya ni tak cantik. Sampai di sini sahaja. Sekian. Wassalam. Dari Jae".

Dan Toya menulis :

"Ke hadapan Idati. Toya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada Idati. Hari raya ini jemputlah ke rumah Toya. Jangan lupa ajak kak dila sekali tau!..Idati,sebenarnya Jae tak pandai tulis kad raya. Jae minta maaf sebab kad raya ni tak cantik. Sampai di sini sahaja. Sekian. Wassalam. Dari Jae." dan di hadapan kad raya ditulis "Daripada Toya".

nampak sangat Toya meniru apa yang Jae tulis, tapi nama tu tak tukar pulak. adoi..children~ http://www.emocutez.com

tahun seterusnya Toya bagi aku kad raya yang 'dia tak mahu guna'. ada kesan liquid atas kad raya itu yang aku masih nampak bersisa tulisannya "kepada Fiona. diharap fiona berada di dalam keadaan sihat hendaknya.."

dan ucapan yang ditujukan kepada aku ditulis di bawah kesan liquid murah tersebut. http://www.emocutez.com

sampai sekarang aku masih simpan kad-kad itu. dan kali terakhir aku jumpa Toya, dia sudah pandai mekap tebal-tebal sambil berdiri di tepi kaunter melambai-lambai orang dengan senyuman weirdo yang aku sudah biasa lihat dari zaman dahulu.

(ini adalah entri untuk contest kad raya dan kenangan silam dari Blog Bila Tinta Berbicara. untuk join boleh klik sini.)

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

Asyraf Hamasaki said... [Reply]

Terima kasih kerana sudi menyertai ;-)
Penyertaan di terima
Kod peserta adalah 015
sila hantarkan alamat rumah * utk penghantaran kad raya *
di Email adress
asyrafhamasaki@gmail.com

idAti mALek said... [Reply]

da hantar dah...wink2...

thx~

sumpit said... [Reply]

peh... ingat lagi tu ayat2 power...

kisah kad raya

idAti mALek said... [Reply]

mmg akan ingat la ayat2 power tu smpai bila2...hahahahaha