Do you like my blog?

Thursday, August 26, 2010

Kenangan Tutup Botol

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 26, 2010
selaku bakal occupational therapist masa depan, hari ini aku dengan mengantuk-ngantuk ayam nya, telah muncul di kelas OT.

muncul dengan tiba-tiba bersama helmet kura-kura dan motor biru.
dan juga pembonceng tegar dengan gelaran pikambing.pikatak pun boleh.

tak ada apa-apa keajaiban berlaku hari ini, kecuali presentation secara tiba-tiba yang membuatkan aku tercekik walaupun dalam mulut hanya ada air liur dan udara untuk dihembus-hembus.

setelah berhempas pulas memahami makna 5/8 inci antara kacang-kacang merah dan juga aktiviti menyudu kacang untuk masuk dalam tin kopi dalam 'presentation' aku nanti, aku duduk. termenung. tengok kawan-kawan, rakan dan taulan.

...yang sedang profesional nya bermain 'tutup botol'.

perbincangan muhibah antara kaum.
giliran pikambing,
tin tidak terlibat dalam permainan ini ya.
cek mek nani tengah fokus(ini kali pertama beliau main...)
siti yang tak tersangka tau main(sedangkan aku pun tak tau (T.T)  )

 sekaligus menyingkap zaman kanak-kanak aku yang penuh nostalgia yang agak hodoh untuk diceritakan.


1999. tahun 3, SK Sungai Itek, Gopeng.

semua murid berkumpul main 'tutup botol' di atas meja kelas yang disambung-sambung menjadi besar. lelaki dan perempuan. sangat meriah. sangat sangat meriah.

macam ni lah lebih kurang main dia (lukisan amatur oleh orang yang tak pernah main tutup botol dengan betul)
 aku : (termenung. diam. tengokhttp://www.emocutez.com

bila penutup botol terpelanting dari meja, aku cepat-cepat kutipkan. (mood baik walaupun orang tak ajak main)

aku : err...aku nak main (tenggelam bagaikan suara cacing dalam Vevezuela Piala Dunia).

semua orang buat tak tahu. jadi hari itu aku tak dapat main.

hari seterusnya, ada beberapa orang budak kelas aku main tutup botol tersebut. jadi aku dengan seronoknya mahu turut serta.
"weih aku nak main!".
"OK!" jawab salah seorang mereka.
dengan bangga nya aku menimbang tutup botol itu untuk pilih turn.

aku turn akhir daripada 4 orang. dan mereka semuanya handal belaka.

bila tiba giliran aku, (sebenarnya ini kali pertama main, tak pernah tahu pun.mereka pun tak tahu yang aku ni jahil), aku 'twist' tutup botol tu sampai terabur.
aku nak jentik tutup botol kena sasaran. macam orang lain buat,

kawan-kawan tengok. kawan-kawan berdebar. ini cubaan pertama.
aku juga berdebar-debar.
TAKK!!(macam ni lah kot bunyi tutup botol kena jentik).

dan jentikan itu bukan sahaja berjaya mempelatingkan tutup botol tersebut mengenai tutup botol lain malah berjaya mengenai tepat batang hidung salah seorang pemain handalan. (mata berair~)

sekaligus men'disqualifiedkan aku untuk terus bermain. dan aku pergi dengan kata-kata
"hoi...kau pernah main ke tak ni? jangan main lagi laa..~"
http://www.emocutez.com
menangis di dalam hati dengan muka kontrol macho di luar.(cepat-cepat masuk tandas)

nota pendek : aku pernah termasukkan batu seremban dalam lubang hidung orang masa main. tapi pemain handalan tu nasib baik jugak, sebab aku tak masukkan tutup botol tu dalam hidung dia.kalau tak macam mana nak keluar agaknya.

:::idati malek tidak pandai main tutup botol, chess, bola tampar. tidak pernah menang dam haji mahupun dam ular. kalau main batu seremban akan dapat markah paling last.

tapi idati malek tahu main enjit-enjit semut sampai tak larat main.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

pika ruslan~ said... [Reply]

bunguksss nye datikus..msti bdk tuh bdndm ng ko kn..haha
ptot ahh ko tgk dr jaoh jek tym ktorg men td~:P

AISHA SAAD said... [Reply]

aku pon tak reti main menatang nih.
konpem kantoi.
bencikk jek! hoh.

idAti mALek said... [Reply]

pika :
budak tu suke kat aku....dye tak berdendam..hahahah~~!!!!

aisha :
nmpak nya aku ade geng laaa....hohohohoh