Do you like my blog?

Monday, August 23, 2010

Tribute Buat Multimedia Iftar

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 23, 2010
sangat penat selepas satu hari yang panjang(agak laa) walaupun satu-satunya kelas tanpa diketahui tujuan telah dibatalkan setelah 9 setengah minit berada di dalamnya(di samping budak-budak medic dan dental yang menjauhi kami budak fskb, tapi bukan semua la).

aku tak pernah rasa sakit hati kendalikan laptop aku sendiri. tapi semalam ada sedikit.

laptop yg semput kerana tuannya jahat.
 walau apa pun sangat berterima kasih kepada kawan ku aimi yang bertindak sebagai HEROIN aku dan ikhwan. bunyi macam kelakar, tapi AJK dah selamatkan dua orang exco yang menggigil-gigil di depan laptop sambil buat muka cuak sehingga tak tahu nak beza kan alphabet A dengan Q. sampai bunyi notification non-genuine laptop aku pun rasa ngeri untuk didengar.

apa-apa pun aku sudah berjaya melakukannya. ikhwan pun<--ini exco multimedia lagi sorang. time kasih pada aimi, isma dan faiz yang ceduk-ceduk lauk kat belakang dewan yang mendoakan kami berjaya.(eh faiz ceduk lauk ke?) *big applause. (big apple?slurrppp~)


hasil karya ikhwan dan wondershare nye.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: