Do you like my blog?

Monday, August 30, 2010

Untuk tahun-tahun yang pernah kita lewati bersama

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 30, 2010
untuk tahun-tahun yang pernah kita lewati bersama
aku, kamu, kita semua.
gembira melakar kisah-kisah masa depan
tanpa pasti apa bakal kita tempuh.
adakah kita akan terus bersama, atau pun ada yang pergi dahulu.

karya : Atiqah Idayu
 kita semua memang pelik.
masa tu tak ada duit, tapi masih nak beli bukan-bukan.
nak pen warna-warni buat kad birthday
nak highlighter macam-macam warna buat penuh kotak pensel
nak kertas warna yang terang-terang supaya orang tahu kita gila sewel ceria.
atau kertas warna hitam supaya orang tahu kita cool dan mysterious.
karya: ain

masa tu nak exam hidup atau mati, masa tu jugak nak rakam video kenangan yang gila.
dengan baju tidur, t-shirt koyak kat ketiak, sweater pusaka yang sudah lusuh dan pijamas macam kemeja,
kita cipta satu memori yang buat semua orang gembira.
aku gembira video kita buat orang lain tersenyum.
dan terbahak-bahak.

karya : Idati Malek
 kadang-kadang aku stress dengan korang, dan korang pun stress dengan aku.
sebab aku suka emo, dia suka emo, semua orang suka emo.
tapi sekarang emo-emo itulah yang kita nak gelakkan sampai pengsan.
biasalah, masa sekolah, otak tak matang.

karya : idati malek
aku ingat cikgu pernah rotan kita ramai-ramai sebab result teruk dan jugak lambat pergi prep.
ada yang menangis,
aku konon nak buat muka cool, tapi menangis dalam hati sebenarnya.
ada yang kena rotan sampai berbirat-birat,
tapi kita tak pernah pun nak suruh mak bapak kita saman cikgu macam budak-budak sekarang buat.
dorang tak pernah tahu GC tu apa.."point aje!", sambil tuding jari buat muka poyo.korang ingat ayat ni?
kali pertama dan terakhir GC yang teruk, agak ramai batch kita yang kena "point aje".
bangun, buat muka kerek sekejap, lepas tu mata merah-merah sebab tak tahan. rela bunuh diri.
ada ke kita nak saman senior, sebaliknya kita berterima kasih. sebab ajar kita jadi orang.
bukan jadi lepasan Rancangan Khas dengan attitude sampah sarap.

karya : Idati Malek
korang ingat tak aku pernah kena tangkap main mercun walaupun sebenarnya bukan salah aku.
sampai sekarang aku masih membenci insiden itu.
aku tak suka dihukum atas apa yang aku tak bersalah.
aku benci, sampai sekarang aku ingat orang yang point nama aku.
aku harap dia baca ini dan sedar aku, YA, sedang mengata kau.

karya : Idati Malek
rindu bila kita berumba-lumba nak pergi dewan makan, nak mintak ayam atau ikan paling best. kalau boleh nak dua ekor ikan.
rindu bila kita tercekik nasi lemak sebab terlewat bangun pada hari rabu dan jumaat, tapi loceng dah bunyi macam #*^&. hati pulak rasa rugi tak makan nasi lemak.
lepas itu kena denda kawad kaki sambil nangis sebab kaki melecet.

karya : Idati Malek
rindu kita pergi jalan-jalan merewang kelas orang lain masa prep, warden datang terus pura-pura study kat kelas tu walaupun secebis kertas pun tak bawak.

karya : Idati Malek
rindu pergi library untuk tidur masa lepas kawad kaki. sebab library ada air cond.
rindu masa kita balik prep malam ramai-ramai sambil nyanyi lagu Good Charlotte dengan nada yang aku kira sumbang, tapi masa tu rasa kalau masuk Akademi Fantasia boleh menang.

karya : Idati Malek
 rindu pergi minum malam sambil main panjat bukit dengan baju kurung tak iron, dan ada orang kena sembur air milo penuh kasih sayang dari mulut, sebab ada yang tak tahan dengan lawak lalu sembur orang depan meja.
lepas itu tukang sembur kena banned dari duduk berdekatan manusia normal.

karya : Idati Malek
 rindu larian sekolah walau aku selalunya akan buat jalanan sekolah, aku paling benci berlari, kecuali nak rebut sesuatu yang aku suka contohnya ais krim percuma.
rindu berbuka bersama-sama di dewan makan yang kita suka reserve tempat duduk paling strategik, bukan strategik bawah kipas, tapi strategik untuk lihat orang yang kita admire secara innocent tak ada kerja lain masa sekolah.
rindu suasana weekends sekolah walaupun kita tak boleh outing, terkurung dalam dorm sambil buat jualan paling mahal tapi paling laku dalam Ipoh yang aku pernah tahu.

karya : Idati Malek

rindu naik bus paling antik dan ekslusif yang dimiliki oleh SATU sahaja sekolah di perak, iaitu sekolah KITA yang bertingkat-tingkat tanahnya terhias oleh padang luas yang bergerutu dan banyak lopak air di mana kasut aku pernah terbenam banyak kali di situ.
dan aku kena berus kan nya dengan sungguh-sungguh.

karya : Idati Malek

walaupun sekolah kita kejam, dan kita pun tercorak menjadi kejam, tapi kita semua tetap ada kenangan indah, lembut dan ceria.

karya : Idati Malek
yang boleh buat aku senyum-senyum sewel bila ingatkan balik, walaupun masa tu aku tengah jawab kertas periksa yang ada 5 jam kredit.

minta maaf Puan Marina dan Cikgu Ramlah, kerana bahasa melayu saya sudah kucar kacir.

Proud To Be Bainunian.

6 C.O.M.M.E.N.T.S:

Mat Jun said... [Reply]

smart

respect lah :)

idAti mALek said... [Reply]

what did u respect?

respek kena rotan banyak2 atau respek kena sembur air milo...hahah~

AISHA SAAD said... [Reply]

owhh ko sekolah situ eh??

newayy seryes, hostel life time sekolah menengah is the best lahhh!

agak bodoh plus2 chilaka.
proses transition byk jadik kat situ!

tp bilaa ingat, sumpah nak bunuh diri!
especially part gadoh dengan kawan2!
banganggggg jek. wakaka!

Yan said... [Reply]

salam...

seronok mengimbau kenangan waktu study

idAti mALek said... [Reply]

aisha :
ha'ah kat situlah aku bersekolah (ayat skema x boleh blah)..ko tao ke skolah aku ???(musykil...)

derr....mmg rasa nak bunuh diri. tp aku comel masa tu(perasan~), skrg tak dah...da gmuk...hohohoho

Yan:
skrg pun blaja lagi :)

lampu-meja said... [Reply]

hihih...
i like!!
sebab ade gmbr aku...
len kali letak byk2 lagi ye dati...:P