Do you like my blog?

Wednesday, September 1, 2010

Kategori Perempuan Hari Ini

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, September 01, 2010
hari ini, tarikh ini,
53 tahun 1 hari selepas merdeka nya kita dari penjajah,
definisi perempuan sudah berubah.
dahulu perempuan,
ciptaan Tuhan yang lemah, yang lembut,
yang perlu dijaga, dikasihi tanpa palsu.
maruah nya ada, simpati nya perlu.
yang penyayang,
yang dipanggil ibu, umi, mak.


sekarang perempuan,
ibarat kasut.
ada suka jadi display, ada suka duduk dalam kotak tersedia di tepi rak kasut,
ada suka duduk dalam stor lama-lama tapi masih cantik.
 

yang display, lepas orang pegang-pegang, tengok dan pakai,
akan cakap "kak, yang baru punya ada?".
selamat tinggal kasut display.
aku cuba, tapi aku tak mahu.
agak-agak dah berapa ramai orang pakai.
entah-entah kaki pun berbau.


yang dalam kotak tepi rak, orang gembira kalau dapat.
tapi tak boleh percaya juga.
mana tau salesgirl pernah bawak keluar nak try saiz pada pelanggan.
bekas orang jugak.
masih bekas orang.

yang dalam stor tapi cantik, ini paling kita akan rasa seronok kalau dapat.
cantik dan kita yang pertama pakai.
kita jaga, kita guna sampai akhir.
dan bila sudah buruk,
simpan elok-elok kalau sayang.

baru dari stor..kotak buruk tapi kasut cantik.

ya, itulah kategori perempuan sekarang. aku kategori selipar jepun.(tiada dalam pilihan)


entri kurang seni ini dicipta sebelum tidur petang. kesalahan harap diampunkan.

7 C.O.M.M.E.N.T.S:

mamarempit said... [Reply]

akak slipar kedai RM2 ajer...hehehe

idAti mALek said... [Reply]

adoiyai...~hahahaha

AISHA SAAD said... [Reply]

smart kiasan ko!
aku nak jadik the third one, but.......

hmmm, susah nak achieve that level, but why not kan kalo srive to be like that.

idAti mALek said... [Reply]

the 3rd one, mari pakai purdah rmai2..~

heeeee

Whoda said... [Reply]

nice one.
mendalam ouh huu~
selamat berbuke =)

idAti mALek said... [Reply]

haha...thx whoda~

selipar hijau said... [Reply]

terbekla weit!!!whoooa!!