Do you like my blog?

Monday, September 27, 2010

Misteri Di Sebalik..

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, September 27, 2010
pagi ni sebenarnya aku nak taip entri yang mengungkap misteri. misteri apa-apa je. contoh, misteri piring terbang ke, misteri kucing bermisai 7 ke atau misteri taik lalat tiba-tiba hilang.

tapi aku tak da info pasal tu. jadi aku tak boleh nak taip. nanti korang baca sambil menangis(sebab aku penulis thriller yang sama hebat macam Ramlee Awang Murshid. konon-konon la)

biar aku ceritakan pasal ke'mamai'an hidup aku.(pulak dah).

semalam aku baru je tergolek naik motor. tapi bukan dekat jalan raya, kalau tak aku dah maut kena lenyek dengan bas. hehe. aku tak sakit apa-apa, motor pun ok, tak ada masalah. aku cuma sakit sebab malu je. tebal 10 inci muka aku. sebab waktu aku tergolek tu, 3 orang budak-budak 1st year datang tolong.

aku malu gilaaaaa..haha, camna naik skuter step tu pun boleh tergelincir. bukannya tinggi mana pun.(aku mesti makan calci-yum)

beberapa hari lepas aku baru explore gambar dekat FB budak-budak silat. aku jumpa 1 gambar ni. aku teringat sesuatu. macam familiar sangat-sangat. OH NO!!!!

gambar aku.....! dan ia sangat kelakar.

mula-mula tunjuk gambar orang lain dulu. hehe
ni gambar Pikah yang pro. dia baru menang emas semalam kat sukem silat. TAHNIAH!
ni pulak Murni yang 2x5 macam aku jugak. lompat n tertonggeng.
 dan ini, aku, yang sedang berusaha laju-laju memalukan diri sendiri.

sebijik macam kambing melompat pagar.
 masa ni grading silat gayong. nak kena lompat anak kambing.(lompat dan guling). sejurus lepas aku melompat tu, aku tertonggeng. sebab sebenarnya masa ni aku tak tau lagi nak lompat camna.(sekarang pun 2x5 je pun).

masa cikgu cakap "ok!", aku terus lari. padahal dalam otak kosong, tak bersedia. sedar-sedar aku dah melompat macam katak spastik dan tertonggeng dalam misteri.

hasilnya, aku dapat luka kat sebelah mata kanan. dan spek aku pun baik punya senget.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: