Do you like my blog?

Tuesday, October 12, 2010

hari yang sepatutnya relax, tapi tak langsung

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, October 12, 2010
tadi petang selepas menghabiskan masa dengan memikirkan masalah kewangan (yang disebabkan oleh terlalu banyak makan dan membeli benda tak berfaedah), beberapa perkara pelik lagi berlaku.

1. aku nak minta pengesahan untuk beberapa dokumen. sangat semangat. sampai terlupa sahkan dokumen yang paling penting, iaitu borang permohonan itu sendiri.

2. aku nak minta pengesahan, tapi sesat-sesat dalam bangunan kampus sendiri cari tempat pengesahan. dan aku baru discover fakulti lain punya jabatan.rupa-rupanya ada banyak toilet lain lagi dekat kampus ni. (ape yang aku buat dalam tempoh setahun lebih kat sini.)

3. orang yang disangkakan kakak yang bekerja sebagai kerani rupa-rupanya adalah orang yang boleh sahkan borang aku,(hebat kan?) dan aku merenung lama cornflakes di atas kerusi dia, sampai dia pun segan.(kenapa tah aku pergi renung-renung,mesti akak tu ingat aku nak cornflakes dia, sebab tu dia sorokkan).

4. pergi hypermarket untuk beli roti gardenia dan puding sahaja (sambil minum oligo coco ais free)

5. (yang ni korang sambung ayat sendiri )...bantu pakcik kurang upaya lintas jalan - pak cik tak ada duit nak balik - aku dan kawan-kawan tengok poket ada habuk - lelaki hensem pakai baju purple datang nak tolong - lelaki hensem juga ada poket berhabuk dan dompet kosong - lelaki hensem pergi cucuk duit dekat 7E -kami nak tahan teksi, teksi tak nak berhenti - lelaki hensem bagi rm20 lepas cucuk duit dan pergi - pak cik OKU sengih-sengih - kakak UUM naik skuter EGO datang - kakak UUM tanya banyak-banyak - pak cik OKU menggigil-gigil nak jawab, macam kena tremors - kakak UUM suruh kami pergi - pakcik OKU duduk tepi jalan tak tahan teksi pun ...kami kena tipu kot. pak cik tu pegang-pegang tangan nani sebelum tu. (nasib ko lah nani..) terima kasih kakak UUM yang naik skuter EGO kaler itam. kakak garang, tapi COOL..kami muka COOL, dashing, bergaya, tapi masih kena tipu. (mungkin abang baju purple tadi nak selamatkan duit kami dari ditipu je)........eh tapi yg kami bangang sangat percaya pakcik tu kluar hospital apasal. dah nyata-nyata kaki dia balut ngan plastik. adoi adoi adoi....(nama je OT, tapi...__________bubuh la ape seswai)

6. satu restoran nasi miang eh nasi minang baru bukak depan kolej aku. aku nak tengok-tengok lauk je. kakak macam marshanda hidang lauk banyak-banyak macam buat open house. hasil 3 orang makan nasik dan 1 orang makan 2 ekor ikan tamban goreng shj = RM38.40. sumpah tak pergi situ lagi kalo kurang 4 orang.(walaupun sedap bangat deh..dah kenan plak)

7. balik bilik tengok borang aduan merit. lupa, tadi bukan aku nak mengamuk ke. ade ke merit aku 3.5, ingat aku anak itik ke nak tipu-tipu. cubit guna playar baru tau.

nasik minang tadi



lupa lak nak snap gambar 'marshanda' tadi.

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

pika said... [Reply]

mlg gle nseb ko hr ni..
nway,merit ko 3.5??
drb ng 2 dpt ahh ak nye merit..haha
mui lg tragis..0 kot..
ape kejadah laa _ _ _ _ _ ni..
(fill in da blank sndri~)

idAti mALek said... [Reply]

eh da tukar, merit aku 3.75...bgg kan?