- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf 25 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, November 4, 2010

25

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 04, 2010
1. aku secara random nya bergerak umpama particle collision macam kita belajar fizik. nak tahu kenapa? sebab aku suka langgar apa-apa sahaja semasa aku berjalan. tak kira dinding, vending machine mahupun kereta yang tengah parking.

2. binatang di air yang aku takut adalah buaya. setiap kali lalu tempat yang ada air, mahupun lopak air sekalipun, aku akan tanya mak aku "mak, ada buaya tak?". sampai umur 20 pun masih macam tu. jadi bayangkan selama 20 tahun, berapa banyak lopak air aku lalu, dan berapa banyak kali mak aku kena tadah telinga dengar aku tanya.

3. aku tak suka nombor 4. aku selalu cakap ni.

4. ic aku mula dengan 90. ia bermakna siapa-siapa lahir tahun 1989 dan ke atas, korang lebih tua dari aku.

5. aku gayat jadi pembonceng motor. tapi aku suka bawak motor laju-laju tanpa fikir pembonceng aku tengah pukul-pukul belakang jerit banyak kali "jangan laju jangan laju jangan laju la pekak".

6. 1 lagi binatang yang aku tak suka ialah sesuatu yang tak bahaya macam buaya, tak mengejar pun. tapi aku boleh menjerit walaupun aku tahu ia tak mungkin kejar. nama dia siput babi. opps tercarut plak babi. lagi sekali ba**..tuut. (banned, banyak mencarut je blog ni)

7. aku susah ingat nama orang.

8. orang pun susah nak ingat nama aku.

9. aku ada helmet kura-kura. bayangkan aku pakai.
 
10. aku ada lesen P, ia stands untuk Pelempang jika kau kacau aku.

11. dulu aku kurus keding, lepas mak aku bagi appeton weight gain, berat aku tak nak turun dah.

12. aku guna celcom beoadband. dan waktu  ini ia sudah sampai limit kerana hari tu aku download banyak sangat.

13. aku ada dua henfon, tapi satu jahanam sudah.

14. aku ada kucing nama yayai yang sangat-sangat aku sayangi, dan ia dah  mati 6 tahun yang lepas.

15. aku buta IT.

16. boyfriend yang disayangi = mohamad ridwan :)

17. allergic rumput basah.

18. kebolehan aku ialah tiada kebolehan

19. hobi aku ialah membuang masa.

20. makanan kegemaran aku ialah yang aku suka makan.

21. aku selalu cakap dengan fon berjam-jam.(korang rasa dengan sapa?)

22. aku boleh menghabiskan masa lapang dengan tidur sahaja, apetah lagi masa sempit.

23. dulu aku takut dengan lelaki yang tinggi.(lebih tinggi dari abah aku). haha. sekarang?? >.<

24. aku dah tak duduk rumah selalu dari form 1.

25. aku gembira dah sampai no 25 ni!!!!!!!!!!

benda ni ramai tag aku. jenuh tau.

1 C.O.M.M.E.N.T.S:

AISHA SAAD said... [Reply]

puas jugak hati aku...

motip cakap ko muda? ahhh terasa tua giler! hish2..