- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf hari luar biasa yang dibuang masanya dengan biasa | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Sunday, November 7, 2010

hari luar biasa yang dibuang masanya dengan biasa

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, November 07, 2010
beberapa hari yang tak ada mood untuk membaca nota, tapi ada mood untuk jalan-jalan.

dan juga flirting. miahaha!!

ohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohoho(cuba gelak sepanjang ini kalau boleh, disertai muka kucing gatal).

flirting dengan seorang lelaki,. shh. tak nak cakap siapa. baru sembang-sembang semalam. hee. jangan kecoh-kecoh tau. nanti lelaki tu tau malu laa aku.

aku suka dia. hee. dah lama dah. *blushing terbaik, muka mintak kaki.(jangan bagi kaki kau busuk)

tempoh hari aku baru berangan mahu taip banyak-banyak entri dan juga review blog orang. tapi ketahuilah bahawa janji aku ibarat menunggu mak cik kafe bagi harga ayam satu 5 posen. maksudnya, kau boleh berharap, tapi ayam goreng tak akan jadi 5 posen. tambah-tambah kau sedang membeli sebungkus nasi di kawasan cekik darah yang bernama Kuala Lumpur.

ya, di Malaysia.

jadi cuti sem ini aku tak rasa aku online, sebab aku duduk dekat kaki gunung. gunung tu dah serap semua line broadband aku. orang asli kat atas gunung yang dapat connection sedangkan aku di rumah terpinga-pinga bagaikan kambing gurun tak dapat daun. gurauan yang tak berapa nak gurau.*paanngg pannggs laju-laju.

baiklah sekarang aku dalam fasa(tak habis-habis dengan fasa) mempunyai kegatalan melampau. bukan miang macam nani coursemate aku , tapi gatal-gatal sebab digigit parasit apekebenda entah. kaki sudah parut-parut cantik.

tolonglah K5, bunuh parasit itu. aku sudah mahu gila. kau ingat BioOil tu berkesan sangat ke kat kulit aku.

ya mahu cakap semalam naik Paddle Boat dekat Tasik Titiwangsa dengan harga rm6. sila pergi kalau mahu berseronok tidak sedarkan diri sudah mahu last paper selasa dan rabu ini..

Diiringi perbualan yang sangat loser.....:

Aku   : eh, kita pergi sini tak ajak dorang semua pun.
Nani  : Kita dari kafe terus pergi.
Faz    : ha'ah.
Aku   : habis kalau dorang tanya?
Faz    : jawab lah, 'aku ngan nani tak ada boyfriend,keluar dengan dati jadi lah'..hahaha
Nani  : hahahaha...
Aku   :haha. aku pulak 'boyfriend aku jauh benar, keluar dengan korang berdua jelah..'
tiga-tiga : hahaha hahaha hahahaha (gelak-gelak loser)

anda semua boleh pergi, tak perlu risau pasal baju apa mahu pakai. pakai apa saja kamu mahu. kerana aku pakai baju tidur aku.(t-shirt death note kelabu, cardigan coklat dah terkoyak sikit, tracksuit blueblack dan tudung hitam untuk silat).

warna warni rupanya aku semalam.




lelaki yang aku flirt tu semestinya lah bf yang disayangi, Mohamad Ridwan.

hehe.

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

AISHA SAAD said... [Reply]

best lah hai tengok org kampus kat tgh2 kl tuh.
anywhere boleh pi... aku? huahhh.

tapi pi lah jugakk, bukan dok diam teros. haha!

hiro said... [Reply]

hihi,

idAti mALek said... [Reply]

aisha :
best laaa sangt kan..pncemaran sana sini

hiro:
hohohoho~