Do you like my blog?

Thursday, November 11, 2010

i am L.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 11, 2010
pada masa-masa yang mengantuk ini, aku nak taip tentang aku yang nak menggatal tapi tak reti.

jadi kita kait dengan L. Loser.

disebabkan aku kurang feminin dan tak cantik macam hanis zalikha, miss lolly dan blogger-blogger lain, memang tersangat lah jarang orang nak mengorat aku. nak cakap 'hai' pun dah kecut sebab muka aku ketat gila macam baru tertelan kapur kasut warna putih tapi jadi gelap sebab banyak daki terkacau bersama.

tapi masa sekolah rendah ramai yang suka.(bagi lah aku nak berangan kejap....) orang suka, maksud aku, cikgu suka. mungkin. sebab aku suka mengadu "cekgu, budak ini buat itu..cikgu, budak itu buat ini.." jadi aku memang adalah dasar kaki retot yang digemari cikgu cikgi. aku suka tunjuk kuasa, sebab aku penolong ketua murid masa sekolah rendah. aku buli orang lepas tu aku buat-buat nangis sambil cakap "cikgu....saya cuma tegur dia sebab bla bla bla, tapi dia marah n pukul saya ..huhuk.."

aku paling suka kejar orang dengan stapler.bila dah dapat, aku stapler stokin dia. mungkin aku rasa puas macam tu.

aku pengawas hitam yang memakai baju kaler pink masa sekolah rendah, muka berbelang-belang macam dam. masa PJ, aku akan pakai tshirt power rangers atau titanic dan rambut tak sikat mahupun ikat..tapi itu tak bermaksud aku jahat, kurang hati perut, hati kering kontang. bukan.....sebab,.. aku lagi teruk dari tu. fikirkanlah.

nanti aku sambung apa itu loser seorang idati...

3 C.O.M.M.E.N.T.S:

azzey said... [Reply]

idati malek: hanis zalikha mmg cantik!

idAti mALek said... [Reply]

azzey : mmg la dye kan model...hahahahaha

AISHA SAAD said... [Reply]

alamakk, sedih! time sekolah takder spaer pon nak suka aku! cikgu apetah lagikkk. huahhh!