Do you like my blog?

Wednesday, November 3, 2010

zaman kurang bijak yang cuak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 03, 2010
ada tadi aku baca entri zaman kanak-kanak. memang seronok kan buat benda agak-agak kurang bijak di situ semasa zaman tak tau apa itu matang. apa itu couple. apa itu dating. apa itu final exam. apa itu broadband. apa itu assignment. apa itu kerisauan terhadap kegemukan.

sesungguhnya aku tak banyak fikir masa zaman kanak-kanak. masa aku umur 14 tahun aku sebut 'couple' tu kupel. sebab aku tak pernah dengar apa benda tu.

padahal kawan yang sebaya aku dah 12 kali tukar kupel(couple) masa tu. macam salin baju je kan.

kau nak tau bila aku pergi sekolah menengah semua orang asyik nak cakap "ape lah ko ni tak matured langsung"(dengan muka bajet matured lebih) pada aku yang baru lepas lari-lari sambil tepuk tangan kegembiraan.(faham tak maksud aku?)

aku tak mau cakap la apa dia benda mengarut aku buat sebab banyak sangat. korang kena berdoa supaya tak dapat anak perangai pelik-pelik macam aku. aku kagum lah dengan mak abah aku. sampai sekarang masih jaga aku yang tak tentu hala ni. (macam ni mesti lambat mak aku bagi aku kahwin)

di mana tadi?

oh.

jadi masa aku bermuda (berumur = tua sangat) 9 tahun macam tu, aku sangat takut tinggal dalam rumah sorang-sorang walaupun waktu siang(malam apetah lagi). aku takut nak masuk dalam rumah. kalau ada teman sorang je, aku akan ikut mana dia pergi. sampai ke lubang cacing pita pun aku ikut.

macam kakak aku. ke mana sahaja dia pergi dalam rumah tu aku ikut. masa tu toilet kat rumah aku letak kat luar(aku rumah kampung). kakak aku sakit perut.

dan aku tak sakit perut.waktu itu siang terang-benderang lagi bersuluh.

aku ikut mana dia pergi,
dia laju aku laju,
dia berlari aku pun berlari,
dia tiba-tiba perlahan aku cakap dia siput sedut.

sampai depan pintu jamban dia cakap "takkan dalam ni pun ko nak masuk".
"ah aku tak kira aku takut la!!!"(dengan muka gelabah biawak)
agak lama pergaduhan di depan pintu jamban, 15 minit.

ya, 15 minit di depan pintu jamban yang tua semata-mata ada escort tak diundang mahu ikut masuk.

dan akhirnya dia debik aku sebijik lalu tutup pintu laju-laju.

dah la pintu jamban tu uzur gila, aku pulak ketuk-ketuk bagai nak gila.
susahkan jadi pintu jamban kepada keluarga yang ada anak penakut macam aku.

kesimpulannya, jangan ajar anak-anak jadi penakut. habis pintu jamban rumah korang nanti.

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

atiqah shaharin said... [Reply]

smpai skunk hg stil pnakut. ahha. aku pegi toilet kjp je, hg bley kunci pntu blik. ketuk x nk bkk plax, btol2 buat aku hangen mlm2 cmtu. slmt aku x pcahkn pntu blik tu.haha~

AISHA SAAD said... [Reply]

best adaaa kakak. seryes2. jelesss!

aku tah tak la penakot sgt, tp ikot jugak. kdg2 aku terimagine something gila br takot. haha!

idAti mALek said... [Reply]

tu ksilapan yg x disengajakan...hehehe~

aku cuak gile, sbb ang ktuk2 je...bkn nak pggil...

ingt lelaki mana tah..heh

idAti mALek said... [Reply]

aisha:
best ke?

kdg2 best, kdg2 rase nak lempang je...hohohho..

best bile dpt pao dorang semua

atiqah shaharin said... [Reply]

haha.. mlmpau la, lelaki naek blok pompuan mlm2.ahha~