Do you like my blog?

Saturday, December 18, 2010

Cream Puff ku sayang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 18, 2010
Selepas sedu-sedan menonton cerita Zettai Kerashi(Absolute Boyfriend), aku teringin nak makan cream puff.(mengada kan?). 

Kali terakhir makan cream puff masa bulan puasa kat Sogo(makan waktu berbuka ..).
Tenjo Night hulalalalla comey tak comey tak

Cream Puff dalam cerita tu nampak sangat sedap. Perghh. Tengah sedih-sedih pun boleh fikir cream puff.

Memandangkan aku tak tau macam mana nak buat, dengan bergayanya aku Google ‘Resepi Cream Puff’. 
Berhari-hari lamanya baru aku decide nak buat(sebab aku takut tak jadi). Hehe. Aku bukannya chef kat bakery tu.

Jadi tadi aku dah buat. Kat rumah aku tak ada piping bag dengan nozzle bentuk bintang tu. Aku guna beg plastik biasa dengan acuan kuih dahlia mak aku. Hehe. 1 bancuhan tu aku dapat berbelas-belas ketul cream puff besar-besar(kecik sikit dari penumbuk aku). Gila la, nak masak pun brutal.(kalo beli seketul tu dah seringgit lebih..wah wah.aku kaya aku kaya aku kaya roti kaya oppss lalala)

Mula-mula aku pun tak pasti betul ke caranya aku buat ni.(sebab ikut je resepi tu). Dan akhirnya siap jugak tau!(seperti alien cream puff aku).

Walaupun rupanya tak menyelerakan macam dalam Zettai Kerashi, rasa dia sama macam cream puff yang aku penah makan.he he. Dari segi performance, hancur la. Lalala.

berusaha buat dalam tanda tanya

proses perentungan

krim kastard yang tak ada tepung kastard (sebab lupa beli)

cream puff kurang menyerlah tapi rasanya auuummm....grrrr,,

abaikan yang rentung-rentung (aku ingat kalo bakar lagi lama lagi nampak comel, tapi sebenarnya makin rentung...)
itulah aku yang tak pandai buat cantik-cantik tapi rasanya tak mengecewakan aku langsung. aku rasa sangat gembira sampai rasa nak buat lagi.

inilah resepi. (pertama kali di Hutan Kabut)

Pastry Choux
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

sumber : sini

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

pika said... [Reply]

wah wah..
nak jugakkkk
bt lg weyy,bwk blik ktsn~;))

FH said... [Reply]

fuhh. sedap gila! XD