- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Entri Family Abdul Malek 1 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, December 22, 2010

Entri Family Abdul Malek 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, December 22, 2010
ini adalah entri fakta tentang mak aku.

"Mak kau tu sapa? Rosmah Mansor ke? Maizawati? ke Princess Diana?"

Perlu ke mak aku mempunyai identiti dikenali semua orang untuk aku menulis fakta tentangnya dalam blog aku sendiri. Daripada aku duk buat '25 Random Facts About Me' tu, lebih baik aku tulis ni. Bosan asyik cerita tentang diri sendiri.

Sebelum itu,

pernah dengar tak 'hidup ini umpama katak dan roda. kau adalah katak, dan masalah adalah roda(tayar) kenderaan. kadang-kadang kau dapat elak roda, tapi kadang-kadang roda tak dapat elak kau. dan kau mati katak sajalah'.

tragik bukan. pheww, masalah masa lah masala royal masala pizza.

fakta tentang mak aku dan keluarganya juga :

1 - mak aku tak suka McDonalds. sebab tak ada pilihan makanan yang banyak (paling utama sebab dia tak jual nasi goreng ikan masin yang mak aku suka). tapi aku paling suka Sundae Strawberry dekat McD.

2 - bahasa ibunda mak aku adalah bahasa Rawa termasuklah aku.(bukan jawa). Jadi, apabila mak aku cakap bahasa biasa, aku rasa bunyinya pelik. bahasa rawa sangat cool sebab boleh guna English contohnya, 'ditorei' , yang bermaksud dicuba atau di'try. eh bahasa melayu pun boleh, sebab tu bahasa melayu sangat 'sejuk' (cool) lah!

3 - mak aku adalah bini kepada Encik Abdul Malek B Sulaiman yang merupakan seorang technician berjaya manakala anak-anaknya tak begitu 'berjaya' dengan alatan elektronik terutamanya anak yang nombor 2. Anaknya yang nombor 4 sangat 'berjaya' dengan alatan elektronik, 'berjaya' menjahanamkan.

4 - mak aku pandai jahit-menjahit, buat cross stitch, kait-mengait, buat gubahan hantaran, memasak, dan berbagai aktiviti yang sekiranya dikuasai oleh gadis-gadis zaman sekarang, akan menjadikan mereka adalah sangat market dan bertuah untuk memperisterikannya. anak-anak mak aku termasuk aku, semua mempunyai bakat yang tidak serupa.

Anak 1 : bakat memecahkan papan, bawak kereta paling susah nak bawak dalam dunia, jaga anak-anak
              yang super kelam-kabut.


Anak 2 : bakat mencubit sambil bercakap, merosakkan alatan elektronik, jahit baju anak patung.

Anak 3 : bakat menyanyikan lagu dalam iklan-iklan TV dengan sangat serupa bunyinya. contoh :
             'deco, deco, DECO! (yang iklan deco masa raya dulu tuu..) atau lagu "Renyuk, Goncang,
             Makan" daripada iklan keropok Mamee Monster.

Anak 4 : bakat menghasilkan lukisan seketul habuk dalam saiz sebenar, melangkau kaki tiga anak tangga,
               menari tarian yang tiada tarian.(apekah itu?).


sangat sadis untuk Puan Noribah mempunyai 4 anak yang berbakat 'besar' ini.

5 - masa muda-muda, mak aku adalah awek cun. Abah aku pulak rider la bawak motor macam stylo gila tu. (aku tak tahu motor apa). anak-anak dia adalah awek tak cun.(kecuali yang nombor 3 tu perasan cun).hahah.

6 - sekarang mak aku dah tak kerja, duduk-duduk rumah je tapi masih hebat berkebun. dulu selalu makan kacang bendi yang digemari, tapi sekarang bendi-bendi tersebut sudah bermutasi. dah besar dan keras semacam macam kertas pasir.

7 - hobi mak aku adalah mengejutkan kucing yang tengah terhendap-hendap meninjau bilik tidur. mak aku sangat suka kalau kucing itu terkejut dengan hebat.

8 - mak aku suka buat perumpamaan menggunakan nama 'kucing'.
Contoh situasi :
Mak aku nak beli kuih buat sarapan. Lepas tu mak aku akan cakap "Sejuk nye kuih ni, macam hidung kucing".
Bila aku gunakan perumpamaan mak aku ni di kalangan kawan-kawan, aku pasti mereka pergi merasai hidung mana-mana kucing yang berdekatan sama ada secara terbuka atau sembunyi.(hidung kucing yang panas membuktikan ia sedang tak sihat)

9 - mak aku takut masuk gua. sebab mak aku selalu imagine kalau gunung tu runtuh tiba-tiba. sebab tu kalau aku nak pergi lawatan sekolah ke dekat gua, confirm kena reject.

10 - mak aku suka pergi kenduri dan makan bubur dekat kenduri. marvellous, katanya. Okey aku tipu itu. Mak aku punya BI memang power, macam taraf ini.

sekian, tentang mak aku dan keluarganya.

16 C.O.M.M.E.N.T.S:

AISHA INANI said... [Reply]

fuyoh!
terer mak hg menjahit eh?
boleh laa jahitkan baju ak nnti kan? teheee...

idAti mALek said... [Reply]

aku pun tau jahit..meh cni aku jahit..hahahaha (habis la kau)

Teratai Ibunda Catering said... [Reply]

wah..bestnye ur mom..=)

Hidayati said... [Reply]

Adoi mak oi... masih gelak lagi ni... Idati ader sorang mak yang betul2 cool. Sayangi dia, hargai dia. Ni baru kak dengar kuih sejuk macam idung kucing...hahahaha ya rabbi..bile lah nak abih gelak akak ni.

idAti mALek said... [Reply]

Teratai Ibunda Catering :
best...

sampai tak terkata tngok perangai anak...hehehehe

idAti mALek said... [Reply]

kak Hidayati :

tu la...sempoi kan perumpamaan sjuk cm idung kucing...pasni boleh gune...heheheh

Siti Safiyyah said... [Reply]

haha sweet ah care awak cerita pasal mak awak.. :)

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah :)

dedeyfadzly said... [Reply]

GELAK GULING2 ARR BACA ENTRI NIH...AHAKZ

hiro said... [Reply]

bguih2.

ANATI SOKI said... [Reply]

mak kamu, mak saya, mak semua org.. mereka best!! mak itu best!!! hehehe.. anat fllow kamu

idAti mALek said... [Reply]

Siti Safiyyah:
sweet ke?

cm sour je...hehehe

idAti mALek said... [Reply]

dedeyfadzly :

relaks2....tarik nafas dalam2...pastu gelak lagi

idAti mALek said... [Reply]

hiro :
haha...ko lagi bagus...

idAti mALek said... [Reply]

ANATI SOKI :
thanks anati.

dedeyfadzly said... [Reply]

NANTI KEMSALAM KAT MAK KAMU YER..AHAKZ..

idAti mALek said... [Reply]

dedeyfadzly:

okey~