- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Nurul Hutan Bt Abdul Kabut atau Cik Hutan Kabut | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, December 3, 2010

Nurul Hutan Bt Abdul Kabut atau Cik Hutan Kabut

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, December 03, 2010
Sepanjang beberapa ‘sekejap’(lama) aku menjalankan Contest Gambar Paling Chill ni, aku tengok ramai yang refer pada link aku dengan nama Cik Hutan Kabut.  Kadang-kadang aku rasa kelakar.(sebenarnya setiap kali baca aku rasa kelakar).

Sebab aku bayangkan nama betul aku Nurul Hutan Binti Abdul Kabut.  (Dalam mode gelak-gelak setan amatur).
Cik Hutan Kabut
Tak kurang yang tertanya-tanya apesal nama Hutan Kabut? Apa maksud Kabut tu?

Sebenarnya aku pun tak tau.  Aku rasa Kabut tu Kabus Tebal kot.  Jadi apa yang aku nak sampaikan adalah Hutan yang Berkabus Tebal.  Nyaman kan?

Sama macam otak aku.  Banyak sangat hutan belantara berselirat, tapi boleh jadi cool macam kabut.(ataupun refer kepada kelam-kabut).
hutan kabut sebenar
Mula-mula aku bukak blog ni, aku cuma nak bagi Encik Ridwan baca.

Nama-nama blog aku :

1.   Euforia Hidup Aku
Euforia bermaksud kebahagiaan.  Aku nak taip benda-benda bahagia je dalam blog ni.  Tapi ada gak maki-maki, so tak sesuai.  Aku dapat perkataan Euforia dari komik Ku Impi Euforia Cinta Kita.  Dan semester lepas aku jumpa perkataan ni dalam lecture Pharmacology.  Euforia untuk orang gila.

2.   My Little Heart Whispered
Konon-konon nak bagitahu semua hati aku ni sensitive. Dah la haluih, nak bisik-bisik pulak kan.  Sekali upload gambar aku yang terlompat-lompat beli nugget kat pasar malam.  Nama ni sah-sah tak sesuai.  Patut bagi dekat gadis-gadis feminine je.  Aku gadis maskulin.

3.   My Medium Heart Shouted
Sebab aku rasa aku maskulin aku tukar lagi nama blog.  Konon aku nak cakap aku berhati sederhana dan menjerit.  Sekurang-kurangnya tak adelah haluih dan berbisik. Kan kan?  Lepas tu sangat menyampah sebab ada perkataan My kat depan tu, aku pun tukar.

4.   Hutan Kabut
Seperti yang aku cakap, tak tahu kenapa aku bagi nama ni.  Hehe.  Lepas ni aku mungkin tukar nama kepada Hutan Khatulistiwa.  Mungkin jugak nak bagi nama Matahari Senyum Lebar-lebar.  Dan apabila aku buat contest lagi, dorang akan refer aku sebagai Cik Hutan Khatulistiwa atau Cik Matahari Senyum Lebar-lebar. 

(kalau aku dah jadi puan, dan tak tukar nama blog lagi, jadi aku akan dapat ini : Puan Hutan Kabut).

Gila kelakar.Bayangkan nurse panggil masuk bilik doctor “Puan Hutan Kabut, sila masuk” sambil ibu-ibu mengandung yang lain jeling-jeling kawan sebelah mereka sambil signal muncung mulut yang apabila ditranslatekan bermaksud ‘apahal nama dia pelik sangat’.

7 C.O.M.M.E.N.T.S:

TUKANG KATA said... [Reply]

hahaha..unik nama tu...

b a m b a m ' s said... [Reply]

lagi kelakar kalau puan hutan khatulistiwaaaa!!sile lapor diri.. :P

blogwalking jap..tinggalkan jejak...sambil edar form contest.. :)

AISHA SAAD said... [Reply]

tidakk nama tuh tak sodap!
nampak jungle2 gi tuh...

newayy follower hg dah ramai.
jeleshhh! huahh.

idAti mALek said... [Reply]

tukang kata :
memang unik kan...jangan jeles...wakakaka...hahahhaa

idAti mALek said... [Reply]

bambam's:
alamak..sangat kelakar..haha

idAti mALek said... [Reply]

aisha:
ramai sbb contest je..tah2 abes contest dorang unfollow lak aku..hahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

ooo..mcm ni rupanye sejarah cik hutan kabut.. :-)
Pokok Manggis Depan Rumah