Do you like my blog?

Tuesday, December 28, 2010

Sekadar Memori ; Sekolah Menengah 0307

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, December 28, 2010
aku skip kan dahulu cerita sekolah rendah yang aku kata dalam cerita tadika aku dulu (ayat macam kaf lam ya nga).

selepas darjah 6, aku masuk ke Bainun High School (ni nama canggih dia).

Profil sekolah :
Nama sebenar      : SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Nama manja         : Benon
Nama lebih manja : SERABAI (SEkolah RAja BAInun).
Nama penghuni    : Putra Putri Bainunian @ Putra Putri BUNIAN
Lokasi                  : Manjoi, Ipoh.
Keistimewaan       : Mempunyai sebuah bas yang menggunakan air-cond semulajadi, membela ikan di kolam
                              sains, para pelajar 1 kaum kecuali ada 2 yang sedikit lain.
SERABAIku sayang yang sring dilekatkan di tudung guna double sided tape.
Jadi pada 13 Januari 2003. tayar kereta aku bergolek-golek membawa aku ke dalam pekarangan sekolah melalui pintu gerbang yang sempit itu untuk mendaftar di atas kertas menggunakan pen.
BAINUN BESTARI BERTARAF DUNIA
nama pun hari pertama di sekolah berasrama, memang konfem akan jumpa muka skema.(termasuk aku lah tu). budak lelaki rambut nak sikat tepi je kan, ada la sikit buat rambut macam gay. (you gay, you sucks not i'm gay, i'm okay). tak kurang yang ada perm semulajadi.

selepas daftar dan makan kuih percuma, aku pergi koperasi  beli t-shirt sekolah. aku ingat lagi t-shirt tak ada saiz,paling kecik saiz L. mak aku kata tak kisah sebab aku memang suka pakai t-shirt besar (yeke? sebenarnya aku suka t-shirt koyak). sebenarnya mak aku malas nak fikir tu sebab mak aku tahu aku tak kisah pun.

budak umur 13 tahun masa zaman aku bukan macam budak umur 13 tahun zaman sekarang. zaman aku pakai baju selebet gila, sekarang budak 13 tahun sama vogue macam dewi Remaja. semua nak macam Hanis Zalikha, ye lah semua pun dah jadi blogger kan? aku masa tu kalau cakap Friendster pun tak tahu apa dia. Kamera digital pun tak reti guna. Paling canggih walkman lah.

Perkara paling aku suka masa umur 13 tahun adalah buku cerita dongeng atau cerpen yang dipinjam dari library.

Perkara budak 13 tahun sekarang paling suka ialah baca majalah Remaja dan sebagainya, SMS, Facebooking, blogging bagi yang ada dan dating sama ada sembunyi-sembunyi atau tak reti sembunyi langsung.

Kau tengok betapa advance.

Jadi, selepas meninggalkan aku dengan muka spastik di dorm B7, mak aku pergi makan tengahari dengan abah aku kat luar manakala aku pergi makan daging liat dekat dewan makan. masa tu aku nampak Betty yang aku kenal sejak darjah 3, tapi aku takut dia sombong. sebab dia sekolah dekat SK Gopeng(dekat pekan) dulu dan aku SK SUNGAI ITEK(konfem-konfem kampung). tengok muka sememeh aku dah tahu.

Profil Betty :
Nama Sebenar : Fitri Nur Adiba
Nama psiko     : Betty (bersempena rambut maggie macam Yo Soy Betty La Fea)
Cara kenal       : 1 tempat tuisyen masa darjah 3. (aku dianaktirikan di situ sebab selekeh gila)
Karakter          : Suka nganga-nganga, emosional, baik hati, poyo-poyo, cakap tak habis.
ada lagi tak macam betty. spek sudah kasi buang...piunng!

ya, itu kali pertama nampak Betty di SERABAI. seminggu orientasi ada cuba cakap dengan dia tapi dia mungkin pura-pura busy sebab nampak aku si sememeh. pedulikan dia.

kita skip minggu orientasi yang membosankan kecuali beberapa part.

Hari Minggu selepas orientasi, pelajar tingkatan 1 tak boleh balik sebab SERABAI memang sengaja nak dera kami daki Gunung Klebang. selepas sakit-sakit kaki dan berjumpa 'budak muka paling rasa nak bagi kaki' iaitu Syah, kami baru masuk kelas untuk 'exam-oriented education'.

Bagi aku yang sekolah kampung tak berapa besar,(tak ada tingkat-tingkat, cuma dua blok utama, satu kantin, satu surau, satu makmal, padang dan yang basic) aku agak jakun sampai kat SERABAI. sampai sesat-sesat dalam tu. mula-mula seronok jumpa tangga, lepas tu nak menangis naik tangga.

ada dua kali aku salah masuk kelas :P ;

1 - kelas aku tingkat 4. nama nya kelas 1R. di sebelah kanan adalah 'kelas paling skema dalam batch' iaitu 1S dan di sebelah kiri adalah kelas 1P, iaitu 'kelas paling poyo dalam batch' (jangan marah weih aku gurau-gurau hahaha).dan 1R? kelas paling setan dalam sekolah.

bukan nak cerita berapa banyak kesetanan yang terjadi dalam kelas aku, tapi pasal kesesatan aku.

satu hari dalam minggu pertama belajar, aku pergi toilet sorang-sorang.(aku dalam kelas pun duduk sorang, row paling belakang ; kena pulau sebab nampak macam freak kot haha). masa aku balik, aku nampak sorang budak lelaki ni baru balik toilet. aku rasa dia budak kelas aku, terus je aku ikut tanpa fikir panjang-panjang tapi pendek-pendek saja.

sebaik aku ikut dia masuk dalam kelas, ustaz tengah ajar. aku pergi tempat duduk aku tapi kenapa lelaki yang duduk? aku cuak terus keluar ikut pintu belakang dan masuk kelas aku yang rupanya kat sebelah tu.

tak ada sapa tanya aku pergi mana; tak ada sapa tahu aku dah termasuk 'kelas paling poyo dalam batch' tu.

aku kan duduk sorang dan teruskan perangai freak aku iaitu melukis gambar bulatan yang disambung-sambung sambil kerutkan dahi (amaran jangan dekati aku).

2 - masa aku pergi kelas Kemahiran Hidup(KH), sekali lagi aku terikut kelas yang salah. aku terikut 'kelas paling poyo dalam batch' tu lagi. masa aku duduk tiba-tiba budak perempuan kelas tu cakap "eh idati, ko bukan kat kelas ni".

malu?

mesti la.

lepas tu aku tawaf satu sekolah nak cari kelas aku, dan rupa-rupanya kat sebelah tu je. ceh. nasib baik 'Cikgu Paling Garang Dalam Sekolah tapi Paling Baik Sebenarnya' dalam sekolah tak marah.

aku meneruskan kehidupan. (macam baru lepas putus cinta je). tak dapat nak meminati sesiapa, sebab semua nampak dewasa. aku suka kanak-kanak. boleh main lari-lari. boleh main satu lubang tikus. boleh main wrestling tanpa segan silu.

tak disangka-sangka, aku berkawan baik dengan 'budak muka paling rasa nak bagi kaki' yang aku jumpa masa orientasi dulu yang bernama Syah.

Profil Syah :
Nama sebenar : Syahirah Abu Bakar
Nama Macho  : Syah
Nama Manja   : Oggie (Oggie and The Crocoaches)
Cara kenal      : Tiba-tiba kenal + classmate
Karakter         : Gadis maskulin yang suka gusti lengan, suka buli Betty, gelak dengan misteri.
dah ubah jadi ayu plak ha...
Kesetanan yang dilakukan dengan Syah, banyak. cerita sikit-sikit(nanti kena tangkap dengan warden). kami panjat siling kelas,pergi ikut aktiviti sekolah kat luar lepas tu balik lewat-lewat dan tak lupa, lepak kelas bawak walkman.ohoho jahatnya la sangat.(tiba-tiba).

sekarang syah dah jadi feminin gila. banyak skandal tu.

yang part selalu buli Betty tu, aku pun involve sebenarnya. hehe. ouh aku ada lagi kawan yang belum dikenalkan.

Profil Mira :
Nama sebenar  : Noor Amirah Azelan
Nama kejam    : Babanuk, banuk
Nama bayi       : Baby
Cara kenal       : Classmate yang suka Linkin Park
Karakter          : Sangat suka Chester Linkin Park, suka lagu BI, suka makan, suka tidur.
gambar kali kedua publish.

Mira, pelajar pandai dalam kelas. tak banyak buat jahat dengan dia. banyak menyanyi je.banyak kali gaduh lepas tu buat tak tahu je. memang perkara normal. kalau nak makan, ajak dia.

selepas pendaftaran second intake,dapat kawan baru lagi. mereka sangat rapuh untuk dibuli, aku suka. tapi bukan aku yang buli, orang lain. aku kan 'baik'.

Profil Ikin :
Nama sebenar : Noor Asyikin Zamri
Nama tipu       : Siti Nurhaliza (kan aku dah kata tipu)
Nama dikerat  : Ikin
Cara kenal      : pemberontakan yang dilakukan apabila dibuli di kelas (mimik muka sememeh)
Karakter         : Mengada-ngada, emosional, excited, atlet, suka lagu-laguan, paranormal.
gambar zaman tuk kaduk
tak lupa classmate yang merupakan dormmate yang juga townmate.(apekah?)

Profil Jiro :
Nama sebenar : Nur Ajeera Isa
Nama manja   : Ira
Nama macho  : Jiro
Cara kenal     : Tengok nametag orientasi yang besar gedabak lalu seronok sebab dapat dormmate baru.
Karakter        : Emosional, gelak unik, si pembenci katak, suka bergaya
jiro dan adik angkatnya, Arif.

selalu balik Gopeng sama dengan Jiro, sekarang tak boleh dah. sila lah bersedih menitiskan air mata palsu guna eyemo. minyak angin pun boleh.

jadi cukup korum; idati, syah, mira, jiro, ikin. (penghuni kelas paling setan dalam sekolah).

sejak dari itu kita terus kawan sampai sekarang. cuma syah yang pindah masa form 4 dan perubahan mendadak apabila menjadi begitu ayu dan scandalicious sekali. (apakah?) walau apa pun muka merah beliau tak dapat diubah. kemenggatalan juga di tahap yang sama, iaitu di tahap yang tidak dapat diselamatkan.

back then kita selalu poyo-poyo bersembang nanti dah besar jadi apa walaupun masa itu aku kira kita semua memang besar-besar kecuali Ikin. sekarang Syah pun sama.

Aku ingat aku selalu tanya Mira, agak-agak nanti aku jadi apa? Mira dah banyak bagi jawapan, termasuklah dia suruh aku jadi orang gila. aku ingat. aku ingat tu, mira!

PMR. oh. baru aku ingat, kita study sama-sama. aku dengan Ikin masuk kelas pemulihan untuk sejarah. terbukti aku dengan Ikin memang suka buat sejarah sendiri. sebab itu cikgu sampai tak tahu kat mana nak bagi markah.

Bila gadis maskulin itu pergi MRSM, datang pulak Farah Si Pembenci Cicak, mungkin boleh anggap sistem barter. (berjaya aplikasi perkataan dalam subjek sejarah yang aku telah gagal). eh tapi bangganya aku nak cakap aku dapat A dalam sejarah masa PMR.(hidung kembang-kempis)

Profil Farah :
Nama Sebenar    : Nur Farah Wahida
Nama ketot        : Farah Loklak
Nama adik         : Farah Wahiba
Cara kenal          : Dormmate yang pada mulanya innocent dan homesick lalu bertukar menjadi gila.
Karakter             : Suka buat muka pelik dan sangat benci cicak. cepat simpati dan emosional.
caption FB farah : 'nampak kurus pulak gambar ni'.
Dulu aku yang tegur Farah dulu, ingatkan innocent. Lepas tu baru aku tahu, perangai dia lagi freak dari rupa dia.Bila dia rasa seronok, dia akan sangat 'seronok'. ok aku tak dapat terangkan di sini. kalau jumpa dia in-person buat kali pertama, boleh lah membawa alat pengesan makhluk freaky.

aku gerenti alat pengesan tu berbunyi paling kuat bila korang halakan pada muka dia. (tak percaya boleh cuba). kedua kuat pada muka Ikin.

Kita belajar sampai pitam kat SERABAI ini. kita kutip memori banyak-banyak supaya boleh aku buat bahan taip entri ini. ya, yang penting pasal annual dinner kita, aku sangat tak pandai make-up.

Dan yang make-up kan aku ialah juniorku, Nana yang baik hati. (kesian betul senior ni kan). korang semua nak vogue, aku muka sekupang. ya sangat malu lah bila tengok balik.

semua orang pakai kasut cantik-cantik, tudung cantik-cantik.
aku pakai kasut raya 2 tahun lepas.
tudung pula buat sistem barter sementara dengan junior.
kesian pun ada.

Selepas SPM kita graduate dari SERABAI. memilih jalan yang berbeza.

so here we are now.

FUTURE OCCUPATIONAL THERAPIST from UKM, IDATI.
FUTURE ACCOUNTANTS from UiTM SRI ISKANDAR, SYAH THE OGGY.
FUTURE ENGLISH LECTURER from UM, IKIN.
FUTURE ENGINEER from UTM, JIRO.
FUTURE BIOMEDICAL SCIENTIST from UKM, Mira.
FUTURE FORESTRY RESEARCHER from UMS, Farah Si Pembenci Cicak.

sebenarnya banyak lagi yang hidden, tak tahu nak taip mana dulu.

11 C.O.M.M.E.N.T.S:

cAmca Dan GArpu said... [Reply]

suka baca entry ...sy follow

hiro said... [Reply]

berubah..itu je.

ikin comel said... [Reply]

ok. tak larat nak gelak. kah3
aku mengadu kat mak aku dah.haha
mmg aku geram gila bila ada queen b tu buli aku. aku mmg lindsay lohan.hehe. aku berontak dgn muka masam buruk aku.haha
ouh how i miss u guys :'(
banyak nak komen tapi tak larat.hahaha

hudhud said... [Reply]

hehe best kot cite ni. teringat plak time i kt seseri. tp i tak jahat la i budak baik :P

idAti mALek said... [Reply]

cAmca Dan GArpu :
ouh mekasih banyak.....

idAti mALek said... [Reply]

hiro :
ko nak suruh aku berubah ke?

idAti mALek said... [Reply]

ikin:
asal nama ko ikin comel? geli ah

nub said... [Reply]

bainun naa..ceq dulu area situ2 gak..

star.hehhe

idAti mALek said... [Reply]

hudhud:

hah? huda budak baik kah?

ouh....terharu gilaaaaa~

idAti mALek said... [Reply]

nub :
Yo budak star..

STARIAN...heheh

Anonymous said... [Reply]

Compromise makes a good umbrella, but a poor roof, it is temporary expedient, often wise in party politics, almost sure to be unwise in statesmanship.