Do you like my blog?

Thursday, December 2, 2010

Sekadar Memori : Tadika '96

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, December 02, 2010
Dulu-dulu masa aku sekolah rendah adalah tahun 90-an. aku lahir pada tahun 1990 tepat-tepat. Oleh sebab itu, aku like Facebook group nama 1990 BORN IN MALAYSIA.


Aku masuk tadika tahun 1996,Tabika Kemas Sg Itek, Gopeng, masa umur 6 tahun.  Masa tu mana ada pra-sekolah.  Berdekatan aku mana ada tadika grand-grand macam sekarang.  Dengar nama je dah grand gila kan contoh ‘Tadika Pandai Selalu’ atau ‘Tadika Arif Pintar’ atau juga ‘SuperKids Kindergarten’. 

Masuk tadika tu aku seronok gila nak mati, orang nak mati pun tak seronok macam aku.  Tak habis-habis aku cakap dengan kawan aku “Waika, nanti rehat kita main ye??!!” sampai cikgu pun tegur aku. Ya, itu dia, hari pertama di tadika lagi cikgu dah cakap kat aku jangan bising sangat. Betapa banyaknya mulut aku.Semua cikgu punya pasal la, sapa suruh cakap “Nanti pukul 10 kita ada rehat.  Lepas makan kamu boleh la main dengan kawan-kawan, lepas tu belajar lagi”.

Punca aku excited terlebih
Kawasan kejiranan aku kebanyakannya dihuni oleh keluarga yang tak ada anak-anak sebaya aku. Semuanya dah dewasa,, remaja dan sebagainya.  Korang rasa adakah sangat cool untuk mereka bemain dengan aku?  Jadi apabila aku masuk tadika bersama 16 orang kanak-kanak lain, dapat kamu bayangkan apa yang aku fikir?

“Wah..banyak rupanya budak kecik kat sini, macam mana boleh banyak” tanpa menyedari aku juga budak kecik pada tahun 1996.
ni umur 4 tahun kot.(aku yang pendek tu, sekarang aku paling tinggi..miahahaha!!)
Bila aku masuk tadika, aku dengar agak-agak ramai yang dah masuk tadika dari 5 tahun.  Aku jadi agak rendah diri, konon la. Padahal aku memang rendah pun masa tu. Berapa CM tak ingat. Tapi lelaki ke perempuan lebih kurang je tinggi nya. Aku cuma ingat kawan aku Nabilah yang pendek masa tadika. Dan tahniah, sekarang dia dah sama tinggi dengan aku. Dan mungkin sama berat juga. Haha.

Dekat tadika aku tak ada meja dengan kerusi, kami semua duduk atas lantai.  Masa rehat kadang-kadang aku tunjuk pandai dengan mengajar budak lelaki cara buat karipap guna plastisin dan cikgu gelakkan aku secara sembunyi dari mejanya kerana karipap aku berbentuk petak dan kelimnya macam digigit kucing.  Tapi aku buat macam tak bersalah dan aku mahu budak-budak lelaki ikut cara aku.  Suatu hari, cikgu ajarkan sekali cara buat dan kelim karipap plastisin.  Mungkin cikgu dah tak sanggup gelak sembunyi-sembunyi melihat aku ‘brainwash’ kawan-kawan dengan karipap petak dan kelim gigit kucing aku tu.

Permainan feveret aku masa tadika adalah main lari-lari atas paip besar, pergi ke tandas yang haunted bersama-sama kawan tanpa mahu buang apa-apa, main sorok-sorok bawah tadika (tadika aku belah atas yang bertiang), kutip daun kering paling banyak dan main kejar-kejar sampai jatuh dalam longkang lalu menangis semahunya sambil berharap cikgu boleh tolong cekikkan budak lelaki jahat yang tolakkan kawan aku ke dalam longkang.(nama dia boboi, sekarang dia pergi mana tak tahu). 

Masa umur 6 tahun sudah menggatal suka dekat budak lelaki yang comel, tapi jangan harap nak mengaku.  Contoh kalau orang dapat tahu kita suka budak tu lalu bertanya “Dati, kamu suka ye dekat Ridwan tu?”, aku boleh dengan berkobar-kobar jawab “eh kamu gila ke? Kite tak suka ridwan, dah la jahat. Dia suka sakitkan hati kite tau, hari tu kita nampak dia kutip gula-gula jatuh atas tanah lepas tu terus makan. Pengotor. Geli la. Dia tak comel” walaupun aku rasa dia adalah budak lelaki paling comel dalam dunia, sambil menangis di dalam hati kerana terpaksa mengata orang yang disukai dengan begitu dahsyat. 

Apabila Ridwan dapat tahu aku cakap macam tu, aku lah orang yang paling malang dalam dunia sebab dia 200% akan membenci aku.  Padahal aku sangat suka dia. (okay masa tadika dulu aku tak kenal siapa-siapa nama ridwan, cuma contoh. Dan aku tak ada pun sapa-sapa tanya aku suka sapa).

Aku ada masuk pertandingan pidato. Tak tahu kenapa aku suka sangat publisiti masa tu.aku end up berpidato seperti LRT dan aku sangat pasti Pidato tentang pencemaran yang aku sampaikan seolah-olah menjadi pencemaran bunyi kepada pendengar dan yang penting, juri sekalian.  Aku sedih kerana aku sangat comel pada hari itu, tapi buat benda bukan-bukan.
tengah tunggu turn nak pidato (aku yang pakai baju kurung kuning)
Lepas balik tadika, aku selalunya main pasir je dekat rumah arwah atuk aku. Sebab dekat tadika tak boleh main, jadi lepas gian bila balik. Aku tahu itu alasan yang tak boleh terima. Mungkin korang tinggal dekat Bandar, tak tahu keseronokan main pasir.  Main pasir bolehlah diibaratkan seperti ‘Bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian’. 

Kerana kamu sangat gembira bermain pasir di siang hari. Apabila balik rumah di petang hari dengan baju yang kotor dipenuhi tanah dan daki-daki, kamu pasti dipiat oleh orang yang bertanggungjawab membasuh baju kamu, iaitu emak. Tak lupa, rasa gatal-gatal pada malam hari kerana termain pasir yang ada tungau. Itulah yang dikatakan ‘bersusah-susah kemudian’.
sukan tadika.(aku yang tengah tanggalkan boot tu)
Pada hari terakhir kat tadika, kami ada penyampaian hadiah. Aku tak tahu untuk apa aku dapat hadiah, tapi aku gembira. Hadiah itu merupakan sepasang uniform sekolah rendah.  Mak aku kata itu untuk ‘pelajar cemerlang’ tapi kakak aku kata untuk ‘Pelajar yang Kemas’.
Dua-dua aku rasa tak betul. Sebab aku masih tak pandai baca dan aku selalu serabaikan rambut pergi tadika.
senget gila muka aku
Jadi ia mungkin peringatan untuk ‘Tahun depan dah masuk sekolah.  Dengan baju ini kamu mungkin nampak lebih kemas dan kamu boleh belajar baca di sana sampai pandai’.
Ya, mungkin itulah tujuannya.  Sebab aku seorang sahaja yang dapat.
Selamat tinggal 1996. Here we come primary school.

10 C.O.M.M.E.N.T.S:

AISHA SAAD said... [Reply]

wahhh!
aku dulu tadika macam tak best jek.
bosan!
dah laa aku budak baru, org len sumaa dah kenal2...

hermm, lain2 tak igt.
tapi aku selalu kena kejar dgn kucing sbb bekal umi aku sedap2./. hehe!

aibaks said... [Reply]

hehe... cute je kan.. aibaks tak tahu la mane simpan gegambar mase tadika dulu.. huhu

twinkle twinkle said... [Reply]

ahha funny yg part karipap tu ;D

idAti mALek said... [Reply]

aisha :
bak sini bekal kau tu!!

idAti mALek said... [Reply]

aibaks :
cepat carik!!!

idAti mALek said... [Reply]

twinkle twinkle:
tu laa..nak belajar takk?

Anonymous said... [Reply]

Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya

idAti mALek said... [Reply]

anonymous:
aku juge suke bace balik(sewel..)..hahaha...thanks

Anonymous said... [Reply]

Ini cukup asalkan ada banyak di luar sana hanya menunggu kanan.

Anonymous said... [Reply]

Terima kasih banyak untuk menulis ini, itu luar biasa informatif dan menceritakan ton