- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Your Url Story Contest | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, December 22, 2010

Your Url Story Contest

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, December 22, 2010
Salam buat readers, followers, bloggers, silence readers dan silence killers . dan secara tiba-tiba aku bersopan.

Contest ini menarik perhatian aku sangat-sangat. kerana aku memang tercari-cari selama ini sesuatu yang sangat simbolik dalam hidup aku.

pertama kali fikir nak buat blog, mesti nak URL gempak atau cool. contoh macam belogbestgilalah.blogspot.com, aqiublogging.blogspot.com, atau akucoolkamucoolke.blogspot.com. (aku pakai taip je, ada blog macam ni ke?)

jadi, semasa zaman jahiliah, aku membubuh URL blueberrydandelion.blogspot.com di mana ketika itu aku sangat suka makan roti perisa blueberry dan juga melihat bunga dandelion terbang tinggi.(yeke?)

macam ribena aku ni.

jadi jika anda tak tahu, nama aku Nurul Idati. pernah tak korang jumpa Nurul Idati selain aku? aku tak pernah (selepas ada Facebook, aku jumpa orang nama Mawar Idati, Nadya' Af-Idati dan Nurul Af-Idati).

agak cemburu bila dalam kelas ada ramai orang nama Amirah, Syahirah, Asyikin, Adilah (ceh petik nama kawan sendiri je). aku tak boleh kongsi nama dengan orang lain. kalau paling konfius pun dengan Izati.

ada kebaikan jugak menjadi unik, aku sorang je nama Idati kat sekolah. jadi kalau ada masalah disiplin pelajar bernama Idati, tak lain tak bukan akan refer kepada aku.

aku pernah tanya mak aku, apa maksud nama aku sebab kawan aku ikin asyik cakap nama dia bermaksud 'Cahaya Percintaan'. kau bercinta dengan sape ikin? haaa.... nana pun selalu cakap nama dia bermaksud 'Cahaya Kelembutan', aku ingat semua tu. dalam hati aku sedih, sebab aku tak tahu maksud nama aku.

mak aku kata dia bagi nama Idati sebab bosan lah Izati dah ramai sangat. (kalau tak nama aku Izati lah tu ya?).

masuk U, aku manfaatkan kegunaan wifi kat sini. aku google maksud nama aku tapi agak lama untuk dapat.

satu hari aku bukak Youtube, dengar Surah Al-Humaza.



Quran Chapter 104 - Quran Translation of Surah Al-Humaza (The Traducer)

1.Woe to every slanderer and backbiter.
2.Who has gathered wealth and counted it,
3.He thinks that his wealth will make him last forever!
4.Nay! Verily, he will be thrown into the crushing Fire.
5.And what will make you know what the crushing Fire is?
6.The fire of Allah, kindled,
7.Which leaps up over the hearts,
8.Verily, it shall be closed in on them,
9.In pillars stretched forth (i.e. they will be punished in the Fire with pillars, etc.).

Bismi Allahi alrrahmani alrraheemi

1. Waylun likulli humazatin lumazatin

2. Allathee jamaAAa malan waAAaddadahu

3. Yahsabu anna malahu akhladahu

4. Kalla layunbathanna fee alhutamati

5. Wama adraka ma alhutamatu

6. Naru Allahi almooqadatu

7. Allatee tattaliAAu AAala al-af-idati

8. lnnaha AAalayhim mu/sadatun

9. Fee AAamadin mumaddadatin



jadi dari situlah aku dapat tahu nama aku.

Nurul Idati bermaksud Cahaya Hati.

lalu aku membubuh URL aku dengan nama aku sendiri iaitu, daricahayahati.blogspot.com .

yang apabila kamu fahamkan, ia adalah dari nurul idati sendiri.

tapi aku tahu ramai konfius ingat ini blog lemah gemalai feminin gila. kan. tak tak. salah tu.

ini blog nombor 20 paling merepek dalam semenanjung Malaysia. hahahahahahaha.

ingin cerita tentang URL anda? klik SINI

aku tag :
Maia Juniorku
Fazdlina

4 C.O.M.M.E.N.T.S:

mera zati M.z said... [Reply]

20 blog paling merepek eh??
haha :D
btw tq join..
tggu update nanti k?
:)

idAti mALek said... [Reply]

cube la cari....ade dalam malaysia rekod...hahahahaha...ok tipu saja...kekekekeke...

thanks jugak lah~

Anonymous said... [Reply]

I love daricahayahati.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards

mera zati M.z said... [Reply]

salam,
awk dah menang contest sy..
sebabkan ade pemenang tak hantar butiran dlm masa yg ditetapkan..

so emelkan butiran :

nama,
alamat,
no tel,

ke
qaish_laila@yahoo.com

TQ sbb join :)