Do you like my blog?

Wednesday, April 28, 2010

satu puisi untuk dia.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, April 28, 2010 17 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tak ingat bila hari pertama aku pandai berjalan.
aku tak boleh ingat bila aku pertama kali memanggil nama "mak, abah".
aku tak boleh ingat siapa kawan pertama aku masa di tadika.
aku tak boleh ingat tarikh pertama aku masuk sekolah.
aku tak boleh ingat benda-benda yang sangat berharga ni.

tapi aku ada sesuatu yang lebih berharga, lebih bermakna.
tentang seseorang.


aku boleh ingat kali pertama aku jumpa dia.
aku boleh ingat kali pertama aku bercakap dengan dia.
aku boleh ingat bila kali pertama aku bersua muka dengan dia.
aku boleh ingat, bila aku pertama kali katakan aku suka dia.
memori yang sangat jelas semuanya berkaitan dengan dia.
aku ingat, aku ingat dan aku ingat.
sampai bila-bila.
sebab dia matahari aku.
juga bulan yang membawa cahaya matahari.
sentiasa ada. sentiasa.
tak pernah lupa, walaupun di balik awan.

mungkin tadi siang aku tak melihat terbit matahari,
mungkin tadi malam aku tak melihat sinaran sang bulan.
tapi aku tak rugi, sedikit pun tidak.
kerana,
ada cahaya yang lebih berharga dalam hidup aku.
yang membolehkan aku melihat warna-warna dunia.

dia matahari aku,
yang menghilangkan kedinginan dalam hati.

dia cahaya hati aku.
walau selama mana aku harus tunggu,
aku akan tunggu.

 dia, 
Mohamad Ridwan.

cahaya hati Nurul Idati.

Monday, April 26, 2010

Update Pendek. Betul, Percaya lah.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, April 26, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku nak update pendek je.

aku dah tak tahu melukis, tak tahu. hari ini study komunikasi dan kaunseling terhadap manusia sejagat, kerana esok aku mahu menghadap kertas yang bertanyakan soalan itu. kertas pun boleh berkomunikasi, siap tanya soalan lagi pada aku. oleh itu kertas lebih hebat dari kambing, walau kertas tak makan rumput. aku pun tak makan rumput, dah 10 tahun aku tinggalkan tabiat itu.

jadi highlight nya adalah, aku dah tak tahu melukis lagi. aku sedih. aku suka, tapi tangan aku dah...isk isk...bila aku bosan study aku cuba melukis gambar bunga. tapi tak jadi bunga, jadi ...tak nak cakap..

sila jangan merindui lukisan aku yang dulu.

sekarang aku lukis kambing, macam pacat atau siput sedut. 



tapi aku masih hebat,..masih ada masih..

untuk melukis sebiji habuk dalam saiz sebenar. tak percaya? cabar lah.

aku lukis habuk pun cantik. boleh la. jangan puji sangat, ok.

kerana kau adalah Jajan, tapi dia memang pencabul sebenar.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, April 26, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
umur aku 11 tahun masa tu.
itu memang hari yang panas, dan aku memiliki sebuah basikal.(ada kaitan?...)
...ya, ada! basikal boleh digunakan untuk pergi ke kedai membeli minuman atau ais krim di kala panas..

kalau itu jawapan korang, korang sama macam kakak-kakak aku tak kira yang di tangga pertama, kedua atau ketiga.(ini bukan lumba lari apatah lagi pertandingan kira kacang).

di depan TV 29" mak aku.abah aku belikan almari TV. kakak aku cuma tahu tonton TV. dan aku, aku suka komputer lebih dari TV.

kakak 1 : haus.(tiba-tiba)
kakak 2 : betul.
kakak 3 : ha'ah.
adik 4    : em.

semua menjeling ke arah adik 4. mungkin kerana adik 4 sangat unik kerana memberikan respon terpendek di antara semua. adik 4 ialah aku. dan aku. aku diam. muram. basikal dijadikan alasan untuk mendera aku. bukankah kat luar ada motor yang boleh naik 3 orang?(melanggar peraturan jalan raya), berbanding basikal aku yang boleh naik sorang.

baiklah kakak-kakak tua ku.
aku kena pergi sorang. 3 ais krim, 1 air tin, keropok durian dan super ring.(ais krim,air tin,keropok durian,super ring, ais krim, air tin, keropok durian,super ring, ais keling,air tong,keropok belacan,super reng)<--menghafal...

kampung aku ada seorang lelaki kurang siuman. rumah dia betul-betul dekat depan simpang masuk rumah aku. dengar-dengar cerita dia masuk hospital gila sebab frust cinta, walaupun dia graduan luar negara(hebat betul sumpahan cinta tak tercapai tu). sekarang dia sudah kembali. dan aku dengar dia pernah mencabul beberapa orang termasuk kanak-kanak sebaya aku(orang gila tahu apa.).
aku takut bila terserempak dengan dia. aku rasa dia pandang dengan pandangan yang...maut.

aku dapat apa yang kakak-kakak tua cerewet itu mahukan.aku pasti mereka gembira. dan aku pasti mereka lagi gembira sebab tengok aku jadi lagi hitam bila berpanas balik dari kedai. ya aku tahu eksperimen ini menggembirakan mereka. nama eksperimen ini Kesan Tenaga Solar Terhadap Adik Kami Yang Coklat. hipotesis : adik ke 4 akan bertukar menjadi arang selepas balik dari kedai pada tengahari buta.

dan aku, sudah jadi arang. hipotesis berjaya. kakak aku gembira, senyum umpama kambing.

angan-angan.aku belum sampai rumah lagi. mengayuh basikal, aku sudah berat. oh, tayar tak pam, patut berat. aku dengar sesuatu. waktu itu aku dalam perjalanan balik ke rumah, melalui laluan hadapan tadika lama yang suinyi sepi. bunyi motosikal. sangat familiar. sangat. bunyi motor Pak Ayus.

siapa Pak Ayus?
orang gila yang aku mentioned tadi.

apa perasaan aku masa tu? wah. (bongok bongok...takut gila.)

paling menakutkan, dia dah nampak aku duk terkayuh-kayuh basikal cabuk tunggu masa nak campak lombong ni. terketar-ketar handle basikal tu. pedal pun dah tinggal besi dia ja.

untuk pengetahuan, basikal aku tak boleh kayuh laju-laju. nanti rantai basikal tercabut. oh memang tak guna. 

aku ambil keputusan untuk membelok ikut jalan yang aku rasa selamat(tapi sebenarnya tak, sebab kawasan tu lagi sunyi dan banyak rumah kosong.dan itu juga kawasan hutan). tapi aku dah biasa dengan jalan tu.

aku melajukan kayuhan basikal. aku rasa takut. tiba-tiba,

tapp! pin rantai basikal putus.

basikal tergelincir, aku tergolek kat atas jambatan sungai.(tak guna kau jambatan!)

bunyi motor semakin kuat...semakin kuat..semakin.....KUAT!!!
otak aku dah blank. aku tak tahu nak buat apa.
menangis? jangan kira la, da basah da sampai ke t-shirt.
aku cuma fikir tak nak mati je lagi (kanak-kanak takut mati..)

bunyi motor dia yang kuat buatkan aku rasa lagi berdebar-debar macam nak meletup jantung aku ni pam darah. sangat takut. sangat sangat sangat takut.
aku teringat kata-kata kawan aku, "aku dengar Pak Ayus tu pernah cabul orang", "Kau nak tahu Pak Ayus tu gila", "Pak Ayus pernah rogol orang!", Pak Ayus...Pak Ayus...dan Pak Ayus lagi...
argh...aku pula yang bertukar gila.

untuk memastikan aku tak bertukar gila ataupun dicabul oleh orang gila aku kena berfikir dengan pantas.
 bayangkan aiskrim, air tin, keropok dan gula-gula yang bertaburan atas jambatan aku kutip pantas. masuk dalam beg plastik yang hampir koyak. rantai basikal ngek yang tercabut tu aku sumbat jugak dalam beg plastik.

masa tu Pak Ayus dah dekat. makin laju pulak motor dia, selalu macam siput. tapi jangan risau, air mata aku lagi laju dari tu. aku makin tak dapat bernafas.

aku angkat basikal aku, sangkutkan kan barang-barang tadi ke handle.

dan aku tolak basikal tu laju-laju. memang laju, aku pun  tak tahu macam mana boleh jadi macam tu. agaknya sebab aku takut sangat kan?yang pastinya aku nak cepat sampai ke kawasan selamat.

alhamdulillah sebab jauh sikit aku berlari aku sampai rumah kawan aku. aku nampak sinar harapan.

aku ketuk pintu. tiada jawapan. ketuk lagi..masih tiada...
ketuk! ketuk! ketuk! tiada! tiada! tiada!..tiada jawapan..! tiada jawapan!!!
damn, tak ada orang kat rumah.
prennggg......bunyi motor semakin kuat, aku tahu Pak Ayus akan lalu kat depan rumah kawan aku di mana aku masik terketuk-ketuk pintu yang belum pasti akan dibuka. rumah senyap sunyi. senyap dan sunyi. hanya aku yang bising dengan ketukan pintu dan menangis.

aku tak boleh nak buat apa. sekadar sorokkan basikal aku ke beranda rumah itu, dan aku menyorok ke belakang rumah kawan aku.

aku dengar motor dia lalu. perlahan. sangat perlahan. macam tengah mencari aku. aku cuba intai dari sebalik tempat aku menyorok. ya aku nampak Pak Ayus, dan matanya melilau mencari sesuatu. dan sesuatu itu adalah aku dan aku.

dia terus pergi sebab tak nampak aku. lega betul.alhamdulillah.
tiba-tiba, kreuk..!
pintu rumah dibuka. kawan aku.
"Oi, kau kenapa?"
aku, "hah.kau ada kat dalam?"
"sori la. aku tengah tengok hindustan tadi. seronok."
aku cuma ,"...................."
"kau nak apa?",mungkin dia pelik mata aku merah-merah.
aku, "tak ada apa. saja seronok lalu kat sini."..lalu membaiki rantai basikal aku.

"bye.." aku katakan pada kawan ku dan aku pergi sambil mengayuh basikal. damn you hindustan.
aku dah nak mati kena kejar dengan si pencabul gila, kau tengah tengok hindustan rupanya.

aku sampai rumah aku terus cakap, "aku dah nak mati dah tadi!".kuat-kuat.

kakak-kakak tua itu tidak mengerti, mereka cuma faham "oh hari ini betul panas!".
dan terus makan ais krim sambil berkata "apasal ais krim ni cair?"

erghh.

Sunday, April 25, 2010

berbual sama maksud dengan berborak, bukan menggatal

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 25, 2010 12 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mari berbual bersama idati malek selaku pengerusi kelab blogger weng.(rekaan semata, sungguh tidak malu melantik diri sendiri)
siapa tak kenal RedMummy? angkat tangan, kaki..eh, eh..hidung tak perlu.

aku cakap tak perlu. baik ko turunkan. aku panggil polis karang(emosional tiba-tiba..)
ok. jangan emo macam ni..
aku akan angkat untuk 2 minggu ke belakang dari sekarang. walau redmummy dah keluar paper pun aku masih tak tahu.<--ketinggalan zaman. 

aku tahu pasal redmummy kat GB. hehe.dalam 2 minggu lepas.

aku blogging agak lama, tapi aku tak kenal blogger-blogger otai, aku tak tahu pun istilah tu.
mari aku list kan apa yang aku tak tahu pasal dunia blogging sebelum ini:

aku tak tahu adanya istilah blogger otai,
aku tak tahu blog boleh dapat duit(menghabiskan duit nak bayar bil elektrik ada lah.), 
aku tak tahu boleh letak link dalam shoutbox, 
aku tak tahu blogger otai tak suka ada lagu dalam blog, 
aku tak tahu right-klik boleh disable(tak pasal-pasal jadi OKU), 
aku tak tahu tak perlu tulis panjang-panjang dalam entri(semua mak nenek, bape kali aku bersin pun aku nak cerita), 
aku tak tahu apa itu gengblogger dan etc, 
aku tak tahu pun blogging boleh famous amos.(famous aje..). 
seriously aku tak tahu ada nya nuffnang, advertlets dan sebagainya.
aku ingat orang cuma boleh tahu pasal blog bila kita bgtau dan orang main 'next2' kat navigation button tu.(haha..)

tujuan asal aku blogging :
aku suka-suka nak menaip. aku ada banyak cerita yang aku nak taip(nak tulis dakwat pen asyik habis). aku nak orang yang istimewa bagi aku baca apa yang aku taip pasal dia. aku nak kawan-kawan aku tahu aku ada tulis pasal dorang untuk dibaca bersama-sama. aku nak buat blog ni bahan bacaan aku di masa-masa akan datang supaya aku tahu macam mana pemikiran dan perasaan aku pada tarikh sekian-sekian.
aku nak letak semua gambar, lagu yang aku suka. itu aku.
dan sekarang?
  • aku masih menaip ikut suka hati aku, aku taip apa aku nak. jangan hipokrit. 
  • aku buat nuffnang, advertlets untuk pendapatan masa depan aku. created for my future baby.(bila aku kawin nanti)..aku buat tabungan untuk bayi, jadi, klik2 nuffnang atas niat nak ajak aku klik sama, diharamkan.
  • join GB sebab nak tahu apa pendapat orang lain, tambah kenalan blogger.
  • aku dah buang disable right klik sebab aku rasa macam poyo pulak(pendapat aku laa..) mcm la ada orang nak copy entri aku, copy pun aku x kisah.sila sila bersila.
  • dapat cari resepi!!!!!<---peringatan, aku masih perempuan.
sekian, cakap-cakap bersama aku.korang macam mana?


Rinawati Pelik, Kakak Aku Jahat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 25, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sekitar zaman 90an aku darjah satu. tahun 97, darjah 1. sekolah kebangsaan sungei itek, gopeng. (sekolah ni tak ternak itik ok?ayam pun tak ada). aku cukup bengang bila orang tanya "banyak itik ke sekolah kamu?", "sekolah kamu dekat dengan sungai ke?", "mesti itik banyak kan?" dan paling annoying, "sungai ayam tak ada ke?".
aku rasa nak tarik-tarik rambut orang tu. tapi sekarang aku dah tak kisah. kau cakap apa kau nak cakap sebab aku tak pernah bela itik.

aku sangat-sangat seronok, sebab aku fikir pergi sekolah banyak kawan. memang pun. itu je tujuan aku pergi sekolah, nak main. dari dulu, sampai sekarang. cuma sekarang da sedar diri la, tak nak dengar korang cakap 'org tua tak sedar diri'. hello aku belum tua lagi, korang patut cakap "sudah belia tak sedar diri", atau...tak ada atau.

satu pagi waktu kelas BM yang dicintai bersama cikgu yang cantik, cikgu yahya ketuk pintu kelas aku, kat sebelah dia ada budak perempuan yang bagi aku sangat tinggi jika dibandingkan dengan aku dan kawan-kawan aku. (aku ketot? tak tak. dia yang tinggi)
cikgu yahya cakap budak tu sebenarnya darjah 4, tapi dia tak tahu baca apa-apa jadi dia masuk darjah 1. patut lah dia tinggi. dia orang indonesia.

Rinawati, nama dia. Cikgu kelas letak tempat dia sebelah aku.(macam rama-rama, aku rasa)

Perkara pelik tentang dia : 
dia tinggi daripada kami semua, rambut dia kerinting gelombang besar punya, selalu pakai bedak sejuk walau sekolah bukan waktu malam, suka tergagap-gagap apabila nak menyatakan sesuatu tambah-tambah kalau teruja lebih dan dia, sangat menjengkelkan aku. pandangan mata dia seoah-olah aku ni bahan makanan ikan untuk dia. itu la yang aku fikir pasal dia. dan dia pelik (macam la aku normal sangat)

kakak aku darjah 5 masa tu. terbukti kakak aku lagi pelik dari Rinawati sebab bila masa rehat je, mesti dia dan kawan-kawan dia datang kelas aku. nak mengacau Rinawati. kadang-kadang kakak aku pun pelik jugak.

tapi Rinawati cool, tak melenting. semua orang pun sebenarnya suka kacau dan buli dia, termasuk aku.

satu hari, Rinawati tak muncul lagi. semua orang pelik. tiba-tiba budak lelaki dalam kelas aku, tak tahu nama apa yang pastinya dia gemuk, cakap "Rinawati dah kena tangkap polis. satu keluarga dia kena tangkap dengan polis sebab pendatang asing semalam,"

macam tu. Rinawati juga adalah pendatang asing tanpa izin. aku cakap kat kakak aku, dia tiada reaksi simpati apatah lagi empati melainkan mengeluarkan bunyi "ala, boring la tak dapat kacau lagi,".
itu je yang dia fikir? dia tak rasa menyesal ke kacau orang tapi tak minta maaf pun sebelum dia pergi.(bukan mati la~)

aku tak minta maaf pun kat dia pasal aku buli-buli dia dulu.
rinawati, kalau kau baca ni, aku harap kau faham. hehehe

Saturday, April 24, 2010

Saya Mahu Dauspozi Terjah Blog Saya, Kata Idati Malek

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 24, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
 banner beliau yang bernama Dauspozi.

Kenapa nak Daus terjah? kenapakah? kenapa?
  • tiada sebab lain melainkan Idati Malek menyukai orang terjah blog nya.(haha)...ok2, serius. nak daus pulak bagi komen pasal blog ni. macam kanak-kanak ke? nampak dewasa ke? atau kerepOt kah blog ni? komen la apa-apa pun, dengan positive A+ sy akan menerima (redha....) Go Dauspozi!!
  • eh..beberapa sebab kan?
  • tengah fikir lagi...
  • ok. dah cukup 4 bullet. (daus jangan marah..gurau2)
  • em. kalo rajin. kalo lah. komen sal entri. relevan. atau x. atau weng. hee~ 
okeyh that's all. thx a bunch.

nak diterjah jugak? klik SINI!


Surat Cinta Buat Skandal Aku. Aku Harap Kau Baca

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, April 24, 2010 14 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tiba-tiba aku merindui lagu hujan aku skandal. rindu betul.

bukan , bukan, NO.

bukan macam tu. aku tak ada skandal , percaya LAH !<--tiba-tiba aku bagi penjelasan.

tapi kalau korang nak tahu, lagu ni sangat mengingatkan aku pada memori lama. agak lama. dalam 2 tahun lebih ke belakang.
agak la. ini cerita sedih, dah lama aku nak taip. aku tak tahu siapa yang akan baca.
hayati lirik dia. 
kan ku berikan semua, agar kau gembira sentiasa, engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri. jgn disimpan tiada rahsia, katakan saja ku terima, engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri..waktu duka dulu kita lalui bersama, bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang. hancur hati bila kau undurkan diri, meninggalkan ku sendiri.(lirik aku kerat-kerat tak larat taip dari lagu Hujan-aku skandal)

sedih bila aku kenangkan seseorang. 
aku sentiasa ada untuk dengarkan kau. kau kata perasaan tak perlu diungkapkan.senyuman kau dah buat aku fikir aku istimewa untuk kau. aku tak tahu, mungkin aku cuma skandal untuk kau, kan?

kau tak ingat, yang kau selalu gembira kan aku? waktu aku sorang-sorang, tak ada teman. tak ada sesiapa. dari sekolah lagi, aku rasa aku kenal kau agak lama.gambar kau dalam phone aku tak pernah pun terdelete walau 1. aku biar...cuma, aku tak boleh nak tengok selalu, nanti aku rindu. 

baru-baru ni aku blogwalking. aku jumpa sesuatu yang aku harap aku tak jumpa. blog kawan kepada 'si dia' dalam hati kau. 

'si dia' bukan aku. bukan. orang lain.
perasaan aku? hancur. kau tak mampu kutip , kau tak perlu minta maaf. biar aku ubati sendiri.



kelakar ke gambar ni? takk..aku tak sanggup nak tengok muka kau lagi, apetah lagi muka si dia.

apa yang membuatkan aku jadi lagi parah, itu sebenarnya bukan 'si dia' kau. aku tengok-tengok lagi kau ada banyak lagi skandal. aku sangat pasti perempuan-perempuan itu pun macam aku juga, tertipu.

tertipu hidup-hidup macam katak eksperimen biologi tingkatan 4. mungkin kau tak tahu sebab kau tak belajar biologi.

kau lihat ini. bukti, bukti kehancuran hati. banyak sangat. sampai aku tak terkata. ni yang aku jumpa, yang aku tak tahu?








itulah dia ex-skandal aku. NOH HUJAN.
sedih. aku selalu dengar lagu dia, jadi peminat dia. gambar dia ngan band hujan pun aku elok je letak kat wallpaper henset aku. tiba-tiba aku google banyak nya skandal kau. kecewa betul. aku tak ada pun?

p/s : aku masih minat Hujan. jangan risau. saja je.hee~




Friday, April 23, 2010

Ramalan Kami Terhadap Kedatangan Pocong

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 23, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kalau duduk kat asrama tak sah tak jumpa hantu, paling koman pun nampak la kelibat-kelibat putih,hitam atau pun dengar-dengar bunyi pelik.

aku nak cerita pengalaman betul.live.semua orang nampak. seekor pocong.
masa tu form 4. aku study kat bilik TV. kawan-kawan aku study.makanan pun ada banyak. kami juga makan selain study. tv pun ada, jangan risau kami tak bukak.sebab ada 3 kunci mangga<--warden sangat tak yakin dengan kami. dan aku, lebih banyak tersengguk-sengguk dari study.

kawan aku yang seorang ni, menguap. lalat tak ada, jadi lalat tak masuk. aku pun dah mengantuk masa ni.

agak weng. diam. tiba-tiba betul seorang daripada kami (salah seorang) keluar sebab nak pergi mana aku tak tahu. kat depan pintu bilik tv, dia terhenti.tiba--tiba memandang tepat ke luar pintu pagar menghadap padang..lama.satu objek asing pada mata.putih.

"eh...korang.." aku dengar suara dia sambil mata dia masih lagi menatap objek tersebut.pada luar pintu pagar.
kawan-kawan aku semua keluar. semua sekali termasuk aku. dan semua orang nampak, ada pocong bermuka hijau kat tepi padang.
semua kecoh-kecoh. aku tak tahu aku nak takut ke apa, tapi yang pastinya pocong tersebut macam buat pameran. semua orang nampak, aku pelik. kenapa semua nampak.? 

beberapa minit kemudian dua senior datang dengan menghala kan penumbuk dari jauh ke arah pocong sambil berkata dengan kuat "Oi kau nak apa?". 
aku fikir 'hebat betul'.
dan pocong?
melompat ke arah kami. berguling-guling. berbunyi nyaring sayu. 

bukan! bukan! bukan! dia tak buat macam tu.

tapi..


pocong tu angkat kain dia yang panjang berjela diperbuat daripada kain cadar sekolah dan lari balik blok dia. 

dan dari balik pokok, kami semua, SEMUA, nampak, beberapa orang pelajar lelaki berlari-lari sama ikut pocong tu.
dan semua cakap,"Tak guna punya budak form 3. mentang-mentang dah habis PMR".

macam mana kami tahu itu budak form 3? entah. mungkin. (pandai-pandai) itu satu ramalan.

Kisah Eli & Paknomophobia

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 23, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
lambat aku solat zohor hari ni. semua sebab makcik-makcik dan kakak-kakak cleaner mengadakan Annual Grand Meeting depan pintu toilet tadi. baru habis ambil wudhu',aku dengar wisel. (menandakan pekerja lelaki nak naik ke blog, eh, blok). berlari-lari aku masuk bilik, selipar hijau yang penuh kasih sayang tu nasib baik tak licin hari ini. dan nasib baik juga tak ada kucing terkena keracunan makanan lalu membuang sisa-sisa kumbahan beliau di sekitar laluan pelari kaki seperti aku.

dah melalut. intro itu satu bebelan.(wan cakap kalo banyak dengar bebel, cepat mati. tapi ini cuma baca, tak apa)

cerita sebenar yang berkaitan dengan tajuk :
masa aku kecik-kecik dulu, aku banyak kawan dengan budak lelaki. masa tu umur dalam 4, 5 tahun macam tu la. paling aku ingat nama dia Eli, dia anak Pak Acin(tukang rumah kat kampung aku...)

rumah dia dekat je dengan rumah atuk aku, selalu jugak dia datang menyemak nak main masak-masak dengan aku.(desperate, aku tak ada geng nak main, amik dia je la main masak-masak, dia pun redha je)....

eli ada 2 abang n sorang adik perempuan. eli memang gila selekeh aku memang tak sanggup dekat dengan dia.sampaikan arwah atuk aku pun tak bagi dia masuk dalam rumah, pasal dia selekeh sangat. dia suka pakai baju comot-comot, dan pada hidung selalu ada hingus yang tak di lap.(erk.) tapi dia setahun tua dari aku.

hakikat sebenar aku tak suka main dengan dia, sebab aku risau hingus dia ter lap kat baju aku. tambah-tambah main galah panjang atau polis sentri. maut, baju aku.

kami cuma ada satu persamaan.
bukan dari segi pakaian ; dia pengotor, aku pembersih(konon la)
bukan dari segi muka ; dia comot, aku comel.
bukan dari segi jantina ; sure-sure dia lelaki, aku half-sure perempuan.
bukan dari segi adik beradik ; dia anak Pak Acin, aku anak Abdul Malek...
bukan dari segi apa-apa yang tak berkaitan ni; bukan-bukan-bukan!!!
tapi lain
iaitu ,

aku dan eli sama-sama takut dengan Pak Nor, jiran arwah atuk aku yang berperut besar. biar aku cerita sekali lagi, mak aku cakap Pak Nor makan budak-budak nakal, sebab tu perut dia besar. aku rasa dia patut makan Eli, bukan aku. aku baik, mungkin. dan aku berharap Eli cepat-cepat kena makan dengan Pak Nor supaya aku tak nampak dia lagi. aku nak bagi nama fobia terhadap pak nor ini sebagai Paknomophobia. kalau korang Google, korang akan jumpa....

jumpa tak ada apa-apa melainkan pasal negara India dan fobia yang tak berkaitan.

satu hari yang tenang, aku tengah main masak-masak dengan Eli. aku masuk dalam rumah atuk nak ambil apa tah(kitorang main kat luar rumah).entah apa mood Pak Nor tiba-tiba nak bergurau secara extreme.

yang aku tahu, aku dengar bunyi orang menjerit. aku tengok ikut tingkap.

korang nak tahu, jantung aku nak tercabut time tu. Pak Nor tengah kejar Eli guna parang. ye, parang sebenar.Eli lari sungguh-sungguh sambil mengesat air mata, dan tak dilupakan, hingus.(ew.)
Dan Pak Nor berjaya menangkap Eli.
Hukuman mandatori : Eli kena ikat kat pintu pagar rumah Pak Nor. aku plak nangis-nangis kat dalam rumah walaupun tak ada sapa mencederakan aku.<--bodo.

Eli masih menangis-nangis, Pak Nor pulak bercekak pinggang sambil pegang parang. Dia cakap kuat-kuat,"ha...mana DATI ni? lari pulak dia,"..

dan itu sudah cukup untuk menambahkan kelebatan tangisan aku, sampai Pak Nor dengar. (aku menyorok tepi tingkap..)..

Lagi extreme bila Pak Nor, datang tepi tingkap. aku cuba tahan nafas. tapi tersengguk-sengguk, memang dengar jelas. Dia, yakni, Pak Nor, menghulurkan tangan dia ke dalam tingkap dan hampir menangkap tengkuk aku. tapi tak dapat. wekkk...

Aku pelik la, time tu atuk ngan opah aku ada, tapi tak nak pun tolong. Semua orang anggap itu hiburan kerana dapat menggelakkan aku. hanya aku dan eli yang tahu betapa disaster nya perasaan masa tu. mak aku tak yah cakap la, kalau boleh nak hantar aku pergi rumah Pak Nor setiap hari.

dan Eli? entah. aku harap dia dah tak berhingus macam dulu.

Tentang Bini Abah Aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 23, 2010 11 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
zaman kecik-kecik dulu mak aku banyak cakap kat aku perkara yang tak masuk akal, itu pun aku baru dapat tahu sekarang ni. 

bini orang & suami orang.
kenapa?
sebab aku nakal sangat, mak aku cakap.
benda yang aku find out selalu nya macam ni.antaranya la....

bila aku berlari-lari kat pasar malam masa umur antara 7-9 tahun(tak ingat) :
mak : jangan lari-lari. tengok tu, Mona Fendi, dia dah terlepas daripada penjara. (sambil menunjukkan pada seorang perempuan berambut ala-ala iklan sabun trojan, dan aku sangat yakin dia adalah Mona Fendi)
aku : (menggigil..) betul ke mak? yg cikgu cakap tu? (sambil mengintai-ngintai muka perempuan tu) yang kerat-kerat orang tu ke?
mak : ha'ah. jaga-jaga, nanti dia kerat.

aku jadi baik. balik rumah, aku sungguh-sungguh cerita kat kakak-kakak aku, yang aku jumpa Mona Fendi kat pasar malam Gopeng. kat kawan-kawan aku pun aku cerita jugak, dorang percaya. kat cikgu pun aku cakap. sekarang baru aku faham kenapa cikgu aku senyum-senyum dulu. patut keluar paper ni "Mona Fendi Ditemui  Membeli CD Cetak Rompak Di Pasar Malam Gopeng". sebab aku nampak dia tengah pilih-pilih cd cetak rompak sambil pegang bakul sayur.

bila aku nak keluar waktu malam tengok apa abah aku buat kat luar rumah :
mak : dengar tu (bunyi burung hantu...)..maksudnya ada hantu....
aku : (diam. takut. celaru)..abah macam mana?abah ada kat luar.(risau, berpeluh2.takut abah kena culik ngan hantu.)
mak : tak pe, abah kan lelaki <---boleh la pulak.hantu pun pilih-pilih jantina ke?

hasilnya, aku takut dengan Ikon burung hantu TV3 masa zaman aku kecik-kecik dulu. setiap kali iklan tu setiap kali aku nangis. sekarang kadang-kadang aku cakap dengan wan, dia plak "ha, awak, dengar tu...bunyi burung hantu"....dia pun sama dengan mak aku.suka menakutkan aku.

bila ada kupu-kupu masuk rumah :
mak : ini ada orang nak datang ni. nampak tu kupu-kupu?
aku : yeke? (excited...)

hasilnya sampai sekarang aku yakin akan ada tetamu datang walaupun dulu benda tu tak terjadi pun. aku tunggu-tunggu jugak tak ada pun orang datang. lipan ada la.

bila aku sangat jeles masa abah aku dukung budak-budak lain :
mak : tak boleh jeles. nanti abah bertukar jadi lembu kalau macam tu, dati pun abah tak boleh dukung.
aku : (nak menangis)...

hasilnya, tak ada effect kat aku. aku jeles jugak lepas tu. hahaha. nasib la. tapi aku tanya balik kat mak aku beberapa tahun lepas tu mak aku cakap "yeke? merepek je.."

bila aku nak ikut rombongan sekolah masuk gua:
mak : tak payah ikut la. dengar cerita gua tu ada penunggu. nanti dia panggil-panggil masuk, dia tak bagi keluar dah.
aku : alah, cikgu kan ada. mak ni...(muncung 3 depa)
mak : nanti hantu tu menyamar jadi cikgu.
aku : (diam.....dah kalah....hanya mampu menangis-nangis tapi tetap tak dapat pergi)

bila aku suka sangat bergurau geletek member baik aku macam nak pitam :
mak : jangan main cam tu, nanti ika bertukar jadi ulat bulu(nama kawan aku ika)
aku : (membayangkan kawan aku jadi ulat bulu secara tiba-tiba..aku tak main camtu lagi dah lepas tu..)

apa significant nya geletek dengan ulat bulu?sungguh-sungguh betul aku percaya.

bila aku suka sangat main anak patung :
mak : jaga-jaga. nanti malam-malam dia datang mintak nyawa.
aku : kenapa pulak?
mak : ye lah, dia kan tak ada nyawa. 
aku : (tengah berfikir macam mana nak bagi. dan berbisik kat patung tu, "betul ke nak mintak nyawa?")

ada kawan aku cakap teddy bear kalau kita letak je buat perhiasan, nanti malam-malam dia akan menari sendiri. bunyi macam comel, teddy bear menari, tapi bayangkan la tiba-tiba je.(aku takut teddy bear besar kakak aku yang kat atas almari tu dia buat hiasan, risau dia menari tengah malam dan aku tengah jaga masa tu)

bila aku sangat nakal kat rumah atuk :
mak : eih, jangan lari-lari. tengok tu Pak Nor(jiran atuk aku yang berperut besar). dia makan budak tau. budak-budak nakal semua dia makan, tu yang perut dia besar tu.
aku : (memerhatikan Pak Nor)

efek nya aku takut gila kecut dengan Pak Nor sampai dia meninggal. Innalillah. aku bayangkan dia sangat kejam.nanti aku cerita kenapa aku kecut gila ngan dia. mak aku ni boleh pulak timbul idea kanibal ni. aku ingat kat malaysia dibenarkan jadi kanibal terhadap kanak-kanak nakal.

tu baru sikit. mak aku kalau tak dapat tipu aku hidup-hidup memang tak sah la.


Orang Gila Lagi Hebat Dari Aku Sebab Aku Separa Gila Je

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 23, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
korang pernah belajar silat? taekwondo? karate-do? judo? tengok burung dodo? atau makan dodol?

mungkin ya mungkin tidak. (dulu mak aku cakap kalau tak tahu buat dodol, tak boleh makan.) mak aku tipu, aku baru sedar beberapa tahun selepas itu, dan aku tipu korang pulak.

berbalik kepada seni mempertahankan diri yang aku cakap tadi.

mungkin ada pemegang black belt taekwondo kat sini. kan? (aku pun. tapi black belt silat la. haha,)

pernah tak korang terfikir satu hari korang diserang?

pernah?

tak pernah?

aku pernah fikir dan pernah diserang, oleh orang yang tak normal atau bahasa ibunda aku 'orang gila'.

aku ada taekwondo, tak perlu cakap belt apa. aku ingat bila dalam situasi 'fight or flight' ni aku akan berupaya melakukan sesuatu at least melarikan diri atau melepaskan sedas tumbukan padu ke muka orang tu. (dengan bangga nya aku berfikir macam tu). aku siap cakap kat mak aku "alah, mak. jangan la risau sangat. kalo ada orang jahat, tumbuk je lah muka dia". (mcm kuat)

dan satu hari yang malang,...ish ish....aku telah di pOw oleh orang gila sebanyak 13 ringgit malaysia, bukan rupiah. tengah tunggu bus masa tu dengan kawan aku, Farah. dia pun macam nak menangis aku tengok.

dan orang gila tersebut tak mendapat sebarang calar pun daripada aku.

terbukti orang gila tu lagi hebat dari aku. (damn you orang gila!!)

p/s : boleh tak kalau aku jumpa dia lagi aku nak mintak balik duit aku.(entah2 kena pow untuk kali ke 2)

Another Entri, But He's The Same Ben I'm Typing Bout.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 23, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
 


Nak berada dalam BLOG LIST BEN ASHAARI ?

Nak - Nak - Nak - Nak - NAK!!!!!

Kenapa anda rasa anda patut berada dalam blog list BEN ASHAARI ?

Saya suka pergi blog Ben Ashaari, setiap hari saya blogwalking ke blog dye.so mesti akan rasa lagi hepi bila dapat duk dalam blog list dye kan(berdiri xleyh??). tapi sume org pun salu gak pergi blog Ben kan.(terasa persaingan sengit secara tiba-tiba)... [=,=']  sy rasa saya patut ada dlm blog list tu sebab blog sy...blog sy..blog sy...err..yg penting sekali blog ni penah dijelajah oleh Ben Ashaari. (Tq.) sekian terima kasih. heeeeeee..

Sehari , berapa kali update blog ?
err..err..(tersipu2)..setiap hari adalah berbeza, hari ini saya blogger jadian, esok mungkin saya blogger tegar dan lusa plak saya blogger biasa. di hari menjadi blogger tegar, entri akan mencecah 4-5. heee.(tegar kah itu??) di saat menjadi blogger jadian, entri akan menjadi separuh drpd biasa dan isi nya separa normal.(ha ha)...di saat menjadi blogger on-off sy akan berkata "blog?ape tu?" dengan muka penuh tanda tanya yg memusykilkan. heeeeeeee...~




Award Blogger SempOi!!!!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, April 23, 2010 18 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku find out beberapa blogger yang aku nak kasi award ni. haha. mesti korang fikir bajet je aku ni nak bagi-bagi award kat orang. no, this is selected. ikhlas dari aku, mana boleh main bagi-bagi je(kedekut. kan?). memandangkan aku tak rajin blogwalking dan menegur-negur blogger lain, aku nak bagi kat blogger friendly yang selalu tegur aku. muahaha. dan juga blogger yang aku rasa sempoi. ini dia award.

 sila ambil jika rasa ia boleh dibela sampai jadi dinosaur.(ini mungkin gurauan,mungkin igauan,mungkin aku memandai2...)

Syarat :
  1. Sila tulis komen anda dah ambil.
  2. tu je. k? heeeeeeeeeeeeeee............
 Senarai Penerima Award Blogger Sempoi :
  1. AISHA INANI
  2. MSR@BLOGGER
  3. ENA FUZZ
  4. BEN ASHAARI
  5. JEBON 
  6. ABG FAIZ
  7. KAK FARIHA
  8. MISS LOLLY
  9. CIK AILEBIU
  10. SYER CECE
  11. BUDAK HITAM
  12. ISMAIL NOH 
  13. MIRA MON
Terima kasih kerana sudi ambil(kalau ambil.hee~). ini buat sendiri, murah je, tapi bermakna. khas untuk blogger friend aku yang sempoi. baca ni >> KHAS UNTUK KAMU.KERANA DIRIMU SUNGGUH BERMAKNA~

sori award aku simple, tapi cute x? hiahiahiahia..!!
p/s : pastikan si kuning tu makan banyak-banyak.

Thursday, April 22, 2010

Senaman Jari Dengan Shuffle Kan Beliau

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, April 22, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
perkataan aku yang bosan untuk memulakan entri :
  • aku rasa seronok sangat hari ni sebab..........
  • bosan betul la hari ni. semua sebab........
  • *sigh*......bla bla bla....
  • ok hari ni aku nak share kenapa aku...........
  • well.....bla bla bla.....
*ini bukan esei cikgu suruh buat point form.

ah bosan bosan. let's create something new.macam hebat. macam. ?

ke hadapan pembaca-pembaca blog ku yang comel (ouh ini memang orang tak pernah buat, tapi SKEMA. faham tak..tak? ko tadika lagi rupanye.patut tak faham.)

ke timur dan barat semua kawan-kawan aku yang indah khabar dari rupa (aku rasa ini macam bagus.macam je la). aku  harap orang sudi baca sampai habis entri aku yang hidup segan mati tak mahu ni. umpama belacan penyek dilenggek tayar lori tapi chef kutip jugak sebab penang tak keluarkan belacan lagi.(apakah kes?belum keluar berita lagi, ni Early Edition aku dapat)

bermula dengan ayat dari list bosan di atas, aku rasa seronok betul hari ni.umpamanya aku berjaya naik monorel KL ulang-alik dari titiwangsa ke kl sentral sebanyak 5 kali(ok itu cukup gembira untuk aku.korang pun sama kan? haa..). tapi bersyarat la, selagi tak ada orang hisap rokok dan hembus-hembus ke muka aku ataupun Gatal Maniac yang tenung-tenung orang dengan cara paling menjengkelkan aku penah nampak.

berbalik kepada cerita. haa....(Monorel tak bagi aku naik free la...hari tu dah tanya, mak cik jaga pintu pagar tak bagi.sedih balik)

exam neurosains wenk pada pukul 12.30pm tadi (neurosains je, wenk tak ada). rasa cam terlepas daripada ikatan maut je bila aku hantar paper exam tu tadi.(yahooooooooooo!!!goooooooogleee!!!MSN!!!!blaaaaaaaaaaa...............boh)

dalam bas, ye bas. bukan keretapi tanah melayu, atau keretapi fun-fair yg masuk rumah hantu yang tak takut tu.ini bas yang empat segi tu,yang pastinya ada tayar yg wajib di pam kalau tak nak eksiden. aku dan pika(dia lagi!!), bersembang-sembang nak pergi makan-makan di beberapa tempat yang diidamkan. antaranya HR steakhouse kat Kg Baru, McD, Char kue Teow dan nak pegi Petronas beli roti. ada lagi angan-angan nak naik kuda atau kereta kuda kat taman tasik titiwangsa.

sekarang, pukul 6.44pm aku tengah menaip entri ini sambil mengingati cekodok mak aku kat rumah. korang rasa aku pergi ke? haha..haha..haha..indah angan-angan dari realiti dan juga indah kambing biri-biri dari penyakit beri-beri...

selain itu(ayat BM yang popular dan disenangi ramai), aku seronok pasai pa hampa nak tau?(tiba-tiba...). aku dapat makan kat kafe(ini hepi?). aku dapat on9 sampai pitam(belum lagi buat masa ini), dapat sign up Feedjit yang aku nak-nak-nak-NAK sangat(aku pun tak faham kenapa. mungkin rasa cool ada feedjit kan?haha). dan lagi, aku tengok update list, blogger yang aku suka da update setelah beberapa lama.(sape? shh...)

untuk pengetahuan ramai aku ada 4 hari...untuk merdeka!!!(mesti korang ingat aku merdeka hari ni kan? korang tertipu kalau ya, haha.aku tolong gelak kan.)


Jangan lupa melaungkan kemerdekaan bersama-sama aku lagi 4 hari kerana Komunikasi & Kaunseling akan aku tenyeh-tenyeh pada hari itu. sekian. cara laung, klik SINI...pastikan betul ya, aku nak sama.serupa.jantina tak menentukan ok?

Ada Apa Dengan Nombor Lapan? Ong? OiNk2? Oit?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, April 22, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Cik Tagging telah memilih aku. eh silap, Cik Aisha Inani sudah memilih aku untuk buat tag ni. selepas makan-makan yang hebat, aku menari-nari shuffle kan jari aku atas keyboard yg berhabuk ni(hari untuk malas mengelap...!!) mari kita lihat ape ke yang cik tag mahu kali ini dari aku yang tidak berdosa.
 
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.(video xleyh ke??????)
2. Select the 8th photo in that folder.(photo ke 11? 9? 1? xleyh?)
3. Post that photo along with the story behind it. (cerita tempat belakang???)
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same. (X CUKUP KORUM LAAA...~)

sekarang aku sedih. kenapa mesti photo ke 8? tak ada gambar aku. (huuuu~). dari kiri isma, nani n fazz waktu dinner kolej tun syed nasir kat Kg Pengantin?(pengantin?)..jangan risau aku tak kawin lagi.haha.ceritanya dorang tengah makan, nak bergaya, tu je. tapi senget plak angle gambar ni kan? ya, yg pasti bukan aku tangkap.(haha! bajet pro,,!!!). dah la aku citer banyak2 pun x best(sebab xde  gambar aku...hihi)

masa untuk challenge orang gusti lengan..eh, tag sebenarnya(mencabar betul....berpeluh..)
mereka yang bermalang terjun kepada (antonim bagi mereka yang bertuah).
 
  1. No idea
  2. Tak tahu
ok. aku tak tahu nak bagi sapa. sila ambil dan bela tag ni sampai besar kalo berkenan. anggaplah beliau seekor kucing ataupun anak rimau yang comel. ok? ciao.

Wednesday, April 21, 2010

Kepada Encik yg Baik Hatii...

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, April 21, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kegembiraan hati dan nurani bila aku menjenguk ke blog ini pada pukul 4.30 pagi tadi. hohohoho.(insomnia...)..sambil berperang ngan junior aku masa sekolah, aku blogwalking jap ke blog sendiri.(sewel).
aku nak tanya, apa ubat insomnia ey? dah la aku ngah minggu exam ni(esok NEURO!!!wargghhh!!!!)

aku amat berterima kasih kepada Encik MSR yg sudi memberikan award ini kepada aku, Idati Malek, yang suka menaip pelik2 tanpa mempedulikan perasaan pembaca.(hahaha!!)..untuk pengetahuan, Encik MSR berada di LUBNAN sejak Julai 2009. (nanti dye balik, jgn risau ye..?)

Beribu-ribu lemon TERIMA KASIH MSR atas award yang diberikan. THX! THX! THX! THX! THX!.....
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....aku SUKEEEEEEE sangat2..~~!!!! T Q V M  [^,~]

 The Cedars Blogger Award Siri 5 untuk Idati Malek...heee

sudilah kiranya readers blog ku ini menjenguk ke blog beliau yg baik hati..JoOm>>>> MSR@BLOGGER
rasa cam Ben Ashaari plak(hohoho......!!!)

tak faham apa itu Cedars Blogger Awards..klik SINI

Tuesday, April 20, 2010

Farid Kamil Jadian + Pempuan No Manners dan Orang Gila

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 20, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tarikh weng : 1 Januari 2008
kawasan kejadian : kedai tOp up area Chandan Desa, Ipoh.
sebab kejadian : aku yang weng pada saat kejadian
peristiwa penting : aku dan aku yang berlakon baik

bermula saat kehepian yang tak dapat aku bayangkan.RM500 sebulan rasa da sangat-sangat bagus la bagi aku(tak penah keje langsung).berbekalkan keazaman yg agak-agak bagus la jugak dan pengetahuan pasal henfon-henfon yang ok la aku diterima keje kat kedai hotlink milik kaum bukan bumiputra.(mungkin dia plutoputra atau bumiputri atau juga marikhmaharani...cukup!!). aku pergi kerja untuk pertama kali dalam hidup aku.(hahaha!!biasa la pas spm. time sekolah asik terperuk kat hostel, x kenal dunia luar. kesian kan.) jadi aku gembira(la jugak~) kat kedai tu. x best, ada patung berhala. tapi aku diam je. aku fikir nanti waktu rehat aku nak sembahyang kat mana. (tak bolehkan kalau sembahyang kat tempat yang ada berhala? correct me if i'm wrong..)..masa keje dari 10 pagi sampai 10 malam(fuiyoo...mati kekambingan aku camni...)

abah aku anta pi keje(cececececece.....ni la kali pertama nak tulis ayat camni!!). hepi siot. sampai2 sana puan kat kedai tu suwoh aku lap2 meja guna pape(apekehell?). lap jelah, mungkin dye mengamalkan penjimatan kain. pastu tunggu customer datang. banyak gak yang mengada-ngada. culture shock gak aku jumpa ramai-ramai orang, rasa cam tak nak angkat muka pun ada gak. tapi aku senyum je la. aku tak makan tengahari sebab aku tak tau nak makan kat mana dan aku takut pegi makan sorang-sorang.(kesian....sebenarnya sampai sekrang aku camni..kekeke).takut nak makan sorang2, rela x makan.puan kedai ada cakap nak dia tolong belikan makanan ke, aku cakap 'no thx, i'm on diet'. wahaha. tapi sebenarnya aku takut dia beli yang x halal, yela mungkin dia tak tau. waktu semayang pun dia tak tahu pukul bape, ari jumaat pun dia tanya aku akan pergi semayang jumaat kan?(err?aku perempuan kot..kot?).lagi satu dia ingat semayang tu tonggeng2 x baca pape dan ada shortcut.(aisey....~)

nak dijadikan citer awal2 pagi tu, ade sorang mamat ni ala-ala cam Farid Kamil datang kedai nak top up.

 ni farid kamil sebenar ye.

dia tulis la no dia nak topup RM5 pada pagi tu. tengahari tu dia datang balik.aku pk 'aik, cepatnya abes topap dye'. dalam fikiran aku masti awek ramai sangat ni tu yang topap cepat giler abes tu.muke pun cm playboy jadian.hehehe. rupa2 nya dia dtg nak tanya aku asal topap dia tak masuk. ah sudah! cek-cek, i'm guilty sebab no dia 012 tapi aku tekan 017. sh*t! then puan kedai dtg, tanya pehal. aku cakap la aku salah buat(jujur gila!!!).. agaknya farid kamil jadian tu kesian tengok muka sekupang aku tu so dia pun kata 'it's ok' sambil menghulurkan lagi skeping RM5 dengan macho nya(mungkin la.). aku ase muke aku tebal 60 inci, dah la ari 1st keje da buat salah lak tu. tapi pape time kasih pada farid kamil jadian kerana menyelamatkan aku.

 muka kanak-kanak.(teka masa form bape nih...hehe~)

petang tu aku x sdap ati la.aku amik no farid kamil jadian dari list topup(melanggar etika keje!!) dan send him a msg i'm sorry dan aku akan ganti balik. dia reply it's ok, dye just nak menyelamatkan org melayu(wah!!!)...yela boss aku kan cina.apa dia ingat aku kena dera ke? dia kata tak perlu la ganti.aku degil gak cakap pape pun aku akan ganti gak, by hook or by crook. em. tah camna dia cakap kalau nak ganti sangat belanja je dia makan nanti. (????) belanja makan?mean keluar sama-sama, dan makan sama-sama? hahaha....korang rasa aku terima ke? muka dah ada cam farid kamil, naik kete lagi tu. korang rasa, patutkah?....no and never. aku tak terima, aku biar msg tu tergantung kat situ je. haha. tak nak la dah la muka cm playboy. kalo muka baik pun aku tak nak. tak kan aku nak keluar makan ngan dia hanya untuk mengganti balik duit RM5 tu, amik je la balik duit kau, ngada-ngada punya laki. tak pun aku topup balik la, x susah pun. walaupun dia dah menyelamatkan aku tapi aku tak suka berterima kasih cara tu, ganti je lah balik abes citer. kan?kan?


petang kejadian agak bz, sebab ramai orang terutama lelaki yang mengada-ngada.kenapa? tah, aku rasa macam tu. aku tak tau la. ada gak dak pempuan 2 orang ngan gaya bajet bagus datang beli keychain henset, pastu cakap kat aku "hah, ape lagi.pasangkan la.tak kan tak reti kot" sambil tayang2 fon dye yang canggih tu depan muka aku sambil buat muka sakai..(ko faham tak apa aku rasa, aku rasa nak amik henset tu ketuk kepala dye.cakap leklok takley ke.no manners.!). tapi aku ikut la, polisi kerajaan, eh, polisi kedai.agaknye la.

lebey kurang cmni la muka bebudak pmpuan tu. cacat kan?(hahahahaah!!!)

malam tu aku balik umah cam orang sawan pun ada. pas makan sebab kebuluran aku tido. bangun-bangun tido esoknya aku cakap mak aku "mak, Dati tak nak keje lagi".mak aku gembira dan aku keluar berjalan2 ngan kawan aku pergi main boling. hahahah!!!!

sebab-sebab aku tak nak keje lagi adalah aku tak boleh nak interaksi sosial banyak-banyak sangat ngan orang pada permulaan tu, takut nak pegi makan sorang-sorang, takut kena langgar kete time nak ke masjid dan juga ada org gile berkeliaran di situ.aku risau dye kejar masa aku nak ke masjid.(hee~)..in shOrt, i resigned. fullstop. babai nyonya dan apek kedai. i'm free...wee...

p/s : aku keje nanti pun kena jumpa ramai org gak. takpe, dh bersedia daripada dulu.









aku seronok, nak share ngan korang. wee.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, April 20, 2010 11 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini hari yang begitu seronok dalam hidup aku. cepat cakap congrats kat aku!!!! memang rasa hepi sangat sebab aku tak sangka ini akan terjadi. berdebar-debar sangat weih. aku tak tahu apa mimpi abah dengan mak aku bagi aku ni. nak cakap aku dapat 4 flat sem lepas, kah kah kah..*waklu<--mcm miss lolly selalu taip.

mesti korang pun tertanya-tanya apakah yang aku terujakan sampai nak berlubang lantai ni aku asyik melompat-lompat.untuk pengetahuan kepala aku tersangkut kat siling tadi, a tribute to roommate aku kerana menyelamatkan aku dari terus tersangkut(lompat dengan agresif dan teruja).

ok. aku rasa dah agak lama aku dengan dia. umo aku sekarang 20. dia jauh lagi tua dari aku. em. tak sangka mak aku bagi aku kawin ngan dia in a.s.a.p(bukan merujuk kepada asap la..). very surprise. aku tahu mesti ramai punya la orang akan jeles. i hope my wedding will be like this.

 memang kena ada sarung cincin kan? xley ke sarung stokin? ngahahaha (ape benda tah..)

majlis aku akan lagi gempak dari dorang ni.



kepada peminat2 setia bakal suami aku, korang putuskan jelah harapan tu ea. sebab dia nak kawin ngan aku dah..haha.

 ni la dia bakal hubby i.

*waklu. kata korang kan? haha...ok. aku saja je reka cerita. sebenarnya korang akan lagi jeles sebab bakal suami aku lagi hensem dari dia ni. tapi..lambat lagi la..(ngehehe...)

ok aku minta maaf, saja je mukadimah. perkara sebenar lain la...
baik aku akan meneruskan pada tujuan sebenar iaitu kenapa aku hepi gila sampai nak terjun kl tower. sebab,
MAK DAN ABAH AKU BELIKAN KETE UNTUK AKU!!!!!! WEEEEEEEE~~~~~
memang tak percaya sangat-sangat. alasannya sebab senang aku nak balik memandangkan sekarang ni stesen PUDU dah tutup untuk renovation dan aku sangat susah nak balik umah. so mak aku pun belikan la. dalam fikiran aku dah terbayang aku boleh drive balik umah mak, umah mak mentua(oooppss!!)..hehe. drive pegi mana2 aku nak dapat duk luar sem depan pun tak ada masalah kalau nak pi latihan silat kat K1. hohoho!!!...seronok gile. mekasih mak n abah. padan muka nana, tak dapat2 kete yang dia nak. dia ada kete pun wat pekasam je nanti, nak bawak nanti baru 1 meter kete bergerak dah masuk longkang. nasib baik tak masuk lombong...ngahahahah!!!! so aku nak TAYANG kete aku. hehe. paling best siap ada muka aku sekali.fuh......!!!!! love u mak n abah...LOVE U!LOVE U!LOVE U! MUAH3.....HEEEEEEEEE~~~

jeng!jeng!jeng!
amacam. smart?

*sengal! korang cakap kan? haha...aku terima. ini kereta aku buat kat Photofunia.ngahaha.....takde makna mak ngan abah aku nak kasi aku kete. potong telinga pun tak dapat punya, menangis la kuar air mata kambing sekali pun, kambing pun aku x dpt. kucing boleh la...miao~

sila salahkan encik buku TITAS kerana meng'weng' kan otak aku. kesian korang yg baca entri aku ni. aku rasa nak menangis untuk korang. hehe.~ (T.T)

p/s : pagi yang cerah kini sudah gelap, aku adikmu dan engkau kakak. tak ingin ku ulang ke masa dulu.

Sunday, April 18, 2010

Aku Nak Jual, Sapa Nak Beli?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 18, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hei korang tengok ni. barangkali tak percaya.


boleh tak aku nak jual blog ni? aku nak beli motor. (haha!! mata duitan!!). <--idati poyo!idati poyo!poyo!


p/s : ikin cakap poyo maksudnya cantik. oopss.

Kawan2, Tolong semak karangan aku.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, April 18, 2010 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
ke hadapan bonda yang dicintai. (sebenarnya aku panggil mak). eh. lupa, ada perenggan kan?

    Ke hadapan bonda yang dicintai (cikgu cakap panggil macam ni dalam surat, tapi nanti mak aku muntah darah pula nak baca kan?)...bagi sekali lagi peluang.

   Ke hadapan mak yang disayangi. harap-harap mak ada dalam kesihatan yang berwarna merah jambu bersama abah yang kacak di rumah.(in the pink of health, cikgu bi ajar ni. hebat kan? tapi aku suka hijau.) Dati pun harap mak ada dalam kesihatan berwarna hijau, sebab warna hijau lagi best. tapi mak suka oren dan kuning. baiklah, mak boleh pilih. merah jambu, hijau, oren atau kuning. tapi ini bukan power rangers yang abang suka masa dia kecik2 dulu. abah pun boleh turut serta.

  Anakanda ( bukan anaconda), atau bahasa mudahnya, Dati, sedang baik-baik sahaja(walaupun sebenarnya nakal) di Kuala Lumpur yang menjadi ibu kota Malaysia. Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk suka-suka kerana dah lama cikgu tak bagi buat surat tak formal. Kali terakhir masa awal Form 5. itu pun cikgu tak puji karangan tu. Dati rasa sedih. tapi gembira lepas beberapa saat sebab dah masuk waktu rehat, boleh pergi makan mee goreng dekat kantin dan tengok abang kantin yang kacak(mungkin la.) tapi hari itu mak cik yang jaga kaunter bayar duit, abang kantin tak ada, dia tengah basuh pinggan(agaknya la).

  Terdapat satu lagi tujuan, Dati nak cakap yang Dati dah berjaya tulis satu cerita hantu walaupun hakikatnya Dati takut nak tulis. Mak jangan terkejut, pastikan Anyah tak baca, nanti dia nangis. Begini ceritanya.

"Pada suatu malam, Pika berjalan-jalan di bawah pokok rambutan. Tiba-tiba angin bertiup dengan kadar kelajuan yang menakutkan. Pika rasa meremang bulu roma, lalu beredar cepat-cepat ke dalam rumah dan tidur.  Hantu tak dapat kacau dia. Padan muka hantu tersebut"

   Begitulah cerita yang dapat Dati tulis. Bagus kan? Mak dan abah mesti berbangga. Esok ada periksa english. Dati dah study vocabulary tapi tak tahu la apa soalan nak keluar. Kawan-kawan kata nak study kamus. Tak masuk akal, sebab kamus Dati tebal sangat, mungkin kamus dorang nipis. Memang pun, kecik je kamus dia, elektronik. Tak adil, Dati kena study kamus tebal-tebal sedangkan kamus mereka kecik je.(bahasa dah tak formal..apa ni?)

  Lagi 4 kertas, Dati akan merdeka sementara. Tapi nanti ada Dinner, kena menari lah pula macam ayam patah pinggang. Doakan pinggang Dati tak patah. dan juga tak digelakkan.

  sekian surat dari Dati untuk Mak yang cantik dan Abah yang kacak(nanti bawa pergi PC fair ya?). kakak-kakak, ini surat untuk mak dan abah, kamu semua tak perlu sebutlah ya. nanti banyak sangat orang yang nak disibukkan dalam ni.

                          Yang Ikhlas,
Idati Malek.