- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf May 2010 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, May 27, 2010

Benci, Lepas tu Suka.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, May 27, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Aku rasa aku memang dah lama menjadi musuh kepada budak-budak lelaki dari aku tadika sampai la..tak berapa pasti.

Masa aku tadika aku suka buli budak lelaki yang aku panggil Carrot. Aku tak tahu apa masalah dia dengan aku, tapi aku suka buli dia.

Masa aku darjah satu aku cukup benci dengan ketua kelas aku yang merupakan seorang lelaki juga.entah aku pun tak faham tapi aku tak suka dia.

Masa aku darjah dua dulu aku jadi penolong ketua kelas. Aku memang dominasi kelas tu habis-habisan. Aku tak suka budak lelaki yang berlari-lari dalam kelas. Ada yang aku buli sampai menangis. Aku ingat aku pernah kejar seorang budak itu sambil pegang stapler. Aku dapat tangkap dia, aku stapler stoking dengan baju dia. Aku tak faham apa yang aku buat masa tu. Pernah banyak kali aku bergaduh dengan budak lelaki. Tak kira lah lagi tua atau lagi muda. Aku ingat aku pernah marah-marah seorang budak lelaki tu sampai dia naik angin. Dia terus cekak kolar baju aku(aku pakai uniform skirt masa itu),kuat-kuat. Aku sampai tercekik. Tahu pulak aku menangis nak lepaskan diri masa itu. Cikgu pun backing aku, mungkin sebab aku comel.(ouh perasan.). aku rasa aku pernah tumbuk kot budak lelaki yang cekak kolar baju aku tu.

Aku pernah report kat ustaz budak-budak lelaki yang panjat bumbung sekolah.budak-budak lelaki tu pulak lagi senior daripada aku. Berani kan? Lepas tu dorang semua maki-maki aku tapi aku buat tak faham. Aku cakap memang dah tanggungjawab aku sebagai pengawas sekolah, atau aku rasa aku sebenarnya pengganas sekolah. Balik rumah aku sedih jugak la kena maki. Padan muka aku dasar kaki retot.
Masuk sekolah menengah aku masih tak berubah. Tingkatan 1 sampai 3 aku rasa tak boleh nak masuk dengan budak lelaki. Aku tahu mereka mengata aku kat belakang, yang aku ni jenis susah nak bergaul dengan mereka. Ya, aku tahu. Tapi aku tak kisah. Aku tak kenal pun budak lelaki satu batch walau kami tak sampai 100 orang pun. Aku memang tak kisah pasal budak lelaki.

Masa tingkatan 4, budak lelaki dalam kelas dah bertukar orang. Aku masih tidak kisah. Aku rasa prinsip aku “Friends are Forever, Guys are Whatever”.

Masa tingkatan 5 adalah masa perubahan aku. Aku rasa kawan sekelas lelaki aku banyak bagi tanggapan yang positif untuk aku. Mula dari situ aku baru boleh cakap dengan lelaki tanpa rasa menyampah yang teramat. Aku dah lama rahsiakan, sebelum ini kalau aku bercakap dengan lelaki, aku rasa nak tutup muka dan jerit kuat-kuat. Masa tingkatan 5 dah baik sedikit. Tapi kadang-kadang aku tak tahu apa yang aku nak cakap. Aku banyak senyum, sebab aku tak tahu nak cakap apa. Dan di saat ini aku baru buka mata untuk lelaki.

Kawan sekelas lelaki masa dekat matrikulasi agak bertuah jumpa aku yang sudah okey dengan lelaki. Kalau tak mungkin aku tak boleh bergurau, dan aku rasa ada yang aku cabut kepalanya kalau buat percubaan bergurau dengan aku.

Betul orang cakap tak boleh benci lebih-lebih, nanti suka.

Ya sekarang aku jatuh cinta dengan lelaki jugak. Dan aku sudah tidak rasa nak tutup muka dan jerit kuat-kuat dengan orang yang aku paling suka itu. Aku rasa nak cakap baik-baik.

Aku sayang seorang lelaki lain selain abah dan atuk aku rupanya sekarang ini. Aku baru sedar aku dah berubah.
hehe.

aku suka mohamad ridwan, again.

Mak aku memegang watak Freddy Krueger.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, May 27, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Peristiwa ini baru berlaku beberapa minit yang lepas. Dan aku sedang menaip di dalam suasana suram bercahayakan lilin yang bakal habis dibakar dalam 25 minit lagi aku kira.
Semalam aku dan kawan-kawan aku menonton filem Nightmare at Elm Street. Cerita mengisahkan pembunuhan dalam mimpi yang menjadi realiti.  Jika kamu mati dalam mimpi tersebut, kamu memang betul-betul mati.
Jadi, watak-watak dalam filem tersebut tidak mahu tidur kerana makhluk creepy membunuh orang yang bernama Freddy Krueger itu akan muncul di dalam mimpi.  Freddy akan membunuh sekian-sekian watak yang telah ditetapkan untuk mati.
Kebanyakan watak menahan mengantuk, walau banyak yang kecundang dan mati dibunuh dengan sia-sia. Suasana sebelum dan selepas memasuki alam mimpi memang berbeza.  Contohnya sebelum mimpi kita berada di sebuah bilik, tetapi dalam mimpi kita berada di tempat yang asing dan menakutkan. Dan si creepy Freddy itu sedia membunuh menggunakan bilahan pisau di jarinya.
Itu memang scary.
Tadi, aku sedang berbaring-baring, sedang mengingati cerita tersebut.  Aku memang mengantuk selepas aktiviti yang aku lakukan semalam iaitu cubaan bersembang di dalam dewan orchestra yang ternyata bagus penataan muziknya, bergambar sampai pengsan di Konsert Jalinan Kasih dan makan nasi goreng ayam di gerai depan Poi Lam. Cuma rm4.50 termasuk teh tarik. Tadi aku tengok adik ajeera yang baru lahir. Dan aku, ikin, syah,leha dan ajeera pergi piknik! Ok. Ok. Cukup.
Kembali lagi.
Aku masih menahan-nahan mengantuk aku. Malas nak tidur. Waktu itu pukul 7.15 malam. Lagi sikit nak maghrib. Tunggu sahaja.. mata melayu.
Tiba-tiba….tapp!
Suasana gelap. Suram. Dan menakutkan. Aku tak rasa mengantuk dah. Aku lihat sekeliling sangat menakutkan. Gelapnya!!
Ah, sudah! Aku dah terpengaruh dengan mimpi. Aku tepuk-tepuk pipi suruh bangun. Tapi suasana masih sama.
Aku bangun dari katil, berjalan ke dapur. Aku nampak mak aku tengah berdiri dekat sinki. Tak menoleh ke belakang pun.sangat mencurigakan. Entah-entah Freddy menyamar jadi mak aku kan? Musyhkil, aku nak tahu juga.
Aku panggil “Mak…”.
Diam.
Dan sekali lagi tiba-tiba aku rasa tak berguna.
Mak aku cakap “Dah blackout. Ambil la lilin. Lilin ada kat bilik abah”
Ya, blackout la. Mana ada Freddy Krueger yang memakai sweater berbelang-belang macam farah semalam.

Sunday, May 16, 2010

Plagiat Tak Jadi Dari Aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 16, 2010 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tukang plagiat dalam dunia lukisan manga, sila tuding jari pada aku. Ya, aku suka lukis balik komik yang aku baca. Aku jumpa lukisan aku dulu-dulu(macam lah lama sangat)..Lihat ya. Nanti korang komen.



Aku tiru. Haha~

Yang under 18 tu pun hodoh bila aku ink kan. Cacat. Aku lukis masa cuti form 5 rasanya.

Tengok kalau yang sebenar pulak aku lukis macam mana. Haha hancur.
Disebabkan yang paling kanan sekali aku rasa hensem, jadi aku namakan dia Mohamad Ridwan. Ya, aku sengaja. Tapi sebenarnya tak sama, kerana dia jauh lebih bagus dari kartun keras tak bernyawa ini. 


Yang ni lagi la entah apa-apa aku lukis.kepala kempis pun ada.

Aku yang cuba melukis muka Wu Zhun kumpulan Fahrenheit. Masa aku lukis ni aku minat sangat sangat gila nak mati dengan cerita Hanazakarino Kimitachihe versi Taiwan. Dan aku sangat tak berbakat melukis jari(sebenarnya lukis habuk sahaja yang berbakat ya!)


cubaan melukis logo SR. stands for Sidang Redaksi. tapi tak guna.

Ya, aku sedang berterima kasih !

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 16, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Terima kasih buat mereka.

Setelah seminggu lebih aku tak online, aku tak tahu sama ada blog aku sudah bersawang atau berkulat. Akibat berukband aku tidak ada liputan di rumah aku yang terletak di Gopeng, aku tak dapat online. Tapi aku tidak mati kutu seperti yang dikatakan oleh Encik RIDWAN. Dan aku sangat sangat sangat gembira bila aku online, ada orang dah buat kan entri pasal blog aku.(walaupun aku yang minta,haha!)


Segmen beliau yang berbunyi IN : REG. aku rasa sangat seronok untuk dibaca kerana ada banyak ulasan dan ia buat aku rasa entri aku dihargai. Bukan sebab aku punya blog dah kena REG, aku baca semua yang IN dah REG, aku dapati seronok cara dia mengulas. Hehe~ Banyak pujian, terima kasih. Dan ada yang berkias seperti kambing dan harimau yang kiut. Terima kasih jugak ya.haha..gurau gurau..

Encik Ismail Noh, terima kasih.

1 lagi, saya UKM student Kampus KL, bukan kampus Bangi. Hehe. Nak balik Gopeng hanya 2 jam 30 minit diperlukan. Tiket di antara harga RM 17 kalau naik bas dari PUDU.yang 24 colours punya drawing tu, malu nya. Tiru sahaja dekat komik, lukisan saya yang sebenar macam kambing pacat itu.


INGAT HIJAU, INGAT DAUS. Itulah tagline daus yang terlekat dalam fikiran aku. Segmen dia yang berbunyi Blogger Minggu Ini Bersama Dauspozi menarik minat aku menghentam-hentam papan kekunci ini menaip entri untuk itu.

Dia telah memberikan komen yang baik dan aku terima dengan gembira~ terima kasih DAUSPOZI!!

Masalah untuk aku update adalah aku buta IT..hehe~

Wednesday, May 12, 2010

Saka Lembu Hitam? Kenapa Aku?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, May 12, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Aku tak pasti ini adalah hadiah, anugerah atau bala. Tapi aku TERterima seekor saka lembu hitam.(lembu pink tak ada kah?). Jadi aku kena buat TAG yang berbunyi SAKA LEMBU HITAM milik aku yang coklat.
Syarat-syarat penerimaan saka:


1. Thank & link the person that gave you the cow


Trimas Encik Ikmal Hakim yg berbaik hati bagi saka plak kat aku. Ko bela sorang-sorang tak boleh kah?


2. Bagi balik wasiat saka ni kat 7 bloggers yg paling active


Saka kerat tujuh..share sikit sorang..~


Amik korang!!


Ikmal Moktaro (saja kasi balik kat ko. Amik kau double saka..wahaha!!)


…tak tahu nak bagi siapa.


Siapa berminat boleh ambil. Nak ambil autograph atau gambar bersama saka juga dibenarkan ya. Sila, jangan malu-malu.


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.


Kepada ikmal, aku bagi balik. Saka ko nih awat terencat cam ko.


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv.


Baca komik (membazir elektrik pasang TV tapi tak tengok)


Tidur depan TV (ini juga kategori pembaziran ya!)


Makan tapi tak endahkan TV. Ya makan lebih penting kalau korang nak tahu.


Dalam erti kata lain, aku tak berminat sangat menonton peti yang berkata-kata dan bersandiwara itu. Aku lebih suka wayang kulit.


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan:


  • Telur katak (sebenarnya aku salah faham, ia adalah biji selasih dalam air sirap sebenarnya. Aku sangka aku akan jadi frog girl lepas makan telur katak tersebut.)
  • Nasi goreng ala petai (aku jumpa masa sekolah rendah. Aku tak tahu apa motif chef kantin tersebut, yang aku tahu nasi itu seperti bubur nasi kosong ada tambah petai 2 ketul. Apakah? Aku tak larat telan.)
  • Ketam goreng rentung (ini abah aku masak masa aku sekolah rendah dulu. Mak aku kerja, abah aku ada kat rumah. Abah aku gorengkan ketam, dan aku bawak pergi sekolah agama. Kawan-kawan aku pelik, ada kah ketam goreng?rentung pulak tu.)
6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK


Alah, ramai pun bukan aku kenal semua. Betul tak?


7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...


Soalan maut. Ya, maut. Aku jumpa dekat Malaysia masa aku pergi road tours ke ibu negara. Dulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Kalau korang tak tahu, tengok peta dunia. Tak ada? Pinjam kakak aku punya bantal. World Cup pun boleh tengok live atas tu.




Ok. Aku tak faham lah tag ni. Aku takut. Ada kah saka boleh kena tag? Hehe.

Sunday, May 9, 2010

Kerana kakak aku tak suka cerita korea, dia memang dengki kan?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 09, 2010 9 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Cerita korea? Jepun? Taiwan? 

Aku tahu ramai yang minat. Perempuan la terutamanya kan. Aku? Aku layan ja, nak cakap minat sangat tak jugak.

Cerita korea pertama yang aku tengok ialah Autumn in My heart. Masa darjah berapa entah. Lepas tu aku tak tengok sangat. Kadang-kadang ja kalau ada masa lapang.
Jadi masa cuti ini aku telah menonton cerita My Girl yang aku ambil dari kawan aku.
Aku rasa hero cerita itu agak kacak, sampai aku rasa muka dia hampir sama kacak dengan Mohamad Ridwan. (hee~)

Tapi kakak aku Nana Si Iguana itu telah merosakkan mood aku dengan mengatakan hero cerita itu macam muka kawan sekelas aku masa sekolah rendah.

Ya itu memang betul-betul merosakkan mood aku.

Aku masih ingat budak yang dia samakan tu sangat gila lurus bendul. Tak faham apa-apa, mudah dibuli. Dan aku antara orang yang selalu buli dia. Dia sangat tak cool. Rumah dia dekat dengan rumah arwah atuk aku. Aku rasa masa zaman kanak-kanak dulu, bermain dengan dia adalah perkara paling bosan yang boleh aku lakukan di saat-saat kritikal aku tak ada kawan lain. Tapi jangan risau aku ada kawan, jadi budak itu tak diperlukan. Aku masih ingat aku yang ajar dia membaca dan menulis(bajet~), itupun cikgu yang suruh. Tapi sebenarnya aku bukan ajar, aku buli je lebih.dari aku darjah 1 sampai darjah 6, kami dalam kelas yang sama.aku sudah bosan, dan imej dia yang macam tu memang melekat dalam ingatan aku. Baju selalu tuck in, walaupun nak pakai seluar pendek dan singlet. Tepi beg sekolah sentiasa ada botol air. Aku rasa dia anak manja dalam keluarga.

Jadi aku rasa kamu semua boleh bayangkan siapa orang tu dan macam mana dia.
Baru-baru ini aku jumpa dia dah lagi tinggi dari aku. Tapi aku tak pergi ukur, sebab aku nak kekalkan ingatan yang dia masih lagi sama tinggi dengan aku. Rambut dah siap warna, atas motor pun nak pegang telefon bimbit dan pakai kaca mata untuk rabun.

Aku terfikir, dia sudah pandai membacakah bila boleh taip-taip mesej guna shortform lagi. Lepas tu apa yang dia baca sampai rabun? Aku keliru.

Kakak aku kata, kakak pada budak itu kata, budak itu ada ramai teman wanita. Oh, aku bertambah-tambah pelik. Aku pasti mereka bukan yang satu sekolah dengan aku dulu.

Dan bila kakak aku mengatakan bahawa muka Hero My Girl macam dia, aku melenting.
Kakak aku cakap, “ala, dia macam tu pun ramai orang minat. Awek-awek dia bukan kisah pun dia dulu macam mana. Yang penting sekarang dia dah hensem. Lagipun dia cerah, sama lah macam hero tu,”

Aku tak nak percaya. Aku masih nak kekalkan ingatan aku pasal dia yang skema, dan selalu tuck in baju walau pakai singlet dan seluar pendek.

haha. jahat tak aku.

Impian Aku Yang Terkubur

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 09, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Kakak aku ada sebuah gitar hadiah masa hari jadi dia yang ke 21. Hadiah daripada kekasih gelapnya(gurau ja..) hadiah daripada boyfriend dia dulu merangkap suami dia sekarang. Sekarang kakak aku dah 28.
Gitar kapok warna biru, aku cukup kagum. Pelik tak lelaki bagi hadiah gitar pada perempuan? Ya, aku tahu pelik. Kakak sulung aku tu memang garang gila, aku nak masuk bilik dia pun takut dan meremang bulu roma. Bukan sebab kakak aku cat bilik warna hitam ataupun gunakan perhiasan tengkorak,tapi kakak aku tu garang gila tahap dewa. Pergi belajar Taekwondo kat sekolah, balik rumah aku jugak yang kena hentam.(ok kita sudah masuk kawasan mengumpat).
Kakak aku sampai ke sudah tak tahu main gitar tu. Buat rugi ja beli. Bukan boleh buat apa, petik-petik macam tu ja. Kadang-kadang aku dengar sumbang gila. Aku dari dulu bercita-cita nak pandai main gitar. Saja seronok. Tapi jangan kata petik, tenung gitar tu lama-lama pun kakak aku tak bagi.aku pasang angan-angan yang satu hari nanti aku mesti pandai main gitar tu, dan ambil gitar kakak aku. Haha(gelak setan..).aku cemburu sangat dengan kawan-kawan kelas aku yang pandai main gitar, senang nak join orchestra, band ke.aku habuk pun tak ada. Sebenarnya aku ada masuk orchestra main violin, tapi aku keluar balik sebab mak aku kata tak cukup duit nak beli violin. Kalau tak sekarang aku dah boleh mohon kerja sambilan kat istana budaya kan?(wah perasan!!)
Sampai la hari kakak aku kahwin, dan pindah rumah. Dia bawa gitar tu sekali. Membawa impian aku juga pergi bersama. Aku tak jumpa gitar tu lagi untuk beberapa tahun.dari aku tingkatan dua sampai aku habis matrikulasi, gitar tu tak muncul lagi depan mata aku. Masa aku kat matrikulasi, aku ada berfikir cuti tiga bulan sebelum pergi university aku nak belajar main gitar. Aku berazam nak main sampai pandai.
Masa cuti, aku cakap kat kakak aku yang aku nak gitar dia. Aku tak sangka dia bagi, mungkin dia fikir gitar tu dah tak berguna lagi untuk dia. Akhirnya gitar kapok warna biru tu jadi milik aku dan aku iaitu Nurul Idati!! Aku dah bayangkan yang aku boleh dedikasikan lagu untuk orang yang istimewa untuk aku.aku dah cari dalam laman sesawang macam mana nak main gitar daripada asas. Dah cukup tinggal nak belajar ja, nak pergi kelas tak cukup duit pulak.
Sampai lah suatu hari, aku bersembang dengan insan teristimewa dalam hidup aku. Aku buka topic pasal gitar, aku cakap aku ada gitar tapi tak tahu main lagi. Dan dia kata dia tak akan belajar main gitar. Aku pelik. Dia cakap yang dia tak terfikir untuk main sekalipun .aku sangat ingat dia cakap macam tu, dan sebabnya sangat kukuh. Sebagaimana orang Islam yang mendengar seruan Azan, itulah panggilan untuk kita. Dan syaitan, alat-alat muzik bertali dan bertiup adalah seruan untuk mereka. Gitar ada tali, harap maklum.
Dan selamat tinggal gitar kapok biru ku. Aku dah kuburkan impian aku selama tujuh tahun.
Dan aku tak menyesal.

Polong yang tersangkut di atas pokok.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, May 09, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tempoh hari aku cakap pasal pocong. Mari, mari. Aku mahu cerita pasal polong.
Korang tahu tak apa itu polong?
Okay, polong bukanlah sejenis buah-buahan atau gula-gula manis atau masam sekalipun.
Ia adalah hantu berkepala yang mempunyai organ-organ digestive yang terburai keluar tanpa sebarang kerangka yang melindungi. Polong tidak ada tulang rusuk, kaki pun tak ada. Tangan pun.pinggang dan apa-apa selain yang aku kata tadi, semuanya tak ada. Aku harap korang faham sebab aku tak redha nak letak gambar polong kat blog aku.(aku risau dia keluar dari gambar tu..) hehe.
Jadi peristiwa yang aku alami masa aku umur 12 tahun. Waktu persekolahan di waktu pagi, aku sampai macam biasa, kurang sedikit dari lewat. Kalau aku lewat, aku tak dapat makanan percuma dari murid-murid yang dapat Rancangan Makanan Tambahan(RMT) tapi tak reti bersyukur. Setiap kali cikgu datang kelas nak tanya “siapa nak makanan RMT?”, aku akan dapat. Sebab sistemnya siapa angkat tangan paling cepat, dia dapat. Jadi kalau aku datang lewat, tak bolehlah nak angkat tangan. Kalau angkat pun cikgu tak nampak.

Mengarut.

Ketika aku mengarah-arahkan murid-murid tahap 1 mengutip sampah sarap di luar kelas, aku dengar ada kecoh-kecoh di depan pintu pagar.

Aku yang sememangnya penyibuk, berlari-lari melihat apa yang dikecohkan.
Seorang pakcik dari kaum orang asli, dan dua cikgu. Aku tak ingat cikgu apa. Sedang merenung sesuatu sayup-sayup jauh di atas pokok. Merah.

Polong !

Pakcik orang asli berkata.

Aku pernah dengar opah aku cakap polong berwarna terang dan macam berapi di waktu malam.
Tapi itu waktu pagi, jadi polong berwarna merah.
Aku takut. Aku tahu aku akan lalu di tempat berdekatan polong itu bila balik sekolah nanti.
Benda itu merah, macam menyala. Semua yang ada merenung ke arah itu, tergamam lama.
Masuk ke kelas pun semua orang asyik bercakap pasal polong, termasuk cikgu. Mahupun guru besar.
Mungkin patut ada satu subjek bernama Polong untuk UPSR.

Masa rehat pun aku memerhatikan polong itu masih di pokok yang sama.
Pak cik Orang Asli itu kata polong itu tersangkut di atas pokok.
Mak aku pun pernah jumpa polong tersangkut dekat-dekat dengan rumah aku.
Tersangkut kat pokok betik. Bodoh betul.

Tiba masa balik, aku rasa, takut. Aku ambil basikal. Kayuh perlahan, menuju ke kawasan polong tersangkut tadi. Bila aku sampai di situ, aku pandang atas.
Tiba-tiba aku rasa sia-sia aku takut.
Sia-sia aku percaya pada pakcik orang asli itu. Cikgu yang belajar tinggi pun percaya jugak.
Apatah aku yang belum ambil UPSR.


Apa yang aku takutkan, kami kecohkan, yang merah dan bercahaya.


Hanya belon yang berwarna merah.
Milik cucu pakcik yang rumah dia kat tepi pokok tu.
Belon tu terbang petang semalam.

Jadi, cikgu pun takut belon rupanya.