Do you like my blog?

Saturday, July 31, 2010

Nota Hati

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 31, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Sometimes when I say "I'm fine", I want someone to look me in the eyes and say "tell the truth"
and now i get one, even he is not staring at my eyes and say those words, 
but he stares at my heart and say "betul ke ni?". 
kerana dia orang melayu yang berkulit coklat bukan orang putih.
hei kenapa aku nak speaking speakong pulak dalam blog yang nama nya hutan kabut bukan nya Fog's Forest.(demm what is that?) ouh aku tahu korang semua rasa muet aku dapat band 1. mungkin -1.

merapu je kartun ni. tak ada kaitan dengan aku.




Cabaran 1 : Nasi Goreng Pattaya + Teh Ais

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 31, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
gadis ini hensem, jadi?
hensem macam ni la lebih kurang
tapi dia penakut. kesian dia kan? tapi dia hebat jugak, sebab tak takut semut.ulat gonggok merah pun tak takut, cuma geli. dia tak akan jerit "aaaaaaaaaaaa..." dengan suara yang nyaring macam gadis-gadis cantik lemah lembut lembik apabila nampak lipas terbang-terbang depan muka, tapi dia akan jerit "tak gunaaaa...lipas..!!sh*t you" dengan suara paling tak feminin korang pernah expect dari gadis hensem macam dia.

jadi hari ini si gadis telah melakukan satu perkara yang agak mencabar. iaitu keluar ke kedai makan seorang diri berbekalkan duit 10 ringgit malaysia beserta kunci bilik 207. tett..hei jangan cuba-cuba cari bilik ini semata-mata nak pinjam toilet okay.

langkah demi langkah diatur ke kedai makan.kedai makan sepi. tak ada orang. mungkin rakyat KL belum lapar lagi.

"kak, nasi goreng pattaya dengan teh ais ada? bungkus ya?". ketar-ketar kebuluran jelas terdengar pada suara si gadis hensem.

menunggu. gadis termenung, tekan-tekan keypad handphone yang bateri nya hidup segan mati tak mau, tapi tekan-tekan jugak sambil paling kiri kanan konon-konon ada kawan datang nak join sama, sebab nak elak orang fikir dia lonely dan psiko sebab makan sorang-sorang. lalat tak ada seekor pun terbang-terbang, kalau tak boleh juga si gadis main pukul-pukul sambil tunggu makanan siap.

"dik, dah siap".
mak cik yang masak tu panggil si gadis. kenapa mak cik tak panggil "nak, dah siap" sedangkan dia adalah mak cik, si gadis sendiri tidak tahu. ambil nasik dan bayar pada abang yang cakap bahasa thailand.si gadis tidak peduli.

si gadis berjalan keluar dari kedai makan dan balik ke bilik. sampai ke dalam bilik, di dalam hati si gadis terus menyanyi weeee  are the chammpiiooonnn my frennnnnnnnnnnnnn!!!woohooo......padahal kedai makan tu ada kat sebelah blok si gadis menginap. tak jauh pun, 2 minit dah sampai.

tu lah, nama je hensem, tapi nak beli makanan pun penakut.

gadis hensem tersebut. korang kenal? aku tak.

hadiah encik boyfriend

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 31, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tak pernah excited dengan kotak tisu, tapi aku excited dengan yang ini.

kerana encik Boyfriend yang saya sayangi bagi ini.

cantik kan? i love green.

Friday, July 30, 2010

the day you slipped away

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 30, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dari semalam dari hari kejadian lagi hati tidak berasakan betul, tenang dan waras. sesuatu bakal terjadi. baik atau buruk, aku tidak tahu.

dan ya, pagi setepat jarum jam pukul 8 tarikh 27 julai 2010, seseorang yang sentiasa ada dalam tempoh 20 tahun ini, telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.

mungkin kah akan bertemu kembali di dunia sana.?

"nanti dah jadi doktor, boleh lah rawat sakit opah pulak ye.."
selama bertahun-tahun aku dengar dialog itu. bersusah payah belajar, tapi aku tidak akan menjadi doktor. cuma terapi.

dan aku, sikit pun tidak mengabulkan permintaan itu.


maafkan cucu mu.

.the day you slipped away, i know it won't be the same.

aku tak sangka secepat ini aku kehilangan arwah opah.
al-fatihah buat arwah opah.

Thursday, July 29, 2010

no pain. no gain. but it hurts.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 29, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sedang melalui saat pembaharuan dalam hidup kerana kehilangan seseorang yang sentiasa ada dalam jangka masa 20 tahun ini.

senyuman dengan luka terpendam. it really hurts inside.

Sunday, July 18, 2010

Siri Bercinta Dengan Alien.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 18, 2010 12 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
"jgchecenc.

dhdsjdwjdxhckhcjchcl.

uiuiqausiudikawkawkawwaklu.

qertypousdfjklkhjhbbsmhfjdhdfjttagdigeifdsiidfvvbvkbjbmnfjfgjdhhyqwertyuioiplkjhggddssazcxlkljkhg
huiojhsfgjnbvjidatibaikjbsghgskjljl.

eeuwwoiuytrahskhshfsdjmbcouuridwanhensemhfsihh.sjhktujakhdkdjabjsh."

inilah mesej yang aku terima dari alien planet zuhal sebentar tadi. mereka kata karang nak ambil aku pergi mandi kat sana sebab kolej tak ada air. aku rasa lah.

cuma dua ayat yang aku faham, dan aku terima.

nota alien :"..jidatibaikjb.." dan "...ouuridwanhensemhfsi.."..pandai alien ni puji aku. nanti aku hadiahkan whiskas yang junior punya, okay?yang macam anak kucing aku makan tu.

"hai, nama saya ridwan. saya ialah alien yang suka manusia."

nota manusia : hensem kan alien i? wahaha..

bukan nota kuliah : encik ridwan, cool d0wn..,


Skema Itu Indah Sebenarnya.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 18, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini hari ahad. saya dan kawan-kawan telah menyertai hari interaksi bersama semua pelajar program terapi cara kerja kecuali pelajar tahun empat yang sangat sibuk. kami begitu gembira kerana dibaling dengan tepung, telur dan air di samping bermain memijak-mijak belon pelajar lain. kesimpulannya hari ini saya main sampai penat dan tertidur di atas lantai bilik kawan saya Nur Afiqah.

entri skema untuk hari kurang skema. indah kan? berbanding,

ari nih sunday la woi. aku ng member2 pi interaksi haha tah pape je keje kitowang.kitorang ekceli amik ot.ari ni ader ar interaksi ngan sume dx course ot, tp 4th year tak dtg.mana tah depa pi aku pun tak tau.kitorang hepi gileerrrr sbb main macam2,aku pun men smpai tak larat nak men.pastu aku balik bilik pika, trus tido smpai aimi kol nak balik k5.

(dua-dua style pun aku tak suka. aduiyai.)<---sendiri tulis, buat-buat hilang ingatan pulak.

Status Spastik

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 18, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
status ** broadband gopeng          : waklu.!
anggaran status ** broadband KL : excellent.
status sebenar ** broadband KL   : another waklu. the berukband is created.

** = boleh jadi maxis, celcom, u mobile, TM atau apa-apa sahaja yang anda suka.

nota tiba-tiba : kolej tiada air lagi. what the fish?

hutan kabut. bukan hujan kabut.
ye? ye? ye?

nota terencat : loviloviloviyu hujan.

undefined times for encik ridwan. teehee.

Saturday, July 17, 2010

Hari Ini Tidak Indah

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 17, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
mood                 :  tak begitu indah, tak ada air
kediaman indah  : kolej tun syed nasir 5 yang tak ada air. tak guna.
taraf berukband  : agak beruk

ok. aku rasa sakit perut.fikirkanlah keadaan aku.

KLCC dah dekat ngan sini, pergi toilet KLCC pun boleh kot kan.

Famili adalah keluarga. Ohara pun boleh.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, July 17, 2010 20 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kerana aku jarang post tentang keluarga aku, jadi aku mahu post kan satu. mari, semua dalam famili aku adalah thundercats, dan suka cats tapi tak pernah jadi tender kantin sekolah.(merepek...)

dimulai dengan abah yang aku sayangi, Encik Abdul Malek Bin Sulaiman. abah aku Technician, boleh repair macam-macam machine. abah aku jugak akan repairkan basikal aku, wire extension(eja betul ke?), repair buai kat beranda rumah. perkara yang abah aku paling tak tahu adalah memasak dan menggunakan komputer dengan sempurna.kalau abah aku memasak tauge, tauge itu akan reput. perkara yang abah aku obses adalah tentang sukan dan politik. kalau ada sukan live kat TV, anda akan dapat lihat abah angkat tangan macam "give me 5" ketika anda memanggil namanya. itu bermaksud "talk to the hand" kerana abah sedang fokus dan anda adalah lalat yang mengacau.

 mr malique, what's up?

mak aku yang tersayang bernama Puan Noribah Bt Mustafa. paling teruk nama mak aku pernah dieja ialah Goribah, kesian mak aku. mak aku dah kerja banyak tempat, profesion beliau yang terakhir ialah Domestic Engineer, di mana tugas beliau menjaga keselamatan dan kebahagiaan rumahku syurgaku. atau dalam erti kata lain surirumah tangga suri ram ram. mak aku pandai masak, sebab tu aku...erkk...tak kurus. hahah.

 promoter makanan kenduri,our great domestic engineer, Puan Noribah.

aku ada 3 orang akak. aku tak ada abang. kalau ada abang, mungkin dia akan bertukar menjadi perempuan juga. haha. kakak aku yang sulung aku panggil kak yong. nama betul dia Nurul Irma. waktu sekolah menengah dulu dia sangat garang macam singa, dia juga ambil taekwondo. hobi dia dahulu ialah mempraktikkan taekwondo terhadap kami adik beradik, pergi dating dan bawa pulang kucing yang cacat. hobi dia sekarang ialah berjalan-jalan, membaca komik dan berangan. sekarang dia bukan lagi singa, tapi dia adalah kucing yang tunggu masa nak diketuk. dia dah ada 3 anak macam shin can punya nakal sekarang.

 kak yong aku paling kiri, bukan yang atas riba abah aku tu. haish korang ni.

kakak aku nombor dua nama macam lelaki iaitu Nurul Ezani. waktu kecik-kecik dulu aku rasa dia macam orang asli. suka bergambar di celah rimbunan semak samun yang meyakinkan aku rupa dia macam orang zaman batu. sekarang dia sudah "gorgeous" menurut kawan-kawan nya lah. aku rasa dia sama saja kecuali dia sudah ubah fesyen rambut macam pipit kuyup. fikir-fikirkan lah apakah fesyen itu.dia pun sudah kawin, dan mekap dia pada persandingan sangat cerah bukan kerana memakai Nano White ataupun Sendayu Tinggi, tetapi kerana kenan suka makan tepung gomak. haha.

 anyah yang mendapat bunga untuk dijadikan hiasan tandas.

kakak aku ketiga yang suka melambung bernama lebih pelik. Nurul Izuna. atau aku lebih suka taip Iguana. hobi dia adalah membeli pelbagai produk kecantikan dengan mengatakan "benda ni bagus", "benda ni hebat", dan "benda ni ok...". dan akhirnya aku lihat produk-produk bagus, hebat dan ok itu tersadai di dalam almari yang akhirnya berkulat tanpa digunakan sampai habis.

 ini iguana. kakak aku. eh silap gambar.

izuna sebenar

aku pula. anak nombor empat walaupun aku tak suka nombor empat. hobi aku ialah melangut ke langit dan jarang mengira bintang kerana aku tak pandai matematik.kalau kira bintang boleh guna kalkulator, mungkin aku akan buat. mesti cikgu matematik aku sedih bila baca ni. aku suka bahasa melayu sebab otak aku yang klasik nih suka prosa-prosa ni. cita-cita aku terdahulu aku pun tak pasti, dan sekarang cita-cita aku ialah nak jadi occupational therapist.(serius tuuuu~)

mana satukah idati malek? idati malek yang jadi dinding background tu ha...cantik kan? teruja lah tu.

Friday, July 16, 2010

Keagungan Allah SWT pada Optical Ilusion Juga.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 16, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

aku sangat kagum.

Lucky Draw Mengenyit Mata Pada ku.ouh? lalala.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 16, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

(Err…sila baca dengan nada gedik…)
Ape? Cabutan bertuah? Ouh really? Seronoknye I rase. I happy sangat bace her blog, rase macam nak melompat-lompat dari skybridge KLCC. Ala, you all pun tau kan, KLCC tinggi sangat, dye punye skybridge ok lah, setakat cedera-cedera ringan, tak pe kot. Nanti ada Occupational Therapist or physiotherapist yang hensem-hensem boleh tolong massage kan. Kan? Kan? Kan? Lagipun papa I ada ofis kat bangunan tu. Setakat nak pergi klcc hari hari, I pun dah jemu ok?. I get excited to join this lucky draw cuz I…err…I saja menggedik.
(sila tamatkan kegedikan se..karang)
Ya, itu dia mukadimah gedik yang ditaip khas oleh idati malek untuk anda baca sambil memegang plastic beg kedai runcit untuk dijadikan plastik munt*h.  
Hei hei. Aku tidak pernah menjalani pembedahan menukar tahap kegedikan ok. Aku masih suci lagi dari sebarang surgery gedik di klinik pakar mahupun bomoh ternama.
Minta maaf kepada insan berbaik hati mengadakan cabutan bertuah yang aku rasa nak cabut bersama.
Yang di copy atau di kopi err…disalin..
Syarat2nya adalah :-

1) Just copy paste gambar lucky draw tu ke blog uols...

2) Buat a simple entri kat blog uols pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je...

3) Tinggalkan komen kat entri ahkak ni bila dah settle steps 1 & 2 ...

4) Peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower i ....


5) Peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia ya.....
Tu je syarat2nya...sap sap soi.....tarikh tutup 28 Julai 2010, 12 tengahmalam. Nama pemenang lucky draw akan disiarkan pada 30 Julai 2010. Cabutan nama-nama pemenang yang bertuah akan dilakukan oleh SH. 3 pemenang akan dipilih...Keputusan adalah muktamad!

jeng jeng..jeeennnnnggggg!!!!!!!!



Kuala Lumpur Mu, Kuala Lumpur Ku Jua. Mungkin.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 16, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku yang terkelam-kabut pagi tadi baru pergi membeli dan membelah sebelum hampir terus tidur tadi. memang penat, kasut yang aku pakai tu sangat tak selesa dan menyakitkan kaki.

MY LEGS ARE SUFFERING !

ya, berbalik kepada tajuk, aku rasa nama KL ni patut ditukar kepada KH.

tahu kenapa?

aku tidak mendapati banyak lumpur di sini, walaupun namanya kuala lumpur. sebenarnya di Gopeng,Perak lebih banyak lumpur. aku rasa Gopeng lebih berhak memakai nama Kuala Lumpur,jadi apabila orang tanya di mana aku dilahirkan, aku akan jawab dengan kembangnya "I lahir kat KL la you...". (biasa dengar orang KL cakap macam ni? Aku biasa..)

nama yang ideal adalah KH. bukan aku mahu mengatakan orang KL ini sangat mahir dalam hidup hingga aku mahu menggelarkan bandaraya ini Kemahiran Hidup.

tapi aku akui segelintir orang KL memang sangat mahir, terutama dalam berpura-pura tidur tidak sedarkan diri dalam LRT ketika orang tua, orang kurang upaya, orang mengandung dan orang yang lebih memerlukan untuk duduk. aku tidak memuji kemahiran itu. dan aku berharap aku tidak ada.

lupa nak bagitahu, nama tadi.

nama yang sesuai ialah Kota Habuk. kerana aku telah menjalankan eksperimen.

ketika di rumah yang terletak di kampung, aku akan mengelap laptop 2 minggu sekali. manakala ketika di KL aku akan mengelap laptop 2 kali sehari.

ideal bukan nama KH. ya,sangat hebat.

minta maaf KL.

agak OKU. eh bukan, kami OT.

berjalan menuju kecantikan berasaskan kemerapuan.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, July 16, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hobi aku sekarang ialah berangan untuk kurus, jadi cantik dan kahwin cepat.

bukan menggatal, cuma teruja dengan blog Cik Nadia Bayu.

fitrah manusia suka cantik kan.

Sila melawat blog Cik Nadia Bayu untuk faham perasaan aku...
--> kLIk2x.

hei hei, aku suka fakta tahi lalat itu. nampaknya tahi lalat di muka aku amat bermakna.

bundle pix. ouh ouh ouh.. oouch.

Thursday, July 15, 2010

Maaf Saya Excited Sangat Cikgu.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 15, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

masa darjah 3 ada cikgu praktikal lelaki datang sekolah aku.  Nama cikgu tu Cikgu Hanafi. Semua budak-budak teruja dengan cikgu tu, termasuk lah aku.  Disebabkan masa tu nak dekat raya, ramailah yang bagi kad raya pada Cikgu Hanafi.  Aku pun tak ketinggalan.
Aku tulis cantik-cantik kad tu dan nak cepat, takut lagi ramai yang dah hantar tapi aku punya tak siap-siap. Lepas siap, aku terus hantar. cikgu senyum dapat kad tu. Lama cikgu senyum-senyum. Aku seronok, cikgu suka kad aku. Hati aku berbunga-bunga macam dalam hati ada ballet.
Lama lepas tu baru aku faham maksud senyuman tu. Disebabkan aku terlalu berkobar-kobar nak tulis kad raya, aku terlupa ejaan sebenar.
Di hadapan kad tertulis “Kepada Cikgu Hafina”
Tu la, nak menggatal tapi tak reti, nama cikgu pun salah. Dalam hati ada ballet aku dah bertukar dalam hati ada sarang kerengga.
 yang bertanggungjawab menulis "kepada cikgu hafina"

Wednesday, July 14, 2010

Rating IPTA/IPTS Malaysia

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, July 14, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia,
jadi inilah rating kita di Malaysia ya. Belum sampai outstanding lagi.
Klik untuk tahu. Nak tahu universiti atau kolej lain pun boleh juga.
Awam atau Swasta, dua-dua ada. Mari...mari..

jangan segan klik sini kalau nak tahu. tak payah bayar pun.

apahal aku skema sangat ni...

Mari Mencandat Sotong Pada 2014

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, July 14, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
punca insomnia terbaru : spring pada tilam yang jelas terasa pada tulang belakang apabila bergolek-golek di atasnya.
terima kasih spring tilam, anda lah punca post ini ditaip.

hari-hari blogwalking ada gambar sotong yang betul-betul famous sekarang iaitu Paul. siapa tak tengok World Cup 2010 mungkin tahu juga. mungkin lah. pertama kali aku rasa nak tahu perkembangan World Cup adalah pada seasons ni, walaupun malang sekali team yang aku sokong kalah.iaitu Argentina.

sebenarnya aku rasa lapar bila cakap pasal sotong. rasa macam nak pergi mencandat sotong sekarang jugak.

apakata aku buat aktiviti mencandat pada 2014. aku akan namakan dia sebagai Lynda. mungkin Paul akan bercouple dengan dia nanti. jadi boleh lah aku jadi sharepartner keuntungan dari Paul & Lynda.

aku mungkin end up ditembak oleh bookie bola sepak kerana mencandat sotong yang bod*h, atau sotong obesiti yang tidak larat bergerak memilih bendera.

Monday, July 12, 2010

kolej no 5

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, July 12, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hei hei hei.
aku baru selesai menyental tandas yang macam 10 tahun tak pernah guna.
mengubah keadaan perabot-perabot "MEWAH!!" tu menjadi lebih...em..reasonable, maybe. 2 katil single sambung, aku dah pisahkan. haha. taknak2.

hari ini sunyi macam lipan bawah papan buruk.
penat macam nak tercabut jari-jari kaki menggunakan playar.

rasa macam tak sihat. nak muntah-muntah pun ada. kalau lah aku pandai buat refleksologi, seronok nya.

Sunday, July 11, 2010

Dalam Hati.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 11, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
2 bulan lepas aku rasa macam dalam hati ada ballet.

ini ballet.

1 bulan lepas aku rasa macam dalam hati ada  gimrama.
 ini gimrama.

2 hari lepas aku rasa dalam hati ada kupu-kupu.
  ini kupu-kupu.

1 hari lepas aku rasa dalam hati ada kopi.


hari ini aku rasa dalam hati ada sarang tebuan.

tak nak letak gambar sarang tebuan.

setiap masa dalam hati aku ada encik ridwan.
ini gambar gf encik ridwan.


takmalu.takmalu.takmalu.

what the.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, July 11, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
entri maki-maki lalu mandi, makan dan tidur. hari yang penat untuk maki, memalukan untuk menangis, dan sesuai untuk menjerit sepenuh hati . juga sesuai untuk bunuh orang. jaga-jaga, jangan dekat.

hei ho.

malam ini pun merupakan percutian 1 malam yang mungkin dipenuhi diarrhea yang bermaksud cirit birit. faham?

secara fizikal kurang sihat. tetapi mental, 70x lagi tak sihat.

mata panas, hati panas. damn. damn. rindu putih, kontot, dinosaur dan carlos rebeh. itu nama kucing, okay?

berharap dapat tidur dengan tenang dan tak menangis. kuat. kuat.

Thursday, July 1, 2010

Kanak kanak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 01, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
minta maaf gambar kabur. hasil curian facebook.

dot.
pink : nabila (letakkan tudung macam sweater)
kuning : syuhada
hijau : ela
ungu : fizah
biru : aku yang memakai baju power rangers
kelabu : ika yang memakai seluar striking berwarna kuning
oren : sally.

kelakar plak gambar ni. kanak-kanak nya kami.

Lari Dari Mimpi

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 01, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Selalu mimpi lebih indah dari realiti
Terkadang juga realiti lebih indah dari mimpi
Bergelut dalam rantai gari mimpi spastik yang membawa igauan ngeri
Si pemimpi
Siapa pemimpi?
Aku. Kau. Dia. Mereka. Kita.
Kadang-kadang kita mahu lari dari mimpi.
Sebab kita tak boleh memilih.
Sepertimana kita memilih untuk makan,
Memilih untuk berkahwin,
Memilih untuk berkawan,
Atau memilih untuk mati.
Tak boleh pilih, pasti.

Ada orang memuja mimpi,
Bertemu sang idaman di sana,
Tidur tak mahu jaga lagi.
Sesuatu yang membuatkan si pemuja bangun
Adalah cinta dalam realiti.
Kerana pada masa itu,
Realiti kan menjadi indah dari mimpi..



Hello, Saya Idati? Jadi,....

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 01, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Idati? Kenapa bukan Izati? Peliknya. (@.@)

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Nurul apa?

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
I da ti? Alamak, susah nak sebut, panggil Zety la.

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Nurul Hidayati ya? Sila duduk. =P

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Idati? Sedap nama tu. ;)

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Apa maksud nama kamu ni? Idati?

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Idati? Macam tak baik lah maksud dia.(T.T)

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
Rasa nama kamu ni nama orang pandai.(pulak~)

Hai, nama saya Nurul Idati Bt Abdul Malek.
I apa? (aku kena eja I-D-A-T-I )

Ingat senang ke jadi Idati? derr~

Idati yang dikumpulkan banyak-banyak.

The Outdated Me

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, July 01, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Last day in June 2010
11.59 pm.
Room condition: Terrible
Causes by: The Craziest Laziness
Mood: Original Fake in Sad. Supa doopa happy.
Quotes: what the fish or what the fishmonger?
Silly me walking down to town in the most outdated attire I ever had.  Look cool, but more to stup**. Lame!
Sitting on the floor, it doesn’t mean I’m a beggar. I hate the most when we sitting on the corridor, and the others play jokes by acting like I’m the most pity beggar on the earth who desperate for their 10 cents. 10 cents in their pockets, full of dust. And candies wrappers.
It is outdated jokes, so make it disappear, because I hate it. Damn hate IT.
Motorola C650. Still with me. Its charger already ‘die’ and I can’t find other of it. The only words that I get from the shopkeeper are “This is an OUTDATED model. We don’t have it anymore”. Come on. Derr.
Again. I’m the outdated.
If there are so lame of having the outdated stuff, why would the world praise the antique one? Maybe my Motorola c650 will be an antique phone one day. Shut up the shopkeeper!