- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf August 2010 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, August 30, 2010

Untuk tahun-tahun yang pernah kita lewati bersama

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 30, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
untuk tahun-tahun yang pernah kita lewati bersama
aku, kamu, kita semua.
gembira melakar kisah-kisah masa depan
tanpa pasti apa bakal kita tempuh.
adakah kita akan terus bersama, atau pun ada yang pergi dahulu.

karya : Atiqah Idayu
 kita semua memang pelik.
masa tu tak ada duit, tapi masih nak beli bukan-bukan.
nak pen warna-warni buat kad birthday
nak highlighter macam-macam warna buat penuh kotak pensel
nak kertas warna yang terang-terang supaya orang tahu kita gila sewel ceria.
atau kertas warna hitam supaya orang tahu kita cool dan mysterious.
karya: ain

masa tu nak exam hidup atau mati, masa tu jugak nak rakam video kenangan yang gila.
dengan baju tidur, t-shirt koyak kat ketiak, sweater pusaka yang sudah lusuh dan pijamas macam kemeja,
kita cipta satu memori yang buat semua orang gembira.
aku gembira video kita buat orang lain tersenyum.
dan terbahak-bahak.

karya : Idati Malek
 kadang-kadang aku stress dengan korang, dan korang pun stress dengan aku.
sebab aku suka emo, dia suka emo, semua orang suka emo.
tapi sekarang emo-emo itulah yang kita nak gelakkan sampai pengsan.
biasalah, masa sekolah, otak tak matang.

karya : idati malek
aku ingat cikgu pernah rotan kita ramai-ramai sebab result teruk dan jugak lambat pergi prep.
ada yang menangis,
aku konon nak buat muka cool, tapi menangis dalam hati sebenarnya.
ada yang kena rotan sampai berbirat-birat,
tapi kita tak pernah pun nak suruh mak bapak kita saman cikgu macam budak-budak sekarang buat.
dorang tak pernah tahu GC tu apa.."point aje!", sambil tuding jari buat muka poyo.korang ingat ayat ni?
kali pertama dan terakhir GC yang teruk, agak ramai batch kita yang kena "point aje".
bangun, buat muka kerek sekejap, lepas tu mata merah-merah sebab tak tahan. rela bunuh diri.
ada ke kita nak saman senior, sebaliknya kita berterima kasih. sebab ajar kita jadi orang.
bukan jadi lepasan Rancangan Khas dengan attitude sampah sarap.

karya : Idati Malek
korang ingat tak aku pernah kena tangkap main mercun walaupun sebenarnya bukan salah aku.
sampai sekarang aku masih membenci insiden itu.
aku tak suka dihukum atas apa yang aku tak bersalah.
aku benci, sampai sekarang aku ingat orang yang point nama aku.
aku harap dia baca ini dan sedar aku, YA, sedang mengata kau.

karya : Idati Malek
rindu bila kita berumba-lumba nak pergi dewan makan, nak mintak ayam atau ikan paling best. kalau boleh nak dua ekor ikan.
rindu bila kita tercekik nasi lemak sebab terlewat bangun pada hari rabu dan jumaat, tapi loceng dah bunyi macam #*^&. hati pulak rasa rugi tak makan nasi lemak.
lepas itu kena denda kawad kaki sambil nangis sebab kaki melecet.

karya : Idati Malek
rindu kita pergi jalan-jalan merewang kelas orang lain masa prep, warden datang terus pura-pura study kat kelas tu walaupun secebis kertas pun tak bawak.

karya : Idati Malek
rindu pergi library untuk tidur masa lepas kawad kaki. sebab library ada air cond.
rindu masa kita balik prep malam ramai-ramai sambil nyanyi lagu Good Charlotte dengan nada yang aku kira sumbang, tapi masa tu rasa kalau masuk Akademi Fantasia boleh menang.

karya : Idati Malek
 rindu pergi minum malam sambil main panjat bukit dengan baju kurung tak iron, dan ada orang kena sembur air milo penuh kasih sayang dari mulut, sebab ada yang tak tahan dengan lawak lalu sembur orang depan meja.
lepas itu tukang sembur kena banned dari duduk berdekatan manusia normal.

karya : Idati Malek
 rindu larian sekolah walau aku selalunya akan buat jalanan sekolah, aku paling benci berlari, kecuali nak rebut sesuatu yang aku suka contohnya ais krim percuma.
rindu berbuka bersama-sama di dewan makan yang kita suka reserve tempat duduk paling strategik, bukan strategik bawah kipas, tapi strategik untuk lihat orang yang kita admire secara innocent tak ada kerja lain masa sekolah.
rindu suasana weekends sekolah walaupun kita tak boleh outing, terkurung dalam dorm sambil buat jualan paling mahal tapi paling laku dalam Ipoh yang aku pernah tahu.

karya : Idati Malek

rindu naik bus paling antik dan ekslusif yang dimiliki oleh SATU sahaja sekolah di perak, iaitu sekolah KITA yang bertingkat-tingkat tanahnya terhias oleh padang luas yang bergerutu dan banyak lopak air di mana kasut aku pernah terbenam banyak kali di situ.
dan aku kena berus kan nya dengan sungguh-sungguh.

karya : Idati Malek

walaupun sekolah kita kejam, dan kita pun tercorak menjadi kejam, tapi kita semua tetap ada kenangan indah, lembut dan ceria.

karya : Idati Malek
yang boleh buat aku senyum-senyum sewel bila ingatkan balik, walaupun masa tu aku tengah jawab kertas periksa yang ada 5 jam kredit.

minta maaf Puan Marina dan Cikgu Ramlah, kerana bahasa melayu saya sudah kucar kacir.

Proud To Be Bainunian.

Sunday, August 29, 2010

150 Juta By Fynn Jamal

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, August 29, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
this song distract me from Biomechanic preparation. kerana ia terbukti lebih menarik dari LEVERS atau members.....mari dengar, tengok lirik dan terharu dengan serta-merta dan insaf selepas melihat buku Marieb setebal 1114 mukasurat tidak termasuk intro, index, glossary, muka-muka surat bernombor roman dan kulit setebal 4mm.(oh ya, ada iklan dan mukasurat kosong untuk diconteng oleh tangan kreatif, ataupun yang bosan dengan kuliah)


Fynn Jamal - 150 Juta


Fynn Jamal- 150 Juta
Oleh : Fynn Jamal

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..


Cover 150 Juta - By Hana Zatie.

"saya kenal sayang saya" dan "Aku punya manja, kau saja boleh rasa". Rahsia kita berdua. 

Hari Baik Bulan Baik & Merindui Kawan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, August 29, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kerana bukan setiap bulan atau hari atau saat aku menjadi baik. jadi aku mahu tunjuk muka baik dalam entri yang bertarikh ramadhan tahun ini.

gambar ni walaupun dah 'agak' lama, tapi aku perlu bersyukur. sekurang-kurang nya aku ada gambar 'macam baik' seperti dalam hati ada kolam ikan emas dan ikan bilis tersesat di air tawar.  walaupun aku nampak tak tentu arah(tidak ketara), aku masih mempunyai mata mengantuk.

berbalik kepada erti syukur. aku sangat perlu syukur dengan gambar kemek aku memakai baju hijau yang dipinjam dari jiran depan bilik(di mana aku merindui beliau sekarang),kerana lihat. gambar bawah ini adalah mode biasa aku dalam menjadi model tanpa bayaran.

mata aku terpaksa di sensored. aku risau kamu tergoda, tergoda untuk melempang aku laju-laju.

ouh ouh. dan juga aku merindui mereka berdua selain aku di dalam gambar di bawah.

walaupun kualiti gambar kurang memuaskan, tapi aku pasti korang berdua pun merindui aku kan? ataupun korang tak pernah ingat walau sekali pun (T.T)

hari baik bulan baik, kamu semua sila lah teliti gambar atas sekali sahaja.

Saturday, August 28, 2010

Cik Bunbun & Suami Idaman Aku

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 28, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
disebabkan dah besar-besar ni jarang orang nak bagi duit raya(di samping kanak-kanak yang menjeling-jeling hebat pada aku dengan harapan aku hulur duit raya sebab muka aku macam dah ada pengalaman kerja 30 tahun), jadi aku kena cari duit raya sendiri. (jika mak-mak sedara aku ada baca entri ni, hehe...)

berlari-lari aku dari 1 blog ke blog lain walaupun agak tak sedar diri ada test minggu depan hanya kerana aku mata duitan, aku jumpa ini. http://www.emocutez.com

cik Bunbun

jadi Cik Bunbun mahu aku buat entri pasal contest itu. ya, kawan-kawan, ini contest. sila join jika kamu ada blog ya? klik sini.

dan satu soalan cepumas, Cik Bunbun minta aku berangan mengenai ciri-ciri suami idaman aku. (sambil pejam mata berangan dan tarik nafas laju-laju dan juga buat muka penuh kejahatan) http://www.emocutez.com

ciri-ciri suami idaman saya : 
saya nak suami yang sangat sangat kacak, http://www.emocutez.com setiap hari saya tengok pun tak jemu. mungkin kurang kacak masa dah tua, tapi tak apa, sebab sama-sama tua. sama-sama kerepot. suami saya tu mesti lah doktor sebab nanti dia boleh main doktor-doktor dengan saya. saya boring main sorang-sorang. kalau tak pun dia seorang chef,nanti dia boleh main masak-masak dengan saya. saya nak suami saya pakai spek, sebab nanti sama la taraf rabun dengan saya.miahaha(dengki~)http://www.emocutez.com. saya suka kalau suami saya lebih tinggi dari saya http://www.emocutez.com, sebab saya suka mendongak bila tengok orang berbanding tunduk. kalau sama tinggi dengan saya, dikira gagal. saya nak suami saya tu kaya raya, jadi saya boleh buat majlis kahwin yang sangat grand sampai duit suami saya tu kering saya kikis semuanya. haha!!

itu adalah zaman jahiliah punya impian.ditambah dengan kejahatan dalam hati yang amat materialistik dan tak menghargai. sangat selfish kan.http://www.emocutez.com

sebenarnya aku dah tak kisah. aku dah jumpa orang nya yang aku nak. tak kacak macam sheikh muszaphar, tapi lebih dari itu. bukan doktor dengan degree UKM dan kerja di HUKM dengan 24 jam on-call, tapi doktor yang mampu mengubati kesedihan aku di masa aku perlukan dia. bukan chef dengan kepakaran dari Itali dan melawan chef wan, tapi cukup dia boleh masak sikit-sikit kalau aku tak sihat http://www.emocutez.com. rabun, tapi tak pakai spek sebab dia dah patahkan spek dia. memang lebih tinggi dari aku, tapi itu bukan point utama. tak kaya raya macam Tok Ketua dalam cerita melayu dulu-dulu mahupun kaya raya macam Donald Trump. cukup sekadar dia akan yakinkan keluarga aku yang dia mampu bahagiakan hidup aku dan jadi superhero aku yang cool. http://www.emocutez.com, juga kahwin dengan majlis yang sederhana di samping kehadiran orang-orang yang penting dalam hidup aku. haha,... rasa nak kawin sekarang je<--si gila yang terharu dengan entri sendiri.
http://www.emocutez.com

Cinta Terakhir - Aiman

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, August 28, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Klik stop jika mahu berhenti dengar.
Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Tujuan post lirik ini :
entah lah. saya rasa lirik ini bagus. saya suka.


Friday, August 27, 2010

Hitam Putih Bukan Dokumen

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, August 27, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Black and White Contest

untuk memenuhi masa terluang selama 15 min aku, aku selongkar folder gambar aku yang berapa tahun tak susun dengan baik. http://www.emocutez.com

jadi aku jumpa ini.

simple je gambar ni. haha. tak tau lah. kualiti kamera yang aku gunakan tak bagus sangat, tapi sekadar nak mengada-ngada dah cukup baiklah ni.

sesiapa yang berminat untuk join boleh klik sini ya?

nota : aku sakit mata kiri hari ni.

errr...saya tag ex roommate matrix saya, sharina atau cheche untuk join. bagi la gambar gorgeous ko ~~

Kad Raya Dari Kenangan Silam

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, August 27, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kad raya, satu material memori yang paling banyak aku dapat masa zaman kanak-kanak berbanding hadiah hari jadi, yang aku pasti tak ramai yang ingat bila.

 

kad raya ada yang besar, ada jugak yang kecik sama saiz dengan kertas A4 dilipat 8(aku dapat dari seseorang yang aku pasti raya pada tahun itu dia menjadi kedekut secara tiba-tiba. dan tahun seterusnya dia terus tak bagi kad raya).

masa aku darjah 3, di Gopeng, Perak. dua kawan aku yang dalam mood 'berbaik-baik kerana aku ada coklat sedap' telah menghantar kad raya kepada aku. aku namakan mereka sebagai Jae dan Toya.

Toya seorang yang agak 'kurang pandai' di dalam kelas. jadi aku tak pasti dia tulis apa. yang aku pastinya, sebenarnya dia tidak suka aku. tapi kenapa dia bagi aku kad raya, mungkin kerana coklat sedap tadi.

Jae pula memang biasa dengan aku. di dalam kad raya Jae, dia tulis :

"Ke hadapan Idati. Jae nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada Idati. Hari raya ini jemputlah ke rumah Jae. Jangan lupa ajak kak dila sekali tau!..Idati,sebenarnya Jae tak pandai tulis kad raya. Jae minta maaf sebab kad raya ni tak cantik. Sampai di sini sahaja. Sekian. Wassalam. Dari Jae".

Dan Toya menulis :

"Ke hadapan Idati. Toya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri kepada Idati. Hari raya ini jemputlah ke rumah Toya. Jangan lupa ajak kak dila sekali tau!..Idati,sebenarnya Jae tak pandai tulis kad raya. Jae minta maaf sebab kad raya ni tak cantik. Sampai di sini sahaja. Sekian. Wassalam. Dari Jae." dan di hadapan kad raya ditulis "Daripada Toya".

nampak sangat Toya meniru apa yang Jae tulis, tapi nama tu tak tukar pulak. adoi..children~ http://www.emocutez.com

tahun seterusnya Toya bagi aku kad raya yang 'dia tak mahu guna'. ada kesan liquid atas kad raya itu yang aku masih nampak bersisa tulisannya "kepada Fiona. diharap fiona berada di dalam keadaan sihat hendaknya.."

dan ucapan yang ditujukan kepada aku ditulis di bawah kesan liquid murah tersebut. http://www.emocutez.com

sampai sekarang aku masih simpan kad-kad itu. dan kali terakhir aku jumpa Toya, dia sudah pandai mekap tebal-tebal sambil berdiri di tepi kaunter melambai-lambai orang dengan senyuman weirdo yang aku sudah biasa lihat dari zaman dahulu.

(ini adalah entri untuk contest kad raya dan kenangan silam dari Blog Bila Tinta Berbicara. untuk join boleh klik sini.)

Thursday, August 26, 2010

Kenangan Tutup Botol

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, August 26, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
selaku bakal occupational therapist masa depan, hari ini aku dengan mengantuk-ngantuk ayam nya, telah muncul di kelas OT.

muncul dengan tiba-tiba bersama helmet kura-kura dan motor biru.
dan juga pembonceng tegar dengan gelaran pikambing.pikatak pun boleh.

tak ada apa-apa keajaiban berlaku hari ini, kecuali presentation secara tiba-tiba yang membuatkan aku tercekik walaupun dalam mulut hanya ada air liur dan udara untuk dihembus-hembus.

setelah berhempas pulas memahami makna 5/8 inci antara kacang-kacang merah dan juga aktiviti menyudu kacang untuk masuk dalam tin kopi dalam 'presentation' aku nanti, aku duduk. termenung. tengok kawan-kawan, rakan dan taulan.

...yang sedang profesional nya bermain 'tutup botol'.

perbincangan muhibah antara kaum.
giliran pikambing,
tin tidak terlibat dalam permainan ini ya.
cek mek nani tengah fokus(ini kali pertama beliau main...)
siti yang tak tersangka tau main(sedangkan aku pun tak tau (T.T)  )

 sekaligus menyingkap zaman kanak-kanak aku yang penuh nostalgia yang agak hodoh untuk diceritakan.


1999. tahun 3, SK Sungai Itek, Gopeng.

semua murid berkumpul main 'tutup botol' di atas meja kelas yang disambung-sambung menjadi besar. lelaki dan perempuan. sangat meriah. sangat sangat meriah.

macam ni lah lebih kurang main dia (lukisan amatur oleh orang yang tak pernah main tutup botol dengan betul)
 aku : (termenung. diam. tengokhttp://www.emocutez.com

bila penutup botol terpelanting dari meja, aku cepat-cepat kutipkan. (mood baik walaupun orang tak ajak main)

aku : err...aku nak main (tenggelam bagaikan suara cacing dalam Vevezuela Piala Dunia).

semua orang buat tak tahu. jadi hari itu aku tak dapat main.

hari seterusnya, ada beberapa orang budak kelas aku main tutup botol tersebut. jadi aku dengan seronoknya mahu turut serta.
"weih aku nak main!".
"OK!" jawab salah seorang mereka.
dengan bangga nya aku menimbang tutup botol itu untuk pilih turn.

aku turn akhir daripada 4 orang. dan mereka semuanya handal belaka.

bila tiba giliran aku, (sebenarnya ini kali pertama main, tak pernah tahu pun.mereka pun tak tahu yang aku ni jahil), aku 'twist' tutup botol tu sampai terabur.
aku nak jentik tutup botol kena sasaran. macam orang lain buat,

kawan-kawan tengok. kawan-kawan berdebar. ini cubaan pertama.
aku juga berdebar-debar.
TAKK!!(macam ni lah kot bunyi tutup botol kena jentik).

dan jentikan itu bukan sahaja berjaya mempelatingkan tutup botol tersebut mengenai tutup botol lain malah berjaya mengenai tepat batang hidung salah seorang pemain handalan. (mata berair~)

sekaligus men'disqualifiedkan aku untuk terus bermain. dan aku pergi dengan kata-kata
"hoi...kau pernah main ke tak ni? jangan main lagi laa..~"
http://www.emocutez.com
menangis di dalam hati dengan muka kontrol macho di luar.(cepat-cepat masuk tandas)

nota pendek : aku pernah termasukkan batu seremban dalam lubang hidung orang masa main. tapi pemain handalan tu nasib baik jugak, sebab aku tak masukkan tutup botol tu dalam hidung dia.kalau tak macam mana nak keluar agaknya.

:::idati malek tidak pandai main tutup botol, chess, bola tampar. tidak pernah menang dam haji mahupun dam ular. kalau main batu seremban akan dapat markah paling last.

tapi idati malek tahu main enjit-enjit semut sampai tak larat main.

Wednesday, August 25, 2010

Evils Poem in Ramadhan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, August 25, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
true friends are hard to come by.
but evils like me. always there for you.

i brought u drugs, i brought u happiness.
u are in heaven now, and hereafter
u are in hell, with your truly best friend, me.

i am your angel (wadde*ff), where the assalamualaikum's face called me 'uih...setan..!'
in this Ramadhan, i am tied.
but you, as my best friend ever,
still doing the 'things' I thought you before.
i love you.
thanks a bunch for being my followers even i'm not a blogger.
until we met again, human..err..friends(maybe~)

-ibleeso-

nota : setan yang nak berpuisi ketika diikat.minta maaf la setan ni muet dia band 2, tu pun dah ambik tiga kali.

setan berbaju kurung.

Tuesday, August 24, 2010

1 Tahun Lebih Sikit

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, August 24, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Rupa-rupanya dah setahun lebih aku dalam blogging ni. tapi tak ada apa-apa perubahan pun. status nuffnang  aku masih amat menyedihkan.

http://www.emocutez.com

mungkin perlu tunggu lagi 10 tahun baru boleh dapat cash out cek pertama dan menyanyikan lagu weee are the champion, my friend sambil angan-angan main gitar macam Slash Guns & Roses. jom lah menangis bersama-sama atas dasar simpati korang.

tapi itu bukan tujuan utama aku blogging. aku memang suka menulis. aku suka share apa aku tulis walau aku tahu kualiti tatabahasa nye amat diragui kementerian pelajaran malaysia.

apa-apa pun aku nak tanya, kenapa duit nuffnang aku bergerak lambat macam siput sedut? nuffnang tak suka aku ke?

jawapan : amat diragui.

http://www.emocutez.com

Monday, August 23, 2010

Tribute Buat Multimedia Iftar

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 23, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sangat penat selepas satu hari yang panjang(agak laa) walaupun satu-satunya kelas tanpa diketahui tujuan telah dibatalkan setelah 9 setengah minit berada di dalamnya(di samping budak-budak medic dan dental yang menjauhi kami budak fskb, tapi bukan semua la).

aku tak pernah rasa sakit hati kendalikan laptop aku sendiri. tapi semalam ada sedikit.

laptop yg semput kerana tuannya jahat.
 walau apa pun sangat berterima kasih kepada kawan ku aimi yang bertindak sebagai HEROIN aku dan ikhwan. bunyi macam kelakar, tapi AJK dah selamatkan dua orang exco yang menggigil-gigil di depan laptop sambil buat muka cuak sehingga tak tahu nak beza kan alphabet A dengan Q. sampai bunyi notification non-genuine laptop aku pun rasa ngeri untuk didengar.

apa-apa pun aku sudah berjaya melakukannya. ikhwan pun<--ini exco multimedia lagi sorang. time kasih pada aimi, isma dan faiz yang ceduk-ceduk lauk kat belakang dewan yang mendoakan kami berjaya.(eh faiz ceduk lauk ke?) *big applause. (big apple?slurrppp~)


hasil karya ikhwan dan wondershare nye.

Boyfriend saya, Wan.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 23, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku kira dalam masa sekolah menengah dulu, di kalangan kawan-kawan aku (mungkin laa kawan), ramai yang kekasih hati nya bernama wan.  dan pada masa tu aku rasa 'hek eleh, kenapa la bf semua orang pun nama nak sama je?advance la sikit. buh la nama ariff muazzim ke, maher zain ke, samii yusuf ke..tak ke glamour?'
walaupun pada masa itu aku tak kenal siapa maher zain & sami yusuf. mereka pun sangat sangat lah pasti tak mengenali aku langsung.

arif muazzim aku kenal la. penyanyi nasyid malaysia yang dikenali dengan nama AMAR, ala yang nyanyi lagu Nurul Iman tu. kalau korang tak tau, aku pun tak tau nak kata apa.

berbalik kepada cerita asal.

jadi semasa aku hampir berumur 17 tahun, aku mengenali seseorang yang bunyi namanya ada wan. haha.

dan sekarang aku tak dapat lari dari menjawab 'bf aku nama ridwan. boleh panggil wan' apabila orang tanya 'sapa nama bf hang?'

kesimpulannya, jangan merepek bukan-bukan kalau kita tak pasti masa depan macam mana?..kesian encik ridwan kalau baca ni. tapi aku tak panggil dia wan. aku panggil ..........ada la.. haha

http://www.emocutez.com

dulu aku pernah tanya encik ridwan, dia suka kartun apa? dia cakap 'semestinyalah sy suka spongebob'. jadi aku dah berkira-kira apa yang patut aku bagi kalau aku nak bagi hadiah kat dia walaupun pada masa tu aku tak tahu birthday dia bila. aku cuma tahu birthday aku.

jadi selepas aku tahu birthday dia, aku beli keychain yang gambar macam ini.

sebab dia pernah jugak kata nak jadi tentera. nak masuk UPNM. jadi aku nak bagi moral support pada dia dengan bagi keychain ni.

tapi end up nya aku tak pernah bagi. sebab dia kata dia ada masalah mata, jadi disqualified untuk jadi tentera. aku takut dengan keychain ni dia akan sedih. jadi tak penah bagi la.

aku bagi pada adik angkat aku walau aku tak pasti dia suka spongebob atau tak. aku tak tau jugak la kalau dia nak jadi tentera ke tak.
http://www.emocutez.com



ini la wan saya.dan saya~
..

Sunday, August 22, 2010

Entri Suka-suka I

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, August 22, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
picit mOuse untuk tumbesaran




The jealous girlfriend quiz.




My Quiz Result: You are a jealous girlfriend.