- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf September 2010 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, September 30, 2010

Kursus Kahwin

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, September 30, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
semua orang taip pasal kursus kawin. jadi aku nak taip satu.

aku tau kursus kawin hasani kat ipoh dan kursus kawin UKM je. yang lain tak tau.(mungkin yang tampal-tampal kat tiang elektrik dan pokok tu banyak kan.)

muka muka nak kawin dah la kot kan?
dan satu lagi nak cakap, aku tak ambil lagi kursus kahwin. sebab aku belum nak kahwin lagi, nanti aku lupa.

nota yang baru baca semalam pun aku lupa, inikan pulak ambil sekarang kursus kahwin, pastu lagi 7 tahun baru guna. haha. adoi adoi adoi. tak pasal kena ambil dua kali nanti.

ok bye.

Tuesday, September 28, 2010

Magik Spell

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, September 28, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ni aku nak buat magik dengan menuakan muka dua orang kanak-kanak. agak-agak sapa nak jadi mangsa?

tapi aku ada dapat volunteer tadi. dan semalam. ade lah jugak..so, mari kita amik gambar dua orang budak yang tak sabar-sabar nak jadi besar. sorang darjah 3, sorang darjah 2.

nama mereka dari kiri : Nurul Idati & Syahirah (Nurul Idati tu gengster, tengok muka pun tao)
jadi aku bacakan spell. prom prang prom avada kadavra ubi acus pucus aloevera..kebabooww!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
camni plak jadi nye? tak comel..kembalikan kemudaan kami!!!!!!!!!!"kate mereka.
sekian magik dari aku. tepuk tangan, tepuk tangan (tepuk laju-laju tau).

Monday, September 27, 2010

Relationship Status.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, September 27, 2010 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dekat FB kan ada yang Relationship Status tu.dah lama aku tengok. haha. tapi tak berharap boleh letak 'In a relationship with Mohamad Ridwan Sarudin'.

kerana beliau tak ada FB. jadi aku tulis In a relationship sudah,memaksudkan, aku dah ada orang yang aku suka. mesti korang jemu kan aku asyik cakap benda cam ni. sebenarnya ni intro, aku cuma nak ulas pasal Relationship Status tu je.

berapa ramai yang buat RS tu main-main? In a relationship with membe-membe sendiri la, it's complicated ngan orang tu lah. padahal satu jantina. (kadang-kadang aku pulak risau). tapi itu jokes kan? haha.

macam mana pulak dengan orang yang ambil serius benda ni? aku perasan la ada lelaki atau perempuan yang dah ada 'mata air' nak letak RS : Single. what do you expect? nak tambah pilihan lagi ke?.
lepas tu gambar mata air tu seketul pun tak letak.

aku cerita based on experience somebody yang aku kenal laa. yang aku kenal tu perempuan la. dia punya bf tak pernah letak selain single kat RS FB dia. gambar perempuan tu pun dia tak ada letak langsung.

rupa-rupanya dalam diam bf dia duk search orang lain plak kan. alih-alih break up dengan perempuan tu, couple ngan perempuan lain. agak nya tu lah cinta mati dia sebab lepas tu baru tukar status In a relationship with ........ dengan letak gambar sekali.


dan yang pasti perempuan tu bukan lah aku, ok. aku cuma simpati je. kalau aku jadi dia, aku tunjal je lelaki tu baru tau.(haha~)..

dengar cerita lelaki tu satu U dengan aku,.emm..boleh lah. ^^ (mana aku punya parang ea...?)

Misteri Di Sebalik..

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, September 27, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
pagi ni sebenarnya aku nak taip entri yang mengungkap misteri. misteri apa-apa je. contoh, misteri piring terbang ke, misteri kucing bermisai 7 ke atau misteri taik lalat tiba-tiba hilang.

tapi aku tak da info pasal tu. jadi aku tak boleh nak taip. nanti korang baca sambil menangis(sebab aku penulis thriller yang sama hebat macam Ramlee Awang Murshid. konon-konon la)

biar aku ceritakan pasal ke'mamai'an hidup aku.(pulak dah).

semalam aku baru je tergolek naik motor. tapi bukan dekat jalan raya, kalau tak aku dah maut kena lenyek dengan bas. hehe. aku tak sakit apa-apa, motor pun ok, tak ada masalah. aku cuma sakit sebab malu je. tebal 10 inci muka aku. sebab waktu aku tergolek tu, 3 orang budak-budak 1st year datang tolong.

aku malu gilaaaaa..haha, camna naik skuter step tu pun boleh tergelincir. bukannya tinggi mana pun.(aku mesti makan calci-yum)

beberapa hari lepas aku baru explore gambar dekat FB budak-budak silat. aku jumpa 1 gambar ni. aku teringat sesuatu. macam familiar sangat-sangat. OH NO!!!!

gambar aku.....! dan ia sangat kelakar.

mula-mula tunjuk gambar orang lain dulu. hehe
ni gambar Pikah yang pro. dia baru menang emas semalam kat sukem silat. TAHNIAH!
ni pulak Murni yang 2x5 macam aku jugak. lompat n tertonggeng.
 dan ini, aku, yang sedang berusaha laju-laju memalukan diri sendiri.

sebijik macam kambing melompat pagar.
 masa ni grading silat gayong. nak kena lompat anak kambing.(lompat dan guling). sejurus lepas aku melompat tu, aku tertonggeng. sebab sebenarnya masa ni aku tak tau lagi nak lompat camna.(sekarang pun 2x5 je pun).

masa cikgu cakap "ok!", aku terus lari. padahal dalam otak kosong, tak bersedia. sedar-sedar aku dah melompat macam katak spastik dan tertonggeng dalam misteri.

hasilnya, aku dapat luka kat sebelah mata kanan. dan spek aku pun baik punya senget.

Sunday, September 26, 2010

Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, September 26, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sejak akhir-akhir ini aku suka masuk Lucky Draw atau GA yang dianjurkan blogger-blogger. saja-saja nak tambah kenalan, di samping support rakan blogger kita, kemungkinan boleh menang apa-apa kan? haha. ^^

jadi kali ini mahu join Birthday Lucky Draw untuk si bintang Libra, CT yang bertarikh 8 Oktober.(eh kite geng laa, mine is 17 Okt..) hehe. ^^


jadi mari kite ucapkan Happy Becoming Birthday buat blogger CT. semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik.

untuk join & wish birthday CT, klik SINI.

Saturday, September 25, 2010

Hari Raya Aku Bermakna Kerana...

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, September 25, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku gembira raya ni. sebab encik Ridwan finally berhari raya bersama aku this year. aku je yang couldn't afford nak beraya di Johor sana. i'm really sorry. (T.T) satu hari nanti aku akan ke sana, dan makan banyak-banyak. (hopefully my future mother in law didn't read the statement "makan banyak-banyak", as she'll think i'm a monster.ow yeah.^^)

aku rasa masa sangat singkat bila dia ada kat rumah aku, cepat je dah nak balik. tak bagi balik karang, kena tangkap polis pulak aku.(even i already said 'tak payah balik la'). susah ni. hehe.

kesalahan : menculik anak orang. (takkan anak kucing plak kan)

ok, mari lihat gambar raya bersama sayang saya (^,~)

Our Eid Day Pix. tak berkualiti betul webcam aku ni.
 so, my encik BF came with his BFF, encik Jeri. terima kasih kerna sudi dtg ke rumah kami sekeluarga yg tak seberapa, but peacefully.
My BF & his BFF

we are on our way to Ulu Geruntum. Ke tempat yg lebih nature dari kawasan rumah aku. to see the other villages, and be. in <3, with him. of course.
Bersama cousin kurang dicintai, kerana dia gelong.(joking..haha~)

Gambar kegemaran encik Ridwan.tengok mata dia pandang mana

encik Ridwan, Puan Noribah & encik Jeri. (pn Noribah ialah mak aku ye.)
syera dan nana yang menjadi terawal mandi.
konon-konon mahu bawa tetamu yg datang melawat ke Ulu Geruntum. tapi tengok sapa yang terjun dalam air dulu-->Nana. aku tak mandi,(konon-konon sudah biasa mandi kat situ jadi tak heran sangat.). encik Ridwan mandi, tapi encik Jeri tak. sbb dia sangat segan.(ye kan?) dun worry, gambar masa mandi tak dipublishkan(kecuali dua orang kat atas ni...)

Menumpang gambar dlm memori kamera bf sendiri.

erghh....sakit kepala.-syera cakap(konon2 laaa)

beliau & moto nye.

tempat ni bagus utk menginap.dlm hutan.hehe

taik lalat ilang.aku wat magic

cubaan tgkap gambar
encik bf bersama anak akak aku, Wafiq.
 kesian wafiq sebab rindu dengan ayah dia. sebab tu bila aku nak amik wafiq dari encik bf, dia taknak.(aku nak menangis sekali untuk dia)
before farewell.  (T.T)

eyh. x suka muka aku. tapi letak jugak, kekurangan gambar yg normal.

semua gambar adalah gambar yang sama aku letak dalam FB ok. jangan heran sudah.mungkin ada sikit yang tak ada.

Friday, September 24, 2010

Keluhan Bukan Editor, tapi Mangsa Kejadian

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, September 24, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Jika aku mahu menulis dengan skema, aku akan menulis seskema mungkin. Sebab itu cikgu bahasa melayu suka aku. Tapi siapa nak baca artikel kolej yang skema? Bruurrrr……(bunyi mengeluh alaf baru)
Hari ini aku pening. Sebagai ketua berita, apa yang orang harapkan dari blogger merepek macam aku? Adakah kebangangan yang jelas dari blog aku nak disumbatkan dalam artikel kolej? Macam tu untung lah aku, free-free aku promote blog. Paling kurang ada 500 orang kat kolej.mana tau yang 500 tu bawak balik rumah artikel bagi family dan kawan-kawan baca. Kan ke macam pyramid, jadi untuk itu aku mentwistkan otak menjadi skema. Tapi hasilnya macam tulis report kimia dalam bahasa melayu. Keliru dan membosankan. Ya, bosan.
Sama bosan macam korang merenung muka aku selamat 3 minit 6 saat. Dan korang perasan taik lalat kat muka aku dah bertambah. (don’t say cancer please)
Kepada yang ada cita-cita jadi wartawan kolej, dah masuk dan daftar jadi wartawan. Bagus. Tapi aku kecewa. Selepas aku penat-penat cari emel dan hantar tugas, dah last minit aku minta artikel dan kamu simply berkata “saya dah keluar lah”.
Bodoh. Bagitau la awal-awal.
Tengok, aku dah famous. Hampir di setiap akhir artikel korang akan jumpa “Oleh : Idati Malek”.
Terima kasih kerana buat aku famous. Google lah Idati Malek, anda akan jumpa blog aku Hutan Kabut. Terima kasih sangat-sangat.(menangis kurang bahagia)





Tuesday, September 7, 2010

Aku Tak Janji Untuk Blogwalking, Tapi Korang Boleh Tinggal Link, Aku BW korang sampai pitam nanti.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, September 07, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Untuk jangka masa cuti raya ini, saya, Idati Malek, tak berjanji untuk blogwalking ke blog kawan-kawan untuk naikkan traffic dan juga, tak pasti dapat update blog ini ataupun .Pelangi Photopoetry. atau tak. balik cuti raya aku update. macam lah ada orang tunggu-tunggu apa aku taip. biarkan aku perasan dalam dunia sendiri.

Gopeng,Perak punya liputan untuk celcom broadband sangat sangat sangat siput sedut. jadi fahamilah aku. beruang dengan aku(bear with me, konon2 dr. rohi).

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Bloggers semua. dan readers juga. Selamat makan makanan yang menggemukkan di pagi raya nanti(petang raya makan lah pil kurus ok, supaya kamu menjadi slim macam model slim world kembali. dan kamu sangat bangga bila orang puji-puji kamu macam sharifah aini masa muda-muda. dah dah merepek...)

akhir kata sambutlah salam lebaran, macam ucapan kad raya zaman kanak-kanak aku je. haha. salam semua.

terimalah gambar skema utk ceriakan aidilfitri anda semua.

..err...can i see my bf on this Eid Day? no?..ok seperti yang dijangka. (T.T)..how about next year?
ouh please. (^,~)

Saturday, September 4, 2010

Entri ni tak comel, ada ucapan dan sedikit maki-maki

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, September 04, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
selamat akhir ramadhan dan selamat bakal hari raya buat semua orang islam kecuali Salleh Gregor Samsa & orang-orang yang mempunyai pemahaman macam dia.

aku harap korang disumbat ke neraka dunia lebih awal supaya sempat bertaubat sebelum mati sia-sia dan hidup selamanya di neraka jahanam dan baru kau tahu "f*ck you kepada org berpuasa" yang kau taip guna keyboard berhabuk kau tu bawa bala paling besar.

si bangang SGS.
awal-awal entri sudah dicemari maki-maki pada salleh ni. dia post benda ni kat facebook awal ramadhan dulu, masa umat Islam tengah seronok-seronok dengar lagu dan nyanyi sama-sama "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna...", tajuk dia apa aku tak ingat. harapan ramadhan kot. rasa nak letak lagi gambar SGS tu kat sini, tapi malas, korang google laa sendiri. siap ada gambar tak da baju lagi..sambil nyanyi sambil b*gel. (aik aik...cepat je korang add tab Google.)

bukan tunjuk kuat, lagipun aku bukan kuat kot. tak mencabar, tapi aku rasa nak pijak-pijak dia tu. (eh jangan cakap aku post benda ketinggalan zaman, aku cuma nak kaitkan entri raya aku dan budak ada otak tapi tumbuh kat *&^^$ tu..apa itu *&^^$? korang bubuhlah apa yang sesuai asalkan kedengaran agak-agak hina sket).

dah malas la aku nak cakap lagi, buat hati aku panas je bulan-bulan puasa ni.

----------------------------------zone tiada maki-maki----------------------------------

aku sedang mencari idea untuk tulis kad raya pada 5 orang kawan aku yang bertuah (kalau aku masih ada alamat dorang) dan juga 1 kad raya untuk encik superhero aku. (eh kenapa aku rasa nak bagi kad pada mak ngan abah aku jugak ya?) kena tulis cantik-cantik ni walaupun hakikatnya tulisan aku macam cacing kerawit kena simpul manuk seratus kali. dan cacing kerawit tersebut sedang menggelupur kena gastrik. cantik kan tulisan aku?

aku harap encik superhero aku suka. selamat hari raya aidilfitri encik Ridwan.

nota sarkas : jom pergi sale kat SOGO.. lepas tu semua orang KL, yang belajar kat KL atau shopping kat KL, akan pakai baju serupa sebab semua berebut-rebut sale SOGO 70%.  dan sebanyak 70% jugak rakyat Malaysia akan pakai baju raya yang sama. (gurau je, taste masing-masing berbeza laa..)

sekian, taipan di masa lapar jam selepas waktu zohor.

saja nak cakap, aku rabun jauh.

Wednesday, September 1, 2010

Kategori Perempuan Hari Ini

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, September 01, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini, tarikh ini,
53 tahun 1 hari selepas merdeka nya kita dari penjajah,
definisi perempuan sudah berubah.
dahulu perempuan,
ciptaan Tuhan yang lemah, yang lembut,
yang perlu dijaga, dikasihi tanpa palsu.
maruah nya ada, simpati nya perlu.
yang penyayang,
yang dipanggil ibu, umi, mak.


sekarang perempuan,
ibarat kasut.
ada suka jadi display, ada suka duduk dalam kotak tersedia di tepi rak kasut,
ada suka duduk dalam stor lama-lama tapi masih cantik.
 

yang display, lepas orang pegang-pegang, tengok dan pakai,
akan cakap "kak, yang baru punya ada?".
selamat tinggal kasut display.
aku cuba, tapi aku tak mahu.
agak-agak dah berapa ramai orang pakai.
entah-entah kaki pun berbau.


yang dalam kotak tepi rak, orang gembira kalau dapat.
tapi tak boleh percaya juga.
mana tau salesgirl pernah bawak keluar nak try saiz pada pelanggan.
bekas orang jugak.
masih bekas orang.

yang dalam stor tapi cantik, ini paling kita akan rasa seronok kalau dapat.
cantik dan kita yang pertama pakai.
kita jaga, kita guna sampai akhir.
dan bila sudah buruk,
simpan elok-elok kalau sayang.

baru dari stor..kotak buruk tapi kasut cantik.

ya, itulah kategori perempuan sekarang. aku kategori selipar jepun.(tiada dalam pilihan)


entri kurang seni ini dicipta sebelum tidur petang. kesalahan harap diampunkan.