Do you like my blog?

Sunday, October 31, 2010

menangis lagi.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, October 31, 2010 9 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku pernah jumpa satu kata eh bukan satu tapi banyak ah apa-apa sahaja.
baca saja aku taip.


jangan jadikan seseorang yang kamu sayang segala-galanya bagi kamu, kerana bila kamu kehilangan orang itu, kamu akan kehilangan segala-galanya


nampak tak kesinambungan nya?

kita ambil contoh :

"aku sayang gila kat 'boyapren'(boyfriend) aku. dia adalah segala-galanya dalam hidup aku tau. tanpa dia sepi menemaniku.(ayat filem sepi). dialah cinta mati aku. hilangnya dia, hilang segalanya. katakan pada bulan jika kau tak pernah sepi, itu kerana kau nampak aku bahagia di sini. orang lain tak rasa bahagia aku rasa, sebab orang lain itu bukan aku. aku ibarat ikan di mata kailnya. dia tak perlu lepaskan aku semula ke air, kerana aku sangat pedih bila dilepaskan. aku rela mati demi dia".- yang pasti bukan betul2 dari idati malek.

lebih kurang macam tu la(terer kan aku susun ayat.sila muntah laju-laju dan sambung baca lagi.dan muntah lagi).
katakan ditinggalkan Boyfie nya tadi(tunang pun boleh jadi jugak, sebab tak kahwin lagi. kalau dah ada suami barulah taat ya.tunang dengan bf tak ada beza, cuma title dan perancangan sahaja. bak kata biasa, kita hanya merancang, ALLAH YANG MENENTUKAN).

tinggal dan hilang segala-galanya.

at the end, padan muka.(meraung kau tepi longkang)
jom menangis saja lah.

Kesimpulannya, jangan buat macam tu. hiduplah dengan bahagia(macam aku, aku pun ada bf jugak.haha)

Santa Esmeralda - You're My Everything (everything laa sangat).

Friday, October 29, 2010

jawapan paling BOD*H

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 29, 2010 12 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
okeylah, kasar sangat.kita tukar jadi jawapan paling 'bijak'.

situasi 1 :
I : eh, kau boleh kan tolong aku untuk program tu nanti? kau jadilah exco *** under aku. aku perlukan orang.
H : TAK BOLEH ARR...aku pengarah kelab congkak(contoh). aku busy gila sem ni. banyak sangat latihan dan pertandingan congkak. (serius 'bijak').

pengarah, kerjanya mengarah. (bagi pengarah yang tak berkaliber). bagi pengarah macam dia ni hanya tahu menyibuk dan call orang pagi-pagi buta untuk tanya benda yang dia tak perlu tahu.contohnya , 'hello ridwan, kau  bertunang bila?', walaupun dia tak kenal siapa ridwan, tapi dia call ridwan pada pukul 6.15 pagi atau 12 malam.

tu contoh je. aku dah lama mahu advice dia sikit, kalau dia isi borang rakan muda atau rakan tua sekalipun, pastikan di bahagian hobi tu kena sama je 'kecintaan untuk menyibuk secara extreme tak kira masa lapang atau masa sempit'.

situasi 2 :
I : siapa dia yang kau marah ni?
H : stalker aku tu la. dia add FB aku lepas tu nak kata-kata kat wall aku pulak.
I : alah, dia stalk je. biarkan la. kau marah-marah ni nampak tak matang langsung. dia tak cederakan kau pun.
H: oh ok, betul jugak cakap kau tu (dah reda)
D : alah biasa laa, orang cantik macam kau memang banyak stalker kan.dia dengki tu. kau maki je dia kat wall dengan blog kau tu!!(batu api datang)
H : ha'ah kan. nanti aku nak tulis entri "XX yang bangang gila" lepas tu aku link terus ke blog dia. followers aku kan 2000 sekarang, padan muka dia kan kan kan?
D : ye ye betul, nanti kau credit kat aku sekali.
I : (-.-")

kesimpulannya, jadi stalker boleh famous gila. nak traffik kencang? pergi stalk blog yang followers dia ribu riban lepas tu komen "poyo gila lah kau ni. pergi mati lah" walaupun dia hanya pamerkan gambar dia dengan kucing yang baru dikutip di tepi longkang kedai makan.

kalau dia jenis cepat angin, bersiap sedia untuk BERPERANG! dan kunjung mengunjung blog lain sebab ramai yang terjah korang.

situasi 3 :

idati 1 : pergi solat isyak.
idati 2 : kejap lagi lah. (setan setan setan kau idati)!!!

bai. (bukan bai buat roti atau bai sabit rumput. ianya BYE dalam ejaan BAKU bahasa melayu)

laptop aku macam ni. nama dia Alexandra Geraham Dell. panggil dye laptop, bukan kalkulator.

Nina's Collections Giveaway

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 29, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post


Sempena perasmian pembukaan Nina's Collections,

pihak kami akan mengadakan 'Nina's Collections Giveaway'

Hadiahnya cukup lumayan!!!
Rugi siapa tak join... hihi...


jadi marilah kita join ramai-ramai ye. klik sini.


hah..aku nak hadiah jam tu. hee. guys boleh pakai kan?hee,

aku terlupa.

aku tag

AISHA INANI

NADEY

FAZZ 


Thursday, October 28, 2010

buaya idaman

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, October 28, 2010 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku cuma nak tahu, pernah tak kamu semua melalui fasa yang semacam ini.
semakin lama kamu berada dalam minggu exam, semakin hebat korang mengidam
mengidam?

hoi bukan pregnant la. apa la korang merepek. ingat orang pregnant je boleh mengidam, suami orang pregnant pun boleh mengidam tau.<--aku tak nak terangkan kenapa, sebab aku tak tahu.

contoh nya macam ini :


  • nak makan pelbagai makanan macam kentaki praid ciken la, McDogol la, ciken cop sirim la
  • nak pergi tengok movie, nak pergi banyak tempat
  • dan-dan nak mengemas bilik, masa tu baru tau bilik macam tongkang pecah
  • gatal je tangan nak online sentiasa
  • bercita-cita lepas exam nak pergi bercuti dengan kawan-kawan, release tense konon
  • nak buat benda baru, macam buat blog baru, cari fesyen baru, jumpa BF baru..oppsie..lalala


sekarang aku menghadapi sindrom 'boleh mengunyah apa sahaja semasa study' dan yang paling ketara ialah mengunyah jari sendiri.



jari yang macam jari buaya.


sebab itu aku tulis status FB aku 'lets eat some crocodile'.


inginkan yang lebih segar?, tangkaplah sendiri (buaya tersebut).

Wednesday, October 27, 2010

petua menjadi comel

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, October 27, 2010 18 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seingat memori aku yang tak berapa besar storage nya ni, aku tak pernah bekerja selain dari tolong-tolong mak aku kat kebun getah.

tapi aku tak pernah toreh getah, mak aku tak bagi pegang pun pisau getah tu. mak aku kata 'nanti takut luka'. sebenarnya aku tau mak aku maksudkan 'nanti jahanam pokok getah aku tu' atau 'patah jugak la pisau tu karang'.

disebabkan aku terlalu banyak masa terluang untuk dibuang dengan menganga-nganga di kebun getah, jadi kerja lain aku adalah berlari-lari di lereng bukit pada pukul 8.30 pagi. sebab penyengat kejar aku (selepas aku tebang pokok sarang dia dengan sekali cantas). 

ini peristiwa 2 tahun dulu, selepas aku SPM. yang aku ingat pagi aku disengat penyengat di muka, petang tu aku nak pergi ambil gambar passport untuk daftar matriks. ouch! di situ.

jadi hasilnya? so eager untuk bagi tahu,!!


gambar aku comel(aku je la rasa comel), sampai aku buat gambar kad matriks untuk UKM punya sekarang.
camni la gambar kad matriks aku. comel kan???
(bosan betul la kad matriks mesti nak tangkap dari depan je, kantoi muka aku bentuk nonagon)

kesimpulannya, sebelum anda nak pergi tangkap gambar passport, pergilah menebang sebatang dua pokok di hutan. jangan dicari pokok meranti, keruing mahupun balak tegar, kelak dirimu disaman free2. 

pokok kurus-kurus pun boleh, janji ada sarang penyengat.




lepas tebang, jangan lari. 

diam macam tugu negara.

comel macam ni, mahu?

Saturday, October 23, 2010

simple words, don't cry

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, October 23, 2010 10 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
"kadang-kadang kita kena menipu untuk menjaga hati seseorang".

pernah tak seseorang bagi tau korang macam tu?

ia tentang sesuatu kisah lepas, yang 'dia' tak mahu tau.

mungkin bisa terluka jika tahu..luka teruk.

yang mana ia lebih baik untuk kamu sorokkan.

Mulakan hidup baru,

cuma...hidup bahagia selepas itu. cuma itu..

-saya perlukan cuma itu.

Thursday, October 21, 2010

Nak tengok gambar hantu area KL? ini real gilaaa.....

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, October 21, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
gambar ni di snap oleh auto-snap kamera. jadi tiga kawan ni mahu gambar mereka ditangkap. agak seram bila pertama kali tengok gambar ni.

area photoshoot ialah Taman Tasik Titiwangsa sekitar pukul 9.30 malam.

gambar yg diperkatakan

ni la hantu 3 ekor nya.ada bayang hitam belakang tu. kaki dorang pun x nampak...ngerinya aku....


hahahahahahahahaha......hantu baju hijau la yg TERBAIKK punya.

Tuesday, October 19, 2010

jadi cantik susah, jadi hodoh susah. kasi potong je la kepala.!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, October 19, 2010 30 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seperti tajuk di atas, aku tau korang cepat-cepat scroll blog ni cari gambar aku(bagi yang tak kenal aku la), untuk pastikan aku sangat cantik atau sangat hodoh.

....................
....................
....................
...................
...................

jadi korang dah dapat jawapannya? bagus. . . . .


aku bukan dalam kategori itu. aku comel (ini lah masa untuk membina keyakinan diri) hahaha!



andaikan la aku si hodoh (andaikan je, jangan la jujur sangat). dan kawan aku Leen, si cantik (ini realiti..).

cerita pasal si cantik Leen dulu.(untuk menutup cerita yang hodoh).
Si Chantek Leen
si hodoh(T.T)--nama tidak disiarkan atas sebab menjaga hati (padahal kat atas dah sebut)

Leen yang cantik itu ada muka yang cantik, gaya yang feminin di mana aku tidak ada, otak yang pandai, boyfriend yang hensem, kawan-kawan yang juga cantik (aku laa tu gila tak boleh blah), family yang bahagia juga.

tapi di sini kita fokus pada cantik, bergaya dan boyfriend hensem.
eh eh...terpublish plak ann...Leen kalo ko tak suka publish cakap kat aku balik tau..hahaha

pada suatu hari anda jalan-jalan dalam area kampus universiti. anda nampak sorang perempuan cun tengah jalan-jalan dengan boyfriend dia yang super hensem macam kat atas ni. adakah anda cemburu?

jika ya,anda normal. sebab seseorang cemburu adalah kerana anda mahu jadi sepertinya.

sapa la perempuan yang nak jadi hodoh. kan?!

tapi AWAS jika anda dengki. macam ni...




hasil stalking formspring kawan-kawan.

lebih kurang macam tu la orang cantik kena hadapi. sabar Leen.

apa la masalah orang yang bertanya tu. teringin betul aku nak tanya. bagi aku yang dah kenal leen sejak sekolah aku rasa biasa. 'over' tu memang aku tak heran, bila lagi nak over kan. muda-muda ni laa kena buat.dah tua bangka nak over nanti orang cakap 'tua ganyut tak sedar diri' plak. lagi pedihh kan.

paling terbaik ayat dia 'kau sayang,cinta bf kau. bf kau sayang, cinta kat kau ke?better u check'..keluar spm memang kantoi la nak jawab, sebab henset tak boleh bawak masuk exam hall, nak taip mesej kat bf "You, you betul tak sayang, cinta kat i" semata-mata untuk check. cara menjawab adalah "insyaAllah".

Cerita si hodoh pula :

agak sedih la kisah ni. cepat menangis!

dulu-dulu aku comel, dah besar tak cun pulak.tak tau la kenapa. itulah namanya hidup ini adil. kawan aku yang macam orang ulu masa dekat sekolah rendah dah jadi gojes(gorgeous) gila sekarang. kesimpulannya,jadilah orang ulu semasa di sekolah rendah, supaya menjadi cun di kemudian hari.

apa-apa pun aku ada bf yang hensem sekarang. haha. aku gembira bf aku hensem gila. cepat pergi serang formspring aku dengan soalan "eleh macam la bf ko sayang kat ko." atau "ko je sayang dia, dia konfem ke sayang ko?". lepas tu Leen kena buat satu entri khas untuk Idati dalam tmblr dia. .

aku memang terbaik dalam memplagiat soalan yang dengki.

(entri ini khas untuk Leen, sebab aku bersimpati dengan dia. she's my friend.)

Monday, October 18, 2010

lirik terbaik untuk moving on selepas putus cinta. gagal exam pun boleh

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, October 18, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini baru aku perasan betapa aku merindui kad kuning. aku tak bermain bola sepak, aku sedang bercakap mengenai band Yellowcard.

satu lagu yang bertajuk Two Weeks From Twenty, aku selalu dengar. masa umur 17 aku berharap dua minggu sebelum berumur 20, aku akan dengar lagu ini. walaupun tak ada kaitan dengan aku, tak kisah. cuma kisah tentang tajuk.

tapi aku tak berjaya dengar. aku dengar satu hari selepas berumur 20.

aku ada kaset yellowcard - lights and sound. tak pernah menyesal beli album ni, sebab jadi teman tidur aku masa dekat Bainun dulu.(dulu-dulu kan guna walkman) aku rasa aku beli masa form 4, dan masa aku 'break up dengan seseorang tu' aku dengar lagu dari album ni pasang volume paling kuat. sengaja nak cederakan telinga, nak cederakan diri takut plak mati kan.(bodoh gila masa ni)

sumpah lagu dia tak ada kaitan dengan moving on sebab break up. cuma waktu kecewa dan benci melampau aku suka dengar muzik yang kuat. (lebih baik aku dengar slipknot ke, S.O.A.D ke , dah konfem pecah eardrum aku)

untuk yang baru putus cinta tu, tak apa lah. mulakan hidup baru. mula-mula memang rasa macam tak tentu arah, lama-lama 'pergi jalan la kau!'. tak percaya? hahaha...eh aku bukan playgirl. gila ke. aku stay 1 je. nak bagi nasihat je. aku pernah lalui hari yang teruk sebab kesilapan memilih, tapi jangan la takut untuk buat pilihan lagi sekali. cuma makan masa, lepas tu okey je. boleh happy balik.

suggestkan dengar ayat Al-Quran lebih bagus. tapi waktu ni masa jahat. aku mula moving on setahun lebih selepas peristiwa hampir nak bunuh orang tu. sakit hati tapi tak boleh nak membenci, susah la. zaman belum matang, (konon-konon nak cakap sekarang Gua Rasa Dah Matang..)<--tiru FB nani.

dan terbaik aku nak suggest lirik ni. ia buat aku moving on dari cinta palsu 8 bulan. from my favourite international band masa form 3.

Good Charlotte - March On
Don't cry, open up your eyes and know
There's someone else out there that feels this way

I'm singing  to you
Cause I know what you've been through and now
It's not so long ago I felt the same

Like soldiers, march on
If we can make it through tonight we'll see the sun
March on, march on

And I remember summer nights alone
Fireflies the only thing we own
Yeah, all we had were dreams of California
And I remember winters were so cold
Hunger was the only thing we know
And rock'n'roll dreamin' was what saved us

Like soldiers, march on
If we can make it through tonight we'll see the sun
March on, march on

Till we see the sun, march on, till we see the sun
Through the good times, through the bad times
Through the long days, through the hard nights
Keep on, till we see the sun

Like soldiers, march on
If we can make it through tonight we'll see the sun
March on, march on

Like soldiers, march on
If we can make it through tonight we'll see the sun
March on, march on

Even when there's no one there for you march on
Even when the days are long for you march on
And like soldiers, march on


selepas dengar lagu ini rasa macam nak berkawad kaki.


p/s : antara kena penyakit maut vs. putus cinta dengan orang yang terbaik pernah korang jumpa, mana lebih baik? make your choice.

Sunday, October 17, 2010

Forever 15.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, October 17, 2010 9 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

jiwa dua kosong aku hari ini kedengaran dan berjalan bagus. mohamad ridwan jadi orang yang paling awal wish(seminggu sebelum 17 oktober). malam tadi tepat pukul 12, amik kau notification FB aku berlambak-lambak. hepi befday, slamat ari jadi, slamat meletup, slamat tua, selamat lah semua..bagus, tak ada yang doa aku mati cepat.
bf i yang paling hensem. haha.

i dun care what u said, he's cute.

aktiviti pagi :
aku bangun pagi-pagi terus nyanyi lagu besday kat diri sendiri dan tepuk-tepuk tangan bila da habis nyanyi, (nyanyi bisik-bisik takut rumet dengar, karang kena cop gila)..dan tiup dinding, konon-konon ada kek(sambil pejam mata).teringat janji nak pergi berenang-renang gaya tak masuk komanwel di bangunan sebelah (kantoi ceroboh bangunan orang semata-mata nak mandi swimming pool). dan tak selesa, tengah mandi ada lelaki masuk buat muka slenges tanpa rasa bersalah. hoi ini jam perempuan yang guna pool, nak aku benam ko dalam air ke? ok aku tipu, aku tak cakap macam tuu. berlagak ayu sudah walau nama aku bukan ayu, tapi idati.(dengar cerita dulu-dulu mak nak bubuh nama aku ayu..????)
dua orang yang tak tahu berenang tapi masih mahu tunjuk pro dengan menahan nafas dalam kolam 1.2 m.dalam tu boleh lemas. i need CPR. hohoi..~
 gambar masa mandi tak boleh publish. jangan sedih jangan sedih.
muka selepas gigil-gigil, dan tukar baju laju-laju sebab shower tak boleh kunci. kalau ada orang tolak, omaigod omaigod mati lah dia.aku hentak muka 'beliau-beliau' itu pantas-pantas. padan muka.

aktiviti tengahari :
tidur selama 45 minit 26 saat. bangun dan mandi lagi.
muka tak bermaya, belum makan lagi.

aktiviti menyihatkan badan oleh farid.

dah makan = ceria

nak buat cam harajuku girl yang comel-comel tengah minum air, tapi..??? dah rupa orang duk kawasan kemarau tak pernah jumpa air 5 bulan.

hari ni la nak tangkap gambar. kalau hari kuliah ramai orang lalu lalang.

mira suruh letak gambar dia yang ini.

aktiviti petang :
jalan jalan dan jalan. di kuala lumpur ku indah. makan sampai sihat, berjalan sampai arthritis. rindu. rindu sangat.

i make a phone call. 01maxis-nombor utara0826dua kali no aku tak suka.
me            : hello
the person : hello....
me            : tengah buat apa?
the person : baru habis memasak.
me            : (tengok jam. 5.45p.m). memasak?
the person : untuk makan malam. ha, kenapa kol?
me            : emm..free call.
the person : free????
me            : hari jadi dati hari ni la...
the person : eh berapa hari bulan hari ni.
me            : 17 la.
the person : oh ye, lupa tengok kalendar. bla bla bla..hari jadi.bla bla...khatam al-quran.bla bla..ica nak sambut birthday...
me            : ok (-.-"). bye mak.

tahun lepas pun sama macam ni. dah immune.
mak aku yang pakai baju kaler putih.

dan seperti biasa kena telefon encik ikmal hakim untuk bagi tau "oi hari ni hari jadi aku laa...".
dan seperti setiap tahun juga dia akan tanya "berapa hari bulan hari ni?".. (-.-")
dah 6 kali birthday aku reaksi tetap sama.
tak apa, aku maafkan anda.
sengaja aku letak gambar ang ala-ala serabai.(balasdendam) terima kasih buat FB. hahahahaha.
disebabkan aku baik, letak la gambar ang versi poyo ni.bila lagi kan?(sebenarnya aku nak announce ni laaa dia makhluk nama ikmal yang 6x lupa besday aku..hoho)

malam ni habiskan free call dengan gembira. yippie, mulut berkata dengan bisik-bisik romantik kepada laptop(takut rumet terkejut).

dan another thing, aku kan menjadi forever 15.bukan forever young yang hangpa duk bangga2, tapi cuma 15. kenapa?


kerana ketinggian aku tak bertambah lagi sejak aku berumur 15 tahun, pada tarikh 17 oktober 2005.
pada tarikh 17 oktober 2010 ia tetap sama. 15* cm. (T.T)
aku : 4 dari kiri. (cis aku benci 4)--ni masa form 3


ini masa SPM. tengah sewel.
ini masa form 5.

gambar poyo tahun lepas.sekarang punya gambar scroll la atas balik. haha.


semua gambar ini, tinggi aku sama saja. (T.T)

tambah 1 sama dengan dua kosong

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, October 17, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tak tau apa yang eminem buat sempena hari jadi dia hari ni. mungkin dia makan kek, tidur, menyanyi dan tidur lagi. eh korang tau kan eminem sapa, yang nyanyi lagu mocking bird,...tu la. google sendiri sudah.

hari ni jugak merupakan birthday bruce lee, tapi dia dah mati pun, abaikan je.

dan untuk satu angka baru dalam hidup aku, selamat hari lahir ke 20 Idati Malek.

terima kasih mak yang melahirkan 20 tahun yang lepas. kalau tak lahir 20 tahun lepas, mungkin sekarang tak ada kat sini.

tak ada untuk perkara macam ini ;
- hidup gembira dalam famili
- hari raya sebanyak 20x
- pergi sekolah dekat SK Sungai Itek
- masuk Bainun Bestari Bertaraf Dunia
- masuk Matrix Penang
- masuk UKM
- berblogging
- bakal jadi occupational therapist
- ada bf nama ridwan
- ada skuter nama messi
- jumpa ramai kawan

banyak nak list. tapi sangat banyak. sampai tak tahu nak taip apa dulu.

pagi-pagi aku bangun dan nyanyi lagu birthday kat diri sendiri. bahagia betul pagi ni. ok, nak pergi swimming.

Saturday, October 16, 2010

just make your entries friendly.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, October 16, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sementara masa untuk rehat dari menghadap nota-nota cinta dari Dr Rohi ni, aku saja baca blog orang. tak kurang yang post entri bunyi macam "blog aku, suka hati aku".dalam minggu ni je ada 8,9 blog macam tu.

selalu nya dalam entri "blog aku, suka hati aku" ni mereka post la ayat macam "so what, nama pun blog aku takkan kau plak yang nak tolong taipkan. kalo rasa menyampah, sila unfollow blog aku. ni blog aku, suka hati aku laa nak tulis apa, peduli apa kau. aku mencarut ke maki ke, ko kisah apa.".

memang la betul tu blog anda, tapi yang baca tetap orang kan. yang follow pun orang kan. korang taip tu mesti ada rasa nak orang baca..kalo kita nak baca blog orang lain, kita pun pilih ayat yang kita suka.kalo penuh maki,hina,caci dari header sampai ke bawah, susah la, senak hati nak baca. kalo asyik suruh orang tekan 'x' pada blog korang, aku nasihatkan buat jelah blog korang jadi private.

senang kan, tak yah gaduh-gaduh.

Friday, October 15, 2010

Majlis Gayong Perdana 2010 & Sambutan Hari Raya PSSGM KTSN

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, October 15, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tak ada apa. cuma mahu upload gambar masa Majlis Gayong Perdana dekat Ampang masa 2hb oktober tempoh hari.

kalo rasa-rasa muka kami besar bulu roma sahaja, anda boleh picit cursor pada gambar untuk buat muka kami besar macam talam. jangan malu-malu, saya tak nampak pun anda men'talam'kan muka kami.

boleh mula picit.
second year of Gayong KTSN at Majlis Gayong Perdana

mereka comel kan.

srikandi yang tak memakai baju silat pada hari itu walaupun diperintahkan memakai seluar silat. 

muka muka srikandi gayong ktsn 2nd year.

ni aku tangkap sendiri ok.
 waktu ni PM bagi salam pada aku ngan syima...miahahaha...
mereka get ready untuk persembahan
seriusly persembahan silat gayong pada hari tu sangat sangat lah hebat. hoho. i wish to be like them. tapi sekarang ni kena cubit pun 2 minggu tak hilang..oppsiee...lalalala...

bersambung pulak dengan jamuan raya Silat Gayong Gelanggang KTSN UKM KKL 2010 (huh panjang gila title dia....)

cikgu sham & abang padil

sesi mengosongkan bekas ais krim.
 kami 2nd year Gayong menyumbangkan ais krim & roti, tapi last-last kami sendiri yang 'mencekik' ais krim tuu.sedap gila.
srikandi 2nd year versi raya. tak ada warna hitam.
 tahun depan pikah nak pindah kolej lain dah.sedih tau!! rasa nak nangis (konon-konon..hahahaha)
the 3rd year and abg padil

srikanda.

gayong ktsn at jamuan raya

rawrrr....~

Gayong KTSN 2nd year,.....dan anak buah abg padil(in front : two from right)