- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf November 2010 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, November 24, 2010

Finally

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 24, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
THE RULES :)

You are required to answer each questions below by using the title song . No matter how silly it sounds . When your done tag 20 people in this note , and makes sure to tag the person who send you this :')

1. If someone says , " is this okay ? " you says
Maybe - Secondhand Serenade

2. How you describe yourself ?
Zombie - The Cranberries

3. What do you like in guy/girl ?
Secrets - Good Charlotte

4. How do you feel today ?
Stuck - Stacy Orico

5. What is your life's purpose ?
I Just Wanna Live - Good Charlotte 

6. What's is your motto ?
Aku dan Kontroversi - Statik 

7. What do you friends think of you ?
Perfect Enemy - Tatu

8. What do you think of your parents ?
Superstar - Loveholic

9. What do you think about very often ?
Kau Yang Satu - wow

10. What is 2 + 2 ?
4 minutes to save the world - Madonna & Justin T.

11. What do you think of your best friend(s)
Thanks For The Memories - Fall Out Boy

12. What do you think about the person you like ?
Never Be Replaced - 1st Lady

13. What is your life story ?
Dangerous & Moving - Tatu

14. What do you want to be when you grow up ?
Dokter Cinta - Dewi2 

15. What do you think of when you see the person you like ?
Fall For You - Secondhand Serenade

16. What wil you dance to at your wedding ?
Flightless Bird, American Mouth - Iron & Wine

17. What will they play at your funerel ?
March On - Good Charlotte

18. What is your biggest fear ?
Everyday I Love U Less & Less - Kaiser Chief

19. What is your biggest secret ?
Dirty Little Secret- AAR

20. What will you post this as ?
Finally - Fergie

Tuesday, November 16, 2010

selamat cuti

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 16, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hello blogger dan readers semua maaf atas ketidakbolehan meng'update' blog aku. ala aku tau korang nak cakap 'ek eley macam la best sangat blog ko sampai aku tunggu-tunggu entri lu..'.

jadi cuti beberapa hari ini boleh lah tahan walau aku tak buat apa-apa. selamat bercuti semua ya.

kamu semua boleh bayangkan muka aku yang kekusutan di rumah. tak ada connection internet. bye.

selamat menjadi gadis desa.(kepada aku)

Thursday, November 11, 2010

i am L.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 11, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
pada masa-masa yang mengantuk ini, aku nak taip tentang aku yang nak menggatal tapi tak reti.

jadi kita kait dengan L. Loser.

disebabkan aku kurang feminin dan tak cantik macam hanis zalikha, miss lolly dan blogger-blogger lain, memang tersangat lah jarang orang nak mengorat aku. nak cakap 'hai' pun dah kecut sebab muka aku ketat gila macam baru tertelan kapur kasut warna putih tapi jadi gelap sebab banyak daki terkacau bersama.

tapi masa sekolah rendah ramai yang suka.(bagi lah aku nak berangan kejap....) orang suka, maksud aku, cikgu suka. mungkin. sebab aku suka mengadu "cekgu, budak ini buat itu..cikgu, budak itu buat ini.." jadi aku memang adalah dasar kaki retot yang digemari cikgu cikgi. aku suka tunjuk kuasa, sebab aku penolong ketua murid masa sekolah rendah. aku buli orang lepas tu aku buat-buat nangis sambil cakap "cikgu....saya cuma tegur dia sebab bla bla bla, tapi dia marah n pukul saya ..huhuk.."

aku paling suka kejar orang dengan stapler.bila dah dapat, aku stapler stokin dia. mungkin aku rasa puas macam tu.

aku pengawas hitam yang memakai baju kaler pink masa sekolah rendah, muka berbelang-belang macam dam. masa PJ, aku akan pakai tshirt power rangers atau titanic dan rambut tak sikat mahupun ikat..tapi itu tak bermaksud aku jahat, kurang hati perut, hati kering kontang. bukan.....sebab,.. aku lagi teruk dari tu. fikirkanlah.

nanti aku sambung apa itu loser seorang idati...

merepek tanpa guna

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 11, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tadi aku sakit kepala lepas tu aku minum air panas-panas hilang dah rasa sakit dan tahu tak sekarang menderita insomnia. esok nak balik Gopeng, Perak jam 12 tengahari waktu Malaysia.

dan ya, aku tak kemas apa-apa. baju masih tersidai di ampaian.
nota-nota 'cinta' masih bergelimpangan di merata bilik.
pepijat masih berkeliaran mencari mangsa.

aku blank tak tahu nak taip apa.mari layan gambar entah apa-apa.

yang diblurkan tu aku. keh keh keh

kolej tun syed nasir 5 yang banyak pepijat

muka-muka mintak adik2 isi borang gayong

tak mampu lagi berpura-pura jadi normal

dah mula gila.

kami berjaya!!!

road bully pada OKU

Tuesday, November 9, 2010

CONTEST JEJARIKU KREATIF

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 09, 2010 16 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku tahu beliau sudah cukup bersedia untuk apa-apa saja paper, sebab itu beliau buat contest ni.

sebelum itu mari kita describe kan beliau.

berketinggian 150 minus minus sentimeter. berkeberatan plus minus 40 kilogram. dengan muka kanak-kanak ribena, dialah FAZDLINA TAK BEST LANGSUNG. kali ni dia buat contest pasal jari-jari. sebab dia nak promote dia ada jari istimewa, jari alien. hahahahaha.

banner contest
untuk pengetahuan ko, aku tengah miskin sekarang ni faz oi. tak mampu nak beli baju nak pakai kat jari-jari aku ni. aku guna stokin silat aku karang, mau ko termuntah-muntah plak baca entri aku ni karang. haa haa..padan muka kau.

jadi mahu kasi gambar familiar.


jadi itulah dia gambar yang aku pertaruhkan ya. gambar ni masa kita belajar region kat tangan kita untuk Semmes Weinsten Monofilament Test. (betul ke weih???) tangan ko pun ada Faz, tapi dah jadi bayang-bayang je. adil la tu kan. tak ada bias sangat.. wakaka. kami hanya mampu menconteng tangan, tak mampu nak pakaikan baju tau. miahaha.

kalau nak cakap kreatif, silalah cakap pada Kak Fid kita sebab dia yang suruh kita lukis atas tangan. hoho. (nani lukis kat tangan aku tak cantik weih)..kakakakaka.

bersama ini aku katakan, marilah kita ramai-ramai join contest kanak-kanak ribena ni dengan klik SINI

aku tag mereka untuk join. mesti JOIN tau!!!!

DATIN ATIQAH WENK
SYER YANG GOJES
MIRA YANG SUKA DORAEMON
AISHA YANG SUKA MUNCHET
NADEY BERSAMA BIAWAKNYE
AREEN YANG AKU FOLLOWER KE 50 NYA
WANBLURR YANG SANGAT2 LAH BLURR
DOKTOR FATIHAH
ARIFF ZAKY YANG TAK MACHO LANGSUNG
IKMAL YANG BANYAK MAKAN SEMUT
KAK FARIHA YANG X COMEL HAR HAR HAR
TASYA COUSIN KU YANG PERASAN GILA TAK INGAT
MINT YANG BERPUSING-PUSING
ZATY YANG KURUS TAK BERAPA KERING
ILA DALILA YANG SANGAT TAK BERAPA TINGGI

eh. TERkali ganda pulak aku tag. haha.

adakah dia perfect.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 09, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
nurul seorang gadis berumur 17 tahun yang menghadiri sebuah kem jatidiri selama 5 bulan. dia seorang yang comel, baik hati, periang dan disukai ramai. ibu dan bapanya orang berada dan terkenal di ipoh, Perak.

Nurul seorang yang perfect kalau diikutkan. dia sangat cantik dan dia ada seorang kekasih yang sangat kacak, sangat pandai dan sedang belajar di universiti luar negara, nama nya Ali. Ali adalah best student SPM di sekolah mereka dahulu.

Nurul digilai ramai di kem tersebut. Menurutnya, di sekolah, dia hanya berkawan dengan lelaki, kerana perempuan sangat banyak songel. dia adalah pengerusi kelab hoki & taekwondo sekolah dan pernah mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan dalam dua aktiviti ini. Lagi, dia adalah favourite students untuk kebanyakan cikgu.

Realiti kehidupan :
Nurul memang comel. tapi kebaikan hatinya diragui. ibu bapanya bukan orang berada.dan dia tak tinggal di Ipoh, Perak. cerita di atas adalah imaginasi dia seorang.

Nurul tak perfect pun. dia yang menjadikan diri dia nampak cantik. Ali, hanya lah rekaan imaginasi Nurul. Ali memang wujud di sekolah, tapi dia tak pernah pun bersembang dengan Nurul walau sekalipun. Ali bukan student overseas, dia cuma belajar di kolej komuniti. Nurul tak pernah jadi pengerusi kelab hoki & taekwondo sebab dia sangat sucks dalam dua-dua aktiviti ini. Jangan kata mewakili kebangsaan, mewakili kelas pun tak pasti.

Di sekolah juga, dia tidak ada kawan lelaki. sebab lelaki rasa dia macam loser. dia cuma ada beberapa orang kawan perempuan yang bersimpati dengan dia. cikgu kenal dia hanya sebab dia kaki report dan kaki kipas cikgu.

kesimpulannya, Malaysia ni kecil saja. mana-mana kamu pergi, lebih baik jangan menipu.

peace . bukan cari gaduh.

Sunday, November 7, 2010

hari luar biasa yang dibuang masanya dengan biasa

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, November 07, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
beberapa hari yang tak ada mood untuk membaca nota, tapi ada mood untuk jalan-jalan.

dan juga flirting. miahaha!!

ohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohohoho(cuba gelak sepanjang ini kalau boleh, disertai muka kucing gatal).

flirting dengan seorang lelaki,. shh. tak nak cakap siapa. baru sembang-sembang semalam. hee. jangan kecoh-kecoh tau. nanti lelaki tu tau malu laa aku.

aku suka dia. hee. dah lama dah. *blushing terbaik, muka mintak kaki.(jangan bagi kaki kau busuk)

tempoh hari aku baru berangan mahu taip banyak-banyak entri dan juga review blog orang. tapi ketahuilah bahawa janji aku ibarat menunggu mak cik kafe bagi harga ayam satu 5 posen. maksudnya, kau boleh berharap, tapi ayam goreng tak akan jadi 5 posen. tambah-tambah kau sedang membeli sebungkus nasi di kawasan cekik darah yang bernama Kuala Lumpur.

ya, di Malaysia.

jadi cuti sem ini aku tak rasa aku online, sebab aku duduk dekat kaki gunung. gunung tu dah serap semua line broadband aku. orang asli kat atas gunung yang dapat connection sedangkan aku di rumah terpinga-pinga bagaikan kambing gurun tak dapat daun. gurauan yang tak berapa nak gurau.*paanngg pannggs laju-laju.

baiklah sekarang aku dalam fasa(tak habis-habis dengan fasa) mempunyai kegatalan melampau. bukan miang macam nani coursemate aku , tapi gatal-gatal sebab digigit parasit apekebenda entah. kaki sudah parut-parut cantik.

tolonglah K5, bunuh parasit itu. aku sudah mahu gila. kau ingat BioOil tu berkesan sangat ke kat kulit aku.

ya mahu cakap semalam naik Paddle Boat dekat Tasik Titiwangsa dengan harga rm6. sila pergi kalau mahu berseronok tidak sedarkan diri sudah mahu last paper selasa dan rabu ini..

Diiringi perbualan yang sangat loser.....:

Aku   : eh, kita pergi sini tak ajak dorang semua pun.
Nani  : Kita dari kafe terus pergi.
Faz    : ha'ah.
Aku   : habis kalau dorang tanya?
Faz    : jawab lah, 'aku ngan nani tak ada boyfriend,keluar dengan dati jadi lah'..hahaha
Nani  : hahahaha...
Aku   :haha. aku pulak 'boyfriend aku jauh benar, keluar dengan korang berdua jelah..'
tiga-tiga : hahaha hahaha hahahaha (gelak-gelak loser)

anda semua boleh pergi, tak perlu risau pasal baju apa mahu pakai. pakai apa saja kamu mahu. kerana aku pakai baju tidur aku.(t-shirt death note kelabu, cardigan coklat dah terkoyak sikit, tracksuit blueblack dan tudung hitam untuk silat).

warna warni rupanya aku semalam.




lelaki yang aku flirt tu semestinya lah bf yang disayangi, Mohamad Ridwan.

hehe.

silalah berpuas hati

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, November 07, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kau nak tahu.

aku ada laptop sendiri, printer sendiri, handphone sendiri, motor sendiri, dan semuanya aku punya sebab mak abah aku bagi.

semua untuk aku.

kau pulak kata;
"ada laptop pun selalu rosak.
ada printer pun kejap mau kejap tak.
ada handphone pun dah jahanam satu.
ada motor pun second hand, apa barang.
lebih baik jadi aku."

itu kata kau. semua orang kata jadi diri sendiri lebih baik. yea betullah tu padahal dalam hati 'tak guna aku nak jugak' kan. jangan nafikan. aku juga manusia.

kata-kata aku pada kau nak tahu;
kau laptop pun tak ada.
printer lagi lah, kalau ada kau nak cucuk mana.lubang hidung?
kau pun pakai handphone orang.
jangan kata motor, basikal pun kau tak ada.
kau tumpang jugak motor kawan kau yang dah berapa kurun, motor aku second hand ni lagi cantik.

aku ada laptop, aku online guna broadband aku tak susahkan kau sikit pun.
aku ada printer tak payah nak pergi tumpang printer orang kalau nak print atau fotostat apa-apa.
handphone aku satu rosak, kawan aku baik. bukan macam kau. dia bagi aku pinjam handphone dia.sebab dia ada tiga.
motor aku boleh jalan mana-mana sebab aku guna duit aku isi minyak. ada aku mintak kat kau?
jadi hidup aku sederhana tapi bahagia.

kesimpulannya, silalah berpuas hati dengan hidup sendiri. ya.

hah bagus.

Saturday, November 6, 2010

Pertandingan 'Header' Tercantik Kali Ke-2

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 06, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

haha macam la cantik benar header aku. tapi hari ini suka-suka mahu join contest ini. kalau nak join klik sini lah.

syarat pun ada

1. Buat post mengenai pertandingan yang aku buat ni.
2. Pastikan gambar2 dalam post pertandingan ini ada dalam post yang akan korang buat.
3. Letakkan link pada post korang untuk terus ke post pertandingan ini.
4. Tag 3 orang kawan korang supaya diorang tahu akan pertandingan ni...
5. Hantar email kepada : alienelliz@yahoo.com
Pastikan korang hantar nama, no. tel, dan laman web blog korang.

lebih kurang macam tu laaaa


di sini aku mahu tag :

SYER (hahahaha..header2..)

AISHA
MIRAMON.

the 50th

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, November 06, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
terima kasih kepada blog Areen dan Segalanya kerana memberikan award ini kepada Blog Hutan Kabut sempena menjadi followers yang ke-50.

semoga blog Areen dan Segalanya terus maju jaya.hoho

Thursday, November 4, 2010

masa terbaik kita.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 04, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kisah lama adalah kisah lama. aku sendiri ada.kadang-kadang masa kamu hadapi ia kamu tak sedar ia kan jadi sebahagian kenangan dalam hidup kamu.kamu tak sedar ia akan beri impak pada insan yang lain.

aku tahu itu.

"pertama kali jatuh cinta, dengan kali pertama jatuh cinta bersungguh-sungguh adalah dua perkara yang berbeza. sekiranya aku diberikan peluang, aku mahu beri insan terbaik yang aku pernah jumpa dengan kategori kedua".

rupanya dah lama.
dah lama aku bagi kan nya.

aku lebih bahagia sekarang. aku baru sedar hakikat itu.
kita boleh hidup dengan menyimpan kenangan dahulu,
tapi masa sekarang adalah masa terbaik kita.
pilihan terbaik kita.

maaf atas kesilapan kata lalu.
i feel bad. kerana masa lepas itu pedih.

daripada 100, sedih itu hanya 1. bahagianya 99.
tak mungkin kisah sekarang akan lumpuh. aku baru sedar semalam.
ya, semalam. pukul 2.00 pagi.

dedikasi buat mohamad ridwan dan noratiqah shaharin.

MY FIRST GIVEAWAY :)

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 04, 2010 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini rajin untuk GA. hebat kan?

jadi ini dari Aliya's Craft. siapa-siapa mahu beli apa-apa craft boleh tekan SINI.

yeah.

semoga aku berjaya. :)

untuk join klik .http://aliya-craft-zone.blogspot.com/2010/11/my-first-giveaway.html

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 04, 2010 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
ini dari blog EVERYTHING IN MY MIND. tujuan dia buat GA ni adalah sebab dia newbies dalam blogging jadi mahu tambah-tambah kenalan blogger.

its a good opportunity kan. bagus idea dia, aku tak terfikir pun tau.

well.
serius sangat kiut kan?
jadi siapa mahu join klik SINI ya.

25

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 04, 2010 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
1. aku secara random nya bergerak umpama particle collision macam kita belajar fizik. nak tahu kenapa? sebab aku suka langgar apa-apa sahaja semasa aku berjalan. tak kira dinding, vending machine mahupun kereta yang tengah parking.

2. binatang di air yang aku takut adalah buaya. setiap kali lalu tempat yang ada air, mahupun lopak air sekalipun, aku akan tanya mak aku "mak, ada buaya tak?". sampai umur 20 pun masih macam tu. jadi bayangkan selama 20 tahun, berapa banyak lopak air aku lalu, dan berapa banyak kali mak aku kena tadah telinga dengar aku tanya.

3. aku tak suka nombor 4. aku selalu cakap ni.

4. ic aku mula dengan 90. ia bermakna siapa-siapa lahir tahun 1989 dan ke atas, korang lebih tua dari aku.

5. aku gayat jadi pembonceng motor. tapi aku suka bawak motor laju-laju tanpa fikir pembonceng aku tengah pukul-pukul belakang jerit banyak kali "jangan laju jangan laju jangan laju la pekak".

6. 1 lagi binatang yang aku tak suka ialah sesuatu yang tak bahaya macam buaya, tak mengejar pun. tapi aku boleh menjerit walaupun aku tahu ia tak mungkin kejar. nama dia siput babi. opps tercarut plak babi. lagi sekali ba**..tuut. (banned, banyak mencarut je blog ni)

7. aku susah ingat nama orang.

8. orang pun susah nak ingat nama aku.

9. aku ada helmet kura-kura. bayangkan aku pakai.
 
10. aku ada lesen P, ia stands untuk Pelempang jika kau kacau aku.

11. dulu aku kurus keding, lepas mak aku bagi appeton weight gain, berat aku tak nak turun dah.

12. aku guna celcom beoadband. dan waktu  ini ia sudah sampai limit kerana hari tu aku download banyak sangat.

13. aku ada dua henfon, tapi satu jahanam sudah.

14. aku ada kucing nama yayai yang sangat-sangat aku sayangi, dan ia dah  mati 6 tahun yang lepas.

15. aku buta IT.

16. boyfriend yang disayangi = mohamad ridwan :)

17. allergic rumput basah.

18. kebolehan aku ialah tiada kebolehan

19. hobi aku ialah membuang masa.

20. makanan kegemaran aku ialah yang aku suka makan.

21. aku selalu cakap dengan fon berjam-jam.(korang rasa dengan sapa?)

22. aku boleh menghabiskan masa lapang dengan tidur sahaja, apetah lagi masa sempit.

23. dulu aku takut dengan lelaki yang tinggi.(lebih tinggi dari abah aku). haha. sekarang?? >.<

24. aku dah tak duduk rumah selalu dari form 1.

25. aku gembira dah sampai no 25 ni!!!!!!!!!!

benda ni ramai tag aku. jenuh tau.

Contest Mimik Muka MENARIK!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, November 04, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tahun lepas aku rasa aku kurus sikit dan tahun ni aku rasa aku gemuk banyak.

jangan tanya kenapa.



sebab aku memang nak cakap kenapa. sebab aku bahagia dengan orang dalam entri ini. dia buat aku gembira tengok makanan lalu makan sampai tak boleh gerak kecuali upper limb yang dimobilitikan untuk bergerak menyuap makanan. sebutkan kinesiological analysis yang terlibat. (ok ok aku rasa pening tengok soalan exam ni)

banner contest dengan model nya yang kiut :)
sebenarnya mahu join contest tapi sudah melalut-lalut di atas. mintak maaf cik cikin. ni faz yang 'tinggi' tag aku.

ok berbalik kepada banner di atas itu, ia tentang mimik muka yang menarik. diulangi, menarik. bukan hodoh.(ok aku terasa gila).

aku ada masalah dengan kamera sebenarnya. zaman dulu-dulu hasil gambar dari kamera yang pakai filem gulung-gulung tu sangat menghampakan aku.

sebab aku sangat hodoh. aku tak tahu. sekarang ada digital kamera, dslr dan mak nenek sebagainya mudah sahaja. tangkap-tengok- eh hodoh gila - delete laju-laju(jangan bagi sesiapa tahu aku pernah sehodoh itu)...

atau, tangkap - tengok - wow kiut gak aku ni - upload facebook - tag semua orang- tunggu orang komen depan FB tak kelip-kelip, 'kiut nyer','wow hot la kau', 'gf sapa ni' atau sebagainya - balas 'eh pandai je ko nih', 'ala tu tak sengaja je comel', 'hihi malu laa i' - walau dalam hati berbunga-bunga tahee ayam belanda.

hah merepek sudah. mintak maaf cik cikin yang comel seperti bunga ros di waktu pagi dan bunga kemboja di waktu malam(bunga kubur paling popular).

ok ok main-main. (sikit lagi aku nak kena disqualified)

gambar yang dipertaruhkan
ni gambar kat dinner course tahun lepas. selalu orang nak buat pose menggoda sebagainya, tapi kami punya pose menggoda akan berakhir begini.(perkara normal untuk kami). rasa muka macam ni menarik. nak tau kenapa?

sebab hari-hari kami buat muka macam ni. (dekat dalam FB yang comel lote gilaa cam tapak kaki kucing tu bohong semata). jadi jangan terkejut jika anda blind date dengan salah seorang di atas kerana mereka memang sama seperti gambar di atas.

tak tipu langsung.

siapa-siapa nak masuk contest juga mari klik SINI.!

nak tengok cik cikin sapekah? klik jugak lah atas tu.

jadi mahu tag tak lain tak bukan :

SYER (jangan bagi gambar cun, hang wat spastik sket)

DATIN (wat ja muka biasa hang, dah boleh dah post.haha)

NADEY (aku tau ang terer wat mimik muka yang kemek)

p/s : nak tau tak. aku rasa gambar aku bubuh ni sesuai untuk contest mimik muka huduh.

Wednesday, November 3, 2010

zaman kurang bijak yang cuak

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, November 03, 2010 5 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
ada tadi aku baca entri zaman kanak-kanak. memang seronok kan buat benda agak-agak kurang bijak di situ semasa zaman tak tau apa itu matang. apa itu couple. apa itu dating. apa itu final exam. apa itu broadband. apa itu assignment. apa itu kerisauan terhadap kegemukan.

sesungguhnya aku tak banyak fikir masa zaman kanak-kanak. masa aku umur 14 tahun aku sebut 'couple' tu kupel. sebab aku tak pernah dengar apa benda tu.

padahal kawan yang sebaya aku dah 12 kali tukar kupel(couple) masa tu. macam salin baju je kan.

kau nak tau bila aku pergi sekolah menengah semua orang asyik nak cakap "ape lah ko ni tak matured langsung"(dengan muka bajet matured lebih) pada aku yang baru lepas lari-lari sambil tepuk tangan kegembiraan.(faham tak maksud aku?)

aku tak mau cakap la apa dia benda mengarut aku buat sebab banyak sangat. korang kena berdoa supaya tak dapat anak perangai pelik-pelik macam aku. aku kagum lah dengan mak abah aku. sampai sekarang masih jaga aku yang tak tentu hala ni. (macam ni mesti lambat mak aku bagi aku kahwin)

di mana tadi?

oh.

jadi masa aku bermuda (berumur = tua sangat) 9 tahun macam tu, aku sangat takut tinggal dalam rumah sorang-sorang walaupun waktu siang(malam apetah lagi). aku takut nak masuk dalam rumah. kalau ada teman sorang je, aku akan ikut mana dia pergi. sampai ke lubang cacing pita pun aku ikut.

macam kakak aku. ke mana sahaja dia pergi dalam rumah tu aku ikut. masa tu toilet kat rumah aku letak kat luar(aku rumah kampung). kakak aku sakit perut.

dan aku tak sakit perut.waktu itu siang terang-benderang lagi bersuluh.

aku ikut mana dia pergi,
dia laju aku laju,
dia berlari aku pun berlari,
dia tiba-tiba perlahan aku cakap dia siput sedut.

sampai depan pintu jamban dia cakap "takkan dalam ni pun ko nak masuk".
"ah aku tak kira aku takut la!!!"(dengan muka gelabah biawak)
agak lama pergaduhan di depan pintu jamban, 15 minit.

ya, 15 minit di depan pintu jamban yang tua semata-mata ada escort tak diundang mahu ikut masuk.

dan akhirnya dia debik aku sebijik lalu tutup pintu laju-laju.

dah la pintu jamban tu uzur gila, aku pulak ketuk-ketuk bagai nak gila.
susahkan jadi pintu jamban kepada keluarga yang ada anak penakut macam aku.

kesimpulannya, jangan ajar anak-anak jadi penakut. habis pintu jamban rumah korang nanti.

Tuesday, November 2, 2010

selagi mentari menyinarkan cahaya,selagi itu kau masih comel.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 02, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
berhati-hatilah bagi orang yang anti dengan perkataan comel, kiut atau idati  cute.
mentari. comel.

apakah significant nya comel dalam hidup aku?

aku rasa aku comel ok aku tipu
aku dilahirkan dalam famili yang comel, di sebuah rumah yang comel, pada tarikh yang comel. kerana cuaca sangat comel pabila mentari menyinarkan surianya pada pukul 3.15 petang, suara tangisan aku yang comel kedengaran sudah.

sekolah rendah dua blok yang comel itu menyaksikan aku yang comel masa umur 7 tahun, jadi terkurang comel bila dah 12 tahun. dah hitam.

bila aku sekolah menengah, aku makin tidak comel. tapi aku masih mahu buat-buat comel. sampaikan kucing tepi longkang pun aku bagi nama 'comel' supaya orang take notice orang yang panggil2 kucing tu pun comel jugak. sama comel macam papadom baru goreng. geram, rasa nak kunyah-kunyah dengan kari.

atau sama comel macam kasut crocs saiz kanak-kanak.

bila tengok skuter comel dulu-dulu rasa nak beli satu, supaya aku boleh kata 'aku ada skuter comel' tapi sekarang aku cakap 'aku ada skuter step yang comel'. itu lebih bagus kan?

sekarang aku tengok kawan-kawan aku makin comel kenapa aku tak. aku pun hairan. aku Google petua untuk jadi comel, dia suruh buat pembedahan plastik.

mana aku ada duit, sapa la yang 'comel, bijak, dan bergaya' yang bagi idea terlalu kurang comel tu.

antara barang-barang aku yang comel ialah, thermos, mug, selipar toilet, bantal peluk, stokin, kotak tisu dan sebagainya.

dan benda paling comel yang aku suka ialah lelaki yang comel.
macam ni,


Dear yang comel. >.<"

kiut tak kiut tak dish! dish!
comel gila lah!!

Who Wants To Be Review Secara Tak Professional

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, November 02, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku nak buat review blog.

sape nak aku buat review pasal blog dia.

hahahaha....boleh cakap sini. free je.

sebab mulai esok aku ada sedikit sebanyak masa lapang(selama seminggu), jadi aku mahu mengarut-ngarut pasal blog yang best.

tapi mula-mula aku akan start dengan kawan-kawan aku dulu, (siaplah hang pa semua!!!) ye bebeh!!!

hehehehehehehe!!!!!!!

(tiba2 terasa tiru Ben Ashaari..ouh lalala.dan blog aku tak la bagus mana pun kan kan kan)..

yang penting aku bahagia, boleh share dengan ko, ko ,ko , ko...korang semua lah!!!

lalalala lol ok aku tengah wenk nak paper esok ni wish me luck miahaha babababai...gila dah gila dah (sambil gigit-gigit sudu buat muka spastik yang matanya separuh tertutup)...!!