- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf December 2010 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, December 31, 2010

Pertandingan Video, Hadiah Hebat ! - Fiesta Technopreneur KTSN Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus KL

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, December 31, 2010 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur sedang mengadakan Fiesta Technopreneur.




Dengan itu, kami buka penyertaan kepada semua warga Malaysia.

details sila rujuk bawah (details yang betul)

Syarat - syarat :

1 ) Hasilkan sebuah video.

Tema      : Magical World of ICT
Duration : Maksimum 5 MINIT
Format  : Bebas

2 ) Yuran penyertaan : RM 5 sahaja (dihantar melalui wang pos sebelum atau pada 5 Januari 2011).

Hantar ke nama dan alamat :

Muhammad Urwah Bin Abdul Muin
D301, Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur,
53000 Kuala Lumpur.

3) Video boleh dihantar melalui 3 cara :
i.    Hantar melalui e-mail : sponge_boyz_2468@yahoo.com
ii.   Upload Youtube dan hantar link ke : sponge_boyz_2468@yahoo.com
iii.  Upload dalam Facebook dan hantar link ke : sponge_boyz_2468@yahoo.com

4 ) Sertakan nama penuh, alamat rumah/tempat belajar, nombor telefon.

5) HADIAH!


Tempat pertama : Barangan bernilai RM 100
Tempat kedua    : Barangan bernilai RM 60
Tempat ketiga    : Barangan bernilai RM 40


*Barangan seperti speaker berjenama, pendrive, headphone dan lain-lain ditawarkan bagi pemenang. Kami mencari 3 video terbaik.


6) Sebarang pertanyaan :


Muhammad Urwah Bin Abdul Muin  (Medic/2)
013-9990862
sponge_boyz_2468@yahoo.com

7) Tarikh tutup penyertaan :

5 JANUARI 2011 (RABU) jam 11.59 P.M

8) Hadiah akan diberikan melalui postage.

SELAMAT MENCUBA! SEMOGA BERJAYA MEREBUT HADIAH HEBAT DARI FIESTA TECHNOPRENEUR KAMI!


Thursday, December 30, 2010

Updates : CONTEST GAMBAR PALING CHILL 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, December 30, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Seperti yang aku tulis pada entri CONTEST GAMBAR PALING CHILL, tarikh akhir bagi contest ialah 31 Disember 2010.

Jadi, CONTEST AKAN DITUTUP pada tarikh 31 Disember 2010, JAM 11.59 PM. (orang DAH sambut New Year tu, dah tutup laa).

It means, ESOK. Silalah join kalau belum, mana tahu ini tuah anda?

Maafkan daku atas keskemaan entri ini.  :P

rasa gambar ini chill tak?? peserta contest aku memang hebat-habat semuanya,...aku pun kalah..ouh.. :(
senarai peserta yang join ada dekat menu bar.(atas tuu)..

Kenapa aku nak rasa nak mencarut walaupun sedang pakai baju kurung dan buat muka skema.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, December 30, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
1 - driver bawak kereta dekat simpang yang tak tengok kiri-kanan terus keluar, dan aku hampir terkorban di atas skuter aku.

2 - lelaki bawak kereta dekat lorong sempit tak boleh potong, gf ada kat sebelah. bawak kereta cam siput sedut, tengah syok sembang baikk punya sampai tak sedar aku & skuter aku nak potong. hari sedang mulai hujan rintik-rintik.

balasannya? hah   hah   hah....

 "woi cepat la, nak hujan ni, tak sedar ke??!!mentang-mentang kau ada bumbung kereta. motor aku tak ada BUMBUNG macam ais krim walls !!!!" sambil potong dan buat muka alien terbakar kaki.

3 - orang gila bawak kereta yang tak tau kat mana u-turn sebenar. tolong la pergi kelas memandu balik.

4 - drebar lori yang bukak tingkap nak 'suit-suit' (sejenis bunyi-bunyian yang kadang didengari miang) orang naik motor masa tengah hujan.

5 - bas yang semakin melajukan dirinya untuk pergi apabila aku menahan beliau di bus stop. kurang ajar kau bas.

6 - monorel yang sesak di samping bau ketiak yang menjulang-julang di depan muka. oh God.

7 - kereta yang suka hon secara tiba-tiba walau aku tak salah apa. lepas tu nak buat muka kerek. aku tau kat motor aku ada sticker P. tapi ia stands for "Pelempang". anda akan dapat pelempang dari aku jika hon. MANSUHKAN HON! AKU BENCI HON! HUTAN KABUT BENCI HON!!!pin pin...arghhh aku benci gila.

 'kling kling' yaaa itu aku sukaa. bunyi orang jual ais-krim kon kat kampung.

8 - mat rempit yang ajak bersembang di saat-saat aku nak ala-ala merempit balik kolej di atas motor. lagi aku laju, lagi dia laju. dia nak ajak aku race sekali sambil hisap rokok yang berterbangan di muka aku. grrrrr.......(terasa nak tendang lelaki tu sampai jatuh dari motor dia. dish!! dish!! ketepek <--bunyi jatuh).

9 - ada kucing tak guna dah cakar-cakar seat motor aku 'krrr krrr krrr' lalu membuat bunyi manja-manjaan. cair.

10 - makanan kat kedai yang tak sedap, sikit dan mahal gila. ceh kedekut lah kau kedai! aku masak lagi sedap (tak tahu sejak bila pandai masak..)

Tuesday, December 28, 2010

Sekadar Memori ; Sekolah Menengah 0307

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, December 28, 2010 11 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku skip kan dahulu cerita sekolah rendah yang aku kata dalam cerita tadika aku dulu (ayat macam kaf lam ya nga).

selepas darjah 6, aku masuk ke Bainun High School (ni nama canggih dia).

Profil sekolah :
Nama sebenar      : SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Nama manja         : Benon
Nama lebih manja : SERABAI (SEkolah RAja BAInun).
Nama penghuni    : Putra Putri Bainunian @ Putra Putri BUNIAN
Lokasi                  : Manjoi, Ipoh.
Keistimewaan       : Mempunyai sebuah bas yang menggunakan air-cond semulajadi, membela ikan di kolam
                              sains, para pelajar 1 kaum kecuali ada 2 yang sedikit lain.
SERABAIku sayang yang sring dilekatkan di tudung guna double sided tape.
Jadi pada 13 Januari 2003. tayar kereta aku bergolek-golek membawa aku ke dalam pekarangan sekolah melalui pintu gerbang yang sempit itu untuk mendaftar di atas kertas menggunakan pen.
BAINUN BESTARI BERTARAF DUNIA
nama pun hari pertama di sekolah berasrama, memang konfem akan jumpa muka skema.(termasuk aku lah tu). budak lelaki rambut nak sikat tepi je kan, ada la sikit buat rambut macam gay. (you gay, you sucks not i'm gay, i'm okay). tak kurang yang ada perm semulajadi.

selepas daftar dan makan kuih percuma, aku pergi koperasi  beli t-shirt sekolah. aku ingat lagi t-shirt tak ada saiz,paling kecik saiz L. mak aku kata tak kisah sebab aku memang suka pakai t-shirt besar (yeke? sebenarnya aku suka t-shirt koyak). sebenarnya mak aku malas nak fikir tu sebab mak aku tahu aku tak kisah pun.

budak umur 13 tahun masa zaman aku bukan macam budak umur 13 tahun zaman sekarang. zaman aku pakai baju selebet gila, sekarang budak 13 tahun sama vogue macam dewi Remaja. semua nak macam Hanis Zalikha, ye lah semua pun dah jadi blogger kan? aku masa tu kalau cakap Friendster pun tak tahu apa dia. Kamera digital pun tak reti guna. Paling canggih walkman lah.

Perkara paling aku suka masa umur 13 tahun adalah buku cerita dongeng atau cerpen yang dipinjam dari library.

Perkara budak 13 tahun sekarang paling suka ialah baca majalah Remaja dan sebagainya, SMS, Facebooking, blogging bagi yang ada dan dating sama ada sembunyi-sembunyi atau tak reti sembunyi langsung.

Kau tengok betapa advance.

Jadi, selepas meninggalkan aku dengan muka spastik di dorm B7, mak aku pergi makan tengahari dengan abah aku kat luar manakala aku pergi makan daging liat dekat dewan makan. masa tu aku nampak Betty yang aku kenal sejak darjah 3, tapi aku takut dia sombong. sebab dia sekolah dekat SK Gopeng(dekat pekan) dulu dan aku SK SUNGAI ITEK(konfem-konfem kampung). tengok muka sememeh aku dah tahu.

Profil Betty :
Nama Sebenar : Fitri Nur Adiba
Nama psiko     : Betty (bersempena rambut maggie macam Yo Soy Betty La Fea)
Cara kenal       : 1 tempat tuisyen masa darjah 3. (aku dianaktirikan di situ sebab selekeh gila)
Karakter          : Suka nganga-nganga, emosional, baik hati, poyo-poyo, cakap tak habis.
ada lagi tak macam betty. spek sudah kasi buang...piunng!

ya, itu kali pertama nampak Betty di SERABAI. seminggu orientasi ada cuba cakap dengan dia tapi dia mungkin pura-pura busy sebab nampak aku si sememeh. pedulikan dia.

kita skip minggu orientasi yang membosankan kecuali beberapa part.

Hari Minggu selepas orientasi, pelajar tingkatan 1 tak boleh balik sebab SERABAI memang sengaja nak dera kami daki Gunung Klebang. selepas sakit-sakit kaki dan berjumpa 'budak muka paling rasa nak bagi kaki' iaitu Syah, kami baru masuk kelas untuk 'exam-oriented education'.

Bagi aku yang sekolah kampung tak berapa besar,(tak ada tingkat-tingkat, cuma dua blok utama, satu kantin, satu surau, satu makmal, padang dan yang basic) aku agak jakun sampai kat SERABAI. sampai sesat-sesat dalam tu. mula-mula seronok jumpa tangga, lepas tu nak menangis naik tangga.

ada dua kali aku salah masuk kelas :P ;

1 - kelas aku tingkat 4. nama nya kelas 1R. di sebelah kanan adalah 'kelas paling skema dalam batch' iaitu 1S dan di sebelah kiri adalah kelas 1P, iaitu 'kelas paling poyo dalam batch' (jangan marah weih aku gurau-gurau hahaha).dan 1R? kelas paling setan dalam sekolah.

bukan nak cerita berapa banyak kesetanan yang terjadi dalam kelas aku, tapi pasal kesesatan aku.

satu hari dalam minggu pertama belajar, aku pergi toilet sorang-sorang.(aku dalam kelas pun duduk sorang, row paling belakang ; kena pulau sebab nampak macam freak kot haha). masa aku balik, aku nampak sorang budak lelaki ni baru balik toilet. aku rasa dia budak kelas aku, terus je aku ikut tanpa fikir panjang-panjang tapi pendek-pendek saja.

sebaik aku ikut dia masuk dalam kelas, ustaz tengah ajar. aku pergi tempat duduk aku tapi kenapa lelaki yang duduk? aku cuak terus keluar ikut pintu belakang dan masuk kelas aku yang rupanya kat sebelah tu.

tak ada sapa tanya aku pergi mana; tak ada sapa tahu aku dah termasuk 'kelas paling poyo dalam batch' tu.

aku kan duduk sorang dan teruskan perangai freak aku iaitu melukis gambar bulatan yang disambung-sambung sambil kerutkan dahi (amaran jangan dekati aku).

2 - masa aku pergi kelas Kemahiran Hidup(KH), sekali lagi aku terikut kelas yang salah. aku terikut 'kelas paling poyo dalam batch' tu lagi. masa aku duduk tiba-tiba budak perempuan kelas tu cakap "eh idati, ko bukan kat kelas ni".

malu?

mesti la.

lepas tu aku tawaf satu sekolah nak cari kelas aku, dan rupa-rupanya kat sebelah tu je. ceh. nasib baik 'Cikgu Paling Garang Dalam Sekolah tapi Paling Baik Sebenarnya' dalam sekolah tak marah.

aku meneruskan kehidupan. (macam baru lepas putus cinta je). tak dapat nak meminati sesiapa, sebab semua nampak dewasa. aku suka kanak-kanak. boleh main lari-lari. boleh main satu lubang tikus. boleh main wrestling tanpa segan silu.

tak disangka-sangka, aku berkawan baik dengan 'budak muka paling rasa nak bagi kaki' yang aku jumpa masa orientasi dulu yang bernama Syah.

Profil Syah :
Nama sebenar : Syahirah Abu Bakar
Nama Macho  : Syah
Nama Manja   : Oggie (Oggie and The Crocoaches)
Cara kenal      : Tiba-tiba kenal + classmate
Karakter         : Gadis maskulin yang suka gusti lengan, suka buli Betty, gelak dengan misteri.
dah ubah jadi ayu plak ha...
Kesetanan yang dilakukan dengan Syah, banyak. cerita sikit-sikit(nanti kena tangkap dengan warden). kami panjat siling kelas,pergi ikut aktiviti sekolah kat luar lepas tu balik lewat-lewat dan tak lupa, lepak kelas bawak walkman.ohoho jahatnya la sangat.(tiba-tiba).

sekarang syah dah jadi feminin gila. banyak skandal tu.

yang part selalu buli Betty tu, aku pun involve sebenarnya. hehe. ouh aku ada lagi kawan yang belum dikenalkan.

Profil Mira :
Nama sebenar  : Noor Amirah Azelan
Nama kejam    : Babanuk, banuk
Nama bayi       : Baby
Cara kenal       : Classmate yang suka Linkin Park
Karakter          : Sangat suka Chester Linkin Park, suka lagu BI, suka makan, suka tidur.
gambar kali kedua publish.

Mira, pelajar pandai dalam kelas. tak banyak buat jahat dengan dia. banyak menyanyi je.banyak kali gaduh lepas tu buat tak tahu je. memang perkara normal. kalau nak makan, ajak dia.

selepas pendaftaran second intake,dapat kawan baru lagi. mereka sangat rapuh untuk dibuli, aku suka. tapi bukan aku yang buli, orang lain. aku kan 'baik'.

Profil Ikin :
Nama sebenar : Noor Asyikin Zamri
Nama tipu       : Siti Nurhaliza (kan aku dah kata tipu)
Nama dikerat  : Ikin
Cara kenal      : pemberontakan yang dilakukan apabila dibuli di kelas (mimik muka sememeh)
Karakter         : Mengada-ngada, emosional, excited, atlet, suka lagu-laguan, paranormal.
gambar zaman tuk kaduk
tak lupa classmate yang merupakan dormmate yang juga townmate.(apekah?)

Profil Jiro :
Nama sebenar : Nur Ajeera Isa
Nama manja   : Ira
Nama macho  : Jiro
Cara kenal     : Tengok nametag orientasi yang besar gedabak lalu seronok sebab dapat dormmate baru.
Karakter        : Emosional, gelak unik, si pembenci katak, suka bergaya
jiro dan adik angkatnya, Arif.

selalu balik Gopeng sama dengan Jiro, sekarang tak boleh dah. sila lah bersedih menitiskan air mata palsu guna eyemo. minyak angin pun boleh.

jadi cukup korum; idati, syah, mira, jiro, ikin. (penghuni kelas paling setan dalam sekolah).

sejak dari itu kita terus kawan sampai sekarang. cuma syah yang pindah masa form 4 dan perubahan mendadak apabila menjadi begitu ayu dan scandalicious sekali. (apakah?) walau apa pun muka merah beliau tak dapat diubah. kemenggatalan juga di tahap yang sama, iaitu di tahap yang tidak dapat diselamatkan.

back then kita selalu poyo-poyo bersembang nanti dah besar jadi apa walaupun masa itu aku kira kita semua memang besar-besar kecuali Ikin. sekarang Syah pun sama.

Aku ingat aku selalu tanya Mira, agak-agak nanti aku jadi apa? Mira dah banyak bagi jawapan, termasuklah dia suruh aku jadi orang gila. aku ingat. aku ingat tu, mira!

PMR. oh. baru aku ingat, kita study sama-sama. aku dengan Ikin masuk kelas pemulihan untuk sejarah. terbukti aku dengan Ikin memang suka buat sejarah sendiri. sebab itu cikgu sampai tak tahu kat mana nak bagi markah.

Bila gadis maskulin itu pergi MRSM, datang pulak Farah Si Pembenci Cicak, mungkin boleh anggap sistem barter. (berjaya aplikasi perkataan dalam subjek sejarah yang aku telah gagal). eh tapi bangganya aku nak cakap aku dapat A dalam sejarah masa PMR.(hidung kembang-kempis)

Profil Farah :
Nama Sebenar    : Nur Farah Wahida
Nama ketot        : Farah Loklak
Nama adik         : Farah Wahiba
Cara kenal          : Dormmate yang pada mulanya innocent dan homesick lalu bertukar menjadi gila.
Karakter             : Suka buat muka pelik dan sangat benci cicak. cepat simpati dan emosional.
caption FB farah : 'nampak kurus pulak gambar ni'.
Dulu aku yang tegur Farah dulu, ingatkan innocent. Lepas tu baru aku tahu, perangai dia lagi freak dari rupa dia.Bila dia rasa seronok, dia akan sangat 'seronok'. ok aku tak dapat terangkan di sini. kalau jumpa dia in-person buat kali pertama, boleh lah membawa alat pengesan makhluk freaky.

aku gerenti alat pengesan tu berbunyi paling kuat bila korang halakan pada muka dia. (tak percaya boleh cuba). kedua kuat pada muka Ikin.

Kita belajar sampai pitam kat SERABAI ini. kita kutip memori banyak-banyak supaya boleh aku buat bahan taip entri ini. ya, yang penting pasal annual dinner kita, aku sangat tak pandai make-up.

Dan yang make-up kan aku ialah juniorku, Nana yang baik hati. (kesian betul senior ni kan). korang semua nak vogue, aku muka sekupang. ya sangat malu lah bila tengok balik.

semua orang pakai kasut cantik-cantik, tudung cantik-cantik.
aku pakai kasut raya 2 tahun lepas.
tudung pula buat sistem barter sementara dengan junior.
kesian pun ada.

Selepas SPM kita graduate dari SERABAI. memilih jalan yang berbeza.

so here we are now.

FUTURE OCCUPATIONAL THERAPIST from UKM, IDATI.
FUTURE ACCOUNTANTS from UiTM SRI ISKANDAR, SYAH THE OGGY.
FUTURE ENGLISH LECTURER from UM, IKIN.
FUTURE ENGINEER from UTM, JIRO.
FUTURE BIOMEDICAL SCIENTIST from UKM, Mira.
FUTURE FORESTRY RESEARCHER from UMS, Farah Si Pembenci Cicak.

sebenarnya banyak lagi yang hidden, tak tahu nak taip mana dulu.

Monday, December 27, 2010

Monologue Date Berganda

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, December 27, 2010 7 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hari ini bertarikh 27 Disember.

jadi semalam 26 Disember. (untuk yang selalu lupa tarikh)

dalam dunia ni ada 4 jenis manusia mengenai hari dan tarikh.

Jenis 1 :

Malek  : hari ni berapa haribulan?
Syima : 17 Oktober 2010 bersamaan 8 Zulkaedah 1431, hari Ahad.

Jenis 2 :

Ipin  : berapa tarikh hari ni?
Pika : aku tak tahu yang pasti hari ni hari rabu.

Jenis 3 :

Murni  : hari ni hari apa?
Muiz   : hari? entah. tarikh tahu la.

Jenis 4 :

Memey : hari ni hari apa, berapa haribulan?
Farid    : esok ada kuliah, (maksudnya tak tahu dua-dua).


sebenarnya bukan nak cerita pasal tarikh. it's about yesterday. yeah tak tahu berapa gedik cara aku taip tapi sila lah jangan muntah tanpa plastik beg di sisi.

it's my first double date. anda baca 'tarikh dua kali ganda'. aha! berjumpa dengan Mohamad Ridwan di samping pergi bersama Jeri dan Nur. (promote nama, yeay yeay).

no candle light dinner or candle light lunch kerana ia sungguh tipikal. ia satu date yang seronok selain kerana ada yang hampir tersepit di pintu monorel di samping seseorang meletakkan pasangannya di kejauhan apabila pintu monorel memisahkan mereka. (mesti kena nanti ni..haha).

aktiviti pada hari itu ialah makan, jalan guna kaki, buat lawak sambil berjalan, sembahyang, naik monorel dan sebagainya, pergi Aquaria tapi tak nak masuk, minum air, tengok pemandangan, transfer gambar dan naik motor. it's perfect.

mari lihat gambar untuk bersama-sama menghayati.



sedikit blur. bukan salah ibu yang mengandungkan anak yang tangkap gambar ini.


Aquaria yang menghasilkan penat lelah berjalan kaki tapi tak nak masuk sebab tak berbaloi.



gambar di crop untuk effect kurus.



SATU
(LET US SING THE NATIONAL ANTHEM, NEGARAKU, 1,2 ,3....)


DUA

jalan-jalan di atas jalan sambil tersenyum gumbira
what else should i say. I'm really happy (senyum sampai telinga).

Sunday, December 26, 2010

Kebangangan Yang Jelas Nyata Di Depan Mata

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Sunday, December 26, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
hei ho maaf sedikit emosional di entri ini, tapi ini satu medium untuk aku luahkan. aku tak tahu siapa take notice in this. menulis kerana kecewa, untuk tatapan.

coursemate aku Ecot dan Pikatak tengah komplen tentang 'kalkulator' pejabat bendahari yang kemungkinan kehabisan bateri. kenapa?

setiap semester ada caj tambahan yang menyakitkan hati.(dengan muka tertanya-tanya).

last sem okay ia memang salah aku, but HELOOOO. orang lain yang buat sama macam aku tak kena caj pun. bias ke? aku tak faham la. aku tak dapat JPA pun nak caj lebih kan. come on, aku bukan orang kaya.

sikit-sikit nak caj RM15. dua kali caj dah RM30. gila apa, aku masa dulu seminggu RM20 je guna. suka-suka je caj. caj RM5 sudahlah. 50 sen.

part paling frustrated ialah merit. aku tak pernah berhenti terkilan dengan kesalahan merit dulu dan orang dekat ofis suka hati cakap 'sapa suruh kamu tak aktif kat sini'.

mungkin dia nak aku berlari ke pejabat bawak parang untuk buktikan aku memang aktif.

kerana aku terluka oleh kebangangan yang nyata, kadang-kadang aku rasa mahu tarik diri, tak mahu libatkan diri lagi. duduk diam-diam dekat Plaza Rah, study sampai pitam.

Mari semua, kita jadi pasif saja. Biarkan tukang kira merit dan pekerja ofis kolej yang buat organisasi.

Jangan lupa jaga semua booth dekat pesta konvo. Dan kawad kaki.

Saturday, December 25, 2010

New Header

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 25, 2010 12 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku penat fikir macam mana nak ubah rupa blog ni. dan akhirnya jadi gedik macam ni.

ko tak rasa ke aku gedik gila, maksud aku, blog ni gedik gila.

header yang super gedik lah,

esok akan jadi hari yang bahagia tak? he he.

can't wait :P

Wednesday, December 22, 2010

Entri Family Abdul Malek 1

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, December 22, 2010 16 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
ini adalah entri fakta tentang mak aku.

"Mak kau tu sapa? Rosmah Mansor ke? Maizawati? ke Princess Diana?"

Perlu ke mak aku mempunyai identiti dikenali semua orang untuk aku menulis fakta tentangnya dalam blog aku sendiri. Daripada aku duk buat '25 Random Facts About Me' tu, lebih baik aku tulis ni. Bosan asyik cerita tentang diri sendiri.

Sebelum itu,

pernah dengar tak 'hidup ini umpama katak dan roda. kau adalah katak, dan masalah adalah roda(tayar) kenderaan. kadang-kadang kau dapat elak roda, tapi kadang-kadang roda tak dapat elak kau. dan kau mati katak sajalah'.

tragik bukan. pheww, masalah masa lah masala royal masala pizza.

fakta tentang mak aku dan keluarganya juga :

1 - mak aku tak suka McDonalds. sebab tak ada pilihan makanan yang banyak (paling utama sebab dia tak jual nasi goreng ikan masin yang mak aku suka). tapi aku paling suka Sundae Strawberry dekat McD.

2 - bahasa ibunda mak aku adalah bahasa Rawa termasuklah aku.(bukan jawa). Jadi, apabila mak aku cakap bahasa biasa, aku rasa bunyinya pelik. bahasa rawa sangat cool sebab boleh guna English contohnya, 'ditorei' , yang bermaksud dicuba atau di'try. eh bahasa melayu pun boleh, sebab tu bahasa melayu sangat 'sejuk' (cool) lah!

3 - mak aku adalah bini kepada Encik Abdul Malek B Sulaiman yang merupakan seorang technician berjaya manakala anak-anaknya tak begitu 'berjaya' dengan alatan elektronik terutamanya anak yang nombor 2. Anaknya yang nombor 4 sangat 'berjaya' dengan alatan elektronik, 'berjaya' menjahanamkan.

4 - mak aku pandai jahit-menjahit, buat cross stitch, kait-mengait, buat gubahan hantaran, memasak, dan berbagai aktiviti yang sekiranya dikuasai oleh gadis-gadis zaman sekarang, akan menjadikan mereka adalah sangat market dan bertuah untuk memperisterikannya. anak-anak mak aku termasuk aku, semua mempunyai bakat yang tidak serupa.

Anak 1 : bakat memecahkan papan, bawak kereta paling susah nak bawak dalam dunia, jaga anak-anak
              yang super kelam-kabut.


Anak 2 : bakat mencubit sambil bercakap, merosakkan alatan elektronik, jahit baju anak patung.

Anak 3 : bakat menyanyikan lagu dalam iklan-iklan TV dengan sangat serupa bunyinya. contoh :
             'deco, deco, DECO! (yang iklan deco masa raya dulu tuu..) atau lagu "Renyuk, Goncang,
             Makan" daripada iklan keropok Mamee Monster.

Anak 4 : bakat menghasilkan lukisan seketul habuk dalam saiz sebenar, melangkau kaki tiga anak tangga,
               menari tarian yang tiada tarian.(apekah itu?).


sangat sadis untuk Puan Noribah mempunyai 4 anak yang berbakat 'besar' ini.

5 - masa muda-muda, mak aku adalah awek cun. Abah aku pulak rider la bawak motor macam stylo gila tu. (aku tak tahu motor apa). anak-anak dia adalah awek tak cun.(kecuali yang nombor 3 tu perasan cun).hahah.

6 - sekarang mak aku dah tak kerja, duduk-duduk rumah je tapi masih hebat berkebun. dulu selalu makan kacang bendi yang digemari, tapi sekarang bendi-bendi tersebut sudah bermutasi. dah besar dan keras semacam macam kertas pasir.

7 - hobi mak aku adalah mengejutkan kucing yang tengah terhendap-hendap meninjau bilik tidur. mak aku sangat suka kalau kucing itu terkejut dengan hebat.

8 - mak aku suka buat perumpamaan menggunakan nama 'kucing'.
Contoh situasi :
Mak aku nak beli kuih buat sarapan. Lepas tu mak aku akan cakap "Sejuk nye kuih ni, macam hidung kucing".
Bila aku gunakan perumpamaan mak aku ni di kalangan kawan-kawan, aku pasti mereka pergi merasai hidung mana-mana kucing yang berdekatan sama ada secara terbuka atau sembunyi.(hidung kucing yang panas membuktikan ia sedang tak sihat)

9 - mak aku takut masuk gua. sebab mak aku selalu imagine kalau gunung tu runtuh tiba-tiba. sebab tu kalau aku nak pergi lawatan sekolah ke dekat gua, confirm kena reject.

10 - mak aku suka pergi kenduri dan makan bubur dekat kenduri. marvellous, katanya. Okey aku tipu itu. Mak aku punya BI memang power, macam taraf ini.

sekian, tentang mak aku dan keluarganya.

Your Url Story Contest

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Wednesday, December 22, 2010 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Salam buat readers, followers, bloggers, silence readers dan silence killers . dan secara tiba-tiba aku bersopan.

Contest ini menarik perhatian aku sangat-sangat. kerana aku memang tercari-cari selama ini sesuatu yang sangat simbolik dalam hidup aku.

pertama kali fikir nak buat blog, mesti nak URL gempak atau cool. contoh macam belogbestgilalah.blogspot.com, aqiublogging.blogspot.com, atau akucoolkamucoolke.blogspot.com. (aku pakai taip je, ada blog macam ni ke?)

jadi, semasa zaman jahiliah, aku membubuh URL blueberrydandelion.blogspot.com di mana ketika itu aku sangat suka makan roti perisa blueberry dan juga melihat bunga dandelion terbang tinggi.(yeke?)

macam ribena aku ni.

jadi jika anda tak tahu, nama aku Nurul Idati. pernah tak korang jumpa Nurul Idati selain aku? aku tak pernah (selepas ada Facebook, aku jumpa orang nama Mawar Idati, Nadya' Af-Idati dan Nurul Af-Idati).

agak cemburu bila dalam kelas ada ramai orang nama Amirah, Syahirah, Asyikin, Adilah (ceh petik nama kawan sendiri je). aku tak boleh kongsi nama dengan orang lain. kalau paling konfius pun dengan Izati.

ada kebaikan jugak menjadi unik, aku sorang je nama Idati kat sekolah. jadi kalau ada masalah disiplin pelajar bernama Idati, tak lain tak bukan akan refer kepada aku.

aku pernah tanya mak aku, apa maksud nama aku sebab kawan aku ikin asyik cakap nama dia bermaksud 'Cahaya Percintaan'. kau bercinta dengan sape ikin? haaa.... nana pun selalu cakap nama dia bermaksud 'Cahaya Kelembutan', aku ingat semua tu. dalam hati aku sedih, sebab aku tak tahu maksud nama aku.

mak aku kata dia bagi nama Idati sebab bosan lah Izati dah ramai sangat. (kalau tak nama aku Izati lah tu ya?).

masuk U, aku manfaatkan kegunaan wifi kat sini. aku google maksud nama aku tapi agak lama untuk dapat.

satu hari aku bukak Youtube, dengar Surah Al-Humaza.



Quran Chapter 104 - Quran Translation of Surah Al-Humaza (The Traducer)

1.Woe to every slanderer and backbiter.
2.Who has gathered wealth and counted it,
3.He thinks that his wealth will make him last forever!
4.Nay! Verily, he will be thrown into the crushing Fire.
5.And what will make you know what the crushing Fire is?
6.The fire of Allah, kindled,
7.Which leaps up over the hearts,
8.Verily, it shall be closed in on them,
9.In pillars stretched forth (i.e. they will be punished in the Fire with pillars, etc.).

Bismi Allahi alrrahmani alrraheemi

1. Waylun likulli humazatin lumazatin

2. Allathee jamaAAa malan waAAaddadahu

3. Yahsabu anna malahu akhladahu

4. Kalla layunbathanna fee alhutamati

5. Wama adraka ma alhutamatu

6. Naru Allahi almooqadatu

7. Allatee tattaliAAu AAala al-af-idati

8. lnnaha AAalayhim mu/sadatun

9. Fee AAamadin mumaddadatin



jadi dari situlah aku dapat tahu nama aku.

Nurul Idati bermaksud Cahaya Hati.

lalu aku membubuh URL aku dengan nama aku sendiri iaitu, daricahayahati.blogspot.com .

yang apabila kamu fahamkan, ia adalah dari nurul idati sendiri.

tapi aku tahu ramai konfius ingat ini blog lemah gemalai feminin gila. kan. tak tak. salah tu.

ini blog nombor 20 paling merepek dalam semenanjung Malaysia. hahahahahahaha.

ingin cerita tentang URL anda? klik SINI

aku tag :
Maia Juniorku
Fazdlina

Tuesday, December 21, 2010

CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, December 21, 2010 6 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
aku nak join kontest ini dengan sebab yang kukuh sekali.

pertama sekali korang tengok blog aku. bosan kan.bosan bosan bosan. kan kan kan?

tengok header, ba wau ro ya  nga ga ya lam alif.  boring gila.

ni header-header yang pernah aku guna. gila tak pro. nak jugak header cantik-cantik. walaupun aku prefer header yang aku buat sendiri sebab ia adalah identiti aku. identiti aku lah yang menghasilkan header aku.

tapi kadang-kadang identiti tak dapat nak hasilkan sesuatu yang kita mahu tunjuk dan aku nak jugak gunakan hasil kerja orang lain yang hebat!(mengaku kalah).




aku paling suka ini


kalau soal layout blog, ini lah masalah terbesar aku. aku tak tahu nak buat sendiri. aku agak tensen bila ada orang cakap "Eh, template blog ko sama macam kawan aku", "Kite punye template blog sama lah", "Dah berapa ramai kot yang pakai template macam kau". ya ya aku sangat tensen, raaawwwrrrrr....grrrr...warf warf...yang aku mampu buat adalah amik layout sedia ada tu, tukar background dan header(simple minded betul kan?).

Dulu, setiap kali orang cakap template aku sama dengan mana-mana blog, aku cepat-cepat tukar. inferior gila. padahal tak effect pun. aku cuma nak hasilkan identiti aku sendiri. template aku sendiri. header aku sendiri. aku sedih tau, aku tak suka persamaan dengan orang sebenarnya (macam wildlife dalam hutan pulak aku ni, takut persamaan).

cuba bayangkan kalau aku buat makeover smart gila kat blog ni. perghhh.. tolonglah berhenti berangan.(dengan harapan untuk menang).

apa-apa pun aku kan terus berusaha menghasilkan identiti blog aku sendiri.(cuma domain je aku tak rasa nak beli lagi. daricahayahati.com? macam tak dapat tangkap je tentang apa.  idati.com? macam geli je. wek wek wek [ini adalah nada muntah laju-laju] )

okey marilah berambus ke kuliah pertama.

roger sini kalau nak join.

tag :
Syarina Cheche.
Datin Atiqah Wenk.

Monday, December 20, 2010

ke hadapan bantal busuk yang disayangi. kau lah penawar hati.

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, December 20, 2010 8 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kebelakangan ini (ayat PMR aku yang paling canggih), aku semakin tersindir oleh mak dan kakak aku tambah-tambah masa pergi membeli belah dengan diorang, tak kira dekat Pavillion atau Tesco (sejak bila ada Pavi dekat Ipoh?).

ini apa?
mak aku kata ini adalah Bantal Busuk. korang rasa?
Bantal Busuk. bantalbusuk.blogspot.com.(tiba-tiba).


apa kaitan shopping dan bantal busuk?


inilah dia.!

purse aku.

mak dengan kakak aku kata purse aku macam bantal busuk. yeke? mungkin lah. tapi rupa dia dah kurang keji sebab aku baru basuh tadi (nampak tak basah-basah tu).

Mungkin purse aku tak glamour macam aweks-aweks pakai sekarang kan, tapi purse aku banyak duit syiling. aku boleh basuh guna washing machine, purse cantik tapi tak ada duit syiling apa barang kah? guna macam aku punya je, semua korang boleh sumbat ; duit kertas, duit tembaga, duit dinar, handphone(s), segala jenis kad, kunci, lipgloss dan tak lupa gula-gula untuk dimakan.

tengok purse-purse ni ; tak boleh simpan semua sekaligus yang purse aku boleh simpan. bantal busuk bukan sebarang bantal busuk tau.




TETAPI!!!!!....untuk menghilangkan sindiran mak dan kakak aku, aku beli lah purse baru.

ya.

sebuah purse yang hanya boleh simpan ; duit kertas, beberapa keping kad dan gambar passport.

ia tak boleh sumbat ; handphone, duit selain kertas, lipgloss dan gula-gula. sedih betul.

Fashion is Suicide konon.  (tak ada kaitan. kot.).

Saturday, December 18, 2010

Pelakon Korea Baru. Comel tak?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 18, 2010 14 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tempoh hari menghabiskan masa dengan perkara normal iaitu tidur, makan, minum,taip mesej, mandi, telefon encik Ridwan dan naik motor tanpa tujuan dengan bermuka blur.
Sama sahaja dalam tempoh beberapa tahun ini,setiap kali cuti memang macam ni. (memang pembuang masa berjaya)

Fikiran aku:

Sebelum cuti : Nanti masa cuti aku nak cat bilik, beli apa-apa yang patut, pergi hang-out dengan kawan-kawan, masak itu ini dan tak lupa study sikit untuk subjek sem depan.

Semasa cuti : Eh okey je rupa bilik ni macam ni, tak yah beli apa-apa(membazir je), hang-out pun nak pergi mana je, biar lah mak masak dan nanti la cuti hujung minggu baru study, sekarang kan cuti panjang.

Selepas cuti : Mak cakap ada tetamu datang tumpang bilik aku(teringat rupa bilik yang macam tongkang pecah), buku-buku berselerak tak ada rak, alamak bila lagi boleh hang-out dengan kawan-kawan,adoi aku masih tak berapa pandai masak dan susahnya subjek ni mana boleh study sekelip mata(menyesal tak study sikit masa cuti).

Penyesalan yang tiada pengakhiran. Oleh itu, buat lah apa yang dirancang sebelum cuti tu.

Aku masih belum buat Cocoa Rich Pudding yang aku inginkan. Walaubagaimanapun berjaya buat Cream Puff yang sangat-sangat diingini.

Lihat ini ada pelakon korea baru yang bermata bulat. Bakal berlakon tahun hadapan.

Hasil usaha gigih mahu join Edit Poster Contest.
comel tak?

contest - bilangan paling RAMAI dlm satu gambar

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 18, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
saya Idati Malek, telah di tag dengan bergaya oleh Fadzlina Tak Best.. kakakakakaka....



tak pasti ramai ke tidak tapi boleh lah.

the Bainunians @ Bunians
jumlah = +/- 99 manusia menyertai

marilah mengetag lagi :
aisha inani
biawak masak pedas
orang nogori

klik sini saja untuk join

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 18, 2010 3 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Inilah dia pertandingan lompat paling stylo pernah aku join.(okey baru nak join).
Untuk permulaan, marilah kita me’mollow blog ini.

Inilah banner contest tersebut.
Mungkin tak boleh nak kata ini gambar lompat paling style aku pernah ada. Sebab semua orang pun pakai kot dan most of the girls wearing baju kurung.
Jadi, mungkin ia adalah lompatan ayu dan skema.

Inilah dia. Tada!! lompatan paling skema dalam sejarah
Lompatan Bintang Angkasa!

There are no limitation to jump as long as you have appendeges and chillness!!

klik sini untuk join.

menjadikan ini sebagai mangsa tag...

Cream Puff ku sayang

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, December 18, 2010 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Selepas sedu-sedan menonton cerita Zettai Kerashi(Absolute Boyfriend), aku teringin nak makan cream puff.(mengada kan?). 

Kali terakhir makan cream puff masa bulan puasa kat Sogo(makan waktu berbuka ..).
Tenjo Night hulalalalla comey tak comey tak

Cream Puff dalam cerita tu nampak sangat sedap. Perghh. Tengah sedih-sedih pun boleh fikir cream puff.

Memandangkan aku tak tau macam mana nak buat, dengan bergayanya aku Google ‘Resepi Cream Puff’. 
Berhari-hari lamanya baru aku decide nak buat(sebab aku takut tak jadi). Hehe. Aku bukannya chef kat bakery tu.

Jadi tadi aku dah buat. Kat rumah aku tak ada piping bag dengan nozzle bentuk bintang tu. Aku guna beg plastik biasa dengan acuan kuih dahlia mak aku. Hehe. 1 bancuhan tu aku dapat berbelas-belas ketul cream puff besar-besar(kecik sikit dari penumbuk aku). Gila la, nak masak pun brutal.(kalo beli seketul tu dah seringgit lebih..wah wah.aku kaya aku kaya aku kaya roti kaya oppss lalala)

Mula-mula aku pun tak pasti betul ke caranya aku buat ni.(sebab ikut je resepi tu). Dan akhirnya siap jugak tau!(seperti alien cream puff aku).

Walaupun rupanya tak menyelerakan macam dalam Zettai Kerashi, rasa dia sama macam cream puff yang aku penah makan.he he. Dari segi performance, hancur la. Lalala.

berusaha buat dalam tanda tanya

proses perentungan

krim kastard yang tak ada tepung kastard (sebab lupa beli)

cream puff kurang menyerlah tapi rasanya auuummm....grrrr,,

abaikan yang rentung-rentung (aku ingat kalo bakar lagi lama lagi nampak comel, tapi sebenarnya makin rentung...)
itulah aku yang tak pandai buat cantik-cantik tapi rasanya tak mengecewakan aku langsung. aku rasa sangat gembira sampai rasa nak buat lagi.

inilah resepi. (pertama kali di Hutan Kabut)

Pastry Choux
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

sumber : sini