- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf kalau anda nak approach aku.. | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, January 20, 2011

kalau anda nak approach aku..

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, January 20, 2011
25  25  25. tak ada pulak kan nak buat '100 perkara rawak tentang aku'. 1000 ke?

kalau betul-betul ada, sumpah,
sumpah aku tak kan buat. berapa kali entri agaknya baru siap. aku sumpah orang yang tag aku tu dapat Carpel Tunnel Syndrom. gila kejam. tak ah. gurau. gurau je.

kan aku dah kata aku gurau je.(cako kang) cakar dalam bahasa perak - cako


malam ini tanpa di tag oleh sesiapa, sudilah kiranya aku menceritakan sedikit perkara (tengah persuade diri sendiri) yang aku patut bagitahu orang supaya orang berjaga-jaga bila mendekati aku. agak-agak dalam entri '25 Random Facts About Me' tu mesti ramai kan yang tulis lebih kurang macam ni.

(tak ada kaitan dengan manusia yang bukan  bernama blogger. kalo ada tu nasib baiklah)

1 - kite garang tau
2 - tapi kite penyayang
3 - kite tak comel
4 - suka sangat fesyen..hee.
5 - sayang sangat dekat my bushukk...muah. i love you, B.
6 - suke qaler pink. i am pinky girl
7 - kite suke giler lahhh dengan blog itu ini blablabla dan selamanya forever lah.....

ATAU

1 - aku ni senget
2 - ada loklak sikit
3 - hobi aku tidur
4 - aku suka makan
5 - bila la nak sampai nombor 25 ni.
25 - hah dah sampai.

ATAU

1 - ete blogger baru..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
2 - ete tak taw law nak isi apew...heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
3 - oklah, ete dah ade boyfie..na mao kacaw kite taw. boyfie kite pun na mao kacaw, ete popok kang.
4 - blaw blaw blaw...ete ase ann ete tak taw nak cakap pew.
5 - ete cuke mamam kat kepci.
25 - yey. ete dah sampai no 25. daa......

*ete = kite

ATAU

1 - gua seorang lelaki
2 - gua tak de awek
3 - gua bukan loser
4 - sapa2 nak ada pakwe macho carilah gua
5 - ciao.

jadi perkara rawak yang korang kena harap maklum tentang aku ialah

1 - aku selalu lupa pulangkan barang yang aku pinjam. aku tak buat harta okey barang orang tapi aku lupa. selalu aku bawak barang tu merata-rata sebab nak pulangkan tapi bila balik bilik baru aku ingat tak bagi lagi. ko tau lupa tu apa?

a. Tengah dewan exam, dapat satu soalan lalu excited lompat-lompat dalam hati sebab hafal dah jawapan dia completely. tapi sampai 1 part terlupa keyword.

itu LUPA.


b. Perbualan di antara Hana yang berumur 98 tahun di sebuah hospital dan Idati yang berumur 20 tahun membuat lawatan suka-suka.

hana  : eh busuk ahh. busuk sangat!
idati  : apa dia nek?
hana : ko berak ye? baik ko cakap. pantang nenek moyang aku berak bersepah-sepah (sambil cuba mencekik idati)

nurse lari-lari datang sebab idati separuh mati sudah.

nurse : mintak maaf. dia memang selalu macam ni. dia yang berak, dia marah kat orang........nek, saya tukar pampers ye.

itu NYANYUK.
aku cuba cari gambar hana untuk dituakan, tapi tak ade plak yang sesuai.
promotion. LAWATILAH BLOG FAZ. (gadis, nenek dan anime yang dipromotkan di gambar atas ini).

2 - serius dulu aku rasa aku tak kan gemuk. aku tak kan gemuk. aku tak kan gemuk. kau tengok apa jadi? itulah bukti mak aku sayang aku. setiap masa suruh makan. beli vitamin berbotol-botol takut aku end up menjadi aneroxia. beli susu apa dia tah nak bagi aku cukup vitamin sebab aku dulu-dulu mengada tahap nak bagi penampar. time makan je nak orang suap lepas tu memilih pulak.

mintak-mintak anak aku bukan macam aku. kalau tak aku taji je abes cerita. har har har.

3 - masa kecik dulu aku sungguh-sungguh cakap kat mak aku 'nanti Dati dah besar, Dati nak jumpa Ning Baizura. Nak salam dengan dia' sambil bayangan dalam kepala aku dapat imej :

Ning Baizura bukak pintu rumah dia, lepas tu senyum kat aku yang ketuk pintu. rasa macam kawan. masa tu aku dah besar, aku pakai baju warna krim macam jubah tapi freehair(ape kes?). hujan lebat masa tu tapi baju aku kering, suami aku pulak tengah parking kereta. aku bawak pau panas dalam plastik. Ning Baizura gembira aku datang. aku pun seronok.

itu imejan otak aku masa umur 9 tahun dan ke bawah. normal ke tak impian macam ni?

Ning Baizura berkenaan.
sebenarnya aku rasa ini pengaruh kak yong aku yang suka lekat-lekat gambar artis dekat almari dia masa tu. jadi mungkin aku yang tak begitu lurus ni terikut-ikut. moral of the story, bagilah pengaruh yang baik pada kanak-kanak terutama nya yang lurus bendul sebab nanti sampai bila pun dia tak akan padam impian melangit dia.

aku dah padam masa umur 12.

ceh kira nak cakap aku bukan kategori lurus bendul la.

4 - masa kecik dulu maksud aku masa sekolah rendah, mak dan akak(s) aku suka gelakkan aku orang asli. padahal kakak aku nombor 2 tu aku tau dia jarang tengok cermin. sebab dia susah nak admit yang keorangaslian dia lebih nyata dari aku. *aku orang Melayu okay.

pada suatu malam Abah aku masuk dalam bilik nak ambil barang. tiba-tiba dengan muka cuak berpeluh-peluh keluar dari bilik cepat-cepat, lalu cakap kat mak aku 'cuba tengok apa dalam bilik tu'.

mak aku pun pergi tengok.

lalu terdengar suara mak aku 'anyah, pasanglah lampu'.

Rupa-rupanya kakak aku yang berambut panjang seperti pontianak sedang menyikat rambut di dalam kegelapan. *menggerbang gila.

5 - umur 6 tahun dekat Tabika Kemas dulu kami kena pakai uniform warna merah petak-petak. aku cuma mewarisi uniform kakak(s) aku je. jadi cikgu dah buat rule 'siapa-siapa yang tak boleh nak pakai uniform atas sebab-sebab tertentu seperti basah, koyak dan sebagainya yang munasarawak, boleh pakai baju lain.

pada suatu pagi di tadika semasa beratur 'tangan angkat tangan jatuh' yang paling tak bergaya, kawan aku sampai. *lewat lah maksudnya, baru lepas hujan.

dia pakai dress yang kain jeans punya. *cantik. semua orang tengok.

aku teringat yang baju raya yang lepas aku ada dress jeans tapi lagi lawa dari tu. aku bercita-cita nak pakai nanti. balik rumah aku bukak almari tengok baju tu. lepas tu aku cakap mak aku yang esok aku nak pakai.

idati                : Mak, esok nak pakai baju ni pergi tadika.(sambil tayang baju berkenaan)
Puan Noribah : kenapa?
idati                : alah boleh la.
Puan Noribah : tak kan nak pakai baju lawa pergi tadika. tunggu la masa hari yang nak keluar atau special ke                         baru pakai. nanti cikgu marah kalau pakai baju lawa-lawa.
idati                : ............

aku tertunggu-tunggu peluang untuk membasahkan semua uniform aku tapi selalunya semua cepat kering. aku tunggu jugak bila masa istimewa untuk aku pakai baju cantik tu.
end up nya aku cuma pernah pakai beberapa kali je sebab sedar-sedar baju tu dah singkat. dan tak berjaya bawak ke tadika.
macam ni lah lebih kurang dress aku tu,

6 - umur 10 tahun, menjelang hari raya hobi aku ialah memasang kaset raya dari AVON lalu menyanyi kuat-kuat bersama lagu yang berKUMANdang. sambil mak dan akak(s) aku sedang membakar kuih raya aku nyanyi bagi menggamatkan suasana lalu dijentik laju-laju sebab membuat pencemaran bunyi.

niat suci aku disalaherti.

7 - cinta baby monyet aku bermula masa umur tak tahu lah aku pun tak ingat. tapi cinta baby monyet aku berlangsung selama beberapa hari sahaja kerana orang yang disukai itu sebenarnya terlalu tua untuk aku.

aku suka dan cinta habis hero cerita melayu lama, cerita Pancar Delima.
*dialog 'siang menjadi ular, malam menjadi manusia'.

cool habis masa dia jadi ular tu.

hero filem Melayu aku sekarang dan selamanya.

8 - aku fobia dengan keropok mimi selama bertahun-tahun. sampai masuk sekolah menengah kot.

satu masa di tahun 1997, aku sedang makan keropok mimi. di depan aku ada air Milo. sebagai seorang kanak-kanak yang menyebut 'saya nak jadi saintis cikgu' bila cikgu tanya cita-cita nanti nak jadi apa, aku nak tahu apakah rasa keropok mimi berkuahkan air milo.

waddefakulti tak sedap. nak termuntah.
sekarang ni ade keropok mimi versi crack punya apetah nama dia, cici kot. *sukehati je.

9 - kawan aku sering berkata yang aku suka lelaki tinggi sahaja. tapi sebenarnya tak pun kerana aku pernah ada boyafren yang dipanggil kawannya 'katik'.

maknanya?

pendek la bhai.


10 - selalu kena blame suka warna pink sebab aku pakai laptop, henfon, mouse, selipar dan sweater warna pink. blog ni pun ala-ala pink jugak.

tak macho la aku ni kan. padahal aku rasa aku lagi macho daripada beberapa lelaki. har har harimau rawrr rawwrr...

sebenarnya aku suka warna hijau.

bukti kemachoan:
mendengar khusyuk kuliah yang disampaikan dengan macho sekali.

tengah tidur dalam kuliah dengan macho sekali.

sekian 10 perkara karut korang patut faham aku.

jangan approach aku kalau takut dengan fakta di atas, okey? jangan ragu-ragu lagi, jauhkan diri.
aku mungkin jadi kanibal.




8 C.O.M.M.E.N.T.S:

fiena said... [Reply]

oi!!selambe jep!!!

AISHA INANI said... [Reply]

hahahaha!
paling ta bleh blah pasal dress tuhh.

weh aku kecik2 takde dress2 dow, sbb adik2 aku suma laki.
asal nak pakai bj cam tuh mmg akan di buli la kannn.
so smp la ke besar, mcm nak gelak golek2 tgok org pakai dress, ehh tapi aku penah try jugak.
tp rasa mcm hilang akal kejap! haha

kamarukom said... [Reply]

pnjg xhengat! rajinnye kamu menaip!

idAti mALek said... [Reply]

faz:
slumber laa..hak hak

idAti mALek said... [Reply]

aisha:
eleh padahal ko suka kan??

idAti mALek said... [Reply]

kamal:
su mmg suke taip pnjg2....sbb tu jrg update..hahahahaha

hiro said... [Reply]

keh2..mmg stail..gua xmerokok..leh masuk line?

idAti mALek said... [Reply]

boleh la kot...tapi lepas tu cpat2 sket kluar ea...Q pnjg nih..hohohoho