Do you like my blog?

Monday, January 31, 2011

jom buat duit sama-sama

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 31, 2011
sejak bila dan entah bila dan juga entah kenapa aku menjadi mata duitan. aku fikir cuma duit,duit dan duit. duit boleh buat aku senang. kalau duit sikit pun hati tak tenteram kan kan kan kan?

sejak JPA men'disqualified kan aku menerima biasiswa sejak dari awal lagi (mungkin atas sebab ketidakglemeran nama course aku atau mungkin jugak pointer aku terlalu 'hebat'), aku hidup merangkak-rangkak dengan duit PTPTN di mana sesetengah students yang dapat JPA guna duit tersebut untuk holiday di tempat-tempat percutian di seluruh negara mahupun menggalakkan ekonomi negara berkembang pesat di pusat membeli-belah yang ada sale. bagus lah menyokong sektor pelancongan negara, tapi ingatlah ada orang yang lebih memerlukan. duit yang ada tu simpanlah untuk masa depan. memang lah kerajaan bagi free tak payah pulang macam duit PTPTN. (mode gram sikit). kalau nampak kami (students PTPTN) ikat perut, jangan simpati lah.

kami rasa ikat perut masa jadi students ni sangat style okay! (walaupun berat tak turun, tegar betul lemak-lemak trans ni ea).

okeylah aku nak tidur ni, esok aku nak naik penyu kat terengganu.semoga adalah banyak penyu berkeliaran, aku dah lama nak jumpa mereka. nasihat Puan Siti : Jangan Mandi Laut. Nanti Hanyut, Buat Malu je.

jadi aku tak mau buat malu, aku mau naik penyu saja. selamat bertemu nanti Encik dan Puan Penyu. saya lah Idati Malek. eh lupa, siapa kesempitan duit@ingin tambah pendapatan@mata duitan@memang dah banyak duit tapi tamak nak duit lagi boleh lah klik gambar Logo 1Malaysia itu(bukti aku rakyat Malaysia, bukan Uganda atau bangladesh). kalau tak suka boleh klik gambar awek cun.(bukan aku la)


pinjam sat na FL.
syarat pi baca sendiri. malas nak terang. kekeke

2 C.O.M.M.E.N.T.S:

n@iem88 said... [Reply]

semoga awk berjaya kelak

kamarukom said... [Reply]

ikat tali pinggang ketat2 ye ;p