- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf kenapa susah perempuan nak terima lelaki jadi kawan biasa selepas cinta putus di tengah jalan | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Friday, January 28, 2011

kenapa susah perempuan nak terima lelaki jadi kawan biasa selepas cinta putus di tengah jalan

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Friday, January 28, 2011
tengah jalan apa tu? jalan raya? jalan mati?

ke jalan tar? jalan TAR ke?

okey. silly jokes sajalah. marilah menuju ke point yang benar seperti menggunakan sistem GPS yang canggih.

perempuan ni otak dia ada banyak kategori. atau lebih senang cakap banyak songeh. aku pun perempuan aku tau la. nanti aku cakap aku kategori mana tu pun kalau aku nak la. alala korang peduli apa aku nak cakap ke tak kan. *sumpah ayat macam kaf lam ya nga.

1) tak boleh terima jadi kawan biasa sebab dah benci.
- katakan lah break sebab si lelaki tu penyangak besar-besaran, dah tipu duit awek banyak-banyak untuk berjoli katak bersama perempuan lain. tak pun suka pukul-pukul macam lah dah sah jadi suami isteri. waddefakulti betul lelaki bergelar 'boyafren' yang suka pukul-pukul gf sendiri nih. nak main pukul-pukul pi lah masuk silat ke,wrestling ke.muay thai pun ok apa (feveret aku nih!!) bukan takat pukul, kunci terus tak bagi gerak langsung pun boleh. takde hal! 

tapi banyak kes terjadi sebab sakit hati mengenangkan janji manis yang ditabur bak pertandingan merebut gula-gula. tabur gula-gula dan berebutlah semua! selamat ber'kencing manis'.

lelaki dalam gambar ni selalu di wrestling oleh perempuan dalam gambar ni.percaya tak?
 2) cinta lelaki yang pernah singgah di hatinya sentiasa mekar walau berpuluh tahun lamanya.
gila skema tapi berbunga-bunga cinta betul ayat di atas. yahh yahh inilah susah nya hati perempuan. mulut kata 'mampus kau la nak buat apa' tapi dalam hati 'oh aku masih menyintainya' hahaha haktuih haktuih. geli aku dengar eh taip. sebenarnya suci betul lah hati perempuan lagi-lagi yang baru mula pandai menanam cinta di hati. lain  la perempuan yang dah menanam berpuluh-puluh kali cinta di hati, boleh jadi ratus-ratus. itu bukan tanam lagi dah tapi gatal gila tak ingat. kasi lempang ja 2,3 puluh das baru dia tau cinta tu ada makna ke tak ada.
ini kes gila bayang. tak dapat awek lama, tengok rangka seakan-akan awek lama pun tak de hal...

zaman sekarang ni lagi la ada FB semua nak add, semua nak stalk. aku sendiri mengaku aku pun turut serta dalam stalk orang tapi stalk siapa, rahsia.hahaha. si ex-gf ni mesti selalu stak fb ex-bf kot lah dah dapat awek lagi cun ke tak kan. kalau awek dia dapat tu lagi cun, dia sure sakit hati. sentap je rasa! kalau tak cun, dia macam legaa la jugak kan dan dalam hati fikir 'macam ni ada can la aku nak dapat balik' dan diam-diam tak remove pun ex-bf.  kalau ex-bf dah kahwin pun takdenye dia nak cakap 'selagi dia tak kawin, selagi tu peluang i ada' tapi sebenarnya 'selagi dia tak mampus, selagi tu peluang i ada'. aku taip macam ada pengalaman je..ooopppss lalalala..taktau-taktau. 
aku pernah fall in love dengan setan jadian rupanya. keh keh.

3) kalau keluar sama-sama sebagai kawan biasa pun, nanti akan teringat memori lama.
ini normal lah, dapat pulak ter'keluar' dekat tempat masa first date dulu-dulu. tiba-tiba :

perempuan :  u ingat tak kat sini dulu kita..ehh.......*blushing.
lelaki          : ha'ah. i ingat masa tu ada couple mat salleh ni mintak kita tolong ambil gambar dorang.kan.
perempuan : em.....*angguk-angguk manja dan senyum-senyum cair taik ayam.
lelaki          : lepas tu dia volunteer nak tangkap gambar kita pulak. itulah gambar pertama kita berdua. itu lah            
                    jugak gambar first date kita kan.
perempuan : i tak sangka u ingat lagi kan...hee.
lelaki          : mesti lah i ingat...u cinta pertama i...*mimik muka sedih....
perempuan : i..er...i rasa....

tiba-tiba lahh.......tett tett tett kringg krannggg tingtong* bunyi telefon yang kuno berdering dua tiga das. lelaki menjawab 'ye sayang,abang keluar dengan member ni. karang kita dinner sama ea, bye love you'.
*si perempuan sedih, terluka. si lelaki sudah ada pengganti dirinya.(bunyi angin berhembus melalui otak yang kosong kecewa).
kenangan ambil hadiah fire blanket bersama-sama lalu mengimpikan di rumah mereka di masa hadapan nanti ada fire blanket yang serupa *ayat macam ?...tett

4) si lelaki suka tayang gf baru dan cakap buruk.
lebih kurang sama macam point 2. sikit-sikit macam nak show off  'ni ahh awek gua yang baru. lagi cun dan lagi hot dari lu yang macam apam penyek. sikit-sikit nak jeles, sikit-sikit nak merajuk. penat gua tau..'.lepas tu jaja cerita si perempuan ni dulu masa couple dengan dia macam-macam dah buat. nak cakap betapa kejinya perempuan ni sebenarnya. *padahal masa couple dengan dia, maksudnya dia pun sama. membuka pekung di dada.

5) rasa loser
perempuan yang hot-hot nih rasa loser habis kalau lelaki tiba-tiba nak break dan mintak jadi kawan biasa je semata-mata sebab dah jatuh hati ngan perempuan yang biasa saja. tak hot pun. 

cinta terlarang neyh!!!!!!
6) cinta terputus bukan kerana kehendak mereka.
cinta putus sebab maut. memang lah tak dapat jadi kawan dah. berdoa saja moga dipertemukan di dunia sana. ada jugak putus sebab lain, mungkin sebab keluarga atau perbezaan taraf hidup. yang kes macam ni aku tak tahu nak huraikan. mintak-mintak aku tak alamilah.

semoga bertemu jodoh yang lebih baik hendaknya untuk mereka.






ehh?korang tanya aku ke? haha. aku punya alasan pakai yang point nombor 1. terima kasih.

6 C.O.M.M.E.N.T.S:

Lulu Amira said... [Reply]

pmpuan kan pnuh ngn emosi..=)

AISHA INANI said... [Reply]

aku tak penah la nak ada ex lagikk.
tp kalo aku clash pon aku mls dah nak kawan pasal aku mls aku efekk dia and new relationship tuh. tak pon dia efek new relationship aku!

btw, ye la laki senang carik ganti... heh

misSbLurRy said... [Reply]

aku ok je nak kawan dgn ex balik....no hard feeling..no hal...
tp KEKANGANNYA,,,,,,,

bila ex tue da ade penganti...then AWEKS BARU dia plak yang x bg kawan bla bla bla.....

erm....mcmane tue? so far aku dpt and jadi gini......

::Cik Zatie:: said... [Reply]

aku pun pakai point no.1

aku memang xnk kwn dh dgn ex ak tuh. tp dia dok terhegeh2 lg. ambik kau,menyesal lah tu. sape suruh lps kn aku. sory naik lori lah.

Haha,gelak jht!

aliesha kirana said... [Reply]

hahaha..walopun mcm terkena btg idung sendiirik. tp saya sokong! ahahah~

AiNuRnAtAsHa said... [Reply]

I agree with this, Bukan kita tak boleh terima as a friends tapi bila imbas balik janji2 manisnya dan perbuatan dia pada kita ia akan jadi satu dendam benci tahap terlampau sampai nak tgk muka dia pun jijiks la... huhuhu hate that guys yang macam tuh.