Do you like my blog?

Monday, January 24, 2011

Nasib Baik Muka Aku Skema

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, January 24, 2011
blogger hutan kabut semalam ketakutan. bukan sebab apa, aku pun tak tahu. encik mafia tergelak-gelak bila aku cerita.

semalam aku, Makhluk Asing Bereben dan Pati Ikan Bilis konon-konon mahu beli preparation nak pergi opkim, jadi mahu tudung yang lebih fleksibel dan senang. ikut kan nak tudung yang terus melekat kat kepala secara auto jadi tak payah susah-susah nak belitkan beliau.

dipendekkan cerita malam tu Nani dengan Faz nak tidur bilik aku pulak, jadi aku dengan Faz pun remp-it lah skuter aku pi balik kolej deme.(tibe-tibe cakap perak kan.). selalunya aku lalu ikut jalan depan Hospital Pusrawi tu tapi malam semalam gatal-gatal nak lalu dekat tasik titiwangsa jadi kena lalu sampai monorel Chow Kit.

dan sampai bulatan pahang, aku tengok cam sesak.apahal kan.ingatkan jam, traffic light ke.so buat slenges sudah. alih-alih aku nampak lampu biru berkelip-kelipan, yang pada mulanya aku sangka orang angkat kabadi Thaipusam tak habis lagi.

rupanya roadblock polis depan Hotel Grand Seasons.demm demm!

aku berdebar-debar.aku cuak. dalam fikiran tengah kacau. (padahal tak buat salah pun). aku risau polis tu ingat aku bawak minah indon mana kat belakang aku ni sebab dia tak bawak IC.haha.

malu nak mengaku, tapi inilah roadblock pertama yang polis minta tengok lesen dalam hidup aku. selama ni aku bawak kereta polis tengok roadtax je.

agak nya polis tu dah sense aku muka pucat cam kena albino,dia nak tengok lesen dengan IC aku. haha. dah la IC kanak-kanak aku tak tukar lagi. aku letak semua kad tu dalam satu bekas yang compile tu.jadi, kat situ ada semualah!

termasuk lesen P encik Mafia yang memakai gigi palsu. (hahaha!). sebenarnya aku yang mengada mintak.kan dah tak guna lagi.Lesen P aku pulak ada kat aku, sebab aku masih guna. oopps.malu lah.hehe.

Jadi lesen L aku je ada kat encik Mafia, sebab aku tak rasa aku nak amik lesen bawak lori atau bawak bas nanti.haha.kan kan??

encik polis tengok muka aku, lepas tu dia pelik apasal ada lesen lelaki mana entah dalam License Holder aku. aku terketar-ketar lah jawab 'errkk...itu kawan saya punya'. entah-entah lesen budak henry gurney mana dia fikir aku tengah simpankan ni. haha. ok gurau je sayang. (hoh gedik di situ.)

polis mintak aku punya roadtax, aku cakap kat bawah seat la. polis tu cakap 'ok, betul kan? boleh jalan', dengan senyuman tak miang.

aku buat konklusi yang aku sedang bermuka skema yang tak cun. sebab tu dia rasa meaningless nak tahan. padahal ada je perempuan-perempuan cun dan tak skema yang ditahan di situ ramai-ramai.

kalau orang cun, mesti susah kan.sikit-sikit kena tahan pasal orang nak ngorat. benda cepat pun boleh jadi lambat.
hahahaha.

apa-apa hal jadi lah cam gua, muka skema dan tak cun pun gua tetap rasa selamat.pasal tak de orang nak kacau gua.polis pun tak sampai hati nak tahan gua padahal gua gila kejam kat sekolah.
yang skema habis tu gua masa zaman sekolah. jangan gelak, gua lastik sekor-sekor.

ni ahh gua sekarang. skema? tak da hal.
tak cun? tak da hal.
tak reti mekap? separuh tak da hal.
kalau aku pandai mekap tak yah la aku bazir duit andaman untuk kawin kan.


tu dia kedekut tahap gaban ahh.

gua skema, gua tak cun, gua okey.! gua tak da hal.

(apahal aku guna 'gua-gua',ingat ini entri gua batu kapur ke.)--->aku rasa ni Hiro yang pengaruh aku.hahaha..gurau...

kalau gua cantik macam dia, gua takut.
sumber : FL



4 C.O.M.M.E.N.T.S:

mie said... [Reply]

gue rasa..
budak berbaju sekolah lagi cantik..
ehehee

idAti mALek said... [Reply]

gua rasa comel lagi laa dr skrg...skema teruk...heheh

mera zati M.z said... [Reply]

salam,
awk dah menang contest sy..
sebabkan ade pemenang tak hantar butiran dlm masa yg ditetapkan..

so emelkan butiran :

nama,
alamat,
no tel,

ke
qaish_laila@yahoo.com

TQ sbb join :)

aisya sakaria said... [Reply]

haha takut kalau cantik sangat macam FL org guna gmbar suka2 hati je kondem sana sini. hukhuk.