Do you like my blog?

Monday, February 21, 2011

Busking yang macho tapi suasana itu tercemar kerana......

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, February 21, 2011
semalam aku melanggar diet yang aku dah susun elok-elok supaya aku boleh achieve berat badan yang ideal dalam masa yang dah aku tetapkan. tapi aku tak nak jadi aneroxic. oh i'am the fat one now. T.T

what have i done. ia sangat annoying bila perempuan berkata 'omaigod omaigod aku dah gemuk sekarang' padahal betis dia sama besar dengan lengan aku. *kata-kata pujangga yang dipinjam dari mak kawan aku. hoho. cuba kau imagine apa punya tahap mengada perempuan tersebut. aku tenyeh baru dia tau jadi aneroxia tu dah macam rangka muzium anatomi yang sedang berlari marathon. 

berkenaan melanggar diet tapi tak disaman, aku pergi makan lepas pukul 10 malam kerana lapar habis. sombong pulak tu takmao makan nasik nak makan chicken golden blue dekat western. perut aku memang banyak rebel sejak akhir-akhir ni. dia masih tak sedar diri tuan dia dah menggemuk sebab dia mengada sangat. nak tumbuk tak boleh, gila kau, perut sendiri. sengkih perot ambo!*senak perut aku*. 

aku masuk restoran tu je, aku dengar macam bunyi orang menyanyi. aku ingat ada liveband, tercengang-cengang jugak aku carik ceruk mana pulak liveband tu menyorok. nak jugak aku tau mana dia muka yang nyanyi sedap sangat. rupa-rupanya ada orang busking. 

gila tak percaya aku, sedapnya suara dia. aku terpaku lah dengar. ada beberapa lagu lah dia nyanyi, semua lagu aku suka. nak menangis aku dengar, sedap sangat. T.T
tahniah lah abang busking.*itu bererti aku tidak menggatal pi tanya nama dia, jadi panggil saja abang busking.

lepas order makanan ni, ada sorang lelaki tua ni datang. dia tunjuk kertas sound like 'i'm a very poor person & i'm sick. my 2 daughter have kidney disease. please kindly help me. May Allah bless u". dia memang dah tua, kat leher dia ada pakai macam splint. dia termengah-mengah, berpeluh-peluh dengan tongkat lagi. dia nampak sangat memerlukan. aku memang cepat simpati dengan orang. aku pun derma lah, tak banyak tapi sekadar yang aku mampu lah sebagai seorang pelajar.

lepas tu pekerja restoran tu pi halau orang tua tu. dia duk ulang 'eh, kau keluar sekarang.keluar sekarang.KELUAR SEKARANG!!'. aku sentap gila dengar. aku nampak dia tolak-tolak lah orang tua tu keluar dari restoran sebab orang tua tu macam sungguh-sungguh. tapi oran tua tu tak boleh cakap.sebab banyak customer masa tu, tak obvious sangat lah dia buat.

dia paksa orang tua tu keluar, pastu dia duduk situ minum air depan pintu masuk sambil hisap rokok. orang tua tu merayu-rayu kat dia, dia pandang muka slack habis.orang tua tu jumpa cashier kat kaunter merayu nak mintak derma kat situ, aku rasa kena halau jugak kot. aku tengok je. andai kata dia angkat tangan pada orang tua macam tu, aku tak kan tahan lagi. biar pun aku seorang perempuan, aku akan tolong.

okey. mungkin korang nak cakap 'biasa ahhh tu semua sindiket nak kutip duit orang, bukan betul pun'. sebenarnya bagi aku, derma kita tu dermalah, kalau orang yang mintak derma tu tipu, itu hal dia dengan Allah SWT. kita dah buat tanggungjawab kita iaitu melaksanakan fitrah manusia yang suka membantu sesama sendiri kecuali orang-orang yang bongkak, takbur dan kedekut. 

kalau orang tua tu menipu, dia dah pergi lama dari situ sebab pekerja-pekerja gertak dia habis-habis. dia nampak sangat desperate. dia nampak letih. dia nampak tak bermaya. tak boleh ke pihak restoran tu bagi dia air, even air kosong untuk dia hilangkan dahaga dan baru suruh dia pergi.

jadi, kita yang sihat, hidup cukup semua ni kena lah bersyukur.

#kenapa kat kertas dia tulis bi? sebab dia bukan melayu. tapi Islam lah.

#kawan aku kata, this is the first and the last makan kat situ. oh. ok.




7 C.O.M.M.E.N.T.S:

Amie Amisya said... [Reply]

nie kat Kg Baru kan.? kat restoran ada boat tu kan.? hurmm.. apesal la nak marah2 org tua tu, tak baik je. haishh~ kesian..

idAti mALek said... [Reply]

amie:
haha...ntah la xnak ckp kat mana act tempat ni,nty mjejaskan name plak kan.

dia marah mgkin sbb dia takut reputasi dye jatuh sbb bia org mengemis kat c2

Amni said... [Reply]

dear, kat kl eh? huhuhu.. encik tunang saya selalu gak busking.. aiyoyoyoyo........

idAti mALek said... [Reply]

Amni:
ou yeke...tunang awak slalu busking area ne?

alfian bj said... [Reply]

tngok org busking kt mne tu hehe

alfian bj said... [Reply]

awk tngok org busking kt mna tu?

idati said... [Reply]

@alfian bj

dekat restoran kapal, kg baru :)