- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Kisah Klasik Untuk Masa Depan : Penunggang Basikal Normal | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Saturday, February 12, 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan : Penunggang Basikal Normal

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Saturday, February 12, 2011
rupa-rupanya umur aku dah 20 lebih. baru aku perasan. rasa macam baru je ingatan paling lama yang aku pegang tu berlaku, iaitu berlari-lari dalam rumah pada umur 3 tahun. aku ingat meja kayu yang kerusi hijau(sekarang dah patah,reput) tu lagi tinggi dari aku. tapi semakin aku membesar, aku asyik terhantuk bucu meja tu bila berlari.

 aku ingat skru kaki meja tu tak kuat. kadang-kadang boleh senget lepas tu hempap benda atau orang atau kucing kat bawah. kesian betul.

ingatan lain adalah bila aku mula pandai naik basikal tanpa roda 3. masa tu 5 tahun kot tak silap aku. kakak(s) aku main basikal depan rumah, semua bawak laju-laju. aku je terkepek-kepek naik basikal roda 3. dah la jalan tar masa tu tak rata. terumbang-ambing aku naik basikal masa tu. ciss.

disebabkan tak puas hati tak dapat bawak laju, aku pun berazam nak kayuh basikal tu laju-laju. aku mulakan kayuhan. makin lama makin laju. aku gembira, aku bahagia. sampai menganga-nganga aku naik basikal(membuktikan aku seronok terlebih).

tanpa aku sedari 2 roda(yang jadi roda 3 kat tayar belakang tu) terangkat.maksudnya tak cecah tanah la. aku pulak syok je bawak tanpa tau risiko.

tiba-tiba kakak(s) aku jerit, 'makk...dati dah pandai bawak basikal'..
demm baru aku perasan..aku dah pandai bawak basikal tanpa roda 3..

esoknya mak aku cabut roda 3 tu, jadilah aku seorang penunggang basikal yang normal sejak umur 5 tahun.haha.

tak jumpa plak mana gambar umo 5 tahun.
ni je umo 4 tahun ada. yang besday girl tu laa aku..keh3....bulat gila mata.


0 C.O.M.M.E.N.T.S: