- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf kita juga OKU | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Thursday, February 24, 2011

kita juga OKU

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Thursday, February 24, 2011
terus-terang aku cakap sebelum ni aku memang tak minat nak handle kanak-kanak. ok, itu cakap tentang kanak-kanak normal. macam mana dengan yang OKU? autisme? semua tu?


tak semestinya mereka dalam gambar ini normal dengan menjadi OT. dengan tidak memiliki kad OKU, tak semestinya akal dan hati kita tak OKU. kan.

kalau aku tengok aku akan jauhkan diri. bukan aku tak suka, tapi aku takut aku akan sakitkan dorang dengan pandangan mata aku atau mungkin kalau aku tersentuh dorang. aku takut mereka sakit dengan sentuhan aku yang kasar.
dulu aku sentiasa fikir macam mana nak tolong orang macam ni. atau macam mana nak tolong warga emas yang dah tak larat berjalan, tak ada keluarga yang prihatin lagi untuk menjaga dia.

bila aku pilih Occupational Therapy(OT) untuk degree, aku tak tahu apa dia bendanya. bila aku tahu, aku terkejut. tak sangka benda yang paling menjadi persoalan aku akan terjawab.*walaupun aku masih takut-takut lagi sekarang.InsyaAllah dengan perjalanan masa selepas ini, aku akan lebih pandai menghadapinya*

tolong orang buta lintas jalan dengan tolong orang tua angkat barang masa naik bas sahaja. itu ajaran cikgu pada budak sekolah rendah dalam usaha menerapkan nilai murni. bagus. tapi takkan sampai umur 20 pun kita nak pakai ideologi macam tu? sungguh ketak'matured'an.*aku tak kata lepas umur 20 tak boleh buat macam ini*

kita orang biasa pandang OKU macam apa? macam tak ada perasaan. kasihan itu ada, tapi pendam dalam-dalam sebab dalam otak fikir macam aku dulu-dulu. bila kita sendiri tak jadi OKU, memang kita mudah suka-suka panggil orang lain OKU walaupun orang itu tak cacat sikit pun apatah cacat fizikal teruk.

soalan aku, adakah menjadi OKU itu hina?
kalau tak hina, kenapa kita nak label orang macam ini 'ee ko ni, OKU betul lah' seolah-olah kata ganti pada sesuatu yang mungkin kita guna 'ee ko ni, bod*h betul lah'.

SUMBER : islam.gov.my
Karnival Tilawah Peringkat Kebangsaan OKU Penglihatan
sumber : Halaqah.net
kan?kan?
think of it. adakah OKU itu hina? mereka juga hamba Allah yang diciptakan dari keturunan Nabi Adam dan ditiupkan roh ke dalamnya.
sama macam kita, manusia biasa. mereka mungkin tak sempurna pada mata kita, tapi adakah kita cukup sempurna? cukup, cukup sempurna sampai bisa gelar diri sendiri 'i'm perfecto'.




pernah rasa tak yang kadang-kadang kita pun boleh digelar semuanya OKU. sebab kita suka singkat akal walaupun Tuhan dah bagi akal yang cukup, suka buat benda yang salah walaupun dah nyata-nyata ditegah. kita memang KURANG UPAYA untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

bukti orang biasa yang kurang upaya:

sumber : Google


syukur memilih Occupational Therapy kerana aku berpeluang buka mata lihat lebih luas keagunganNya, dan betapa kerdilnya diri aku sisi Tuhan.
tak dilupakan, makhluk Allah yang lain pun mesti disayangi.mereka sentiasa doakan kita.*comel je.

18 C.O.M.M.E.N.T.S:

kamarukom said... [Reply]

tersentuh ;( very de bery meaningful lah hutan~

CKB said... [Reply]

cpatnye ko upload...

akuwanblur said... [Reply]

baru balik kelas ker?? hihihi nice entry.. nnti jempot ke PSD malysia.. terbaik.. best

Encik Psychopath said... [Reply]

Occupational Therapy. Mulia sungguh mereka yang mencintainya.

idAti mALek said... [Reply]

kamarukom:
thanks for reading yep kamal.
lagi tsentuh kalo pegi tmpat oku tu sndiri.

idAti mALek said... [Reply]

CKB:
aku mmg ade taip sket2 sjak 'hari tu'...cuma ade gambar hari ni baru lah ada evidens , bukan ckp ksong~

idAti mALek said... [Reply]

akuwanblur:
haah..td ade klas HM.tu yang habis lambat smpai kul 6.hehehe...pagi tadi pi nasom utk kali ke 2...

kurang pndedahan sngt sal PSD.ade ape ey???baru nak google ni..hehehe

Cik Atiqah Shaharin said... [Reply]

pkai spek pon kira OKU ouh. ok, aku x kta ko OKU, tp bgos la ko dh mkin mcm OT skunk ni. aku tharu T___T

pak long said... [Reply]

salam...
entri yang penuh makna....kalau terlibat ngan insan OKU ni memang banyak cabarannya...berat mata memandang, berat lagi melaksanakan tugas membimbing insan OKU..

idAti mALek said... [Reply]

Cik Atiqah Shaharin:
hahaha...ape mksud ko aku cm OT skrg?sblum ni tak ke?ceh...hahahaha

idAti mALek said... [Reply]

pak long:
wsalam.
terima kasih paklong.mmg mncabar tugas kite kalo bdamping dgn oku ni..tapi kite pun bnyk jugak blajar dr dorang..terutama ttg syukur pd hdup ni.

:)

idAti mALek said... [Reply]

Encik Psychopath:
mulia ke? hehe..
xtau lah...ape pun terima kasih

mrs Gee :) said... [Reply]

OKU..juga manusia..jgn pandang hina pada mereka.. cuba dekati, mereka yg mempunyai masalah syndrom down, autism, mereka amat istimewa dan mencuit hati..sehingga kita sendiri boleh mengalirkan air mata melihat keistimewaan mereka..

Amni said... [Reply]

oh! terfikir jugak ni... huhuhu... baru2 ni kawan lahirkan anak down sindrom.. dia releks je.. langsung tak de perasaan pon.. maksudnya dia tak kisah pun anak dia cam gitu.. dia sayang sungguh2... bagusnya kan.. kalau saya, tak tau la... boleh ke tak nak handle.....

idAti mALek said... [Reply]

mrs Gee :):
dorang ni mmg bnyk keistimewaan..pastu semua muka innocent je.sbb tu tngok pun rasa ksian je

idAti mALek said... [Reply]

Amni :
emm....anak tu x mnx lahir sbg sindrom down..parents skrg mslhnye mcm tu la,bila dpt anak sindrom down,tak dpt nak handle..sebenarnye dgn mjaga dorang, lebih besar phalanya. tp kte mstilah bsabar..di akhirat nty dorang yg akan tlong ibu bapanya yg jga dorang smasa di dunia,

BLADE EDGE said... [Reply]

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

idAti mALek said... [Reply]

BLADE EDGE :
w'salam.
thank u ea blade edge sbb sudi singgah blog yg x seberapa ni :)