- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Salam Maulidur Rasul 1432H/2011M | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H/2011M

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Tuesday, February 15, 2011
Assalamualaikum wbt. salam maulidur rasul buat semua rakan-rakan umat islam. hari ini marilah kita mengenangkan kembali kisah perjuangan Rasulullah pada zaman dahulu. dari kecil sehingga dewasa, Baginda hidup dengan sifat-sifat terpuji Baginda ; siddiq, amanah, tabligh & fathonah

Idola terbaik yang aku pernah tahu adalah Rasulullah s.a.w, para sahabat, nabi-nabi terdahulu dan yang seangkatan dengannya; yang mempertahankan agama Allah.

Pemilihan idola kita hari ni tak sepatutnya meletakkan artis sebagai yang utama, meletakkan duit sebagai matlamat utama, menjadikan nafsu sebagai petunjuk dan sebagainya.

Hari yang mulia ini (orang melayu kalau cakap hari mulia mesti ingat hari raya je kan), marilah kita sama-sama melakukan satu anjakan perubahan ke arah yang lebih baik. lebih baik dari sebelumnya ya rakan-rakan.




aku sedang melakukan perubahan. bukan perubahan yang zahir sahaja, tetapi dalaman. doakan perubahan ini berkekalan. perubahan pembersihan hati dari sifat-sifat munafik; khianat, berdusta, mungkir janji & mengenepikan kebenaran.

dan Ya Allah ya tuhanku, jauhi ibu bapaku, keluargaku, teman-temanku, saudara-saudara seIslamku dari kehancuran dan kemaksiatan. amin.

#ampuni daku Ya Allah atas dosa-dosa lalu.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: