- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf Yang Berkhidmat Untuk Masyarakat | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Monday, February 14, 2011

Yang Berkhidmat Untuk Masyarakat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, February 14, 2011
setelah hidup hampir 21 tahun ni barulah aku tahu aku ada masalah 'language barriers' walaupun sesama orang melayu. terutama dengan bahasa kelantan, terengganu dan utara yang pekat. bahasa jawa lagi lah zero.  (T.T)


jadi apabila Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) UKM nak dijalankan di Dungun,Terengganu, hati aku bukan takat gelabah biawak, tapi dah gelabah dinosaur. macam nak pengsan bila aku tak serumah dengan orang yang boleh bantu aku translate bahasa. tapi akhirnya berjaya tukar setelah aku menitiskan air mata darah serta menampakkan ketakutan yang melampau. okey itu hiperbola.

Nani a.k.a Pati Ikan Bilis telah dilantik menjadi translator tak bertauliah. ditakdirkan kami bertemu insan pemurah dan keluarga yang baik hati sebagai keluarga angkat kami iaitu keluarga Puan Dasimah di Kg Paya, Dungun. jadi cucu angkat kepada Puan Dasimah a.k.a Mak Tok, ada 4 orang iaitu Nani Si Raksasa, Intang Si Pencabut Cadar, Umai Yang Suka Bilik Air dan aku Raksasa Kedua.

selain Umai, kami bertiga memang suka makan. aku tak tahu nak gambarkan macam mana tapi aku selesa kat rumah Mak Tok. tak ada istilah tak selesa, segan teramat, rasa terasing atau apa-apa yang negatif. setiap hari kami makan sedap-sedap, makanan yang penuh kasih sayang yang dimasak sendiri.
tiada istilah merengek kelaparan oleh raksasa-raksasa kecuali kalau tak balik rumah Mak Tok untuk makan. yang lain-lain bolehlah dianggap kami boleh mati kekenyangan kalau dibiarkan lebih lama di situ .

program selama 6 hari itu banyak memberi pengalaman baru untuk aku dan teman-teman. terlalu banyak sampai tak boleh nak list semua.

makan laksa dengan nasi dagang di pagi hari, makan sata goreng dan ternampak sekumpulan babi kecik yang berbelang-berbelang bergerak secara berkumpulan dari jarak dekat.



Permulaan perjalanan yang memakan dan meminum dan meminum petang 7 jam. 
pagi bertolakan (ayat apakah ini???)
 Majlis Perasmian OPKIM 15 di Dungun, Terengganu.
Salam perkenalan *Bunga Tanjung oleh pesilat Gayong UKM


sebab aku rasa gambar ni menggelikan, jadi aku cencoredkan mata.
 Aktiviti di SMK Tengku Intan Zaharah.
sesi koyakkan kertas dengan ganaih sekali.

Faciyanglemahlembut*wekkkwekkkwekk

aku rasa budak 4 orang ni adalah pengawas yang paling bajet dalam batch ni. ok aku gurau ja...haha
 Booth Klinikal
orang sibuk jaga booth, aku sibuk mengkucar-kacirkan booth orang lain.


 Senamrobik yang seksi. aww....

bajet seksi la aku tu nak senamrobik macam ayam patah pinggang.*ayam ada pinggang ke?

Jalan-jalan di Pantai.


makhluk gelap di tepi pantai

gambar 




Pertandingan Futsal 
budak ni comel macam marshmellow warna kuning. *geram sampai nak gigit-gigit





dua setan ditangkap bermain futsal lalu di kick keluar lalu menyakat kanak-kanak di luar *bape banyak lalu

setan menari gembira.kanak-kanak menangis sudah.

Rumah Tok yang BEST!!!!!! nak pergi lagi.

Pertandingan Pakaian Beragam(jangan tanya kenapa ada yang berkepala 2)


 A Farewell

1 bilik yang kecoh. dihuni oleh raksasa kuat makan yang suka mencabut sarung bantal, intang yang suka mencabut cadar dan umai yang mencintai bilik air.

sesi bergambar bersama famili angkat.

saja gatai tangan camwhoring


ini pula sesi poyokan diri

baby just say good bye......woaaa  T.T
ada banyak lagi aktiviti yang tak ada gambar, aku pun cota gambar orang. keh keh keh.

I LOVE THIS MEMORIES

8 C.O.M.M.E.N.T.S:

pika ruslan said... [Reply]

aku nk gmbr yg 1st tuu lahh..candid tuu!!haha~

idAti mALek said... [Reply]

x bape nak candid la gambar tuuuu

pika ruslan said... [Reply]

haah..huuu nk ltak gmbr ape nehh??
kalo ak sorg jekk,ak da jpe ahh gmbr nye,baek punye
haha..tp tuu gmbr tym ak p reunion ari tuu..gmbr ng korg xde ahh yg candid2

shah amirul said... [Reply]

fuyoo byk nye gambo!

selipar hijau said... [Reply]

terbaek gile muke aku kt mane..kesiotan kamu!

me suya said... [Reply]

apesal mata semua censored ni hutan kabut??

idAti mALek said... [Reply]

shah:
hahaha..sbenanye ade bnyk lagi gmbar..kekekeke

idAti mALek said... [Reply]

suya:
hobi..heheh